14 Perkara Yang Melukakan Hati Seorang Suami
Posting saya ni berkaitan dengan suami yang baik di luar sana yang sememangnya terkadang dilukai tanpa sedar. Luka yang tak disedari isteri yang menjadikan suami makin menjauh.
Posting ini tidak sesuai dengan suami yang tidak bertanggungjawab, tidak berakhlak dan sentiasa bermaksiat.
Kepada para isteri usah melenting dengan posting ini, tetapi jadikan ia satu renungan dan muhasabah. Sekiranya kena dengan diri anda maka perbaikilah. Sekiranya tidak kena dengan situasi anda maka abaikanlah.
Apakah perkara yang menyebabkan suami makin jauh dari anda?
Ada 14 perkara yang boleh melukakan hati seorang suami
1. Seorang lelaki terluka apabila isterinya bercakap dengan orang lain dengan lebih hormat dan mesra berbanding dengan dirinya.
2. Seorang lelaki terluka apabila isterinya melayannya dengan baik hanya apabila ada tetamu.
3. Seorang lelaki terluka apabila isterinya membuatnya rasa kurang penting kepada anak-anak hanya kerana dia bukan yang melahirkan anak-anak.
4. Seorang lelaki terluka apabila dia selalu perlu meminta maaf walaupun untuk perkara yang bukan salahnya hanya kerana isterinya sensitif secara emosi.
5. Seorang lelaki terluka apabila isterinya membongkar aib mereka di khalayak, memberitahu keluarga dan rakan-rakan tentang kelemahannya dan mencemarkan imejnya.
6. Seorang lelaki terluka apabila isterinya selalu murung, sukar didekati, dingin dan suka bertengkar, membuatnya merasa tidak selesa untuk pulang awal ke rumah.
7. Seorang lelaki terluka apabila dia melihat isterinya tersenyum dan tersipu-sipu apabila membaca mesej dari lelaki lain, tetapi mengabaikan dan tidak pedulikan kehadirannya.
8. Seorang lelaki terluka apabila isterinya menjauh, marah, tidak responsif pada sentuhannya, dan tidak memberitahu sebab kemarahannya.
9. Seorang lelaki terluka apabila isterinya sering mendapat nasihat yang mengelirukan dari kawan-kawan, orang luar dan pihak ketiga yang merosakkan hubungan mereka.
10. Seorang lelaki terluka apabila isterinya hanya melihat kelemahannya. Dia jarang menghargai kebaikan yang dilakukannya.
11. Seorang lelaki terluka apabila isterinya masih mengungkit isu yang telah diselesaikan. Dia masih terperangkap pada perkara yang telah dipersetujui untuk dilupakan.
12. Seorang lelaki terluka apabila isterinya bercakap dengannya dengan nada seperti hendak mengarah, memerintah atau merendahkannya.
13. Seorang lelaki terluka apabila isterinya tidak menghormatinya atau memandang rendah pada usahanya hanya kerana pendapatannya tidak banyak.
14. Seorang lelaki terluka apabila isterinya menggunakan dia untuk hidup selesa tetapi kemudian beralih kepada lelaki lain untuk keselesaan emosi dan seksual.
Fahami dan pelajarilah tentang lelaki, maka isteri akan menjadi tonggak terbaik kepimpinan seorang suami.
Semoga bermanfaat
Sumber: Fadzli Aziz
Kaunselor Rumahtangga
0 Comments
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.