widget

Drop Here 1st~

Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Bercinta Cara Islam…

Assalamualaikum w.b.t

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? 

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik,


Jodoh!


sweet bukan?? 

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. 


“Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.


Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sistematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.

Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta  
mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Sumber: ntah la xingat dah~ haha~


~10jarijemari~

Nasihat Untuk Orang Bercinta

Assalamualaikum w.b.t


Semua orang pasti ingin merasakan untuk mencintai dan dirinya dicintai bukan?? Cinta itu memang indah, tanyalah sesiapa pun. Malah diri ini pun terasa di awang-awangan tatkala dalam bercinta.Tetapi sekiranya cinta itu gagal dikawal, kebahagiaan itu tidak kekal lama. Disini juz nak berkongsi nasihat agar cinta kita itu betul pada landasanNya tidak tersasar, sama-samalah kita.

Cinta Jauh Dari Diri Ini

Assalamualikum w.b.t


Bercinta jarak jauh bukan satu perkare yang mudah ditangani kerana
apabila orang yang begitu disayangi berada jauh dari sisi, hati merindu
dendam dan kepercayaan terhadap pasangan harus menebal agar tidak
dimamah cemburu ketika menunggu waktu untuk bersama kembali.


Disini aku sediakan tips yang bagi korang yang mengalami situasi sebegini, aku tahu memang perit bila berjauhan, huhu...aku pun..teett! hahaha..perasaan je ni. Moga dengan info dan story ini berguna kat korang. ^^

Lama Kau Single??

Assalamualaikum w.b.t
Ni nak citer sikit...



Menjadi seorang yang single memang sangat seronok. Korang bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kate lantak kau lah nak buat ape-ape pun. Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan kau akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal kau. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan gersang.



Khas Kepada Para Pencinta

10 perkara elakkan dalam bercinta

Cinta memang tidak pernah mengenali sebarang hukum, peraturan mahu pun undang-undang, yes! love is blind ^^. Hanya kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Dan kerana cinta jugalah, manusia mudah hanyut dibuai perasaan dan tidak menyedari rupanya ia mengundang padah. Berhati-hati dengan setiap perkara yang kamu lakukan, jangan sampai batasan pun dilanggarnya, dosa!!


Bercinta kerana simpati dan kasihan.
Korang tidak akan menjadi dewi/dewa penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia! jangan sama sekali  yer...at the end, you will suffer..Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri andai ia menjadi penyebab mengapa korang sudi bertaut cinta bersama si dia.

Melirik kepada jejaka/gadis lain.

Cinta bukanlah penghalang untuk korang meluaskan pergaulan, namun harus ada batasan tertentu, jangan nak main redah jer... Walaupun niat korang hanya sekadar cuci mata ke, cuci kaki ke, dengan melirik pandangan pada jejaka / gadis lain, ia boleh membawa kepada kecurangan. Abang tengok apa tu!? Abang tengok awek tu,cun je yang...APA!! eh..eh..silap handbag dia, cun! lagi cun ayang pakai...hee~ Ayang nak 10! err...=_='

Pura-pura tertarik pada bicara si gadis.
Korang tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berbicara tentang perkara yang tidak korang suka. Jangan paksa diri korang untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah ke otak kamu. Hipokrit namanya tu! I Hate That!!

Tidak ingin kalahkan si dia.
Korang sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hatinya, haha...sape tak sayang awek kan?? ^^. Tak salah bersaing tetapi mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu.


Harus sentiasa bersama.
Ini tidak bererti teman-teman korang harus disingkirkan semata-mata korang sudah menemui cinta, ini memang aku pantang sekali!! Sebaliknya, masukkan si dia dalam kelompok teman-teman korang agar dia boleh membiasakan dirinya. Asyik berdua saja boleh menimbulkan rasa bosan kan? tau tak ape...hehehe..^^

Rapat dengan sahabat karib si dia.
Tak salah mengenali sahabat karibnya tetapi hati-hati supaya tidak terlalau akrab. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk kalau temannya jatuh cinta padamu OMG!!. Sebaliknya kamu harus lebih mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu bapa si dia, thats the way..^^

Berpura-pura tidak cemburu.
Korang harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka / gadis lain. Andai keterlaluan, tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu, you are mine dear~ ^^

Terlalu menerima sikap si dia.
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Jangan kerana terlalu menyangi dirinya, korang menerima segala keburukannya walaupun hati korang sakit, telan jer kan, pahit masam semua redah. Fikirkan insiatif untuk mengubah keburukannya, baru ada kontra dekat situ.

Memaafkan sikapnya yang keterlaluan.

Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak korang sukai. Tak salah kalau korang menegur perbuatanya yang ‘kurang’ itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan, kalau rase seksi sangat awek tu nasihat, tak nak juga, belikan kain ela...nah amek!..^^


Biarkan si dia membayar.
Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Lagipun ia mencerminkan tolak ansur dalam perhubungan tersebut. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar kalau kekasih mahu belanja kamu! Eh!! mana ada, saya suka apa....^^
ha..kira sekali dessert ni sekali yer~ ^^

apa-apa pun...ketika bercinta kita hendaklah menjaga batas dalam pergaulan...jangan melampau-lampau. Ingat mak ayah nak buat sesuatu tu...
renung-renungkan dan selamat bercinta...^^

Love And Clash

Aku Dan Clash

            Bercinta memang seronok, yang busuk boleh jadi wangi kot..haha.., tetapi apabila putus cinta ia cukup memedihkan hati, wangilah macam mane pun, busuk juga...kan..kan..kan..?? Hari – hari yang indah dan mesra bersama dengan si dia tiba – tiba menjadi suram dan amat membosankan demikian penangan akibat putus cinta, arrggghhh...~

            Tetapi perlukah saban hari korang berendam air mata atau berkurung dalam bilik? eh~ mestilah...i sayang die..mana tau nangis-nangis ni dia datang balik kat i.. teett! For guys, perlukah menghisap rokok berkotak – kotak dengan alasan untuk meredakan tekanan? that's not the rite method bro~

            Itu tidak perlu kerana ia bakal memudaratkan diri korang. 
Meh aku share sikit pasal diatas ni..

-          Cuba fahami putus cinta itu adalah perkara biasa. Ia bukan tanda akhir perjalanan hidup korang, life must go on bro/sis...^^

-          Berfikir dengan tenang dan berbicaralah dengan diri sendiri, renungkan dan ekspresi diri, bukan naik bas ekspress yer..

-          Berbicara dengan orang yang korang percaya. Minta pandangan mereka dan cara untuk menghilangkan rasa sedih, itu gunanya kengkawan..kan?? yang betul-betul 'kawan' la yer...

-          Keluar dengan teman lama. Ia mungkin dapat membuatkan korang tersenyum dan ketawa besar, hahaha....gelak sakan~ this method really work!! i already try it..^^

-          Jangan terlalu menyendiri atau melarikan diri daripada orang lain. Ia bukannya menyembuhkan tetapi boleh menimbulkan masalah baru.


-          Bersukan selain membuat tubuh segar dan meningkatkan stamina,tetapi terbukti dapat memperbaiki mood.

-          Jangan trauma atau putus asa kerana cinta itu menyenangkan dan mengasyikkan, seperti di awang-awangan kan?? tipu la kalau kate tak...

-          Bersyukurlah kerana korang pernah putus cinta berbanding dengan orang tidak pernah bercinta langsung. Jadikan ia pengalaman yang mendewasakan korang. ^^

Love not just end on altar, 
love 
won't die or disappear even we are die.


Cinta Dan Usia...

Cinta Tak Mengenal Usia



Salah ke kita bercinta dengan wanita yang lebih tua dari kita?? Wanita yang punyai perbezaan umur yang jauh dari kita?? seorang lelaki yang mengahwini perempuan lebih tua, masyarakat sekeliling memandang serong akan mahligai yang dibina ini??dah tua pun nak cari yang muda, carilah yang setaraf, perlukah???




Cinta tak mengenal usia. Ya, pada pandangan aku, sebab kebahagiaan manusia terdapat dalam cinta. Tua, muda, kanak-kanak pun menagih cinta, menagih kasih-sayang. Perbezaannya hanya pada cinta sebagai apa, hubungan cinta seperti apa.
Rakan aku pun ada yang kapel sama aweknya 4 tahun lebih tua darinya, malah ade yang 8 tahun beza nya, kool n kiut jer dorang. Kalau cinta sudah datang, Apo nak dikato!! ^^ sosah jela ejang~

Semua itu memang harus di syukuri, walaupun demikian kita sebagai manusia yang di beri kelebihan untuk berfikir dengan logik, maka memang itu yang harus kita lakukan.
Seperti angin segar yang berhembus lembut mengenai tubuh kita, itulah cinta yang seharusnya kita dapatkan.

Cinta itu buta… Cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain, yeke?? macam tak percaye jer zaman sekarang ni..hehe..

Dari bayi pun manusia sudah memiliki rasa cinta, pada orang tua tentunya. Lalu apabila lebih dewasa, rasa cinta kepada Tuhan yang harus dijadikan sebagai yang nombor 1, sampai akhir hayat.

Bagaimana menurut korang tentang " Cinta Tak Mengenal Usia " ??

p/s: kalau korang tak faham ape yang aku nak sampaikan ni...faham lah..ahakz ^^

Do You Like Me Really??

why do u like me?..

why do u love me?? WHY DO U LIKE ME..?WHY DO U LOVE ME..??

Lady: Why do you like me..? Why do you love me? 
Man : I can't tell the reason.. but I really like you.. 
Lady: You can't even tell me the reason... how can you say you like me? How can you say you love me? 
Man : I really don't know the reason, but I can prove that I love you. 
Lady: Proof? No! I want you to tell me the reason. My friend's boyfriend can tell her why he loves her but not you!
Man: Ok ok!!! Erm... because you are beautiful, because your voice is sweet, because you are caring, because you are loving, because you are 
thoughtful, because of your smile, because of your every movements.. 

Unfortunately, a few days later, the Lady met with an accident and became a vegetable. The Guy then placed a letter by her side, and here is the content: 


Dearest, 

Because of your sweet voice that I love you... Now can you talk? No! Therefore I cannot love you. Because of your care and concern that I like you.. Now that you cannot show them, therefore I cannot love you. Because of your smile, because of your every movements that I love you.. Now can you smile? Now can you move? No, therefore I cannot love you... 

If love needs a reason, like now, there is no reason for me to love you anymore. Do love need a reason? No! Therefore, I still love you... And love doesn't need a reason. I love