PR pernah menghasilkan artikel berkaitan idea design banner menarik. Dalam artikel tersebut, PR tidak menyatakan perihal pemilihan jenis tulisan (font type). Kali ini PR nak kongsikan pula jenis - jenis tulisan yang boleh digunakan pada poster atau banner bagi ia nampak lebih kelainan dari tulisan biasa (typical font type) yang kita guna di platform microsoft atau platform teks yang lain.
2 Platform Font Percuma Terbaik
Ada pelbagai platform lagi yang tersedia untuk muat turun percuma, cuma PR highlightkan 2 sahaja dalam artikel ini.
1. dafont.com
Interface dafont.com
2. fontsquirrel.com
Interface fontsquirrel.com
Terdapat banyak sangat pilihan untuk jenis tulisan. Memang muntah rasanya nak tengok satu per satu. Sedangkan jenis tulisan yang default dalam microsoft word/excel/powerpoint pun tak habis guna inikan pulak sumber jenis tulisan yang pelbagai.
Cuma di sini, apa yang nak ditekankan adalah PR lebih suka jenis tulisan yang clean, skema dan mudah dibaca untuk penggunaan di poster atau banner. Baik design untuk poster niaga atau poster korporat di tempat kerja, PR tak mahu gunakan jenis tulisan yang fancy dan sukar dibaca. Bagi PR, tulisan yang sukar dibaca mengurangkan minat untuk melihat kandungan poster atau banner tersebut.
Contoh jenis tulisan basic san serif
PR banyak muat turun jenis tulisan jenis basic Sans Serif. Jenis tulisan ini sangat clean dan berkarakter. Jens yang biasa PR gunakan dalam poster adalah Roboto, Coolvetica, Bebas dan Monsterrat.
Contoh poster, font type monsterrat
Di sini PR sediakan juga pautan berkaitan The 10 Best FREE Font untuk rujukan anda juga. Kalau anda ada masa lebih, anda boleh cari jenis tulisan yang benar - benar menepati kehendak anda.
Ok? dah boleh bina 1 poster dengan jenis tulisan yang baru. Ayuh!