Senarai juara
Pencapaian pasukan
# | Kelab | Juara | Naib juara |
---|---|---|---|
1 | Selangor | 32 | 15 |
2 | Singapura | 24 | 19 |
3 | Perak | 7 | 11 |
4 | Pulau Pinang | 4 | 9 |
5 | Kedah | 4 | 6 |
6 | Negeri Sembilan | 3 | 3 |
7 | Kuala Lumpur | 3 | 1 |
8 | Pahang | 2 | 4 |
9 | Johor | 2 | 1 |
10 | Perlis | 2 | 1 |
11 | Terengganu | 1 | 4 |
12 | Kelantan | 1 | 3 |
13 | Brunei | 1 | - |
14 | MPPJ Selangor | 1 | - |
15 | Sabah | - | 3 |
16 | Tentera | - | 2 |
17 | Sarawak | - | 1 |
Rekod
Peristiwa
Tahun | Peristiwa |
---|---|
1921 | Edisi pertama Piala Malaya dipertandingkan. |
1925 | Piala Malaya dipertandingkan pertama kali di Singapura. |
1928 | Piala Malaya dikongsi bersama oleh pasukan Selangor dan Singapura. |
1930 | Perlawanan akhir antara Selangor dan Singapura di Padang Kelab Selangor mencetuskan kontroversi apabila pengadil menangguhkan permainan semata-mata kerana padang becak. Permainan disambung di Jalan Anson, Singapura. Singapura menang 3-0. |
1931 | Perak memenangi Piala Malaysia di tempat sendiri ketika perlawanan akhir diadakan di Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh |
1933 | Piala Malaya ditukar nama ke Piala HMS Malaya atas nama kapal perang Inggeris HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal ketika itu kapten Buttler telah menyumbangkan piala tersebut. |
1941 | Singapura layak ke perlawanan akhir kali ke-20. |
1942-1947 | Piala Malaya tidak dipertandingkan akibat Perang Dunia Ke-dua. |
1948 | Piala HMS diadakan semula setelah berakhir perang dunia kedua dan buat kali pertama Singapura gagal menjejakkan kaki ke perlawanan akhir. Perlawanan ulangan juga diadakan antara Negeri Sembilan dan Selangor selepas kedua-dua pasukan terikat pada perlawanan pertama. |
1949 | Perlawanan akhir antara Selangor dengan pasukan bukan berstatus negeri, Tentera. |
1950 | Penyerang Singapura Allahyarham Awang Bakar, membalas sepakan percuma penjaga gol Pulau Pinang, Tan Swee Hock, dengan rembatan dari jarak 40 meter. Bola menerjah ke gawang sebelum Swee Hock sempat kembali ke posisi. Singapura menang 2-0. |
1957 | Perlawanan akhir pertama di Stadium Merdeka dan Perak telah menjuarainya. |
1959 | Pemain Perak, Ng Boon Bee, muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada 1959 untuk membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir. Boon Bee kemudian menjadi bintang badminton negara apabila membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967. |
1962 | Kelantan menumpaskan Pahang 16-1 pada pusingan awal dimana Mohammad Che Su menyumbang lapan gol. |
1963 | Selangor menewaskan Terengganu 18-0. |
1964 | Siaran secara langsung pertama ditayangkan ditelevisyen. Singapura menang 3-2 menerusi dua jaringan pada dua minit terakhir. |
1967 | Piala HMS ditukar nama ke Piala Malaysia.Perak menjuarainya |
1970 | Kelantan, wakil negeri pantai timur pertama memasuki perlawanan akhir. |
1974 | Perlawanan akhir melibatkan dua pasukan utara antara Pulau Pinang dengan Perak. |
1981 | Selangor bertemu Singapura diperlawanan akhir bagi kali ke-24. |
1984 | Selangor menewaskan Pahang 3-1 di perlawanan akhir, walaupun ketinggalan 1-0 sehingga minit 86 sebelum menjaringkan gol pada minit 87, 89 dan 90. |
1985 | Pertembungan Johor dan Kuala Lumpur merupakan kedua-dua pasukan yang melayakkan diri ke perlawanan akhir untuk pertama kali. |
1989 | Kuala Lumpur mencapai “hat-trick” selepas memenangi pada 1987,1988 dan 1989 dengan menewaskan pasukan yang sama iaitu Kedah. |
1992 | Pahang memperoleh gol seawal minit kedua perlawanan dimulakan dan keputusan 1-0 menentang Kedah kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. Ia juga merupakan perlawanan antara pasukan utara dan pasukan pantai timur. |
1994 | Aksi terakhir pasukan Singapura dalam kancah bolasepak Malaysia. Singapura menjuarai Piala Malaysia pada tahun ini dan buat kali terakhir. |
1995 | Jaringan sudden-death pertama oleh Selangor setelah terikat 0-0 dengan Pahang. |
1996 | Aksi pertama dari pasukan borneo dimana perlawanan akhir antara Selangor dengan Sabah. Juara juga pertama kali ditentukan menerusi penalti setelah seri pada masa tambahan. Selangor menang penalti 5-3. |
1998 | Perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil. |
1999 | Buat pertama kali dua pasukan dari kepulauan borneo beraksi diperlawanan akhir antara Sarawak dan Brunei. Brunei menjuarai Piala Malaysia kali pertama dan Stadium Merdeka menjadi pentas Piala Malaysia yang terakhir. |
2003 | Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), pasukan berstatus kelab pertama memenangi Piala Malaysia. |
2004 | Dua pasukan dari utara bertembung pada perlawanan akhir kali kedua antara Perlis dengan Kedah. |
Rekod
Rekod | Pasukan | Catatan |
---|---|---|
Juara terbanyak | Selangor | 32 kali, termasuk 2 kali juara bersama Singapura |
Juara pertama Piala Malaya | Singapura | 1921 |
Juara pertama Piala HMS Malaya | Singapura | 1933 |
Juara pertama Piala Malaysia | Perak | 1967 |
Juara pertama selepas PD2 | Negeri Sembilan | 1948 |
Juara pertama abad ke-21 | Perak | 2000 |
Rekod | Pasukan | Catatan |
---|---|---|
Juara pertama di Stadium Merdeka | Perak | 1957 |
Juara pertama di Stadium Shah Alam | Singapura | 1994 |
Juara pertama di Stadium Bukit Jalil | Perak | 1999 |
Pasukan yang pernah menjuarai hatrik | Singapura | 5 kali (1923-1924-1925), (1928-1929-1930), (1932-1933-1934), (1939-1940-1941) dan (1950-1951-1952) |
Selangor | 4 kali (1927-1928-1929), (1961-1962-1963), (1971-1972-1973) dan (1995-1996-1997) | |
Kuala Lumpur | 1 kali (1987-1988-1989) | |
Pasukan kelab pertama bertanding | Johor FC | 2000 |
Pasukan kelab pertama juara | MPPJ Selangor | 2004 |
Pasukan memasuki perlawanan akhir berturut-turut paling lama | Singapura | 1921-1941 |
Pasukan-pasukan berkongsi juara | Selangor & Singapura | 1928 dan 1929 |
Pasukan memasuki akhir tapi tewas | Sabah | 3 kali (1996, 2002 dan 2003) |
Kelantan | 3 kali (1955, 1970 dan 2009) | |
ATM | 2 kali (1949 dan 1966) | |
Sarawak | 1999 | |
Pasukan yang belum masuk final lagi | Melaka | |
Pasukan yang memasuki final tiga kali (atau lebih) tapi tidak menang kesemuanya | Perak | 2 kali (1959, 1960 dan 1961) dan (1970, 1971 dan 1972) |
(kecuali Selangor dan Singapura) | Pulau Pinang | 1952, 1953 dan 1954 |
Kedah | 1987, 1988 dan 1989 | |
Perlis | 2004, 2005 dan 2006 | |
Pasukan memerlukan tempoh paling panjang untuk memenangi semula | Negeri Sembilan | 61 tahun (1948-2009) |
Pasukan memerlukan tempoh paling panjang untuk memenangi Piala Malaysia | Kelantan | 89 tahun(1921-2010) |
Perlis | 83 tahun (1921-2004) |
Rekod | Pasukan dan Pemain | Catatan |
---|---|---|
Jaringan pasukan terbanyak dalam perlawanan akhir | Selangor | 8 Gol (1933 dan 1968) |
Singapura | 8 Gol (1927) | |
Jaringan perlawanan terbanyak dalam perlawanan akhir | Singapura - Selangor | 10 goal (1933) |
Penjaring terbanyak dalam perlawanan akhir | Abdul Ghani Minhat | 4 gol (1961) |
Penjaring-penjaring hatrik dalam perlawanan akhir | Abdul Ghani Minhat(4 gol) S.Thanabalan Selangor Ervin Boban Abbad Saad MPPJ Juan Manuel Aristegui Bambang Pamungkas |
1961 1968 1991 1994 2003 2005 |
Jurulatih import paling banyak memimpin pasukan juara | Ken Worden | 3 kali (1995,1996 dan 2002) |
Pemain paling banyak juara dalam pasukan sama | Allahyarham Mokhtar Dahari | 10 Gelaran (1972-1986) |
Pemain paling banyak juara dalam pasukan berbeza | Hairuddin Omar | 4 kali ( 2001, 2009, 2010, 2011) |
Pemain import membantu pasukan juara hatrik | Mehmet Durakovic | 1995,1996 dan 1997 |