Aku mula tinggal berjauhan dengan kampung sejak umur 13 tahun lagi. Sejak masuk asrama, menyambung pelajaran di matrikulasi dan universiti sebelum memulakan kerjaya di Johor Bahru, memang jarang - jarang la aku balik kampung.
Banyak faktor yang menyebabkan aku malas balik kampung. Hehee... Ok, semua orang pun suka je sebenarnya bila ada kesempatan untuk pulang ke kampung, bersama kedua ibubapa, dan mungkin adik beradik lain.. suasana, dan apa sahaja yang berkenaan dengan kampung.
Siapa yang suka balik kampung, sila skip perenggan ini. Siapa yang tidak suka balik kampung, cuba anda angkat tangan, hempuk kepala sendiri... Haipp!! Masih boleh baca? Hempuk sekali lagi, lagi dan lagi... sampai la anda dah tak boleh baca perenggan ini........
Secara semulajadinya, semua orang mempunyai naluri, untuk kembali pada asalnya, dalam konteks balik kampung la ye.. Tetapi, seperti yang aku tekankan di tajuk artikel, "Aku malas balik kampung!!!" Ha, kenapa aku malas sangat balik kampung?
Jawapannya ialah, bila balik kampung makan tak henti - henti! Bila sampai je rumah, makanan dah terhidang. Tak kisahla makan pagi ke, makan tengahari atau malam (tengok keadaan bila aku sampai kampung). Aku ni bukan apa, kesian bila makanan banyak tapi tak habis. So, selagi ada, makan, makan dan makan.. hahaha
Walaupun banyak benda yang aku tak makan, tapi aku makan banyak benda yang boleh aku makan, keh3.. Mak aku tak habis - habis cakap, "kamu di Johor tak jumpa makanan ke? Kurus je...".. Huk alaaa... apa kes takde makanan pulak.. Ada je bersepah - sepah tapi yelah, mungkin tak kena selera jadi makan pun kuantiti sedikit aje.
Bila makan tak henti dan tanpa jadual ni, secara automatik badan jadi malas. Asyik nak melepak je, baring tengok TV takpun layan game PS2. Orang tua yang seorang lagi tu bukan boleh tengok orang senang lenang, ada je yang tak kena. Tu yang aku bingung tu, wakakaa dah makan mesti le kenyang, dahtu camne nak buat kerja lain???
Wakakaa... tu lah antara salah satu sebab, kenapa aku liat sangat nak balik kampung. Yang penting, rezeki ada melimpah - limpah, tak di makan nanti katanya makanan tak sedap ke? Makan nanti, badan jadi malas kena bising pulak telinga nanti. Habis, macamana?? Hahahaa....