Saturday, February 24, 2018

Lirik Lagu Rahsia Tuhan OST Tiada Arah Jodoh Kita dari Ippo Hafiz

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kaki drama? Bukanlah terlalu obses, cuma sambil rehat dari balik kerja boleh tengok TV dulu. Sambil makan malam, sambil layan drama akasia TV3, Tiada Arah Jodoh Kita.

Tiada Arah Jodoh Kita, akasia

Suka tengok Pia, lakonan Aprena Manrose. Sebelum ni pernah berlakon dalam Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin. Dalam drama sebelum ni beliau memegang watak antagonis, dalam drama terbaru jadi heroin tau. Cantik sangat bertudung!

Tak Mungkin, dan Tak mungkin kau kembali Hanya untuk, meneruskan Cinta yang Telah Terhapus, Tangis diri, musnah kan aku, Sayu Hati ku Telah Menanti, Menanti kamu, Tiap waktu... Ku sedar Bukan, kuasa Ku, Hanya Tuhan Yang Bisa Memberi, Cinta Dia Maha Indah ditakdirkan Bersama, Tak Mungkin , Ku lupa akan bahagia Bersamamu, Dan Tak Mungkin Ini adalah Jodoh Kita... Haaaa Haaaa.... Ku sedar Bukan, kuasa Ku, Hanya Tuhan Yang Bisa Memberi, Cinta Dia Maha Indah ditakdirkan Bersama, Hanya kepada Dirimu, bukan Jodoh, yang ku Maksudkan, kerna ada telah tertulis, Itu hanya Rahsia Tuhan



Suka sangat dengan lagu dari Ippo Hafiz. Bermula dari drama Teman Lelaki Upahan terus jatuh chenta.

Nak layan drama Tiada Arah Jodoh Kita?

Setiap hari Isnin-Khamis pukul 7pm-8pm.

Selamat Menonton!
Read More

Friday, February 23, 2018

Resipi | Kerabu Maggi Mudah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua, asyik beli je kerabu maggi. Rasa macam nak buat sendiri je. Lagi puas makan sebab banyak kan. Ritu ke Padang Besar memang beli maggi Serda dari Thailand. Semua kedai jual 5 bungkus RM5, tapi satu kedai dekat Padang Waremart ni je jual 12 bungkus RM10. Jimat sebab extra dua.

Jom buat sendiri kerabu maggi, Cik Timm olah je dengan bahan yang ada.

Bahan-bahan;
5 bungkus maggi Serda perisa tomyam
Sayur kobis, 1 setengah lobak merah, setengah biji bawang holland, tomato, 2 kuntum bunga kantan dan 1 batang cili merah dan 3 batang cili padi.
5 ketul hotdog
Sotong
Air limau

Cara-caranya:
Sotong dan hot dog dicelur dengan air panas. Dengan menggunakan air celur yang sama, celur pula maggi. Maggi Serda ni tak mengembang sangat macam maggi biasa yang kita beli tu. 


Bahan-bahan sayuran boleh potong mengikut bite size kita. Hot dog dengan sotong pun boleh potong-potong kecil.


Dah siap semua, gaul-gaul dengan maggi yang dicelur, bahan sayuran dengan hot dog dan sotong juga. Masukkan juga perencah yang dah disedia dengan maggi Serda tu, Cik Timm guna dalam 3 bungkus je sebab agak pedas. Lepas tu boleh masukkan air limau. Boleh adjust semua bahan-bahan sampai kita rasa tahap yang ok. 

Lagi sedap kalau ada sos ikan dengan daun ketumbar 👌
Cek malaih nak pi Tesco cari benda sedemikian, hanya ronda-ronda di pasar pagi cari bunga kantan & tomato. Kihkihkih, nak membeli untuk makan pun pemalas Nauzubillah oii!

Taraaaa! Dah siap pun kerabu maggi paling mudah versi cecampak je apa yang ada!


Selamat Mencuba Guys!

Ada juga yang buat kerabu maggi tapi guna maggi biasa perisa tomyam. Tak pernah try lagi guna maggi biasa, tak tau rasa sedap ke idak. Tapi guna Maggi Serda ni memang sedap. Maggi dia kecik dan kenyal jer. Aumm!!

Read More

Sunday, February 18, 2018

Tahu Tak Tapak Kaki Kita Berbeza?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua, buat apa hari cuti terakhir ni. Cik Timm banyak juga keluar ke sini ke sana. Sebab asyik terperuk dalm rumah pun tak best. Kelmarin selepas hiking, Cik Timm singgah di SportsDirect.com di Tesco Seberang Jaya. Saja mencuci mata sebab banyak barangan yang SALE. Dah la semua barang berjenama macam Karrimor, Nike, Adidas dan sebagainya. Memang ramai juga yang serbu.


kasu sukan karrimor

Sambil belek-belek kasut sukan, ada satu mesin yang boleh tentukan saiz kaki kita dan juga jenis tapak kaki kita.

Jenis-jenis Tapak Kaki

Ya, Cik Timm baru tahu yang tapak kaki kita ada 3 jenis;

jenis tapak kaki

1. Normal arch ( Kaki lekuk sederhana )
2. Low arch ( Kaki rata tanpa lekuk )
3. High arch ( Kaki lekuk dalam )

sportsdirect.com


Lepas guna mesin tu baru tau Cik Timm merupakan normal arch. Maksudnya semua kasut boleh pakai dan senang untuk memilih kasut terutama kasut sukan.

Untuk kasut sukan, kita kena lebih berhati-hati memilih sebab kalau tersilap memang akan sakit kaki tu. Sebab tu kalau kita masuk kedai sukan ada kasut untuk running, hiking, dan sebagainya. Setiap kasut direka untuk aktiviti yang spesifik. Sebab tu mahal kan?

Cara Untuk Mengetahui Jenis Tapak Kaki Anda

Ha, mesti nak check kaki korang jenis apa kan? Tak payah susah-susah nak ke SportsDirect semata-mata nak tahu jenis tapak kaki tu.

Meh Cik Timm tunjuk caranya;

tapak kaki
Sumber: sajakongsi.com

Hampa carilah surat khabar, kertas kajang ke atau tisu. Basahkan tapak kaki, tekapkan je atas kertas. Agak-agak dah basah kertas tu, angkat kaki. Bolehlah check pattern atau corak yang terhasil tu. 

kasut sukan karrimor

Selamat bershopping kasut guys. Semua kasut-kasut berjenama yang SALE. Memang rambang mata, nasib baik nafsu membeli ni boleh ditahan. 

sportsdirect.com

Memang banyak sangat pilihan barangan sukan dekat sini. Bolehlah kalau hampa semua nak shopping barangan sukan, boleh ke sini. Seronok sebab banyak pilihan.

p.s. tiba-tiba minat baju dalam kedai baju sukan pulak.
Read More

Saturday, February 17, 2018

Butterworth Art Walk Antara Tempat Menarik Harus dikunjungi di Bagan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai Semua!

Cik Timm boleh dikatakan selalu lalu di Bagan sebab suka ambil angin pantai di R&R Bagan Ajam tu. Secara kebetulan, malam Jumaat tu Cik Timm nak beli tiket di Stesyen Bas Butterworth.


Tiba-tiba FB Cik Timm keluar memori tahun lepas. Ada Abang Cik share pasal Butterworth Art Walk, tempat ala-ala Street Art Pulau Pinang tu. Selesai urusan membeli tiket, kami terus ke sana sebab dekat je dengan padang Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi. Tempat ni sebelah Lodge 18 Hotel je. Disebabkan dah malam, langsung tak ada orang dekat sini selain kami. Boleh bergambar puas-puas, tak payah malu-malu.


Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk


 Tahun lepas diorang gantung macam tudung saji tu, malam ni lampu ala-ala tanglung sempena Chinese New Year kot? 


Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk


Replika sampan memang banyak, dekat atas kepala pun ada!


Butterworth Art Walk


 Cantik mural kontena, dekat Bagan kan ada Terminal Kontena tu.


Butterworth Art Walk


Ni mesti cerita tentang Pasar Bisik, tak sempat pula nak baca mural ni tentang apa. 


Butterworth Art Walk


 Gambar ferry zaman dulu-dulu. 


Butterworth Art Walk


Lepas syok ambik gambar ni, tiba-tiba ada abam polis bermotor ronda-ronda sini. Maksudnya anda selamat walaupun pusing-pusing waktu malam dekat sini. 


Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk

Setiap mural di sini ada penceritaan sejarah di mana bandar ini bermula. 

Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk

Butterworth Art Walk


Projek ini dimulakan oleh Zaini Zairul, seorang arkitek bersama Think City. Ada mural gambar gajah yang menunjukkan pada zaman dahulu, terdapat banyak gajah di hutan di Seberang Prai  Disebabkan itu, ada tempat yang bernama Kampung Gajah, sebab gajah pernah dibela di kawasan tersebut.


Lagi satu, berkenaan gula prai. Ha, gula yang selalu kita beli tu.. Klau nak tau Butterworth mempunyai tempat kilang gula terbesar di Malaysia iaitu MSM Prai Berhad. Nama pun gula Prai betul tak?




Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk


Butterworth Art Walk

Di sini Cik Timm sertakan maps dan media sosial diorang kalau anda nak singgah di sini;

FB: artmarketbutterworth
butterworth artwalk
IG: butterworthartwalk



Rasa lapar, kedai belakang tu ada gerai untuk makan. Nak makan KFC pun dekat seberang jalan jer.

Kalau anda free waktu hujung minggu, boleh ke sini sebab ada pelbagai aktiviti seni yang dijalankan.

Sabtu/Saturday & Ahad/Sunday 4pm - 10pm

Apa cerita cuti anda sempena CNY ni?

p.s. Happy Chinese New Year untuk semua kawan-kawan yang menyambutnya. 
Read More

Wednesday, February 14, 2018

Coconut Shake Terbaik di Kulim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!

Panas betul sekarang ni kan. Asyik dahaga air je. Jom kita pekena coconut shake dari D'Coconut Shake Kulim. 

coconut shake, coconut shake kulim

Memang sedap coconut shake dia, patut famous & sentiasa ramai orang. Harga murah dan berpatutan.

RM3 untuk coconut shake + aiskrim vanila (special). Ini adalah coconut shake yang tersedap antara coconut shake lain yang ada dekat Kulim ni. Ini pun dari pandangan tekak Cik Timm. 

Sedap sebab manis dia sekata, tak terlalu manis. Halus ja dia blended semua bahan, memang dappp! Cik Timm beli empat ketul untuk sorang satu dekat rumah ni.


Dulu Cik Timm pernah ke sini waktu kerja di SR. Ada gerai minuman dan makanan juga. Pekena laksa sotong dia, memang sedap. Laksa banyak dan puas makan. Memang dah famous dekat Kulim ni. Tapi sekarang coconut shake depa ni makin famous sampai ke luar Kulim. Rezeki kan?

Kedai pun senang sangat kalau nak cari, otw ke Tesco je. Di tepi jalan Taman Lembah Impiana. Macam-macam lagi ada dekat sini, ayam gunting pun ada tau. 

Menu terbaru adalah mango float, belum cuba lagi ni.

Selain itu, di sini Cik Timm sertakan laman sosial D'Coconut Shake Kulim untuk hampa semua stalk;

FB: Abamshek

IG: abam_shek

Selamat ber-shake-shake!

p.s. tapi jangan selalu panas-panas gini minum ais, demam dan sakit tekak nanti!
Read More

Sunday, February 11, 2018

Bershopping Sakan di Padang Besar, Perlis

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!


Hujung minggu Sabtu semalam Cik Timm ke Padang Besar dengan Abang Cik. Dari minggu lepas Abang Cik dah plan nak ke sana. Alang-alang weekend memang cuti pun, nak buat apa lagi. Lagipun memang nak cari barang sikit. 
ktm bukit mertajam, tiket komuter


Kami ke sana dengan menaiki komuter dari KTM Bukit Mertajam ke KTM Padang Besar dengan harga tiket RM10.70 seorang. Murah je kan, kami naik dari pukul 10.30am dan sampai di sana dalam 12.15pm. Sekejap je sebab komuter tak lewat, memang ikut time. 
sempadan, sempadan malaysia-thailand, padang besar


Kami ke sana memang blur, main ikut je orang jalan. Sebab rasa confident semua yang reramai ni nak ke destinasi yang sama. Nasib baik betul. Kami lalu di laluan jejantas yang merentasi lori-lori yang mengangkut muatan barang di sempadan Malaysia-Thailand. 1km je jarak dari kami dengan negara Thailand. Dekat sesangat dah tu, yang lawaknya semua motosikal dekat sini plat no. Thailand, raga motor pulak semua dekat depan. Alahai, dah macam masuk Thailand dah. Dekat sini pun dah ada taxi motosikal dok menunggu. 
arked niaga, padang besar


Sekejap je jalan kaki, dah sampai ke tempat shopping Padang Besar. Memang banyak kedai yang menjual. Ada yang dekat shop lot, ada yang bawah khemah, ada yang dekat Arked Niaga. Paling terbaru yang dibuka adalah Padang Waremart. 
padang besar


The best thing kalau ke sini pusing semua kedai, koreklah semua barang-barang yang ada. Lepas tu, dah berkenan sesuatu barang cari di semua kedai untuk dapatkan best price. Sebab banyak perbezaan harga kalau hampa pandai tawar-menawar. 


Suasana dalam Arked Niaga


arked niaga, padang besar


Arked Niaga adalah bangunan 2 tingkat di tengah-tengah kawasan ni. Semua kedai dalam ni full dengan bermacam-macam kedai baju. Macam-macam ada, seronok tengok. Kebanyakan barang dekat sini ada yang rare tak pernah dijual di pasar malam atau kedai-kedai di Kulim ni. 


padang besar, arked niaga


arked niaga, padang besar


Membeli Barang Makanan


padang besar


Untuk barang-barang makan kami beli di kawasan berbumbung yang bersambung dengan gerai kedai makan di depan. Banyak pilihan juga, kebanyakannya jual 3 bungkus barang RM10. Ada banyak kerepek sedap, kami kenyang makan sample jer. Asyik disua suruh rasa je dengan penjual sini. 


Mengisi Perut dengan Tomyam Sedap


padang besar, tomyam sedap, kedai fauziah


Kami lunch memang lambat, pukul 5 kot. Memang dah jadi makan petang. Cik Timm memang recommend makan tomyam dekat Kedai Fauziah, Gerai No. 7. Memang sedap kot. Boleh lawan tomyam sedap dekat Alma tu. Punya la pekat tomyam dia. Kalau nak makan benda bergoreng pun ada. Kami order nasi putih, tomyam campur, telur dadar dengan somtam. Somtam dia pun sedap betul, memang air tangan orang Thailand. Kedai makan ini pun sediakan air basuh tangan dan air masak di setiap meja. Kita pun selesa macam makan dekat rumah sendiri. Tempat pun bersih je.


padang besar, kedai fauziah, tomyam campur sedap



Tempat Shopping Terbaru, Padang Waremart


padang waremart, padang besar


Dekat sini lebih selesa sebab tempat dia besar, ada kipas. Laluan pun luas, jadi tak terlalu crowded dengan orang. Kedai masih belum banyak lagi dibuka. Masih ada banyak yang kosong. Tahu ada tempat ni pun sebab tengok dari entry blog Zumal. Kalau tak memang tak tahu ada Padang Waremart ni.


padang waremart, padang besar


Beg dekat sini dapat harga paling murah dari kedai-kedai lain. Tujuan ke sini nak mencari waterproof bag. Tawar menawar dapat harga RM40. Hewhew, boleh guna beg ni untuk hiking ke, fun run ke, bercuti ke pantai ke sebab kalis air.


padang besar, padang waremart


sweater, padang besar, padang waremart


Kedai ni ramai gila jejaka menyinggah, sebab semua baju dia cantik-cantik. Sweater, tshirt, seluar dia semuanya lawa-lawa. Abang Cik pun berhabis shopping dekat kedai ni. 


padang besar, padang waremart


Kedai atas ni Cik Timm beli maggi Serda yang selalu Cik Timm suka makan kerabu maggi tu. Beli dekat sini lagi untung sebab 12 bungkus harga RM10. Kedai lain semua jual 5 bungkus RM5. Lagi jimat sebab extra 2 bungkus. 


padang waremart, padang besar


Ada Kedai Menjual Koleksi Hello Kitty


padang besar


padang besar


Pelbagai Kedai di Sekeliling Sini


padang besar


padang besar


padang besar


padang besar


Mesin ATM yang Terdekat



padang besar


Rugi betul tempat ni tak ada mesin ATM. Disebabkan kami tak cukup duit & over the budget kami mencari mesin ATM yang terdekat. Memang dekat je, itu pun tanya dengan penjual di sini. Mesin terdekat adalah di 7Eleven berdepan dengan balai polis. Cuma kena jalan sikit je. So, sila bawa duit lebih kalau tak melopong geram tengok barang dia. Cik Timm yang susah nak membeli ni pun rambang mata.




Kami pusing-pusing semua kedai sampai puas hati. Lepas tu korek duit dekat mesin ATM. Mengisi perut dulu baru kami shopping barang di kedai yang kami dah aim murah. Pukul 6pm baru kami beransur balik. Tiket pukul 6.25pm ke KTM Bukit Mertajam. Waktu balik tak seramai macam kami ke sini pagi tadi. Agaknya semua dah balik kot, ataupun masih lagi dok shopping sakan!


Adakah ini pertama kali Cik Timm ke sini? Cik Timm dah pernah ke sini tapi waktu mengikuti rombongan sekolah KAFA waktu di sekolah rendah. Memang langsung tak pernah ingat dulu-dulu punya suasana macamana. Dulu kecik-kecik bukannya tau pun nak shopping tempat macam ni. 
Memang menguntungkan naik komuter, masa lebih jimat. Harga tiket pun bukannya mahal. 


p.s. rasa nak pi lagi hujung tahun ni, hehehe
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com