Skip to main content

Malay Wedding Dinner | Majlis Makan Malam Perkahwinan Melayu

Malay Wedding Dinner atau Majlis Makan Malam Perkahwinan Melayu  biasanya diadakan di dewan yang besar dan berhawa dingin seperti di hotel atau dewan serbaguna . Pernah juga pihak kami memberikan perkhidmatan Majlis Makan Malam di sebuah kawasan perumahan - di bawah kanopi / khemah. Majlis yang diadakan di bawah khemah akan nampak lebih berseri dengan penggunaan bumbung khemah yang lutsinar hingga boleh nampak bintang-bintang berkelipan diwaktu malam. Penggunaan Lampu "chandelier" yang tergantung di setiap bumbung khemah memberikan suasana makan malam itu nampak lebih "romantik"  

Para jemputan adalah dari kalangan saudara mara terdekat dan sahabat handai. Jumlah para tetamu tidaklah sebegitu ramai seperti majlis makan secara buffet. Kad jemputan untuk Majlis Makan Malam ini biasanya disertakan bersama dengan kad jawapan kehadiran ( RSVP - répondez s'il vous plaît - yang bermaksud sila jawab). Penerima kad jemputan seperti ini hendaklah menjawab samada mereka akan hadir atau tidak. Jawapan hendaklah diberikan dalam masa yang telah ditetapkan seperti di dalam kad jemputan tersebut. 

Makanan untuk majlis-majlis seperti ini biasanya telah siap dihidang di meja para tetamu. Tetamu akan menunggu kehadiran orang yang diraikan iaitu kedua Pengantin Baru. Pada kebiasaannya selepas Upacara Merenjis,  Bapa dan Ibu pengantin sebagai tuan rumah akan mempersilakan para tetamu untuk menjamu selera . Manakala Pengantin Baru akan dijamu bersama saudara mara terdekat di Meja Makan BeradabSelepas itu baru diadakan Upacara Potong Kek.

RasaMewah.com memberikan perkhidmatan untuk Majlis Makan Malam seperti ini. Menu dan pakej untuk majlis seperti ini boleh di dapati di sini


Untuk tempahan atau pertanyaan sila klik Tempahan

Malay Wedding Dinner

Rasa Mewah Catering


Sharing is Caring