Thursday, January 23, 2025

Awal Giler Sampai KL...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Awal betul.sampai KL pagi ni..highway x sesak..x banyak kereta tapi banyak lorry...eh..pagi tadi ada accident highway selepas Nilai dekat ngan bangi kalau x salah..kereta terbakar..risau betul SA tengok..harap-harap x melibatkan nyawa la...terus SA x lena tido sebab terbayang-bayang kan..

Sampai rnr Tol Sg Besi pukul 6.15am..suami pi solat subuh dulu..then terus ke Mamak Cafe port lepak kami pagi2...mamak tu pun dh tau dh nak order air apa...cuma makanan je dia tanya nak makan apa..




Pagi ni SA lapar..sebabnya malam semalam x makan..SA siapkan makanan untuk PZ dan suami...diorang xde malam td tinggal SA sorang...lepas tu SA naik atas tido...puncanya belikat SA sakit, SA makan ubat muscle relaxants terus mengantuk macam hape dh...


Suami amik gambar ni and update kat FB dia..

Dia bengang sbb SA suruh habiskan mee goreng...laaaa...memang la..sape lagi nak habiskan kalau buakn dia kan...banyak kot mee goreng tu...sayabg kalau x habiskan..dh la mahal..hahaha..

Rosak diet dia katanya...dia kata SA dengki....

Muahahahaha....memang dengki pun....


Sesi Membaja

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...

Semalam Dania hantar gambar aktiviti dia di ladang...oh ye..untuk semua yang belum tahu dan menjawab pertanyaan, Dania amik course Business Management  In Agriculture..memang kena la masuk ladang, tanam sayur dan maybe semester seterusnya nanti  akan handle binatang plak...Agriculture ni sangat -sangat menyeluruh ye...

Semalam Dania belajar membaja plak..sebelum ni merumput dan merumpai kan...Dania dan kawan- kawan belajar tentang pengenalan dan tatacara membaja.



Dania dan kawan- kawan mendengar penerangan



Peluang paling berharga untuk Dania belajar tentang cara-cara membaja yang betul dan menepati prosedur membaja supaya pokok sentiasa sihat dan segar.

  1. Pastikan tanah digembur dahulu sebelum membaja dan digalakkan untuk menggembur tanah sehari sebelum hari membaja
  2. Sebaiknya membaja dilakukan pada sebelah petang sebelum menyiram.
  3. Pastikan sukatan baja betul dengan padanan saiz tanah dan pokok.
  4. Letakkan baja jauh daripada batang pokok supaya baja dapat menyerap terus ke dalam akar.
  5. Setelah selesai membaja, siram pokok secukupnya.
  6. Bagi penyalinan pokok (repot), kali pertama sahaja diwajibkan menyiram tanah secukupnya baru lah membuat proses membaja.
  7. Bagi pembajaan seterusnya, pastikan membaja dahulu sebelum membuat penyiraman.



Baja yang biasa digunakan bagi pokok getah ialah baja kimia. Baja ini terbahagi kepada berbagai-bagai jenis. Di antara jenis yang digunakan ialah baja jati, baja campuran dan baja sebatian..


Macam dah tinggi je rumput2 tu semua Nia?


Jumlah baja bagi setiap pokok adalah berbeza dan harus mengikut ketetapan yang telah di tetapkan agar pokok tidak terlebih baja...

Lepas ni boleh la Dania ajar mama dan Uncle plak bab membaja...mama dan uncle ada plan nak tanam pokok bunga, cili dan bendi...nak tanam dalam pasu je kot...pokok bunga tu nak cuba la tanam yang jenis biasa- biasa je dulu...species keladi ke...tengok la nanti...sekarang ni dah banyak masa waktu weekend so boleh la mulakan plan ni...

Lepas membaja apa pulak agaknya kan?

Kita tunggu update dari Dania

Wednesday, January 22, 2025

Resepi Kacang Panjang/ Kacang Buncis Goreng Pedal

Assalamualaikum...

Semalam SA jenjalan kat FB Page Khairul Ameng rasanya...nampak resepi ni...terus rasa sebak ye...sebak sangat ini lah lauk favourite arwah Mak Pah yang SA x sempat masakkan untuk dia..

Lauk ni la antara lauk tambahan masa kenduri kahwin SA...ramai yang suka dan lauk ni dulu yang habis compare lauk- lauk catering.

SA bukan x tau buat lauk ni..tau jer..tapi sejak arwah Mak Pah meninggal sampai sekarang SA belum masak lagi lauk ni..selalunya kami guna kacang buncis..x guna kacang panjang...tengok la nanti nak masak la lauk ni...lama dah x makan...dah lebih 100 hari dan hampir setahun arwah Mak Pah pergi....



Kredit gambar dan resepi kepada FB Page KA


Tak semua org makan lauk ni, tak apa SA faham.. tapi sekurang2 nya SA share dan  membantu memeriahkan resepi dalam blog ni walaupun lauk biasa2 aje...maybe ada antara kawan- kawan semua tercari- cari resepi kan...

Ini resepi untuk yang keluarga yang ramai, kalau tak ramai bahan2 semua jadikan semua separuh..


KACANG PANJANG / KACANG BUNCIS GORENG PEDAL

  • 1kg pedal ayam, hati ayam dan jantung campur2 
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 cili akar (cili padi pun boleh)
  • 1 cili merah (hiris)
  • Secekak Kacang panjang (potong2)
  • 1 sudu kecil penuh Serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil serbuk perasa


Cara masak

  • Tumbuk /kisar kasar jangan kisar guna air tak sedap bagi saya, bawang merah, bawang putih dan cili akar,
  • Tumis bahan tumbuk/kisar sehingga naik bau dan perang, 
  • Masuk pedal hati jantung bersama serbuk kunyit, 
  • Gaul2 sehingga masak dan pecah minyak, masa ni kalau nak tambah sikit air pun boleh dalam suku cawan sahaja atau nak tambah santan pun boleh nanti dia jadi version rendang kering
  • Masuk kan garam, gula dan perasa gaul.
  • Masuk kacang panjang bersama cili merah yg di hiris gaul sehingga kacang sedikit layu siap


*Serbuk kunyit untuk hilangkan bau hanyir hati dan warna masakan lebih cantik, nak letak 1 sudu besar pun boleh*


Selamat mencuba!!


Pagi Ini...

Assalamualaikum...

Hari ni ntah kenapa SA sangat2 mengantuk...lemau betul SA...dari pagi ye...lepas tu pukul 10 lebih SA dah lapar semula..nekad pi beli Nasi lemak dan karipap

Nasi lemak beli kat The Grind dan karipap beli kat Canteen...


Melayan baby ni..dia datang lagi..sebenarnya dari semalam...

Makan nasi lemak..sambal pedas betul.tqpi sedap

Karipap pun mahal ye...sebiji RM1.40 nasib baik sedap..


 Makan dengan sambal nasi lemak

SA dh kenyang..

Hari ni x bawak bekal...sebabnya Malas...bukan xde lauk...semalam PZ masak ekor lembu buat sup...dia ingat masak ekor tu macam.masak sup ayam...lambat empuknya sebab masak guna dapur gas....memang lambat la empuknya...lepas tu dia nak masak macam makan kat kedai tomyam...mana nak sama...kalau dia tunggu SA masak semalam boleh masak dalam.pressure cooker...tau-tau dh masak..lepas tu dia x makan..sakit perut dia...ada la bahan x kena ngan PZ tu...

Sudahnya hari ni dia pi hantar sup ekor tu kat adik SA..SA kurang skit makan, Suami memang x makan la...


Mini Tote Bag Hadiah Dari CCL

Assalamualaikum...

Semalam balik kerja nampak ada bungkusan atas meja...suami dah jeling SA dh...jeling mula x puas hati sebab SA nyer azam tahun baru kan no online shopping...hahaha...padahal ada je SA beli barangan online..apesal plak dia yg x puas hati..SA cakap la..ni hadiah untuk i la..hadiah top komentator  dari kawan blogger...

Suami tunggu  sampai SA unboxing...sebab kotak besar betul...apa benda la yang CCL bagi ni...nebes nak bukak....


Besar kan kotaknya

Wah..product Dato' Aliff Syukri la..

Nampak pamphlet ni tau dah apa dalam kotak..sebab tau AS memang jual handbag dan bag2 macam-macam sekarang ni..

Exclusive kotak ni...


 Tadaaaa....cantiknyaaaa...

Suka sangat ni...

Mini Tote bag yang boleh dijadikan sling bag..ala-ala Longchamp SA...comel sangat ni....

Terima kasih CCL..

Hadiah ni bersempena SA menjadi top komentator  December 2024 blog CCL...semoga sentiasa  dimurahkan rezeki buat CCL...

For sure Kak SA sukaaaaa.....

Korang jom terjah blog CCL...


Tuesday, January 21, 2025

Welcome To The World Nur Embun Kasih

Assalamualaikum...

20 Januari 2025 bersamaan 20 Rejab 1446 lahirnya seorang puteri permata hati yang pertama buat anak buah kami Imran dan isterinya Fatin...

Speechless sebab x tau pun Fatin preggy tiba-tiba mendapat perkhabaran Fatin dah bersalin...surprise betul...pandai Abg Ipar dan Biras SA simpan rahsia...


 
Alhamdulillah...Alhamduillah...Alhamduillah 

Syukur Alhamdulillah..

Tahniah buat Abang Ipar dan Biras SA...insyaallah kalau xde aral boleh la kami singgah nanti tengok baby 31hb...

Seronoknya dapat baby girl...senang nak belikan baju, hadiah untuk gegurl semua cantik-cantik kan .

Nur Embun Kasih Binti Muhammad Imran...cantik namanya...semoga membesar menjadi anak yang solehah...Semoga si Kecil kelak menjadi anak yang berbakti dan dapat membanggakan orangtuanya.

Selamat berpantang buat Fatin...

Maknanya SA dan suami dah jadi TokAbah dan TokMa jugak la kan?

Wahhh...kami dh ada cucu? 

Cucu saudara still cucu la kan? Panggilan ikut pangkat la kan?

Macam tak percaya je dah ada cucu..

Kepercayaan Itu Mahal Harganya Dan Tidak Semua Orang Layak Memilikinya

Assalamualaikum..... 

Betul kan?




Kadang-kadang, kita kongsikan cerita kepada orang yang kita percaya untuk lepaskan stress, orang yang kita anggap kawan, orang yang kita percaya.

Namun, tidak semua orang yang kita percaya itu benar-benar ikhlas. 

Ada yang mendengar bukan untuk memahami, tetapi untuk menyimpan cerita kita sebagai senjata.

Berhati-hatilah, kerana kepercayaan itu mahal harganya, dan tidak semua orang layak memilikinya.

Apa yang anda kongsikan dengan mereka boleh menjadi bahan gosip atau punca fitnah.

Jadi, simpanlah sebahagian kisah hidup anda untuk diri sendiri. 

Bukan semua cerita perlu diceritakan, dan bukan semua telinga sesuai untuk mendengar.

Ingatlah, privasi adalah perlindungan. 

Apa yang orang tidak tahu, mereka tidak boleh hancurkan.


Credit to : FB Public Health Malaysia


Cerita Pagi Tadi....

Assalamualaikum....

Pagi tadi kami sampai KL awal...6.30am...memandangkan SA masih ABC so suami je singgah rnr tol Sg Besi tu solat...memang biasa solat kat situ..kadang kat Surau kat Brickfield tu...SA 2-3 hari ni dalam kereta memang nyenyak tido...ye la bangun awal 4am kan...siapkan bekal apa segala..

Sampai kat brickfield selalunya dalam  pukul 6.30am / 6.40am paling lambat...so lepak la dulu kat mamak...kadang sarapan kadnag minum air je...pagi ni masing- masing lapar...suami makan nasi lemak bungkus...SA plak makan Indomie goreng..sedap plak...nyesal mintak single patut mintak double..hahaha...




 

Sempat aje dia snap gambar SA pas tu share kat FB dia...eh..eh.....sabar jer la...kemudian suami hantar SA kat opis...then terus mulakan kerja dia...orang kerja xde ikut time ni senang, bila- bila je bleh start kerja x kira masa kan...SA memang awal la masuk kerja...pilih 8.00am waktu kerja dan balik 5.00pm...x sbar nak tunggu puasa, boleh balik 4.30pm...

Merumput Ke Merumpai Agaknya

Assalamualaikum...

Dania ada hantar gambar ni semua Isnin lepas kalau tak salah..SA terlupa sebab masa tu risaukan Angah yang kena Heart Attack kan..SA pun EL Isnin lepas..sampai hari ni baru perasan x share..Dania kan sekarang masuk ladang...dia kena masuk ladang getah buat masa ni..so banyak la yang dia belajar..kali ni merumput or merumpai kalau tak salah...

SA tercari- cari mana satu gambar dia...eh...sekali dia cakap yang menyangkul tu dia la..laaa..apesal nampak kurus...dia kata pandai cari angle so nampak la kurus...hahaha...sabar jer la...





Ni ha dia...





Ni pun dia


Mana la mama nak perasan sebab dalam gambar nampak kurus...

Kalau x salah setiap hari Isnin Dania akan masuk ladang...last time belajar cara- cara guna mesin rumput kan...rasanya SA dah share kat dalam blog ni...malas plak nak cari...Adakala SA xde idea nak describe setiap gambar...mana yang dapat aje la ye...lepas ni tak tau Dania belajar bab apa plak...minggu takde pun dia share gambar...


Sambal Telur Rebus Permintaan Suami

Assalamualaikum..

Baliknkerja semalam, PZ cakap dia dah sediakan sayur nak goreng, bawang segala dah siap, sayur dah basuh..senang la kerja SA...lepas tu suami mintak buatkan sambal telur rebus..x nak guna cili api tapi cili kering...pun senang aje...by 8 lebih dah siap dh...SA mula masak pukul 7 lebih semalam sambil2 tengok Wanita Untuk Kaiden..panas hati tengok citer tu...nasib x hangus lauk sambal telur...kelentung kelentang SA masak sorang- sorang sambil membayangkan mak mertua si Haila tuh....Liza Abdullah tu kalau bawak watak antagonis memang pandai kan...geram aje...nasib baik SA xde Mak Mertua..ehhh...hahahaha...



Sambal telur rebus


Sayur sawi apa ntah, PZ suka tul sayur ni


 Ikan bawal emas PZ goreng...hangit...mesti api besau ni...


By 9pm suami balik dari kerja...lepas tu  makan...

So hari ni dua-dua bawak bekal lauk sambal telur...SA bawak sayur goreng gak..suami x makan sayur...


100% Betul

 Assalamualaikum...

Something to share...



5 fakta pahit yang harus kita terima.


✅Jangan berlebihan menceritakan kesusahan kita kerana tidak ada yang akan benar-benar peduli.


✅Jangan bergantung hidup kepada seseorang kerana bayang kita sendiri akan tinggalkan kita ketika malam tiada cahaya.


✅Menjadi baik,pemaaf dan suka menolong adalah satu keharusan,tetapi jangan sampai kita dipergunakan.


✅Tiada kesetiaan yang benar-benar sejati di dunia ini,selagi mereka untung,akan semakin panjang kesetiaan mereka kepada kita dan begitulah sebaliknya.


✅Tidak ada cinta dan kasih sayang yang sejati di dunia ini..Kita semua pelakon di pentas dunia ini.


Monday, January 20, 2025

Bekal Lunch Hari Ini

Assalamualaikum...

Punya la lama x bawak bekal lunch nasi putih berlauk kan...hari ni SA  bawak bekal...sorry la kawan- kawan office bila SA panaskan semerbak bau...tumisan SA tu buat orang lain semua lapar...pelik nau panaskan makanan dalam microwave bau boleh terbit keluar...maybe sebab office aircond kot erk..hahaha...12.30pm memang diorang tau SA akan panaskan bekal...lepas tu mula diorang intai- intai SA masak apa hari ni...hehehe...



Ikan kembung goreng berlada


Bendi goreng...


anak bertuah Dania tu masukkan nasi dalam bekal SA macam SA nak pi menoreh getah kat ladang getah...punya la banyak...
terpaksa guna pinggan opis...


Alhamdulillah...rezeki hari ni....bendi tu SA petik kat pokok..dapat la dalam 6 batang bendi...terus goreng je..SA suka goreng macam tu...mulanya nak buat pecah telur tapi x confident plak..haha..so goreng macam tu je la...SA suka bawang dan ikan bilis garing2 macam tu baru masukkan bendi...bendi potong serong macam tu nipis- nipis...sos tiram jangan lupa letak ye...

Esok nak buat bekal apa agaknya....ikan keli buat sambal?

Kita tengok apa yang jadi esok


Resepi Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis

Assalamualaikum...

Bila dah start bawak bekal semula pi office ni, mula la mengumpul menu yang senang- senang untuk pelbagaikan menu bekal..jalan- jalan di FB ternampak ada yang kongsi resepi menu ayam ni. Tengok bahan dan tengok cara senang aje...terus copy dan share kat sini...macam biasa la credit pada owner resepi di hujung entry...


credit gambar to pemilik resepi


RESEPI AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

Bahan-bahan :

  • 1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
  • 3 biji bawang merah (sederhana besar)
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 4 biji lada merah
  • 6 biji cilipadi
  • 1 atau 2 keping Asam keping
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 btg serai diketuk
  • Hirisan bawang besar
  • Minyak utk meggoreng
  • Garam gula / gula merah (jika suka)


Cara :

  1. Kupas & blend (saya tumbuk jgn lumat sgt) bawang merah dan bawang putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan.
  2. Masukkan dalam minyak yg dipanaskan (api sederhana) 
  3. Goreng hingga naik bau 
  4. Masukkan sedikit air supaya tak kering sgt 
  5. Masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah, 
  6. Masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk tadi.. 
  7. Goreng sampai naik bau kalau kering sgt letakkan air sedikit mengikut keadaan.. 
  8. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.


Done!

Selamat Mencuba.


Credit Pemilik resepi : @angelic.argan


Sup Kaki Ayam, Sayur Goreng, Kerang Rebus Dan Ikan Kembung Berlada Menu Lunch & Dinner Semalam

Assalamualaikum...

Lupa plak nak share menu lunch SA semalam...kan semalam PZ x sihat, muntah- muntah dari pagi...so SA buatkan sup kaki ayam, campur la dada ayam dan sayur- sayur...PZ memang cenggitu tak boleh salah makan sikit mesti cepat trigger sakit perut..awal gak SAa masak semalam..pukul 11am dah mula memasak sorang- sorang...



Sup Ayam


Ada sedikit bok choy dan tauge...buat goreng letak kicap aje..


Cili potong makan ngan sup

SA ada beli kerang skit masa kat ST Rosyam...elok hidup plak kerang tu..beli la sikit tak sampai sekilo pun...rebus gitu je...


Kerang Rebus


Ikan kembung gemuk2 ni SA buat goreng berlada..separuh makan malam, sepatuh untuk bekal hari ini..bekal SA dan Dania...


Hari ni tengok la...

SA nak buat ikan keli sambal merah kering- kering tu kot untuk bekal esok...we see how traffic balik kerja kang...kalau x jammed dan awal sampai rumah boleh la SA masak awal...selalu sampai lambat dah penat kan...kalau PZ masak lega skit..tapi dia x sihat ni takdenya dia masak tu...memang dia tunggu SA balik masak punya...


Kemetot Dikata Mamanya

Assalamualaikum...


Kemetot dikatanya mama dia bila mama pakai palazzo semalam...uncle makin naik badan katanya...hahaha...tang mama dia kata kemetot...sabar aje la...mana la mama tau mama ni nampak rendah bila pakai palazzo...haih...x nak pakai la lepas ni..

Rupanya dia ada snap beberapa keping gambar semalam masa kat ST Rosyam...pagi ni baru dia bagi...dia pun dah selamat sampai kat UCAM rasanya...

Kemetot = Rendah/Pendek


Kemetot ke?


Minta maaf terpaksa blurrkan gambo haha..diakui En Suami membesar bagai johan sekarang..


Laa...gambar tengah pilih ikan keli semalam dia ambil rupanya


SA pilih ikan keli yang gemuk2..sedap buat sambal..


Takde la beli banyak



 

SA beli ikan semalam 2 jenis..kembung yang gemuk2  tu dan ikan keli..senang nak masak untuk bekal..ikan kembung dah selamat buat berlada..untuk SA dan Dania...suami tengah diet so x bawak bekal...

Total damage beli barang semalam 

RM60....selalu lebih 100

Bagus la manage perbelanjaan...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah