Kepentingan caruman KWSP

Assalamualaikum :)

Eh2, rajin plak update blog sekarang. Haha Dah alang2 asyik mengarang dekat instagram je kan, kita kembali membebel dekat blog plak lah. Sebab panjang nau nak menaip dekat ig tak muat hihi Tu pasal lah ayat2 dekat instagram mira semua panjang berjela. Sis kan blogger. hehe

Okay, tajuk hari ni kena wajib tahu tau. Pasal kepentingan caruman KWSP. Jangan ambil mudah je benda ni. hee Mira cerita sebagai seorang HR syarikat la ya. Sebab selain dari bisnes, mira ada pegang jawatan lain dekat syarikat ayah. Tolong2 je sebenarnya, tapi dapat gaji. haha Entry ni khusus pada yang taktau kepentingan kwsp dan pada adik2 yang baru nak melangkah ke alam pekerjaan.



Jadi, disebabkan mira pegang jawatan HR, banyaklah mira tau pasal syarikat. Dan yang paling penting nak cerita hari ni pasal caruman KWSP. Mira cerita santai2 jelah ya as long senang faham. haha Sebab mira pun bukan pakar sangat, cuma ada lah ilmu2 sikit pasal ni. Jadi boleh la share. 

Sekarang dah ada website, mashaAllah semua urusan jadi sangat mudah!


Ramai sebenarnya yang tak tahu kepentingan KWSP. Kenapa pentingnya caruman ni? Apa faedah pada kita? Kenapa bulan2 asyik kena tolak duit je. Ada kawan mira yang pernah cakap, potongan caruman kwsp dia dinaikkan sebab gaji naik. Stress je dia cakap sebab yelah gaji dapat lagi sikitlah kan.

Tapi tahukah anda, lagi tinggi caruman kwsp, lagi bagus? Tak ramai yang tau majikan kena bayar caruman untuk pekerja jugak kan? Ada yang siap taknak carum kwsp. Mira cakap apa? RUGI. Yang mana sis sempat explain dan tarbiyyah, sis lakukan haha Yang tak sempat, baca sini jelah wakk ahaha 

Tahukah anda bila anda mencarum dengan KWSP, bukan duit anda saja ditolak. Tapi majikan juga perlu membayar anda dengan kadar caruman yang ditetapkan mengikut tangga gaji masing2. Majikan dah bayar gaji, tapi perlu lagi bayar caruman KWSP pekerja tau. Jika pekerja kena caruman 11%, majikan kena 12%.

Haaaa, awak rasa? Sekarang awak tau tak untung tak untung sebenarnya bila mencarum KWSP? Sekali ganda lagi awak dapat tau. Saja2 je. haha Majikan la sakit kalau pekerja ramai. ahaks Tapi boleh cover untuk income tax nanti biasanya hee

Ni mira cerita untuk pekerja ya. Swasta dan kerajaan. Tapi kerajaan ada 2 jenis skim tak silap, ada KWSP atau skim pencen. Yang ni mira tak boleh ulas lanjut sebab bukan bidang mira haha Kalau yang bisnes tapi nak carum kwsp lain pula cara dia. Tapi sebaiknya buat. Nanti kita cerita pasal ni plak ya.

Ni cerita mira. Mira start buat kwsp masa umur 19 rasanya tahun 2011. Kerja klinik ayah masa lepas habis matrik sementara tunggu masuk U. Mira buat pun saja2. Taktau pun apa kepentingan dia haha Sebab ayah suruh buat. Ikutkan saja. hehe

Lepas tu, sambung study. Tahun 2014 lepas grad, masuk kerja semula sebagai HR plak. Malas dah kerja klinik, even seronok tapi penat haha So, tanya ayah apa lagi job yg kosong. Kita ambil alih tempat mama plak haha Untung la mama, gaji masuk cam biasa kerja makin ringan hihi

Tahun 2015 mira tak kerja dah sebab pindah Nilai nak stay dengan husband. Tapi kerja2 klinik masih uruskan secara jarak jauh. Gaji pun half jelah. So, masa tu mira stop juga la kwsp ni. Sebab tak kerja fulltime dan tak pernah tau kepentingan kwsp. Kalau tau, mira sanggup bayar je bulan2 even tak kerja fulltime dengan ayah lagi. haha Jadi setahun lebih kwsp tak berusik. Dapat dividen jelah dari baki akhir.

Lepas bersalin, stay Kota Tinggi semula. 3 bulan lepas bersalin, cakap dengan ayah, masuk kerja balik lah hahaha Senangnya hoi berhenti kerja, masuk kerja, berhenti kerja, masuk kerja. Untung kan company ayah sendiri haha Plak tu ayah tak bagi kerja tu pada orang lain sebab mira dengan mama je orang yang dia paling percaya hehe So, start dari 2016 sehingga kini kwsp mira aktif semula. Yeayyy alhamdulillah. 

Lepas dah masuk bidang HR, mula tahun 2016 tu baru lah mira banyak membaca pasal syarikat dan tau serba sedikit pasal kwsp. Faedah kwsp. Apa yang kita dapat, apa kepentingan dia, dan lain-lain. So, terbuka luas mata sis betapa PENTING SANGAT NI ADA KWSP!! Haha 

KWSP ni sebenarnya macam simpanan. Kita consider sebagai simpanan hari tua. Sebab bila dah tua baru boleh keluarkan duit tu. K haha Dah lah simpan terpaksa, lepas tu kena tunggu tua baru boleh keluarkan. Haaaa, rasa2? Banyak tak banyak duit dalam tu? Duit kita + duit caruman dari majikan? Plus dividen lagi !

MashaAllah. Macam tu la salah satu usaha gov bantu pekerja sebenarnya. Kalau nak harap kita simpan sendiri, tak ramai ada kesedaran. Simpan ye2, lepas tu guna jugak. Kan? haha Ni salah satu inisiatif yang sangat bagus k. 

Tau tak kwsp ni ada dividen setiap tahun? Untung tak untung dah la menyimpan terpaksa, dapat dividen saja2. Tengok2 umur 55 tahun beratus K dah dalam akaun. Siapa yang suka? Kita jugak. haha Macam 2017, dividen kwsp dalam 6.40%. Dividen sekarang dah agak rendah berbanding dulu sebab sekarang dah patuh syariah. Alhamdulillah, syukur. InshaAllah bersih dan terjamin duit kita. Biar rendah asalkan berkat. Tahun 2018 berapa pulak? Tazabarrr nak tau hehe

Tu sebab kalau tengok ramai orang ternanti2 umur 55 tahun sebab nak keluarkan duit kwsp. Ada yang terus beli tanah, buat rumah, ada yang pergi umrah, travel dan banyak lagi. Tapi pada mira, duit tu jangan dihabiskan. Kita kena ada mindset yang kita mungkin boleh hidup sampai umur 70-80 tahun.

Jadi, kalau duit tu habis, kita nak makan apa plak? Kita dah tak kerja. Seeloknya spend sikit dalam berapa % duit tu untuk pelaburan. Macam simpan dalam asb, tabung haji dan lain2. Masih ingat bahagian 2 tentang pengurusan kewangan asas yg mira cerita sebelum ni? Baca dekat sini. 

KWSP ada 2 jenis akaun. Akaun 1 dan akaun 2. Simpanan kita akan dibahagi 70% di akaun 1 dan 30% di akaun 2. Akaun 1 ni  boleh dikeluarkan masa umur 55 tahun. Akaun 2 boleh dikeluarkan masa umur 50 tahun. Tapi sekarang dah banyak kemudahan diberi melalui kwsp. Kita boleh daftar haji guna kwsp, boleh bayar untuk rumah dll. Tengok senarai di bawah. Ni rujukan dari website KWSP.

Jenis-Jenis Pengeluaran

Haaaa, banyak tak banyak? Tapi semua ni bersyarat ya. Rajin2 lah tekan link tu kalau nak baca. hihi Simpanan KWSP kita ni sangatlah berguna bila2 terdesak nanti. Jadi jangan ragu2 nak simpan dalam KWSP. Alhamdulillah sekarang KWSP dah ada yang patuh syariah. Lagi bertambah yakin. 

Lagi satu, kwsp ni akan jadi penting sangat2 bila kita nak berurusan dengan bank. Nak beli rumah, buat loan apa2 ke haha Ingat boleh tipu2 slip gaji? Ahaaa dekat sini lah akan jadi buktinya tau. Bank biasanya akan refer akaun bank dan penyata kwsp.

Dia akan trace betul tak gaji kita setiap bulan masuk berapa dan tally tak dengan kwsp. Kalau gaji kita strong, dikuatkan lagi dengan kwsp, inshaAllah lagi senang loan kita nak lulus. Trust me, bank sangat2 ketat syarat2 dia. Jadi sebaiknya buat kwsp untuk memudahkan urusan kita juga nanti. 

Jadi, dah nampak sekarang apa kepentingan KWSP? Jangan ragu2 nak carum. Kalau kena carum lagi besar, bersyukur jelah sebab maksudnya lagi banyak simpanan kita. Kita sebagai pekerja mencarum dan majikan juga mencarum untuk kita. Seronok kan? Banyak faedah yang kita dapat. InshaAllah bermanfaat dan berguna untuk hari tua. 

Kalau company taknak mencarum untuk kita sebenarnya adalah satu kesalahan tau. Hatta awak baru masuk kerja, majikan dah wajib mencarum. Jadi yang ada masalah macam ni, boleh report dekat kwsp untuk tindakan lanjut. Itu hak kita tu. Memang ada je majikan yang sorok2 taknak bayar kwsp ni. 

Untuk orang bisnes pula, macam mana nak memudahkan kita beli aset semua? Buka current account dekat bank. Ambil gaji bulanan macam kita pekerja dekat company kita. Make sure ada transaksi gaji masuk dekat mana tau. Lepas tu mula mencarum kwsp. InshaAllah bila tersusun macam ni, mudah bila kita nak buat loan dekat bank.

Bank akan tanya macam2 1001 soalan, bila kita complete ada semua ni, inshaAllah smooth je. Kawan mira bisnes sendiri, dah boleh beli 2 aset wuwu Macam mira belum start mencarum under company sendiri. InshaAllah dah strong sikit, dah boleh mencarum under company sendiri. Sbb gaji dekat company sendiri lagi besar dari gaji kerja HR haha 

Bila kerajaan cakap nak buat potongan 2% untuk suri rumah dari gaji suami, mira antara orang yang sangat setuju untuk hal ni. Biaq pi lahh suami2 nak cakap hape. haha Nafkah is nafkah. Saving is one different thing. Berapa ramai isteri yang setakat dapat nafkah, yang endingnya habis buat belanja rumah, anak2 tapi langsung tak dapat saving untuk diri sendiri?

Kalau yg ada alhamdulillah, isu dia lagi ramai yang tak ada apa2 daripada yang ada. So, its a very good initiative anyway. I'm 101% agree wuth this. haha Kena ingat, bila suami tak ada nanti, inilah salah satu simpanan yg boleh bantu isteri. 2% je. Anggap sedekah pada isteri. InshaAllah murah rezeki suami Allah beri lebih lagi.

Ni rasa dah macam promoter KWSP plak. haha Tak tak. Ni mira bagitau apa yang penting dan berguna untuk semua sebab sharing is caring! haha Mira memang suka share benda2 best supaya kita semua tau dan moga bermanfaat buat semua. So, till here. Jumpa lagi next entry k. 

Apa2, awak terus je tengok dekat website KWSP.

Is4Y37Xs9G10u50d65x1
 Assalamualaikum.
 

Pengurusan Kewangan Asas :]

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, lama tak update dekat blog ni. Tapi hari Jumaat yang mulia ni datang hidayah plak nak menulis dekat blog. hee So, kita nak share apa kali ni? Mira nak share mengenai tips kewangan yang mira baru dengar pagi tadi dekat live fb page sis Ieza Yusof atau nama glamornya mak jerung (MJ). hee TQSM MJ :)



Sangatlah penting untuk kita tau tentang pengurusan kewangan. Ni paling basic MJ share tau. Ada juga rezeki nak dapat ilmu even paling basic pun. Tentang macam mana nak bahagikan gaji kita. Ramai orang dapat gaji, bayar komitmen itu ini lepas tu lost kan? Eh, berapa je duit yang tinggal ni.

Haaa, dekat sini kita belajar untuk berada on top of situation. Ini yang menentukan cash flow kita setiap bulan positif atau negatif. Sebab bila kita tak kaji apa masalah kewangan kita, itu yang sampai berpuluh tahun pun kita masih tak dapat financial freedom. Kita masih berhutang sana sini, dan setiap bulan rasa sakit duit tak cukup. Kalau ada masalah kewangan, kena kaji dari awal untuk tau apa masalahnya. 


Tips & ikhtiar untuk dipermudahkan bersalin :)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, berjaya update lg 1 entry! haha Sekarang mencabar tau kalau nak update blog sbb anak soleh sorang tu suka kacau ummi dia bila ummi dia menghadap laptop. haha So, kesinambungan dari cerita kini aku bergelar seorang ummi (tekan link ni untuk baca), ramai request nak tips untuk dipermudahkan bersalin.

Sejujurnya, mira pun takde la tips sgt. Sikit2 ada la ikhtiar. Mana yg okay, korang boleh try k. Masing2 serasi dia tak sama, kita ikhtiar je :) Semuanya atas izin Allah.

Gambar: Hari ke-12 dalam pantang


Tips & ikhtiar untuk dipermudahkan bersalin tanpa koyakan dan jahitan:

Kini aku bergelar seorang ummi :)

Photobucket



Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allahu akbar. Segala puji bagi Allah, kini aku bergelar seorang ummi. Tergalas tanggungjawab yang lebih besar pd diri ini. Allahu. Eh, btw lamaaaaa sesangat dah tak update entry kat blog kan. haha sekarang aktif dekat instagram je. Ramai yg tanya ig mira, heee blh search @nuramirahhasane :)

Last update tentang masanya belum tiba, mengupas isu tentang belum ada anak. Tup tup Allah beri rezeki tak lama lepas tu mira mengandung hehe Allahu, alhamdulillah. Dah setahun berlalu, baru nak update pengalaman bersalin hehe

Tepek 1 gambar masa dah 8 bulan lebih. hee
Muka kembang setaman.

Cerita ni tentang setahun yang lepas. Tapi baru ada mood nak update blog. Buat kenang-kenangan. Sebab masa taip ni pun banyak nau dah lupa huhu Belum 10 tahun lagi haha InshaAllah nak aktif update blog semula sbb ramai sgt yg mintak update blog. Nak tau update. huhu Sorryy tauu, sbb skrg ni busy sgt sgt urus rumah, anak, bisnes hehe InshaAllah, ada rezeki mira update sokmo ye. 

Btw, macam mana mira tau mira pregnant? hehe Nanti mira cerita dekat entry lain k. Ni nak cerita pengalaman bersalinkan anak soleh yg pertama. Alkisahnya bermula...

Masanya..belum tiba.

Photobucket
Assalamualaikum :)

Lama rasanya menyepi dari dunia blog ni. Bukan apa, memang banyak benda nak share dgn korang haha Tapi rasa malas yang menyapa diri ni fuhhh. Bukan senang nak suruh jari ni menaip. On laptop pun malas sekarang. Dahsyat haha Quite busy with work and business. heee

Actually, apesal tajuk tu sebenarnya? Tetiba je masanya belum tiba. Ehem. Rasa terpanggil untuk buat entry ni. Tentang mentaliti masyarakat kita yang suka 'bertanya perkara yang kurang sepatutnya', Ahhhh, tak faham laa, apa mira niiii. hahaha

Okay2, we go straight to the point. Its actually tentang sensitive questions macam;

"Eh, kau ni umur dah lanjut, bila nak kahwin?"
"Eh, kau kahwin dah lama kan? Bila nak ada anak?"
"Eh, takkan sorang je kot anak, bila nak tambah lagi?"
"Eh, kau ni dah tua, bila nak mati?"Eh.eh.eh. soalan ni belum pernah org tanya lg kat mana2 kot hahaha

Duhai sahabatku semua, percaya tak, Allah sudah tetapkan segala-galanya bagi hamba-hambanya. Setiap langkah, setiap inci kehidupan manusia Allah dah atur. Kita hanya mampu merancang, maka Allah jualah yang menentukan.