(Malaysiakini bagaimanapun akan melaporkan tidak rasmi dari masa ke semasa.)
Siapa yang menjadi pilihan pengundi - sama ada Ahmad Sohaimi Lazaim (BN) atau Mohd Azam Samat (PAS) - akan terjawap tidak lama lagi.
Sungai Limau selama ini menjadi kubu kuat PAS. Ia dimenangi bekas menteri besar Kedah almarhun Tan Sri Azizan Razak untuk lima penggal berturut-turut.
PAS cuba mengukuhkan penguasaan mereka dengan menambah majoriti. Dalam pilihan raya umum lalu parti Islam itu menang dengan majoriti 2,774 undi.
Untuk itu, BN, dengan slogan "Berani Hijrah", disokong dengan kekuatan menteri besar baru Datuk Mukhriz Mahathir cuba merampasnya daripada tangan PAS.
Seramai 85.5 peratus (22,642 pemilih) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawapnya hari ini.
8.00pm "Walaupun kita kalah, kita menang dalam kalah kerana majoriti mereka turun dengan drastiknya," begitulah reaksi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
7.54pm Rasmi:
BN 6,079
PAS 4,942
Majoriti: 1,137
Jumlah peti undi dibuka: 30
7.35pm TAK RASMI: PAS menang di DUN Sg Limau dengan majoriti kira-kira 1,000 undi, menurut maklumat daripada pusat perjumlahan kedua-dua parti, PAS dan BN.
7.32pm Tidak rasmi (daripada pusat perjumlahan undi BN): PAS dahului dengan majoriti 1,083 undi.
Daripada PAS pula, keputusan tak rasmi tunjukkan PAS depani dengan majoriti 1,118 undi.
7.16pm Keputusan tidak rasmi
PAS 8,276
BN 7,506
Rosak 61
7.05pm Menurut Pengarah Operasi PAS Sungai Limau Amiruddin Hamzah, kiraan tidak rasmi mereka mendapati PAS mendahului dengan kira-kira 1,000 undi.
6.55pm Keputusan tidak rasmi:
PAS 5,250
BN 5,120
Rosak 36
6.48pm Tak rasmi
Bukit Besar
PAS 1,415
BN 943
Majoriti PAS 472
Dulang Kechil
PAS 398
BN 1,337
Majoriti BN 939
(MK)
No comments:
Post a Comment