SYARAT PERKHIDMATAN GOOGLE PLAY GIFT CARD® DAN BAKI PRABAYAR PLAY ("SYARAT") - 28 Februari 2022

PENTING: SILA BACA DENGAN TELITI DAN FAHAMI SYARAT INI. SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI APA-APA PERTANYAAN BERKAITAN HAL INI, HUBUNGI KAMI DI SINI.

1. Kelayakan dan Penebusan. Kad Hadiah Google Play ("Kad Hadiah") dan baki prabayar Play termasuk kad hadiah, kredit atau kod hadiah Google Play yang ditebus ("Kredit") hanya sah untuk pengguna yang berumur 13 tahun ke atas dan merupakan penduduk Malaysia. Kad Hadiah dan Kredit dikeluarkan oleh Google Payment Malaysia Sdn. Bhd., nombor syarikat 1141960-W ("GPMY"). Untuk menebus Kad Hadiah atau Kredit, anda memerlukan akses Internet dan kelayakan untuk memiliki atau membuat akaun Google Payments bagi bidang kuasa yang dinyatakan dalam syarat ini.

Untuk pengguna yang berumur antara 13-17 tahun:

Kad Hadiah dan Kredit mestilah ditebus untuk membeli produk yang layak pada https://play.google.com. Pembelian akan ditolak daripada baki Google Play. Mana-mana baki Google Play yang tidak digunakan akan kekal dalam baki Google Play penerima apabila ditebus. Google mungkin memberi pembeli Kad Hadiah dan Kredit maklumat tentang status penebusan Kad Hadiah atau Kredit yang dibeli oleh mereka.

2. Pengehadan. Kad Hadiah atau Kredit boleh digunakan untuk pembelian item yang layak pada Google Play sahaja. Had mungkin dikenakan terhadap penebusan dan penggunaan. Item yang tidak layak untuk pembelian menggunakan Kad Hadiah atau Kredit termasuk item tertentu dalam bahagian "Peranti" Google Play (mis., telefon, tablet dan aksesori peranti yang berkaitan) dan langganan tertentu, lihat Pusat Bantuan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kad Hadiah atau Kredit tidak boleh ditebus untuk mendapatkan wang tunai atau kad lain, tidak boleh ditambah nilai atau dibayar balik (melainkan bayaran balik sekiranya akaun ditutup atau terdapat caj salah yang disebabkan ralat teknikal), tidak boleh digabungkan dengan baki bukan Google Play dalam akaun Google Payments anda dan tidak boleh dijual semula, ditukar atau dipindahkan nilai, melainkan sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Jika baki Google Play anda tidak mencukupi untuk membayar harga item pada Google Play, anda boleh menggunakan kad kredit atau debit untuk membeli Kredit tambahan supaya anda boleh melengkapkan pembayaran anda untuk item tersebut. Anda juga boleh memuatkan Kad Hadiah lain untuk melengkapkan pembelian anda atau menggunakan bentuk pembayaran yang berbeza sama sekali untuk membeli item. Sebaik sahaja Kad Hadiah atau Kredit dibeli, risiko kehilangan dan hak milik Kad Hadiah atau Kredit akan berpindah kepada pembeli atau penerima hadiah, mengikut kesesuaian. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang bersesuaian, GPMY menafikan semua jaminan tersurat atau tersirat bagi Kad Hadiah atau Kredit dan Google Play. Syarat Kad Hadiah dan Kredit ini mungkin tertakluk pada perubahan asalkan berpatutan dan akan dimaklumkan kepada anda melalui https://play.google.com/intl/ms_my/about/card-terms.html sekurang-kurangnya 21 hari sebelum perubahan dikuatkuasakan.

Kad Hadiah, Kredit dan Baki Google Play ialah produk nilai tersimpan dan sekiranya berlaku ketakmampuan bayar GPMY, item tersebut mungkin kehilangan nilai.

3. Tiada Yuran atau Tamat Tempoh. Tiada yuran atau tarikh tamat tempoh yang dikenakan pada Kad Hadiah atau Kredit ini. Sebarang jumlah Google Play yang dibayar balik, jika berkenaan, akan dikreditkan semula kepada baki Google Play anda untuk kegunaan pada masa hadapan menurut syarat yang sama, melainkan dikehendaki sebaliknya oleh undang-undang.

4. Penipuan. GPMY tidak bertanggungjawab jika Kad Hadiah atau Kredit hilang, dicuri, dimusnahkan atau digunakan tanpa kebenaran anda. GPMY berhak menutup akaun pelanggan dan mengebilkan bentuk pembayaran alternatif jika Kad Hadiah atau Kredit yang diperoleh melalui penipuan ditebus dan/atau digunakan untuk membuat pembelian pada Google Play.

5. Bantuan Dalam Talian dan Khidmat Pelanggan. Untuk melihat baki Google Play anda, lawati https://payments.google.com. Untuk bercakap dengan khidmat pelanggan, hubungi kami pada talian 1-855-466-4438.

6. Had Liabiliti. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang bersesuaian, GPMY tidak membuat jaminan tersurat atau tersirat yang termasuk jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu pada Kad Hadiah atau Kredit. Sekiranya Kad Hadiah atau Kredit tidak berfungsi, remedi tunggal anda dan liabiliti tunggal GPMY akan menjadi pengganti Kad Hadiah atau Kredit tersebut yang tertakluk pada undang-undang yang bersesuaian. Jika anda tinggal di negeri yang tidak membenarkan had liabiliti terhadap jaminan tersirat atau tidak membenarkan pengecualian atau had kerugian tertentu, maka sesetengah atau semua penafian mungkin tidak dikenakan kepada anda dan anda mungkin mempunyai hak tambahan.

7. Kebolehasingan. Jika mana-mana peruntukan Syarat ini diputuskan oleh mana-mana mahkamah dengan bidang kuasa kompeten sebagai tidak boleh dikuatkuasakan atau tidak sah, peruntukan tersebut hendaklah dihadkan atau disingkirkan ke tahap minimum yang perlu, agar Syarat selebihnya yang terkandung di sini kekal sah dan berkuat kuasa dan boleh dikuatkuasakan antara pihak tersebut.

8. Syarat Umum. Syarat ini menggabungkan dan tertakluk pada Syarat Perkhidmatan Google Play. Penggunaan perkhidmatan yang diterangkan di sini tertakluk pada syarat perkhidmatan untuk Google Payments dan Dasar Privasi Google. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara mana-mana syarat yang dinyatakan di atas, Syarat ini akan diguna pakai. Apabila anda membeli, menerima atau menebus Kad Hadiah atau Kredit, anda bersetuju bahawa undang-undang Malaysia akan dilaksanakan, tanpa mengambil kira prinsip percanggahan undang-undang dan undang-undang tersebut akan mengawal Syarat ini. GPMY berhak menukar terma dan syarat ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicaranya, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang. Perubahan akan dimaklumkan kepada anda secara bertulis, melalui https://play.google.com/intl/ms_my/about/card-terms.html sekurang-kurangnya 21 hari sebelum perubahan dikuatkuasakan.