Pengurusan Kewangan Asas :]

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, lama tak update dekat blog ni. Tapi hari Jumaat yang mulia ni datang hidayah plak nak menulis dekat blog. hee So, kita nak share apa kali ni? Mira nak share mengenai tips kewangan yang mira baru dengar pagi tadi dekat live fb page sis Ieza Yusof atau nama glamornya mak jerung (MJ). hee TQSM MJ :)



Sangatlah penting untuk kita tau tentang pengurusan kewangan. Ni paling basic MJ share tau. Ada juga rezeki nak dapat ilmu even paling basic pun. Tentang macam mana nak bahagikan gaji kita. Ramai orang dapat gaji, bayar komitmen itu ini lepas tu lost kan? Eh, berapa je duit yang tinggal ni.

Haaa, dekat sini kita belajar untuk berada on top of situation. Ini yang menentukan cash flow kita setiap bulan positif atau negatif. Sebab bila kita tak kaji apa masalah kewangan kita, itu yang sampai berpuluh tahun pun kita masih tak dapat financial freedom. Kita masih berhutang sana sini, dan setiap bulan rasa sakit duit tak cukup. Kalau ada masalah kewangan, kena kaji dari awal untuk tau apa masalahnya. 




Langkah pertama, dari gaji kasar tolak 5 perkara penting.

  • KWSP/EPF
  • Perkeso/SOCSO
  • Zakat
  • EIS/SIP (Sistem Insurans Pekerjaan)
  • Pemotongan Cukai Berjadual- khas untuk mereka yg bergaji RM4k ke atas

Daripada semua ni, kita ada dapat NET SALARY.

Okay, sekarang semua bahagikan kertas pada 4 bahagian. Contoh macam gambar dekat bawah ni. 
Dekat tengah tu tulis berapa gaji kita. Contoh gaji RM3500.


Abaikan tulisan cantik sis tu, lama tak menulis haha Fokus pada content.

Contoh gaji RM3500. Tapi NET SALARY dalam RM3000 atau kurang.

1. Bahagian pertama- 10% MAX for PROTECTION (RM300)
2. Bahagian kedua- 20% MIN for INVESTMENT (RM600)
3. Bahagian ketiga- 60% MAX for COMMITMENT (RM1800)
4. Bahagian keempat- 10% MAX for WASTAGE (RM300)

Okay, mira kupas satu2 ya tapi tak se"details" MJ tau. Jadi kalau nak tau lebih details, awak kena dengar sendiri live MJ dkt FB page beliau. 

1. Bahagian pertama- 10% MAX for PROTECTION (RM300)

Protection ni adalah segala yang meliputi keselamatan diri. Jadi kena ada tabung kematian, tabung kecacatan kekal, medical card, dll. Tapi, semua ni tak boleh lebih dari 10% dari NET SALARY. Jadi contoh kalau net salary RM3000, 10%  adalah RM300. Segala tabung, medical card tak boleh lebih dari jumlah ini.

MJ nasihatkan kita kena tau plan medical card yang kita ambil. Jangan sebarang je, bayar lepas tu taktau pun medical card tu cover untuk apa. Kalau medical bulanan lebih dari jumlah ni, maksudnya itu dah lebih kepada kehendak berbanding keperluan. Jadi, choose wisely dan kaji dulu sebelum apply. Itu sebab bila dekat bahagian ni terlebih, kita tak cukup untuk buat bahagian kedua. 

2. Bahagian kedua- 20% MIN for INVESTMENT (RM600)

Investment ni adalah bahagian terpenting sebenarnya. 20% minima tau, kalau lagi lebih lagi bagus. Kalau boleh, invest duit kita dekat mana2 antara ni ASB, Unit Amanah, Tabung Haji, beli emas atau lain2 pelaburan yang patuh syariah dan berbaloi.

Jangan simpan duit kita saja2 beribu2 dalam bank, sebab bank tak bagi apa. Bank tak ada pelaburan. Jadi gunakan 20% dari net salary kita ni untuk invest. InshaAllah pelaburan ni lah yang akan membantu kita untuk topup2 mana2 yang kurang nanti dengan keuntungan yang kita dapat. 

3. Bahagian ketiga- 60% MAX for COMMITMENT (RM1800)

Baik, ni bahagian yang ramai fail MJ cakap. Sebenarnya dari keseluruhan gaji kita, kita boleh spend untuk komitmen sebanyak 60% sahaja. Ini termasuk housing loan atau sewa rumah, duit bulanan kereta, bil utiliti, belanja barang dapur, belanja anak2, untuk parents dan lain2. Jadi, total komitmen mestilah tak lebih 60%. Kalau gaji RM3000 tak blh lebih RM1800. Kalau terlebih? Haaa maksudnya kita kena tengok semula mana belanja yang terlebih2 tu. 

Contohnya, kalau rasa komitmen banyak, tak mampu, janganlah pakai kereta yang kita tak layak. Nanti rasa terbeban bulanan bayar kereta je. Belum campur, roadtax, insurans, servis kereta bla bla. Kereta tu beli untuk keperluan je, asalkan memudahkan urusan seharian kita, bukan untuk bermegah. 

Kita ada 2 pilihan kalau belanja terlebih, samada kita KURANGKAN BELANJA atau kita TAMBAH PENDAPATAN. Haaa, pilih la mana2. Yang penting, dalam range 60% dari net salary.

4. Bahagian keempat- 10% MAX for WASTAGE (RM300)

Ini part ramai yang gagal. WASTAGE ni maksudnya sampah, atau perkara yang tak penting pun. Sebenarnya kalau tengok kewangan kita, kita tak layak pun nak keluar makan luar selalu, makan hipster, ikut pergi makan sana sini tempat2 viral bla bla. Contohnya KFC, MCD, Starbucks, Coolblog, Chatime. Benda2 yang kita pergi sebab tak perlu.

Tapi kira untung lagi masih ada 10% untuk bahagian ni. Bukanlah tak boleh langsung, tapi berpada. Ada orang membazir dekat bahagian wastage ni je. Lepas tu, duit bulanan cakap tak cukup. Haaa ini bahaya. Kalau kita rasa kita tak layak untuk WASTAGE ni, cuba berjimat, makan masak dekat rumah, jarangkan keluar membazir sana sini. Jangan terikut2 sangat nak menunjuk pada org mcm kita kaya, padahal. Ukur baju di badan sendiri. Jadi bahagian lain baru boleh balance. 

Haaa, jadi itulah 4 bahagian penting yang asas untuk kita ambil kira bila dapat gaji. Lepas ni dah boleh audit diri semula, check balik dekat mana tahap kewangan kita sekarang. Kita nak positif ke negatif cashflow setiap bulan? Tepuk dada, tanya diri. 

Sampai sini jelah mira share kali ni. Berjaya jugak update 1 entry hee Sekurangnya tulis dekat blog ni nanti boleh revise balik in case terlupa ke kan. heee Kalau ada apa2 nak share info extra, atau nak tanya apa2, komen je k. Jumpa lagi dekat next entry!

Thank you for reading!

 Assalamualaikum.


No comments