Hari ini hari ke-10 PKP 3.0. Dah mula rasa tepu juga berada di rumah tapi demi keselamatan diri dan keluarga, mahu tak mahu kena tempuh juga pengalaman ini sekali lagi atau mungkin berkali - kali lagi. PR bekerja sepenuhnya dari rumah bermula 1 Jun 2021.
Biasalah bila menghabiskan banyak masa di rumah, mulalah mood nak men"deko" tu datang. Cuma kali ni berbeza sedikit sebab moratorium bukan lagi secara automatik seperti PKP 1.0. Jadi untuk membuat keputusan tu kena ambil kira banyak sudut. Kalau anda yang tak pernah buat pinjaman kewangan, anda memang legend!
Wainscoting Wood Strips Panel Rekabentuk Elegan
Kali ini, PR tertarik dengan konsep wainscoting wood strips. Bahan wainscoting ini campuran daripada wood plastic composite (WPC) dan PVC. Bila tengok ilustrasi penjual tu memang nampak elegan dan mewah hasilnya.
Projek Dekorasi DIY Terdahulu
Tahun 2020, PR sempat buat DIY beberapa jenis konsep dekorasi dinding rumah PR. Kalau ditanya konsep dan tema PR rasa dah campur aduk dah. Projek pertama PR pasang wainscoting untuk dinding bahagian sofa dengan modal RM300 sahaja. Kemudian PR pasang shiplap wall di ruangan feature wall ruang tamu.
Masa tu susah nak cari bahan MDF board yang memang dah siap potong. Berpeluh juga nak potong bagi sama rata dan lurus. Sekarang bagi anda yang ingin memasang shiplap wall, boleh beli bahan yang dah siap potong. Plug & play sahaja. Lihat di sini >> MDF Board Untuk Shiplap Wall <<
Projek yang ketiga, projek memasang Korea Wallpaper. Ada 2 lokasi PR pasang iaitu di bilik solat dan ruangan tangga. Untuk bilik solat, pemasangan yang straight forward tapi pemasangan di ruangan tangga ada sedikit pengiraan spesifik. Anda boleh rujuk semula 3 Tips Pilih wallpaper dan cara mudah ukur wallpaper.
Anggaran Kos Memasang WPC Wainscoting Wall Panel
Mungkin ini produk baharu jadi semasa PR buat tinjauan, rata - rata harga agak keras sedikit. PR bagi contoh penjual ini >>WPC Wainscoting Wall Panel<< meletakkan tanda harga antara RM58 - RM65 bagi satu unit berukuran 15cm x 1500cm.
PR bercadang untuk memasang wainscoting ini di dinding ruang keluarga di tingkat atas dengan dimensi tinggi 8' 7" dan lebar 6'.
Pengiraan Pemasangan Luas Penuh : 8' 7" x 6'
Dengan mengambil kira unit inci, lebar panel tersebut lebih kurang 6". Jadi lebar dinding adalah 6' = 72". Bilangan baris panel untuk lebar 6' adalah 12 unit.
1 kaki = 12 inci, 1 inci = 2.54 cm
Bagi ukuran tinggi pula, setiap panel tingginya adalah 1500cm = 5 kaki. Baki ruang bahagian atas adalah 8' 7" - 5' = 3' 7" = 43 inci
43 inci x 12 baris = 516 inci. (jumlah panjang yang diperlukan untuk memenuhi baki ruangan atas)
516 inci / 60 inci ( 5 kaki = 60 inci) = lebih kurang 9 panel tambahan.
Jumlah panel : 12 panel + 9 panel + 1 panel (emergency) = 22 panel
Kos panel = RM65 x 22 panel = RM1,430.00
Bajet keseluruhan bolehlah diandaikan RM1,500 dengan tambahan seperti gam dan panel penutup tepi.
Pengiraan Pemasangan Luas : 5' x 6'
Berdasarkan pengiraan di atas, jika PR mahu memasang separuh sahaja, RM65 x 12 panel = RM780.
Tangguh Dahulu Projek Wainscoting WPC Wall Panel
Jadi setelah dibuat perkiraan seperti di atas, PR membuat keputusan untuk menangguhkan dulu citarasa untuk memiliki dinding rumah elegan dengan pemasangan wainscoting panel baharu ini. Jika anda ingin memasang di kediaman atau rumah anda, boleh lah rujuk perkiraan yang PR tunjukkan.
Okey, itu sahaja kali ini.