Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di alamat www.spa.gov.my dengan mengisi borang SPA 8i.
Jawatan-jawatan yang boleh dipohon ialah:
- Pembantu Muzium S19 (Kelayakan minimum SPM)
- Penolong Kurator S29 (Kelayakan minimum diploma)
- Kurator S41 (kelayakan minimum ijazah)
Tatacara untuk menjadi Sukarelawan Muzium adalah seperti berikut:
- Hantar permohonan melalui borang yang boleh dicapai di Laman Sesawang Jabatan Muzium Malaysia
- Menghadiri taklimat dan temuduga
- Menghadiri 16 sesi pembentangan berkenaan sejarah dan kebudayaan
- Pembentangan selama 3, 7 dan 10 minit dalam galeri di Muzium Negara
- Terikat sebagai Tour Guide di Muzium Negara selama dua tahun
- Penganugerahan sijil akan dilaksana selepas melepasi tatacara tersebut
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Bahagian Komunikasi Korporat
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
Tel No.: 03- 22671049
Ruang/Kemudahan di Jabatan Muzium Malaysia yang boleh disewa oleh orang awam adalah seperti berikut:
a. Ruang/Kemudahan yang boleh disewa di ibu pejabat (Jabatan Muzium Malaysia) ialah:
- Auditorium
- Dataran Muzium Negara
- Ruang Lobi Pejabat
- Bilik Mesyuarat
b. Muzium Diraja juga menyediakan ruang dan dan kemudahan untuk disewa oleh orang awam.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi;
Muzium Diraja Jalan Istana,
50460 Kuala Lumpur
Tel: 03-2272 1896
pr.mdr@jmm.gov.my
Pengambilan pelajar praktikal bergantung kepada keperluan dan kekosongan di Jabatan Muzium Malaysia. Pelajar yang berminat untuk menjalani latihan praktikal di Jabatan Muzium Malaysia boleh menghantar resume beserta permohonan rasmi daripada pihak Universiti/Institusi.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi;
Unit Pembangunan Modal Insan
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
Tel:03-22671194/1188
Kemukakan surat permohonan kepada Jabatan Muzium Malaysia dan sertakan surat sokongan daripada agensi/majikan/IPTA/IPTS yang berkenaan. Permohon perlu mengisi borang yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan dan menandatangani serta mematuhi syarat-syarat di dalam peraturan-peraturan untuk menjalankan program. Kelulusan permohonan akan diberikan bagi tempoh 3-7 hari bekerja bagi permohonan yang lengkap diterima.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi;
Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
Tel: 03-22671000/03-22671060
Peminjaman bahan adalah untuk kakitangan sahaja manakala pengunjung hanya boleh merujuk bahan di perpustakaan.
Boleh datang ke pejabat Unit Sumber Media untuk membuat pilihan gambar yang ingin dibeli. Borang perlu diisi dengan lengkap dan resit akan diserahkan selepas pembayaran dibuat di Unit Kewangan, secara tunai. Gambar yang telah dipilih dan dibayar akan diberikan dalam bentuk softcopy sahaja. Saiz gambar adalah 300 dpi.
Kadar bayaran adalah mengikut kategori berikut:
KATEGORI | SAIZ | KADAR BAYARAN |
---|---|---|
Pelajar/IPTA/IPTS | 300 dpi | Percuma |
Bukan Pelajar | 300 dpi | RM 60.00 |
Agensi Kerajaan | 300 dpi | RM 60.00 |
Swasta | 300 dpi | RM 500.00 |
Untuk keterangan lanjut sila hubungi;
Unit Sumber Media
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
Tel:03-22671000- ext.346
Ya. Pihak Jabatan Muzium Malaysia menerima sumbangan koleksi artifak daripada orang ramai/organisasi berdasarkan penilaian yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Hadiah, JMM.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi;
Bahagian Pengurusan Koleksi
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
Tel: 03-22671000/03-22671070
Sesiapa yang berminat untuk menawarkan koleksi antik kepada Jabatan Muzium Malaysia boleh mengisi Borang Tawaran Artifak JMM (rujuk laman rasmi Jabatan Muzium Malaysia) dan emelkan kepada pihak Bahagian Pengurusan Koleksi, Jabatan Muzium Malaysia.
Setakat ini Bahagian Pengurusan Konservasi tidak menerima sebarang koleksi atau artifak dari orang perseorangan untuk dibaikpulih. Bahagian Pengurusan Konservasi bagaimanapun boleh memberikan khidmat nasihat tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia.
Tanggungjawab dalam menentukan keaslian sesuatu koleksi atau objek merupakan tugas Jawatankuasa Penilai Artifak dan Bahagian Pengurusan Koleksi. Bahagian Pengurusan Konservasi hanya menjalankan tugas menyelia, memberikan khidmat nasihat, penilaian kondisi dan pemuliharaan artifak di dalam repositori dan lapangan khususnya milik Jabatan Muzium Malaysia dan agensi-agensi permuziuman yang lain.
Muzium Alam Semula Jadi tidak beroperasi buat sementara waktu sehingga dimaklumkan semula menerusi laman web dan media sosial Jabatan Muzium Malaysia.
Sebarang aduan/cadangan boleh disalurkan kepada Bahagian Komunikasi Korporat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam ( SISPAA ) di laman rasmi JMM.