KL, 10 Feb 11: Harakah melapoirkan, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menafikan laporan AFP yang mendakwa beliau mengatakan pihak berkuasa agama di negeri Pakatan Rakyat akan menjalankan pemeriksaan terhadap pasangan pada malam 14 Februari ini.
Sebaliknya, beliau hanya berkata, pemuda PAS sedia memberi kerjasama kepada mana-mana kerajaan negeri khususnya Pakatan Rakyat dalam usaha membendung perbuatan tidak bermoral masyarakat pada malam Valentine’s Day tersebut.
Katanya, ianya sesuai dengan amalan rutin pemuda PAS yang sering kali turun menyebarkan risalah dakwah kepada masyarakat khususnya beragama Islam pada malam sambutan tahun baru atau Valentine’s Day, agar tidak melakukan perbutan tidak bermoral.
"Saya tidak jahil tentang autoriti dan bidang kuasa yang ada pada kerajaan negeri.
"Saya tidak buat arahan kepada kerajaan negeri supaya ikut pemuda PAS.
"Wartawan yang menelefon saya itu telah tersalah faham," jelasnya kepada Harakahdaily.
AFP dalam laporannya semalam meletakkan tajuk “Pakatan states plan Valentine’s Day crackdown”.
Agensi berita itu memetik kenyataan Nasrudin sebagai berkata bahawa pihak berkuasa agama di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan and Selangor akan mengadakan pemeriksaan terhadap mana-mana pasangan pada malam 14 Februari ini.
Sejak kenyataanya disiarkan AFP semalam, Nasrudin menerima kritikan hebat dari rakan komponen parti Pakatan Rakyat lain termasuk Pemuda DAP. Mereka mendakwa perkara tersebut tidak pernah dibincangkan bersama dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Rakyat.
Pemuda PAS juga dakwa mereka, telah melangkaui bidang kuasa kerajaan negeri dengan mengeluarkan 'arahan' tersebut. Bagaimanapun, Nasrudin hari ini menafikan laporan tersebut dan mendakwa berlaku sedikit salah faham dalam laporan agensi berita tersebut.
"Saya hanya menyatakan kami bersedia bekerjasama dengan negeri yang mempunyai hasrat yang sama dengan kami.
"Saya yakin tidak ada negeri yang suka gejala sosial berleluasa, termasuk DAP Pulau Pinang.
"Jadi atas dasar itu lah kami membuat tawaran untuk membantu kerajaan negeri, itu pun kalau mereka mahu," jelasnya.
Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini telah memfatwakan haram bagi umat Islam menyambut Valentine’s Day, atau Hari Kekasih pada setiap 14 Februari.
Sementera itu, Malaysiakini melaporkan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mengingatkan Pemuda PAS supaya tidak mencetuskan pergaduhan ekoran hasratnya mahu memantau sambutan hari kekasih beberapa hari lagi.
"Yang itu kita kena tahu nak buat macam mana, nak pergi kawal macam mana. Sat lagi pi berkatok, bergaduh dengan orang, (jadi kes) polis pula... "Jadi dah jadi langgar peraturan," katanya ketika ditanya sama ada beliau menyokong cadangan Pemuda PAS itu.
Pada sidang media selepas mempengerusikan Wacana Dakwah melalui penyiaran di Putrajaya petang tadi, Jamil Khir berkata sambutan itu bukan amalam Islam. Bagaimanapun, katanya, umat Islam sendiri mestilah mempunyai programnya sendiri sebagai alternatif kepada sambutan setiap 14 Februari itu. Sebagai contoh, katanya, esok Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan forum dan pelancaran kempen "anti hari Valentine" di Putrajaya.
"Maknanya kita kena ajak orang ramai supaya fahami bahawa itu (hari kekasih) budaya asing," katanya.
Jakim juga mengedarkan kenyataannya kepada media dengan memetik kembali pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005 amalan merayakan hari kekasih tidak pernah dianjurkan Islam.
"Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam," kata pegawai perhubungan awam Jakim Asiah Alkharib Shah, memetik keputusan muzakarah majlis itu.
Lihat sebelum ini...
- Hari Kekasih: Pemuda DAP Bantah Pemuda PAS
- Betulkah Berita Mengenai Malaysia Ini? (Pemerintah Lokal Malaysia Larang Valentine)
No comments:
Post a Comment