"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya."
"Solat itu adalah tiang agama (Islam). Maka sesiapa yg mendirikan solat, dia telah menegakkan agama. Dan sesiapa yg meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama" (riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Saya menyeru dan berpesan kepada diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian, marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan membicarakan tajuk: “Integriti Ulama’-Umara’ Penentu Kekuatan Ummah”.
Muslimin Yang Dimuliakan,
Salah satu perkara utama yang sering menjadi perhatian masyarakat dalam sesebuah negara Islam ialah sejauh mana dua golongan yang amat berpengaruh iaitu ulama’ dan umara’ berperanan memperkasakan ummah. Menurut hadith yang diriwayatkan daripada Abu Naim bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: “Ada dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat akan jadi baik, dan jika kedua-duanya rosak, maka masyarakat akan rosak, mereka itu ialah ulama’ dan umara’”.
Secara ringkasnya dalam konteks umat Islam di rantau ini ulama’ adalah merujuk kepada mereka yang mengetahui dan memahami agama secara mendalam. Tanpa ulama’ semua orang akan menjadi jahil dan akan bertindak mengikut hawa nafsu semata-mata. Kerana itu para ulama’ merupakan anugerah besar buat umat manusia bagi membimbing mereka ke jalan yang benar.
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “ Bandingan para ulama’ di bumi ini samalah seperti bintang-bintang di langit yang dijadikan pedoman dalam kegelapan di laut dan di darat. Kalau bintang-bintang itu pudar maka mereka yang berpandukannya nyaris sesat ”.
Manakala umara’ pula merujuk kepada pemerintah yang memimpin sesebuah masyarakat. Tanpa pemerintah, masyarakat menjadi kacau bilau. Malah ajaran Islam dan syariah tidak akan dapat dilaksanakan. Imam al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “ Sesungguhnya penguasa atau pemerintah yang adil itu adalah bayangan Allah di bumi yang menjadi tempat berlindung bagi setiap orang yang dizalimi”.
Menjelaskan betapa berat peranan sebagai umara’ ini, Khalifah Umar ibnu al-Khattab pernah memberi nasihat dan peringatan kepada Abu Musa al-Asy’ari, Gabenor Mesir ketika itu bahawa:
“ Penguasa yang paling berbahagia ialah mereka yang rakyatnya merasa bahagia hidup di bawah pemerintahannya. Sementara penguasa yang paling celaka pula ialah mereka yang rakyatnya merasa celaka hidup dibawah pemerintahannya. Ingat jangan hidup bermewahan kerana para pegawai kamu akan meniru kamu. Bandingkan diri kamu sama seperti binatang ternakan. Apabila binatang itu dibawa ke padang rumput yang menghijau ia akan makan banyak sehingga menjadi gemuk. Kegemukannya itu akan menjadi sebab kepada kebinasaannya kerana ia akan disembelih untuk dimakan”.
Imam al-Ghazali ketika mengulas peranan ulama’ dan umara’ pada zamannya pula menyatakan bahawa:
“ Adalah menjadi kebiasaan bagi ulama’ untuk melakukan kerja amar makruf dan nahi munkar tanpa mengira sangat tentang kekejaman pemerintah. Mereka percaya bahawa Allah akan menjaga mereka. Mereka rela menjadi syahid kalau ditakdirkan begitu oleh Allah. Oleh kerana mereka itu ikhlas, bersikap jujur dan menyumbangkan tenaga semata-mata untuk menegakkan ilmu, maka orang ramai mudah menerima nasihatnya. Tetapi sekarang lidah para ulama’ telah menjadi kelu kerana diikat oleh kepentingan. Kalaupun mereka bercakap, tidak akan berjaya kerana pembawaan hidup mereka sendiri berbeza dengan apa yang dicakapkan. Sesungguhnya rakyat rosak kerana pemerintah dan pemerintah rosak kerana ulama’. Sementara ulama’ pula rosak kerana tamak harta dan pangkat”.
Berdasarkan hadith-hadith dan pandangan tokoh-tokoh ulama’ tersebut ternyata terdapat kebimbangan bahawa kelemahan integriti atau kekurangan sifat amanah, kejujuran, keikhlasan dan jatidiri di kalangan ulama’-umara’ itu akan menjejaskan kekuatan ummah. Oleh kerana itu berdasarkan pemerhatian mimbar isu-isu integriti inilah yang menimbulkan ketegangan hubungan di antara ulama’ dengan umara’ dan ulama’-sesama ulama’. Persoalan besar timbul ialah apakah kaedah untuk mengukuhkan dan mempertingkatkan integriti ulama’ dan umara’.
Firman Allah SWT dalam surah an- Nisaa’ ayat 59:
Maksudnya: “ Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
Berdasarkan ayat ini jelas Allah mencabar dan memberi peringatan jika kita beriman, maka rujuklah dan berpeganglah dengan al-Quran dan sunnah untuk mencari jalan penyelesain dalam isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan Islam dan ummah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian
Islam adalah agama yang mewujudkan sistem cara hidup menyeluruh kepada manusia dari segi akidah, syariah, akhlak, politik, ekonomi, dan sosial yang berkait rapat satu sama lain. Sistem cara hidup ini mempengaruhi pembangunan duniawi dan ukhrawi manusia. Dengan demikian kerjasama dan hubungan harmoni ulama’ dan umara’ akan membantu memperkasakan ummah dan menentukan negara berada di landasan yang selari dengan Siasah Shar’iyah. Mimbar menyedari bahawa bidang kuasa ulama’ di negara ini adalah terbatas berbanding bidang kuasa umara’ yang luas. Oleh itu, walaupun tinggi integriti ulama’, dan hebat kewara’kan ulama’ tetapi keputusan terakhir merancang dan melaksanakan pembangunan umat dan negara terletak di bawah bidang kuasa umara’.
Selari dengan tanggungjawab ulama’, maka menjadi tanggungjawab mimbar mengingatkan bahawa ulama’ tidak boleh berdiam diri dalam memperjuangkan hak-hak kepentingan Islam dan menyelesaikan masalah ummah. Suara ulama’ sentiasa ditunggu dan diperhatikan oleh masyarakat Islam yang cintakan agamanya.
Firman Allah SWT dalam surah Faathir ayat 28:
Maksudnya: “Sebenarnya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya hanyalah ulama’ (orang yang berilmu).”
Mimbar amat yakin langkah umara’ atau pemerintah menjemput ulama’ dalam membincangkan isu-isu negara dari masa ke masa adalah selari dengan tuntutan Islam.
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru ulama’-umara’ yang berada di kampung-kampung dan di bandar-bandar serta sidang jemaah sekalian dalam usaha memperkasakan ummah, marilah kita mewujudkan dan mengekalkan integriti berdasarkan syor seperti berikut:
Pertama: Bercakap benar dan mengakui kesilapan,
Kedua: Mengamalkan apa yang dicakapkan,
Ketiga: Menunaikan janji dan komitmen yang dibuat,
Keempat: Bersedia menanggung risiko dalam usaha mempertahankan pendapat; dan
Kelima: Tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan diri.
Maksudnya: “Sesiapa yang berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka Kami penuhi usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan daripadanya.Mereka tidak beroleh di akhirat kelak selain daripada neraka, dan gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan)”. (Sural Huud: 15-16)
Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amal ibadah dan meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat. Sesungguhnya amal ibadah adalah salah satu kayu pengukur kualiti keimanan seorang hamba. Semakin tinggi tingkat keimanan, maka semakin banyak pula amal ibadahnya dan sedikit maksiatnya. Demikian pula sebaliknya. Pada hari ini, mimbar Jumaat akan memperkatakan khutbah mengenai tajuk: “Kafir Dzimmi Dan Kafir Harbi”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Dalam konteks kehidupan beragama di negara ini penduduknya terdiri daripada Islam dan bukan Islam. Menurut syariat Islam, pada dasarnya terdapat dua jenis status orang bukan Islam atau Non-muslim iaitu Kafir Harbi dan Kafir Dzimmi. Secara ringkasnya Kafir Harbi adalah merujuk kepada orang bukan Islam yang terlibat dalam peperangan membunuh orang Islam di dalam wilayah yang bergolak. Pada masa ini, mimbar amat meyakini terdapat ejen-ejen kafir harbi yang bergerak secara senyap menimbulkan perpecahan atau pun menggunakan isu-isu agama di negara Islam. Contoh jelas ialah apa yang berlaku di beberapa negara Asia Barat.
Manakala orang Kafir Dzimmi pula merujuk kepada orang bukan Islam yang menetap dalam negara Islam, mendapat kerakyatan, membayar cukai yang ditetapkan dan mendapat jaminan keamanan daripada pemerintah Islam berdasarkan perjanjian yang dipersetujui.
Persoalan besar timbul ialah apakah jenis status orang bukan Islam yang terdapat di negara kita samada digolongkan sebagai Kafir Harbi atau Kafir Dzimmi. Berdasarkan pemerhatian mimbar status orang bukan Islam di negara ini digolongkan sebagai ahli Dzimmi kerana pada prinsipnya mereka mentaati dan mengakui untuk tunduk kepada perjanjian kontrak sosial yang diwujudkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Salah satu persetujuan penting dalam perlembagaan itu ialah mengakui Islam adalah agama Persekutuan yang membuka jalan Islam menjadi agama yang berkuasa di negara ini. Pada masa yang sama Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sekaligus menjadi Ketua Agama Islam dan pelindung memartabatkan Islam di negeri-negeri yang berkaitan. Selari dengan kontrak sosial itu mereka tinggal aman damai, tinggal bersama dalam masyarakat Islam sebagai jiran tetangga, menjadi rakan sekerja, rakan kongsi berpolitik, rakan sepermainan dan menjadi rakan sekolah. Malah mereka diberi peluang pula berkongsi menyumbangkan tenaga memerintah negara ini.
Mesyuarat Jemaah Menteri juga memain peranan besar dalam menentukan ketinggian Islam dalam perlembagaan. Pada 16 Mei 1986 Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan kalimah Allah adalah termasuk antara beberapa kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka bukan beragama Islam. Malah pada 3 Jan 2008 Jemaah Menteri sekali lagi mengulangi bahawa orang bukan Islam dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan agama mereka. Malah sepuluh buah negeri telah menguatkuasakan Enakmen Kawalan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang bertujuan melarang orang bukan Islam menggunakan secara bertulis ataau lisan atas perkataan yang dilarang. Semua peraturan ini dibuat bagi menjamin keharmonian hidup beragama dan perlu ditaati oleh pihak berkaitan.
Menurut prinsip hukum Islam, memberi perlindungan dan layanan baik kepada ahli Dzimmi adalah wajib. Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8:
Maksudnya:“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil”.
Menurut al-Quran, orang Islam dikehendaki mengadakan hubungan mesra dan baik dengan ahli Dzimmi serta bersikap adil selagi mereka tidak menentang dan menindas orang Islam atau menghalang penyebaran Islam.
Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,
Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada manusia sejagat. Saidina Abu Bakar As- Siddiq pernah berpesan kepada kaum muslimin sebelum berangkat ke medan perang dengan mengingatkan tenteranya supaya jangan berbuat khianat, membunuh bayi, membunuh orang tua, membunuh kaum wanita, menyembelih binatang ternakan, menebang pokok, menghancurkan rumah penduduk, membakar ladang pertanian, mengganggu orang beribadat , merosakkan rumah ibadat, dan menyerang mereka pada waktu subuh untuk mengelak kaum wanita dan kanak-kanak menjadi panik. Kisah Saidina Umar Al-Khatab yang memasuki gereja Yahudi ketika Baitulmaqdis ditawan juga tidak menyuruh tenteranya membakar gereja, buku bible dan salib bahkan membiarkannya sahaja.
Berdasarkan ajaran al-Quran dan tindakan bijak pemimpin Islam di zaman Rasulullah SAW jelas kepada kita bahawa menzalimi dan memusuhi orang bukan Islam adalah bukan ajaran Islam. Dengan demikian perbuatan membakar gereja dan rumah ibadat orang bukan Islam menyalahi bercanggah dengan hukum Islam. Islam juga mengajar kita jangan terikut-ikut dengan emosi liar.
Bagaimana pun mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa mengadakan hubungan baik dengan orang bukan Islam bukanlah bermakna kita lupa tanggungjawab kita kepada Islam. Islam menetapkan bahawa persoalan iman dan ibadat tidak ada toleransi. Oleh itu apabila masuk waktu solat ketika melaksanakan program bersama dengan orang bukan Islam, kita utamakan bersolat, apabila kita makan pastikan apa yang kita makan itu adalah halal. Jika terdapat aktiviti yang bercampur halal dengan haram maka kita hendaklah jauhi. Apa yang lebih malang lagi dalam menjayakan toleransi itu kadang kala kelihatan penampilan akhlak orang Islam itu sama dengan tabiat orang bukan Islam.
Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,
Mimbar ingin mengingatkan jemaah sekalian apabila kita ditekan dan dituntut oleh pihak tertentu untuk memenuhi tuntutan mereka, maka hendaklah kita terus berpegang kepada ajaran Islam supaya kita tidak mudah hilang pedoman. Firman Allah SWT dalam Surah al-An’aam ayat 153:
Maksudnya: ”Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”
Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru sidang jemaah dan umat Islam sekalian agar berwaspada dengan muslihat ejen-ejen kafir harbi ini dan jangan sekali-kali kita menggadai akidah, menggadai jati diri muslim, menggadai integriti demi untuk menjaga ketinggian agama Islam di negara ini.
Maksudnya :“Katakanlah wahai Muhammad: Hai orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku. (Surah Al-Kaafirun: 1-6)
Setiap artikel & gambar yang tersiar di blog 1dboyz adalah bertujuan untuk perkongsian dan menyebarkan ajaran Islamiah. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini tanpa izin pihak 1dboyz terlebih dahulu. No copyright dalam menyebarkan dakwah Islamiah!! Pihak1dboyz mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yg promote kan blog kami ini...
Logo
About 1D Boyz
1D Boyz adalah sebuah kelab remaja yang terdiri daripada remaja-remaja Islam dari Fasa 1D, Seri Manjung, Perak. 1D Boyz adalah dibawah naungan Biro Pembangunan Remaja & Belia Surau An-Nur Fasa 1D yang dikendalikan oleh cikgu Shuhaili. Kelab ini telah aktif dari tahun 2005 sehingga kini. Pelbagai aktiviti-aktiviti telah dijalankan oleh 1D Boyz.
Divided We Fall, United We Stand
Visi, Misi & Objektif
Visi
1D Boyz unggul penjana generasi remaja/belia yang terbilang dari segi intelek, kerohanian, disiplin & sahsiah.
Misi
Membangunkan minda remaja/belia yang teratur, bercita tinggi dan beremosi positif yang dikawal syariat Allah.
Objektif
Melahirkan remaja Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
Mencuit kesedaran fitrah diri untuk rasa bertuhan dan rasa beribu bapa.
Melahirkan insan kamil yang cemerlang dan berketerampilandalam akademik & kokurikulum.
Organizer
Berikut adalah organizer bagi 1D Boyz:-
Cikgu Shuhaili 013-5237634
Abg.Fadzil 013-2281801
Abg.Topeq 019-5021389
Abg.Faris 012-5201436
Sebarang pertanyaan, cadangan @ teguran mengenai 1D Boyz, sila hubungi organizer ini. Terima kasih....
Upcoming Plan/Event
1D Boyz upcoming plan or event:-
Survival Camping Status: In planing Location: Not decide yet Date: December 2010 Organizer: The Organizer
Include 1D Youth Girl to Join Our Group & Activities Status: In planning Organizer: The Organizer
New Fc 1D Boyz Jerseys Status: In planning Organizer: Abg.Faris, Cobie, Bulat, Dinand Date: End of the year 2010
Waterfall Adventures Status: In planning Organizer: Abg.Faris, Abg.Fadzil Date: Upcoming School Holidays
Stay tune for any status updates for our next plan & event.
Please leave comments or any idea to organizer of 1D Boyz for our plan & event.
Organization Chart 2010
Penaung: Tn.Hj.Mat Salam
Penasihat:Cikgu Shuhaili
Pengarah Urusan: Abg.Fadil, Abg.Topek, Abg.Faris
Wakil KRT7: En.Gapar
Pengerusi: Amin (bulat)
Timb.Pengerusi: Shuib (cobie)
Setiausaha: Amirul
Bendahari:Aidil Wafa
Biro-Biro; Dakwah & Tarbiyah:Abg.Faqih(k), Murshid Aktiviti/Program: Basharuddin(k), Danial Wafa Keselamatan: Abg.Muadz(k), Amin Jeli Kebajikan: Hafiz(k), Azim Bob Teknologi Maklumat: Fauzi(k), Fahmi Pengangkutan:Hayat(k), Aiman Mat Salam Tugas Khas: Adham Wafa(k), Nadzmi Kanak-kanak: Anuar(k), Amir Kecik
NOTE: Red= Officer/Senior Members (Higher Rank) Green = Active Members (Class A Rank) Blue = Junior/New Members (Class B Rank) Orange = Retired/Unofficial Members (Lower Rank)
Ukhwah Itu Indah... Kekalkan Ia Sehingga Ke Husnul Khatimah