Monday, June 20, 2022

N/Izzah cipta sejarah di N/Delhi & M'sia basikal Trek Asia.

 

Nurul Izzah Izzati Mohd Asri

SUKAN

1. Nurul Izzah cipta sejarah di New Delhi

KUALA LUMPUR: Pelumba bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta detik sejarah negara apabila memenangi pingat emas acara 500 meter ujian masa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, hari ini.

Pelumba berusia 19 tahun itu mencatat nama sebagai pelumba wanita Malaysia pertama memenangi emas di kejohanan itu apabila melakarkan catatan masa 35.499 saat (s) di Velodrom Kompleks Indira Gandhi, New Delhi.

Pencabar terdekat Kim Bomi dari Korea Selatan berada di kedudukan kedua dengan catatan masa 36.374s manakala wakil tuan rumah, Mayuri Dhanaraj di tempat ketiga dengan masa 36.481s, menurut laman rasmi kejohanan www.atcc2022.com.

Sementara itru, pelumba Olimpik, Muhammad Shah Firdaus Shahrom meraih pingat perak dalam acara akhir keirin lelaki selepas tumpas kepada pelumba Jepun, Kohei Teraski manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba Kazakhstan, Sergey Ponomaryov.

Seorang lagi pelumba keirin negara, Fadhli Zonis hanya mampu mengakhiri saingan di tempat ketujuh. – BERNAMA


2. Malaysia tuan rumah Kejohanan Berbasikal Trek Asia 

Amarjit sahkan Malaysia menangi bidaan jadi tuan rumah Kejohanan Berbasikal Trek Asia.

KUALA LUMPUR: Malaysia memenangi bidaan untuk penganjuran Kejohanan Berbasikal Trek Asia yang dijadual berlangsung di Velodrom Nasional Nilai, tahun depan.

Perkara itu diumumkan Naib Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh selepas Malaysia memenangi bidaan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) yang berlangsung di Dushanbe, Tajikistan.

"Kejohanan ini akan menawarkan mata penting untuk kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024," kata Amarjit dalam satu hantarannya di Facebook.
"Ini adalah kali pertama kejohanan trek dianjurkan sejak COVID-19 bermula pada 2020.
"Ia juga satu berita baik apabila Malaysia memenangi bidaan berkenaan dan kami mahu memainkan peranan penting bagi membantu atlet kami pada setiap masa.
"Jadi ia adalah satu khabar yang baik sukan berbasikal Malaysia dan seluruh peminat yang mahu menyaksikan kejohanan bertaraf dunia di Malaysia pada 2023 di mana pelumba terbaik Asia bakal memberikan yang terbaik untuk memungut mata kelayakan ke Olimpik 2024."

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah adalah pada Februari 2018 dengan ketika itu jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat perak dalam acara pecut dan gangsa acara keirin.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila? Malaysia 'sukan menurut syariah'.. masih dayus? Masih dayus untuk mengundi PAS dan menyokong perjuangan Islam?

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


2 comments:

Anonymous said...

Kehakiman mula porak peranda bila Sale abas dipecat. Ia signal sesiapa yg dilantik selepas itu, jangan nak memandai mandai. Itulah atok. Bijakkan. Atau setan kan.

Yg mulakan episod org ni lepas, orang ni salah pastilah atok kerala. Bila atok join ph, lagi banyak salah lepas dibuat oleh tommy tommy. Lantikan atok kerala.

Tapi 1mdb dah mula lama. Bukan baru. Cuma cara mana atok boleh dapat duit tertangguh masa ajib jadi pm.

Anonymous said...

FILEM & KUTIPAN TIKET PALING COROT - Sumber Finas

Daripada 33 buah filem yang ditayangkan dolu dolu. Sinar Harian kongsikan 10 filem Melayu yang mendapat kutipan paling rendah di pawagam:

1. Bidong The Boat People (Mac) - RM3,000

2. Enjin No. 9 (Mac) - RM7,000

3. Qhaliq (Jun) - RM14,000

Enjin No 9 dan Qhaliq masing-masing mengutip RM7,000 dan RM14,000 sepanjang tayangan.

4. This Is Pilah (Jun) - RM45,000

5. Hantu Wangan (Mac) - RM89,000

6. Badang (Februari) - RM93,000

7. Busker (Januari) - RM96,000

This is Pilah dan Badang masing-masing mengutip RM45,000 dan RM93,000.

8. Bukan Cinta Malaikat (Januari) - RM127,000

9. Makrifat Cinta (Februari) - RM138,000

10. Blok 404 (Jun) - RM220,000


9 FILEM TEMPATAN YANG TAK LAKU

1. Mendidih Bro

RM4,090

Pengarah: Z Lokman

2. Spy In Love

RM4,059

Pengarah: Daniel Rifki

3. Puthiya Payanam

RM6,651

Pengarah: S Kathiraven

4. RIP? (Tamil)

RM8,156

Pengarah: S T Bala

5. Kamar Seksa

RM15,034

Pengarah: M Suurya

6. Kerja Kahwin

RM15,293

Pengarah: Anwardi Jamil

7. Hijabsta Ballet

RM16,013

Pengarah: Syed Zul Tojo

8. Vettai Karuppar Ayya (Tamil)

RM18,622

Pengarah: Amigoz Sugu

9. Pencuri Hati Mr Cinderella

RM18,864

Pengarah: Ahmad Idham

* Kutipan keseluruhan RM106,782


10. agak filem M brapa yaa..!??

Filem Anak LGbT Atok Ineza Roussille Filem M for (Mangkok Tingkat dll) = RM++.++


sumber Pinas..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails