f Secubit Garam

Friday, December 17, 2010

Churros

Akhirnya dpt gak pendekkan satu dr 'list to do' :) Resipi dr rumah Hana Jepun Jowo.. Mekasih ya.. K.Nor nak share kat sini pulak.. No pot pet panjang2... Masa amat mencemburi diri ku arini ... hehehe... Dpt ngadap PC dan masukkan n3 pun kejap2 jer.. Kalau ada komen tak berbalas, ampun ya... :)


CHURROS
sumber: Ina@Hana
sumber: SecubitGaramNor67

Bahan-bahan
1 cawan air
1 sudu makan gula
11/2 cawan tepung gandum - hana buh 11/4 je
1 biji telur - size L
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan butter
For dusting - Gula+cinnamon powder atau hot chocolate


Cara-cara
Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2. Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati. Bleh rujuk cara2 wat Cream Puff. Cara2 yer bukan bahan2. :)
Panaskan minyak. Masukkan adunan ke dalam acuan (bleh gune nozle bentuk bintang dan masukkan lam piping bag). Picit dan potong panjang ikut suka@ picit dan bulatkan macam french crullers. Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan.
Taburkan gula+cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate.


Amik sorang sebatang dah la ek.. :)

Mencucur...

Lama tak buat cucur udang. Kebetulan ada sket udang kecik2 sebesar jari kelingking dlm freezer, jd K.Nor buat la cucur udang.Kena perhabiskan stok dlm peti sbb nak away esok.. nak pi telan2 angin. Kali ni K.Nor letak udang kat dalam cucur tu.


Tak leh nak pot pet panjang2, banyak kerja yg perlu dibereskan arini. Nak resipi cucur ni sila klik kat SINI ya..

Edisi lambakan udang atas cucur, kes nak perhabiskan lebihan udang.

Yg ni special utk Ben, yg suka curah sos atas cucur hehe..


Thursday, December 16, 2010

Nasi Sinar Mentega

Ni dia nasi yg digandingkan dgn Ayam Masak Sos tadi. Gandingan yg cukup mantop! Memang sedap, anak2 laju jer masa duk lunch td. Alhamdulillah... Mekasih buat Leen yg share resipi nasi yg diambil dr buku Saji. Lain kali boleh buat lg nasi ni, mmg sedap!


Izinkan K.Nor share kat sini pulak resipi nasi tu ya Leen. Mudah juga utk dijadikan rujukan lain kali. Tq ..

NASI SINAR MENTEGA (sumber saji nov 2010)
sumber: Leen
sumber: SecubitGaramNor67

Bahan2
2 ulas bwg merah - dihiris
2 ulas bwg putih - dihiris
1 cm halia - dihiris (leen blend semua bwg n halia)
3 kuntum bunga lwg
1 cm kayu manis
2 bj buah pelaga
3 s/b mentega
1 s/b stok aym
1 btg lobak merah - dihiris (leen parut)
sedikit pewarna kuning
3 cwn beras
2 helai daun pandan
air secukupnya
garam secukupnya


Cara2
Mula2 panaskan mentega hingga cair (leen guna rice cooker)
Tumis bwg putih, merah dan halia - kuning keemasan
Lps tu masukkan kayu manis,buah pelaga n bunga lwg
Kemudian masukkan lobak merah, daun pandan, beras, garam dan stok aym - gaul rata
Akhir skli masukkan pewarna kuning dan air secukupnya (air ikut sukatan jenis nasi spt nasi bukhari)
Tanak spt biasa (kalo guna rice cooker biarkan masak)