Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Kronologi Kedatangan Adik Baby - KHAIR AMSYAR

Saya sekarang dalam mood berpantang. Pantang tengok makanan dan minuman yang tak boleh dimakan waktu berpantang ni. Haish!

Oh lupa nak perkenalkan our new hero - KHAIR AMSYAR BIN KHAIRUL NIZAM -
Pada Eis, sori banyak-banyak terguna gak nama Kae. Hihi. Sepasang la kita, Khayra dan Khair.Ejaan je lain-lain. Mungkin pasni ejaan dalam blog ialah "Khae". Senang nak sebut. Eis, kita kawaan kaaan..!Hehehe.


Kronologi Kedatangan Adik Baby a.k.a Khae

22 September 2010 - Rabu

Saya macam biasa datang rumah mak hari tu, sementara belum bersalin lagi. Jarak rumah saya dengan rumah mak adalah lebih kurang 10km. Saya drive sendiri. Khayra jadi co-driver.Setelah 3 hari terover due, saya menjalankan aktiviti rebus dan sterilized yang macam saya ceritakan hari tu. Petang tu, masa nak balik rumah balik - setelah bertungkus-lumus bermain dengan botol & sauna-, saya dah mula rasakan sakit kat bahagian ari-ari.Mak dengan ayah dah risau dah. Boleh ke saya drive balik rumah. Hasben belum balik kerja lagi.Tapi saya rilek je. Sebab mungkin saya banyak berdiri masa buat aktiviti hari tu. Tu pasal malas nak fikir pasal sakit ni.

Malam tu, lepas hasben sampai rumah, saya ajak pegi pasaraya kat area rumah kejap. Masa tu sakit kat bahagian ari-ari dah hilang. Pasaraya yang saya pegi cuma 2 tingkat je. Takde lif. Masa saya start panjat tangga untuk naik ke tingkat atas, dah terasa ngilu sikit-sikit. Alignment jalan saya pun agak terganggu. Perlahan-lahan saya jalan. Mengah pun mengah. Selalunya saya jenis jalan laju. Tapi nak control macho punya pasal, saya buat-buat tak sakit. Entah kenapa ntah saya kerek je malam tu. Hahaha.

Dah balik rumah, pukul 10 malam masuk tidur macam biasa. Tapi saya  pulak asik keluar masuk tandas. Cirit -birit ye kawan-kawan. Hasben kata, kalau nak bersalin pun, tunggu la esok. Dia nak tidur dulu. Kurang asam. Haha. Ye la, encik tu kan baru balik dari KL. Penat tak hilang lagi, saya dah ajak keluar. Pastu balik rumah, macam nak bersalin pulak. Pada saya pulak, takkan lah nak bersalin. Kan saya tengah sakit perut cirit-birit. Oklah, saya bagi Khayra dengan hasben tidur dulu. Hasben tolong saya angkat tilam lain, tidur kat luar. Kang kalau sakit pun, hasben dengan Khayra tak terganggu dengar suara saya.

23 September 2010 - Khamis

Kat luar bilik, saya on internet. Google punya google, rupanya tanda-tanda lain nak bersalin adalah cirit-birit.Start pukul 10 malam yang saya sakit tu, saya dah tak boleh tidur. Asik tengok jam henset, rekodkan contraction berapa minit sekali. Cara saya rekod, start sakit saya tengok jam - contoh pukul 2.30 pagi, sakit sekali lagi tengok jam lagi konon-konon 2.45 pagi. Pastu buat perbezaan. Contraction berubah-ubah selang 15 minit, kejap 10 minit, kejap 20 minit. Tak menentu.Takut gak kalau-kalau ni false alarm. Start pukul 3 pagi, saya dah mula exercise dalam rumah. Jalan-jalan dari dapur ke hall. Setiap kali sakit, berhenti. Pergh! Dah mula sakit kuat dah. Masa tu 5 minit sekali. Pukul 4 pagi, hasben dah bangun. Terkocoh-kacah dia cari saya kat luar bilik. Ingat saya dah bersalin. Haha.

Hasben terus siap-siap untuk bawak saya ke hospital. Saya pulak, kalau tengok hasben lagi la kuat rasa sakit ni. Sampai menitis air mata menahan. Adoiyai. Manja pun ada gak.Pengalaman bersalinkan Khayra dulu membuatkan saya tak nak menahan sakit kat hospital. Biar sakit kat rumah. Masa tu, 11 jam duduk dalam labour room. Kawan-kawan bayangkanlah.....T_T Klik sini untuk entry pengalaman saya bersalinkan Khayra dulu.


Hasben buatkan saya milo dan nestum. Saya pulak amik masa ni potong kuku. Berapa kali berhenti potong kuku, sebab tak tahan sakit. Saya bersihkan diri, hasben pulak kemaskan barang-barang Khayra. Lepas semua  dah mandi & setel, pukul 5 pagi saya bertolak pergi rumah mak dulu. Nak hantar Khayra pergi sana. Dalam perjalanan, kat langit bulan tengah mengambang penuh. Masa tu 14 Syawal. Cantik.Khayra terjaga. Dia nak ikut saya dengan papa dia. Sayu hati tengok dia meraung nak ikut. Masa tu dah sampai rumah mak dah. Mak bekalkan saya kurma dengan air milo panas.

Sampai kat hospital pukul 5.30 pagi.Saya dah tak boleh jalan dah time contraction. Sakit woo. Patutnya pegi kat wad bersalin terus kat tingkat 2, tapi hasben pegi kat pendaftaran. Lupa la tu. Staff kat situ terus call suruh hantar wheelchair. Sampai kat bahagian labour room, kena check bukaan dulu. Masa ni saya fikir jap lagi mesti masuk wad dulu. Takkan terus masuk labour room pulak.Mula-mula nurse tu check dia kata dah buka 4cm. Dia suruh tunggu untuk doktor check betul-betul.Time buat CTG, saya dah sakit kuat. Doktor-doktor muda call doktor senior. Saya dengar dia cakap graf tak cantik. Doktor senior datang. Check bukaan. Tengok dah 5cm. Saya terus ditolak ke labour room.

Sampai kat labour room pukul 6.30 pagi, saya mintak izin pergi tandas dulu. Ye la, sangkaan saya mestilah kena tunggu lama macam Khayra dulu, sampaikan nak pergi tandas pun tak boleh sebab kat perut dah pasang CTG. Doktor cakap "Tak boleh pergi tandas dah.Awak nak buat apa?" "Saya nak berak dengan kencing dulu" saya jawab. Terus doktor sound "Ni bukan nak berak lagi dah. Tak sempat dah. Awak nak beranak ni.Ha, dah 9cm dah pun.Kepala baby dah nampak dah!" HAA?! Saya mcam tak percaya. Saya ni pun sengal, dah ada pengalaman bersalin pun, nak beranak dengan nak berak pun tak boleh nak bezakan. Muahahaha! Baju saya terus diorang bukakan. Salinkan baju hospital. Macam puteri raja <------ Tak boleh belah ayat saya.Doktor suruh je saya teran, kepala baby dah keluar. Teran sekali lagi, selamat. Alhamdulillah.Pukul 6.53 pagi adik baby seberat 3kg telah selamat saya lahirkan.

Tapikan, masa sakit beranak tu, mulut saya ni bising gak. Tapi sebut yang baik-baik je la. "Ya Allah.Ya Allah. Ya Allah."Makin sakit, makin nyaring saya sebut. Saya bersyukur sebab kelahiran kali ini dipermudahkan. Hanya amik masa tak kurang setengah jam dalam labour room, semuanya selesai.Satu lagi, ingatkan tak kena jahit, kenaa gaak. Aduhai. Dalam masa kelam kabut tu, saya tak pasti diorang potongkan atau saya yang terkoyak sendiri. Takpelah, ngeri gak kalau ingatkan balik.Lebih ngeri masa ingatkan time kena jahit tuuu. Maaakkk! Sakit! Takde bius apa-apa.

Kepada kawan-kawan yang akan melahirkan baby tak lama lagi, samada baby pertama atau baby yang keberApa kali, saya ucapkan selamat beranak. Moga dipermudahkan.Amiin.


p/s : JANGAN TAKUT, KALAU KORANG TAKUT SAYA LAAGII TAKUT. HEHEHE.
12 Responses
  1. heheehe..dah lepas kuar baby dah legaa kan hanna..
    saya ni nak beranak #3 pun dok ngeri2 lagi nak pikir sakit kontraksi tuh...adehhhw


  2. Anonymous Says:

    tahniah hanna.. hai Khae..hihihihi.. (janggalnya) hehe takpe, kita kawan kaaaann..
    dah sama kita sepasang. nama diorg pun sama. seronoknya! jaga diri tau. kish Khae!


  3. ibusyireen Says:

    ana, tahniah!!ensem sgt dak khae ni...lawakla experience ko nk branakkn si adek ni...aku pon ikot same rs contraction tu tau x...hahaha...ape2pon, aku doakn khair akan jd anak yg soleh...insyaAllah... ;)


  4. Srikandi Says:

    Assalamualaikum...

    Alahai..mudah jer dia bersalin.Perut akak lak rasa kembang kuncup time baca entri ni..hahaha..ngeri maa...

    Apapun...comel baby tu..geram tgk!
    selamat berpantang ye Hana.Jgn selalu ngadap komputer x baik utk mata :)


  5. ahlanwasahlan ya khair..kak..senangnya akk bersalin..saya berharap kali ni sy dpt bersalin normal.uwaa


  6. Mrs Nageb Says:

    congrats rohana,Ya Allah,senangnya beranak...semoga aku pulak mcm tu..heheh :)Amin


  7. Anonymous Says:

    Tahniah Ana ....dah sepasang


  8. Anonymous Says:

    Salam n tahniah kerana telah selamat melahirkan...semoga mama n bby sehat serta kyra jugak n papa kyra..he he he. Raya x sempat kita berjumpa kan...anyway selalu makcik doakan yang baik2 jer untuk kalian semua...Amin~!!


  9. Hanna Says:

    sz | m.s.s
    terima kasih kak..memang sakiit..ouch!!

    eis
    hai aunty eis..nama khae sama dgn nama abg kae..seronok dh dpt sepasang,alhamdulillah..

    ibusyireen
    hai raha,pergh sakit tau..so syireen dgn dak khae sebaya tahun la kan?masuk sekolah sama2 la nnt..


  10. Hanna Says:

    MysDear
    Salam kak mys..thanks kak..kadang2 layan gak laptop ni,tp dh jarang nk guna..mak mertua saya pun kata x elok membaca time berpantang ni..

    Naz
    insyallah nazz,moga kali ni nazz selamat bersalin normal,push!push!hehe..

    Mrs Nageb
    moga ko pun dipermudahkan nnt..amiin..

    Anonymous
    Thanks ya,siapa ni ek?

    Anonymous
    Salam makcik, selamat hari raya..insyallah nnt kita jumpa ye dari mama,papa,khayra dan khae untuk NekCik..


  11. alhamdulillah.. omey sgt baby khair. hanna take care & slmt berpantang & bf.


  12. Unknown Says:

    Alhamdulillah.. mudah ajer nak kuor si bb kali ni...

    kelakor pun ade baca n3 hanna ni...

    tahniah.. dah 3 minggu kan....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...