Sunday, June 19, 2022

Himpunan hak golongan gay di S'pura.. Idola DAP?

 

Antara peserta perhimpunan tahunan golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ), ‘Pink Dot’ di Hong Lim Park di Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA: Ribuan peserta julung kali berkumpul di sebuah taman di Singapura hari ini dengan berpakaian merah jambu, meminta pengiktirafan lebih besar bagi hak lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).

Biarpun republik itu makmur dan maju, sikap sosialnya kekal konservatif dan seks sesama jantina masih menyalahi undang-undang, walaupun ia tidak dikuatkuasakan secara tegas.

Perhimpunan hak gay 'Pink Dot' Singapura bermula pada 2009 dan kerap menarik ramai orang walaupun mendapat tindak balas negatif daripada sesetengah pihak.

Selepas penganjurannya secara dalam talian ketika pandemik COVID-19, sejumlah besar peserta hari ini menghadiri perhimpunan yang kembali dianjurkan di taman pusat bandar, satu-satunya lokasi protes dibenarkan tanpa permit polis di republik itu.

Pengurus perniagaan, Susan Helen, 39, yang menyertai perhimpunan itu, menegaskan mahu suaranya didengari selain mahu kesaksamaan di republik berkenaan.

"Kami adalah manusia, jadi kami hanya mahu dilayan sama rata di sisi undang-undang. Saya mahu berpeluang mengahwini pasangan saya," katanya.

Peserta lain di perhimpunan itu mengibarkan bendera berwarna pelangi dan membawa sepanduk tertera slogan seperti 'kami bukan nuklear, kami pelik', dan 'kuasa kepada yang pelik', sambil menari.

Penganjur tidak menyiarkan angka tepat peserta, tetapi wartawan AFP menganggarkan ribuan orang hadir.

Pengkritik mengatakan kemajuan agak perlahan di Singapura bagi hak gay, berbeza berbanding bahagian lain Asia seperti Taiwan dan India.

Mereka berkata, pihak berkuasa mengekalkan undang-undang era kolonial British yang melarang hubungan seks antara lelaki, malah beberapa percubaan membatalkan undang-undang itu beberapa tahun lalu gagal.

Pada Februari lalu, mahkamah tertinggi Singapura menolak cabaran terbaru dengan memutuskan undang-undang itu akan dikekalkan tetapi atas dasar ia 'tidak akan dikuatkuasakan secara proaktif'.

Sokongan terbuka untuk hak gay semakin berkembang, dibantu perubahan norma sosial dalam kalangan generasi muda serta kemasukan besar pelancong dan ekspatriat.

Hasil tinjauan firma penyelidikan pasaran Ipsos bulan ini mendapati, peratusan rakyat Singapura menyokong larangan seks gay menurun kepada 44 peratus tahun ini, berbanding 55 peratus pada 2018, selain mereka lebih menyokong hubungan sejenis.

Pegawai berpendapat kebanyakan pihak konservatif sosial di Singapura akan menentang pemansuhan undang-undang yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun kerana perbuatan homoseksual.

Menteri Undang-Undang, K Shanmugam, juga mengakui perubahan sikap, selain memberitahu Parlimen pada awal tahun ini bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan jalan terbaik. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Himpunan hak golongan gay di Singapura yang dikenali sebagai negara idola DAP Malaysia. 

Golongan LGBT adalah golongan yang menghadapi kekeliruan identiti. Kebanyakan golongan transeksual menganggap diri mereka terperangkap dalam fizikal jantina yang berlawanan dengan minda dan perasaan mereka. 

Keyakinan tersebut mendorong segelintir daripada komuniti ini nekad melakukan pembedahan menukar jantina akibat terbelenggu dengan konflik diri untuk menerima jantina sendiri. LGBT juga boleh dikategorikan sebagai penyakit psikitari atas faktor kecelaruan pemikiran yang dihadapi. 

Penyakit ini juga tidak terhad kepada gender semata-mata tetapi turut merangkumi beberapa aspek lain seperti warna kulit, usia dan lain-lain.

Di Malaysia, isu transeksual dianggap sebagai fenomena yang kompleks kerana melibatkan pelbagai faktor termasuk isu biologi, psikologi, persekitaran dan sosial mereka yang terlibat. Secara umumnya, gambaran masyarakat terhadap kelompok transeksual ini menjurus kepada lelaki yang bersifat keperempuanan atau perempuan yang bersifat kelelakian dan sering dikaitkan dengan homoseksualiti (lesbian / gay). 

Kajian ke atas kelompok golongan LGBT mendapati 65% daripada transgender menjadikan aktiviti pelacuran sebagai salah satu mata pencarian. 25% daripada mereka terlibat dengan kelab malam dan lainlain manakala sekitar 10% sahaja yang tidak melibatkan diri dengan aktiviti seumpamanya (sektor perniagaan dan lain-lain). 

Golongan yang terlibat dengan LGBT terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu pesakit yang memerlukan rawatan daripada pakar psikatari dan golongan yang berjuang menuntut hak asasi manusia untuk membela golongan tersebut. 

Justeru, golongan ini dilabel sebagai menyimpang dari norma masyarakat dan sering dipinggirkan. Atas faktor tersebut mereka berjuang menuntut supaya masyarakat menerima dan mengiktiraf kehadiran mereka seterusnya 

Hujah dan dalil 

Pembedahan untuk menukar jantina samada daripada lelaki kepada perempuan atau sebaliknya jelas bercanggah dengan hukum syarak. Perbuatan ini adalah haram 

Pembedahan untuk menukar jantina samada daripada lelaki kepada perempuan atau sebaliknya jelas bercanggah dengan hukum syarak. Perbuatan ini adalah haram kerana ia semata-mata mengikut hawa nafsu, terpedaya dengan godaan syaitan, tidak mensyukuri nikmat kejadian diri dan termasuk dalam kategori mengubah kejadian Allah SWT, seperti firmannya;

Maksudnya; “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah” (an Nisa’ : 119) 

Selain melaknat hubungan sesama jantina, Islam juga melarang keras lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya. Lelaki berlagak perempuan dan perempuan berlagak lelaki adalah bibit-bibit yang boleh mengundang perbuatan maksiat.

Sabda Nabi SWT Maksudnya; “Daripada Ibn Abbas R.A berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat golongan lelaki yang menyerupai perempuan dan golongan perempuan yang menyerupai lelaki” (Riwayat al Bukhari)

Penyelesaian 

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 telah memperuntukan hukuman bagi setiap kesalahan Syariah yang melibatkan isu LGBT seperti pelacuran, orang lelaki berlagak seperti perempuan, menggalakkan maksiat dan sebagainya. Bagaimanapun, mahkamah akan menjatuhi hukuman kepada golongan LGBT yang melakukan kesalahan jenayah berkenaan setelah dikemukakan bukti keterangan lengkap. 

BERITA BERKAITAN

Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Kata mat sabun. Alhamdullillah. Bulan bulan terima nafkah dari dap.

Anonymous said...

Jil jangan tak jil. Kasi bersih. Buang yang kotor. Ada ramai yang bersih. Jangan pilih dap sudah. Sebab semua najis ada dalam genggam dap.

Anonymous said...

Wakil Malaysia Anwar Ibrahim Marina Gereja Seksuality merdeka hadir sekali ker tuu..

Bawak Tun Tok Wan anak cucu julang plakad Seksuality Merdeka macam di Jalan TAR dolu dolu pun lagi meriah..


Atok Boleh Anwar Boleh...Marina Gereja COMANGO boleh










Boleh blah ke Singapura...



haah tepokkkk...!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails