Program Kembara eUsahawan 2024: Zon Selatan dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB) telah dilaksanakan baru-baru ini. Program Kembara eUsahawan ini merupakan kesinambungan daripada Festival eUsahawan x Gig pada Februari 2024, di mana usahawan-usahawan mikro yang hadir telah didedahkan dengan trend pemasaran terkini daripada pemain industri dan juga rakan strategik MDEC. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Wong Shu Qi, Ahli Perlimen Kluang bersama YB. Tuan Syed Ibrahim, Pengerusi MDEC dan telah menyaksikan kehadiran lebih daripada 250 usahawan mikro sekitar Johor tengah dan Selatan. Semoga semua yang hadir mendapat manfaat tentang ilmu pendigitalan dan perkembangan trend semasa. #SayaDigital #MalaysiaDigital
-
+1