16.02.2017- Appointment untuk kali ke-3 dengan klinik gigi. Tapi still tak pasang fully lagi, nanti kena tukar dawai (archwire) dan kena tampal balik 2 besi yang tercabut waktu ritu memula pakai. Untuk kali ni, doktor cuma tukar getah je. Dari warna pink --> hijau metalik pulak. Excited nak bercuti ke Langkawi kononnya.
Perubahan? Gigi arnab sebelah kanan tu doktor bagi sama dengan rakan sebelahnya. Nampak tak pelik sangat dah gigi tu. Kalau tak panjang sebelah. Hehehe..
Bila dah lelama pakai kekadang terlupa ada braces dalam mulut. Cuma kadang-kadang kalau badan panas atau demam, mulut akan jadi tempat paling sakit sebab kering. Dulu mula-mula rasa rimas sebab kena gosok gigi lama, kena tengok cermin lama belek-belek gigi untuk floss. Dah lama rasa macam rutin, dah boleh ikut dah tabiat tu..
Hoho, Cik Timm sempat bercuti di Langkawi minggu lepas. Sekejap je, itu pun sebab tumpang ikut keluarga kakak sulung ke sana sebab husbandnya ada aktiviti berbasikal di Langkawi. Ioullss tukang sibuk je, lagipun cuti pun dah approve. Hoho..nanti bersambung ke entry lain ye.