Selamat Datang ke padinno.com
Sekian, terima kasih ~ Datang Lagi
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Siapa yang tidak kenal Supermokh atau Datuk Mokhtar Dahari? Biarpun sudah 21 tahun Allahyarham meninggalkan kita, keunggulan Mokhtar dalam dalam sukan bola sepak negara tetap segar dalam ingatan semua - Metro 30 Ogos 2010
Sempena semarak sambutan kemerdekaan ni, masih ada pihak yang sanggup berkerjasama untuk mengenang salah seorang wira dalam negara kita ni. National Geographic Channel, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan Astro bergabung menghasilkan sebuah dokumentari tentang Lagenda Supermokh.
Aku dah pun menonton dokumentari tu, dan nyata segala paparan amat mengasyikkan, seolah - olah semangat beliau masih berada dengan kita. Segala komitmen yang di berikan dalam sukan ni amat tinggi nilainya. Sejarah yang terukir akan sentiasa terpahat selagi masih ada yang mendukungnya.
Benar, "sejarah itu adalah biografi orang terhebat". Kita lihat sejarah bola sepak negara kita tidak lari dengan pencapaian dan biografi Supermokh. Bermula dengan pemain biasa, di pilih menyertai Selangor seterusnya mewakili negara untuk berdepan dengan lawan yang lebih gah, termasuk menjaringkan 2 gol kemenangan ketika menentang Arsenal, dan menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England B dengan larian solo sebelum merembat kencang ke gawang lawan.
Hehe aku bukan nak berleter panjang kat sini, cuma teringat kata - kata Supermokh pada isterinya, "Hidup mati saya dengan pasukan Selangor".. Begitu tegas, begitu angkuh tapi sebenarnya itulah komitmen yang di berikan beliau pada pasukan yang di wakilinya. Dan ada satu slot di mana sultan Selangor sempat bertanya pada beliau "adakah kita akan menang malam ini?" lantas Supermokh menjawab "Saya akan berikan kemenangan pada Tuanku"
Banyak lagi la perkara yang menarik perhatian termasuk penyakit sebenar Supermokh, dan kenapa isterinya merahsiakan perkara tu kepada umum, turut di dedahkan dalam dokumentari tu.. haha kalau nak listkan kat sini, panjang sangat pulak, ok kepada sesiapa yang terlepas, boleh tengok ulangan pada 4 dan 15 September, 9 malam di 553.
Haha bila aku membebel dah lari dari tajuk pun ada ni tapi tak kisah la, yang penting, aku nak highlight kan di sini komitmen kita dalam berbuat satu perkara. Tak kisah la apa pun, tapi yang penting, biarlah kata orang kita buat sepenuh hati, dan anggaplah ia peluang terakhir untuk kita. Mudah - mudahan hasilnya nanti amat memuaskan.
Hehe saja nak enter frame gambar ni, sebagai penyokong pasukan bola sepak selangor, alang - alang biar sepenuh hati kan, ekekee.. tu bendera belum berkibar tu, hehe Viva Forever la Selangor.. apa kata penyokong ??? Majuuu Selangoooorrrr... ekekee
Sekian, terima kasih ~ Datang Lagi