Tuesday, June 07, 2022

Sains Pertanian Cara Tanam Cendawan dengan mudah di Rumah -Murni Azureen

 

Bagaimanakah cara tanam cendawan yang betul?

Artikel ini akan menerangkan, cara yang mudah untuk anda tanam cendawan dengan cara yang mudah dan betul

Penanaman cendawan adalah salah satu perusahaan yang dijalankan oleh para petani di Malaysia. Beberapa faktor utama yang telah mendorong ramai pengusaha menceburi bidang ini ialah:

  1. Keuntungan yang tinggi dalam masa yang pendek
  2. Kos pengeluaran yang rendah (menggunakan bahan sampingan pertanian)
  3. Potensi pemasaran yang baik
  4. Kandungan nutrien pemakanan yang baik


Di Malaysia, terdapat 7 jenis cendawan yang ditanam iaitu:

  1. Cendawan Tiram Kelabu
  2. Cendawan Tiram Putih
  3. Cendawan Abalon
  4. Cendawan Shitake
  5. Cendawan Telinga Kera
  6. Cendawan Jerami Padi
  7. Cendawan Butang

Namun yang demikian, cendawan yang paling popular ditanam ialah Cendawan Tiram Kelabu. Terdapat dua cara untuk menanam iaitu sama ada membuat sendiri bongkah cendawan ataupun boleh dibeli dari pengusaha cendawan.

Cara Tanam Cendawan


1. Beli Bongkah Cendawan

Bagi para suri rumah atau pelanggan yang ingin mencuba berjinak dalam tanaman cendawan, adalah lebih mudah dengan membeli bongkah yang hampir matang atau matang dan menunggu hasil tanaman untuk dikutip.

Harga bongkah yang selalu dijual ialah pada kadar harga RM3 ke RM5 per bongkah.  Jika dijaga dengan rapi, bongkah ini boleh mengeluarkan hasil sehingga 2 ke 3 bulan.

Beli Bongkah Cendawan di sini.

Langkah untuk mencambah Cendawan dari Bongkah

Namun terdapat beberapa teknik yang perlu diikuti bagi memastikan penghasilan Cendawan Tiram Kelabu ini boleh dituai dengan kadar yang maksima. Bagi penghasilan cendawan melalui bongkah yang dibeli, bngkah tersebut perlu menjalani teknik seperti tersebut:

  1. Bongkah perlu diletakkan di kawasan yang dingin dan tidak terkena terus kepada cahaya matahari.
  2. Bongkah yang matang akan kelihatan berwarna putih. Jika keseluruhan bongkah telah berwarna putih, penutup atau stopper boleh dibuka. Cendawan akan mula keluar.
  3. Cendawan boleh dipetik setelah tiga atau empat hari selepas bertunas. Cendawan dipetik dengan tangan biasa atau pisau yang tajam tepat di pangkal batang cendawan.
  4. Setelah hasil dikutip, sebaiknya tutup semula penutup supaya bongkah boleh “berehat” dan penghasilan cendawan akan berulangan.
  5. Buka penutup semula sekiranya bongkah telah kembali memutih.
  6. Bongkah akan menjadi semakin kecut dan baki bongkah yang tinggal boleh dijadikan kompos.
  7. Cendawan yang baik besar ukurannya iaitu purata 6-8 cm diameter dan mempunyai purata berat 300 gm pada penuaian hasil pertama. Hasil ini dianggap menguntungkan kerana cendawan akan terus bertunas lagi dan membesar pada substrat yang sarna untuk kali kedua, ketiga dan keempat; tetapi hasil cendawannya bertambah kurang. Jika terdapat keadaan dan penjagaan yang baik, hasil cendawan boleh diperolehi sebanyak 5-8 kali tuaian selama tempoh lima minggu.

Cendawan mula tumbuh dan keluar dari mulut bongkah

Warna bongkah yang matang

2. Buat Bongkah Cendawan Sendiri

Selain dari membeli bongkah daripada pengusaha cendawan, pelanggan juga boleh membuat sendiri bongkah tetapi perlulah menghadiri kelas atau pengajaran terlebih dahulu. Hal ini kerana terdapat beberapa teknik yang praktikal perlu dijalankan.Berikut merupakan cara bagi penghasilan bongkah cendawan.

1. Penyediaan Bahan Tanaman

Sediakan bahan-bahan untuk membuat bongkah seperti serbuk kayu, dedak padi, kapur pertanian, air dan plastik polypropelene (PP)

2. Mencapurkan Bahan (Kering)

Campurkan serbuk kayu, dedak padi dan kapur pertanian sehingga sebati


3. Campur Air (75%)

Campurkan air sehingga 75% dimana keadaan campuran tadi tidak terlalu cair dan tidak terlalu lebur.

4. Masukkan dalam Beg “PP”

Campuran tadi dimasukkan ke dalam beg plastik Polypropylene (PP) yang berukuran 30cm X 10cm X 10cm dan dipadatkan

5. Kukus (4-6 jam 95º C- 100º C)

Beg PP perlu dikukus selama 4-6 jam pada suhu 95º C- 100º C

6. Penyejukan

Seterusnya beg PP disejukkan pada suhu bilik 28º C selama 2 hari.

7. Suntikan Benih

Semburan larutan basmi kuman seperti Dettol, Lysol dan Jeypine digunakan untuk langkah kebersihan. Langkah kebersihan perlu dijalankan seperti kebersihan diri, pengudaraan yang baik dan pastikan tiada kotoran atau habuk.

Suntikkan 5-8 gram benih cendawan untuk setiap beg PP dan tutup beg PP dengan penutup dan di susun untuk pemeraman.

8. Pemeraman

Beg PP  perlu disusun untuk pemeraman setelah disuntik dengan benih cendawan

9. Penghasilan

Cendawan akan mula bertunas selepas tiga atau empat minggu setelah penyemaian benih

10. Penghasilan 1

Sekiranya bongkah telah matang, penutup beg dibuka supaya cendawan boleh membiak keluar melalui mulut beg tersebut. Cendawan boleh dipetik setelah tiga atau empat hari selepas bertunas.

11. Penghasilan 2

Seetelah hasil pertama dikutip, beg PP ditutup semula supaya benih cendawan dapat bertunas semula. Tunggu sehingga bongkah kembali matang dan buka semula penutup untuk penghasilan cendawan kali ke-2

12. Penghasilan 3

Proses yang sama berulang sehingga bahan-bahan didalam bongkah akan semakin mengecut. Namun, rehatkan bongkah dengan menutup mulut bongkah setelah dikutip hasil. Hasil boleh dikutip sehingga 5 ke 8 kali jika penjagaan bongkah dijaga dengan rapi.

Proses untuk membuat bongkah sendiri perlulah mendapat khidmat nasihat dari agensi yang berkenaan seperti Jabatan Pertanian daerah masing-masing. Secara amnya, bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam tanaman cendawan, adalah disarankan untuk membeli dahulu bongkah dan belajar cara penjagaan bongkah dengan baik dan mengekalkan hasil cendawan.

Manakala, bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam tanaman cendawan secara besar-besaran, adalah dinasihatkan supaya menghadiri kursus tanaman cendawan dan membuat bongkah cendawan sendiri

Beli Bongkah Cendawan di sini.

Artikel Berkaitan: Khasiat Cendawan yang anda perlu tahu

DurianTembikaiLabu
Daun KesumBuah NagaLimau Purut
AvocadoUbi KeledekKangkung
KentangPisangTomato
Bayam BrazilTaugehPokok Cili
SeraiCendawanSawi
SaladNanas MD2Daun Sup
JagungBawang

Cik Murni Azureen merupakan pelajar Ijazah Sarjana Pengembangan Pertanian di Universiti Putra Malaysia. Beliau pernah terlibat dalam penghasilan buku “Amalan Pendidikan Pengembangan Tanaman Koko di Malaysia” yang merupakan projek berkumpulan dengan UPM.


Kaitan Industri cendawan 

1.Sains Pertanian Cara Tanam Cendawan dengan mudah d...

2.Industri Cendawan, antara M'sia & negara China

3. K'tan teroka pendigitalan sektor pertanian

4.Perkampungan Cendawan Orang Kerdil. Kreatif?


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails