MyIslam
KEMBALI KEPADA FITRAH ISLAM Aplikasi MyIslam merupakan satu inisiatif baru Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI). Cetusan idea ini membuktikan usaha JAWI untuk membantu memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi seluruh warga Wilayah-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,Putrajaya Dan Labuan). Hadirnya aplikasi ini untuk membantu memudahkan urusan insan yang terbuka hatinya kembali kepada fitrah Islam dan melaksanakan pengislamannya. Semoga sinar kedamaian diperolehi dalam menyelusuri fitrah Ilahi ini. Caranya cukup mudah dan efektif. Dengan hanya mengimbas QR Code MyIslam menerusi telefon bimbit dan memenuhi segala garis panduan dan syarat-syarat yang ditetapkan sebelum mengisi borang permohonan. QR Code MyIslam boleh didapati di laman sesawang JAWI atau NGO yang terlibat dengan pengislaman serta di pejabat masjid-masjid yang berada di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Manual penggunaannya juga ada disediakan. Sebarang pertanyaan lanjut dimohon menghubungi Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI di talian 03 22749333 atau boleh melayari laman sesawang JAWI menerusi www.jawi.gov.my Manual Pengguna MyIslam [Muat turun] |