bismillah
Showing posts with label Book Store. Show all posts
Showing posts with label Book Store. Show all posts

Sunday, July 31

HALWA HALWA RAMADHAN MUBARAK :)


Khazanah ilmu yang patut anda miliki..:)
solusi istimewa ISU BUMPER edisi 34

KUPASAN-KUPASAN MENARIK :
  • "Mood" hari raya menenggelamkan keberkatan Ramadhan?

  • Tentulah tidak beradab mengalu alukan tetamu yang di belakang dan meminggirkan tetamu yang berjalan di hadapan....             "....tetamu ramadhan....tetamu syawal..."....

  • Adakah kita tega utk berpuasa tanpa mendapat takwa?..Lalu layakkah kita berhari raya dengan tangan kosong?..

  • Proposal Ramadhan

  • Akrab dengan Quran

  • Berkat dalam berzakat

  • CHECK LIST Ramadhan

  • Manual Ramadhan (Do's and don'ts)

  • TIP khatam quran Sebulan Ramadhan

RM11 sahaja 
(tak tertanding dengan nilai mutiara mutiara ilmu di dalamnya....miliki sekarang .. )

Sunday, March 20

TATIH..TATIH...SOLAT..


Amat bermanfaat dalam memberi pedoman pada ibu/bapa/penjaga untuk memotivasikan anak-anak suka dan menyintai SOLAT... SOLAT...SOLAT... sebagai tiang agama, tiang kehidupan...

Friday, March 18

SYURGA RUMAHTANGGA


Majalah Solusi Edisi 29 Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (Mac 2011).

Isu kali ini adalah "Mencipta Syurga Rumah Tangga).

Antara yang menarik adalah rahsia mewujudkan rumah tangga bahagia, public speaking atau cara berucap kepada umum, tips perniagaan, perihal merokok, perihal maksiat dari clubbing dan banyak lagi.
Price: RM9.00 

Wednesday, June 9

Membina Keyakinan Diri...


SOLUSI EDISI 17
(Membina Keyakinan Diri)

Isi kandungan:

Tafsir - Ustaz Zahazan Mohamed - Surah Al-Nazi'at, Malaikat Pencabut Nyawa dan Kisah Nabi Musa.

Hadis - Ustaz Adlan Abd Aziz - Kesakitan Lumrah Dalam Kehidupan.

Cerna Minda - Ir Ahmad Jais Alias - Menghargai Minda.

Isu - Pahrol Mohamad Juoi - Keyakinan Diri Untuk Mengubah Dunia dan Bagaimana Membina Keyakinan Diri.

Jalan Keluar - Ustaz Ahmad Baei Jaafar - Ulama Berperanan Membetulkan Umara.

Hikmah - Ustaz Hasrizal Abd Jamil - Antara Tudung dan Tali Leher.

Hai Anak - Rashidah Mustaffa - Kecil-kecil Biar Tahu Tujuan Hidup.

Muamalat - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman - Hukum Berkenaan Facebook.

Cerdik Baik - Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah - Tangani Marah.

Muslimah - Dato Siti Nor Bahyah Mahamood - Mendidik Anak Dalam Kandungan.

Misteri Alam Ghaib - Dato Ismail Kamus - Wanita Jahat Senjata Syaitan.

Usaha Jaya - Dr Irfan Khairi - Jutawan Gawat.

Dan banyak lagi.

Price: RM9.00

Monday, March 22

Bercinta Sampai Ke Syurgaaa...

Bercinta Sampai Ke Syurga ialah kesinambungan kepada buku best seller Aku Terima Nikahnya...Mengandungi kisah alam rumah tangga dan nasihat yang tersendiri - menyentuh hati, geram, sinis, lucu, marah; kesemuanya diadun dalam nada bersahaja namun isinya tetap tajam dan mantap!

Bagi yang sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga, atau yang sedang mengalami masalah rumah tangga…bacalah buku ini.

Mudah-mudahan dengannya anda akan mendapat inspirasi dan panduan dalam membina sebuah keluarga harmoni BAINATI JANNATI.

BERCINTA SAMPAI KE SYURGA

sumber: galeri ilmu sdn bhd

Sunday, March 21

Aku terima nikahnya......


Melihat anak-anak terkurung di dalam rumah tingkat 11 bak sarang merpati, timbul rasa terkilan. Damai yang dikecap sebagai sebahagian hidup semasa di Ireland dulu, janjinya tinggal janji. Bukanlah kerana rumah tidak berjiran dengan taman. Sulitnya adalah pada masa dan kesempatan. Keluar pagi balik malam, suasana kerja mencuri masa pergi begitu sahaja. Hujung minggu pula terpaksa dibahagi antara kerja isteri di hospital, dengan jadual ceramah dan mesyuarat.

Betapa mahalnya setiap hujung minggu untuk anak-anak membesar damai dengan ibu, bapa dan Allah Pencipta melalui damai taman dan alam sekitar sentuhan-Nya. Di mana janji untuk berdamai di taman… mendekati Dia pada ciptaan langsung-Nya yang kaya.Buku ini menghimpun coretan rasa dan pengalaman seorang bapa dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah perkahwinan.


sumber: galeri ilmu sdn bhd


KLIBF 2010



Berkunjung ke PESTA BUKU ANTARABNGSA 2010...rambang mata dibuatnya.......ramai sungguh penulis-penulis berbakat yg mempunyai gaya penulisan tersendiri...... berbaloi-baloi ilmu yg diperoleh...... selamat menjamu mata dan hati...








 

Blog Template by YummyLolly.com