Friday, August 31, 2012

Hari Kemerdekaan Ke-55

 
 Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke-55. Secara kebetulan juga, hari kemerdekaan tahun 2012 jatuh pada hari Jumaat. Penghulu bagi hari bagi masyarakat Islam. 


Pada pendapat aku yang serba kerdil ni kan, Malaysia ni masih di dalam pentadbiran yang baru. Sebab negara kita baru 55 tahun merdeka. Emm, mak aku tahun ni umur 63. Mak aku pernah rasa zaman pemerintahan Jepun sewaktu dia masih kecil lagi. 

Datuk aku dulu merupakan penghulu kampung di suatu kawasan di Seberang Prai. Mak pernah menceritakan askar Jepun pernah datang ke rumah tuk penghulu. Askar Jepun datang dengan membawa anjing yang sangat besar! Tapi, tak ada la jadi apa-apa malapetaka pun..

Lagi 1, pentadbiran kita pun baru dipimpin oleh Perdana Menteri yang ke-6. Baru lagi kan, masih boleh dibilang dengan jari tangan kan. Jadi, sebagai golongan remaja yang diwar-warkan sebagai pemimpin masa depan, layakkah kita??

Macam-macam kes yang kita dengar sekarang ni kan? Ragut, rogol, rompakan, kecurian, pecah rumah, dadah, etc.. Kalau golongan yang bakal memimpin negara banyak terlibat dengan perkara-perkara negatif seperti ini, macamana mereka ingin memimpin negara.

Namun begitu, tidak semua remaja rosak kan? Masih ada lagi golongan remaja yang masih berfikiran ke hadapan. Macam dialog Seniwati Sarimah dalam cerita Masam-Masam Manis. "Dalam setandan pisang, tidak semua pisangnya busuk", lebih kurang macam tulah ayatnya..

Tapi kan, aku terlepas nak tengok perarakan kemerdekaan pagi tadi. Siblings aku tengok cerita lain..masih tertanya-tanya logo rasmi merdeka 2012 ni apa eh??
Read More

Thursday, August 30, 2012

SEGMEN : Pencarian 222 Blogger Bertuah Oleh Norzi Beautilicious House

 
 
Sila klik gambar di atas untuk join segmen ini!

 Kepada kawan-kawan lain, cepat join sebab mereka memerlukan 222 sahaja blogger untuk terpilih. Semoga berjaya!


 
Read More

Wednesday, August 29, 2012

Cara-cara Mencari ID Facebook

 
 
Apa itu ID?
Apabila kita memasuki laman sesawang dan mendaftarkan diri, kita akan dibekalkan dengan nombor ID (identification) masing-masing. Sama juga seperti IC atau kad pengenalan kita. 
 
Cara-cara untuk mengetahui ID Facebook anda?
 
1. Masuk ke laman Facebook and daftar masuk akaun anda.
 
2. Klik ke profile anda.
 
3. Kemudian, tekan di Photos anda dan photo album akan keluar.
 
4. Tekan mana-mana gambar yang telah anda upload. Setelah itu, lihat di bar URL di browser anda.
 
5. Cari perkataan "id=" dalam URL tersebut. Itulah ID Facebook anda!
 
Sumber : www.ehow.com
Read More

SEGMEN : Sept's Bloglist by Eesya Lavigne

 
 

 


Disebabkan kerja semua sudah beres, dapatlah beraktif balik dalam blog nie. Hari ni aku yang tersangatlah rajin on9 sambil tengok TV3, My Name Is Khan nak join segmen kedua iaitu,  SEGMEN : Sept's Bloglist by Eesya Lavigne.

ID Blog : 6529237227058562524
ID Facebook : 411741562207267

Terima kasih la kepada Eesya Lavigne buat segmen ni. Dapat promosi blog + baru tau ID blog dengan ID Facebook tu apa..kesian kan..hu-hu-hu..

Oklah, jom nak sambung tengok TV3 balik...
Read More

Tuesday, August 28, 2012

Nak Tau Pasal Lelaki?

 
 
1. Lelaki ada lebih 1 juta sel darah dan anggota tulang yang lebih panjang berbanding wanita. Tetapi, mereka kurang 75% kelenjar peluh berbanding wanita.
p/s : tapi diorang lagi masyam kan dari perempuan..

2. Lelaki mempunyai kurang deria rasa lidah seperti masam, manis dan masin berbanding wanita. Tetapi, mereka bercakap sekitar 7000 patah perkataan sehari berbanding wanita yang mampu pot pet sebanyak 20 000 sehari.
p/s : tak dapat disangkal-sangkal lagi kan..

3. Lelaki lebih ramai yang mengalami buta warna dibandingkan dengan wanita!
p/s : my brother-in-law and his son also colour blindness! Its PROVED!

4. Lelaki lebih banyak menipu kerana mengikut kajian pelik, purata lelaki menipu adalah sebanyak 1092 kali setahun berbanding 728 kali oleh wanita.
p/s : bermaksud lebih kurang 3 kali penipuan setiap hari..emm..

5. Lelaki mengingati kereta pertama berbanding teman wanita. 1 kajian di Amerika, seramai 40% sukarela mengingati plat kereta pertama berbanding wanita pertama yang diciumnya.
p/s : kereta memang isteri pertama lelaki kan? KAN-KAN-KAN??

6. Lelaki hanya boleh melakukan 1 kerja di 1 masa iaitu menggunakan sebelah otak sahaja berbanding wanita yang mampu menggunakan kedua-dua bahagian (multi-tasking).
p/s : tengoklah mak-mak kita buat kerja macamana..

7. Lelaki sukar memproses kepelbagaian frequensi ton suara wanita.
p/s : wanita kan macam-macam..

8. Lelaki mempunyai jangka hayat yang pendek berbanding wanita! Mungkin berpunca dari lelaki yang enggan berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan rutin.
p/s : takot ya..?

Walau bagaimanapun, bukan untuk memburukkan golongan adam ya! Inilah yang dikatakan lelaki dan wanita perlu bersama untuk lengkap-melengkapi sesama sendiri..

Read More

Monday, August 27, 2012

Ubat Time!

 
 
Kalau sudah sakit, tak sembuh-sembuh, berayalah anda ke Klinik atau Hospital. Memandangkan sekarang ni kan sudah wujudnya Klinik 1Malaysia! Tak perlulah mengeluarkan belanja lebih untuk pemeriksaan kesihatan + ubat-ubatan. 
 
LOKASI : KLINIK 1MALAYSIA, 
No. 208, Rumah Kedai,
Jln Kota Kenari 3,
Kota Kenari,
Kulim, Kedah.
 
Jumpalah Doktor yang kenai kakak aku. Mak aku selalu buat pemeriksaan kesihatan dekat sini. Bukannya check aku sangat pun, banyak bersembang je. Adoi, Doc! Dah la susah nak cakap, asyik batuk-batuk je.
Sebelum balik, singgah 1 kampung depan Kolej Mara Kulim, rumah kawan kakak aku. Dia buat bihun sup. Sedapnya, balun saja, bihun sup ja kan. Sup kan bagus untuk orang demam.
Bihun sup dengan daging yang empuk!
Kolej Mara Kulim..teringat pulak seseorang tu pernah study kat sini..


Tak sure eksiden atau tayar pancit belakang tu..? Tempa kejadian, simpang ke Wah Seah+Shell..
  Balik rumah, tengok mummy dottie yang tengah sarat mengandung. Tak lama dah nak meletup tu..
 
Muncitnya dia..tunggu masa tu..
Medicine time..
 Mengantuk..
Read More

Saturday, August 25, 2012

Demam + Batuk Sempena Raya

 
Demam-Demam-Demam. Aduhai, pelik pulak boleh demam. Tak terlalu teruk pun, cuma batuk je. Aku tak minum ais sangat pun sepanjang raya ni. Walaupun dekat rumah ni ada seplastik besar ais sempena raya untuk tetamu. Memang aku tak sentuhlah ais sepanjang raya ni. Kalau pi raya ada la minum, tapi segelas saja la, tak ada la bergelen-gelen.
 
 UHUK! UHUK! UHUK!

Batuk? Apa tu?
Batuk merupakan tindakbalas kerongkong/tekak terhadap stimulus pada salur pernafasan dan paru-paru. Batuk berfungsi untuk mengeluarkan bahan merbahaya yang terperangkap dalam salur pernafasan. 
 
Sebab?
Jangkitan kuman iaitu virus pada salur pernafasan dan paru-paru.

Jenis batuk?
Batuk produktif (kahak).
 
Orang yang batuk mesti berpantang :
Makanan segera (fast food)
Air bergas
Minuman berais
 
Amalan yang perlu dilakukan :
Minum air suam
Senaman
Mengambil vitamin tambahan eg. Vit C
 
Kalau nak tau lagi detail silalah ke laman ni [klik sini]. Paling aku suka ayat dia yang terakhir, 
"Hak Manusia Berusaha & Kesembuhan Mutlak Adalah Hak Allah."
 
Read More

Monday, August 20, 2012

1 Syawal 1433H

 
Suasana hari raya pada tahun 2012 tak sama pun macam tahun-tahun lepas sebab rumah bercat baru, berlangsir baru. Semua usaha Kak Yu dan Abang Cik aku. Semangat raya tahun ni, tapi kuih raya saja tak bersemangat sebab Kak Ina aku penat + aku sibuk praktikal. Jumaat, 2 hari sebelum raya baru balik rumah.
 
Suasana di pagi raya selepas solat raya, mengambil gambaq keluarga.
My first sister and her family.
My happy family!
Gila-gila adik beradik..
Bermaaf-maafan perkara wajib di pagi raya
 Habis bergambar dan bermaafan, mesti la melawat kubur arwah ayah, tokwan, tok dan pak long di perkuburan Kampung Sera.


 Alhamdulillah, selepas melawat kubur, bolehlah beraya ke rumah adik-beradik terdekat. Lawaknya siap telefon suruh datang ke rumah sebab dah nak bagitau menunya. Bagus jugak, dapat budget-budget nak makan banyak mana di setiap rumah. Tak kan nak balun semua!

Budak comel!
Rumah Abang Halim, my sepupu..
Senang cerita sepupu-sepapat aku 98% sudah pun berkahwin dan jauh lebih berusia dari aku. Biasalah dalam keluarga aku ni tak kira dari pihak ayah atau pun mak.

Balik saja rumah, memulas-mulas perut aku. Aku rasa tahun ni aku punya control makan. Tapi, sakit perut pulak. Hu-Hu-Hu. Antara yang aku sapu mee kuah, mee kari..Itu saja kot, sabaq sajalah. Sebab itulah kita digalakkan berpuasa 6. Tapi, haram di 1 Syawal tau!

TANDAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




 
 
 
Read More

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Gambaq pun sudah menceritakan segalanya kan. Terima kasih kepada Hafizzi Hafiz yang menyumbang doodle couple raya ni!

Esok berakhirlah sudah aku sebagai pelajar praktikal di Universiti Sains Malaysia. Balik kampung! HOHOHO! Balik Kampung! I'allah, esok selepas selesai semuanya. Terus bertolak balik ke Kulim. 

Lalu lintas yang agak sesat di Jambatan Pulau Pinang..
Ya Allah, selamatkanlah perjalananku esok. Amin..


Read More

Thursday, August 16, 2012

Beraya Di Tasik Temengor, Perak

 
 Orang sibuk-sibuk balik kampung, aku dengan practical partner aku sibuk-sibuk ke Tasik Temengor, Perak. Penat jugak ya kalau further study Master. Dalam bulan Ramadan pun kena ambil sampel air sebab 'water quality parameters' ni setiap bulan kena ambil. 

Jambatan yang menghubungkan Perak-Kelantan
Tasik Temengor atau Tasik Temenggor. Menurut kata supervisor aku, sepatotnya Tasik Temengor, bukan Temenggor. Tasik ini merupakan kawasan tadahan air hujan dan kawasan empangan. Di sini terkenal dengan Royal Belum Rainforest. Tapi, kawasan kajian pensampelan air kami di kawasan selatan tasik ini manakala Royal Belum Rainforest terletak di utara. 

Penggunaan alatan :

Van Dorn water sampler

Cara penggunaan : masukkan dalam air untuk kedalaman yang kita mahu dalam keadaan dalam gambaq tu, lepas tu, lepaskan messenger untuk tutupkan alat tu. Nanti air akan terperangkaplah dalam tu.
Cewah, pak cik menunjukkan skillnya..
YSI 6600 Multiparameter Sonde
Cara penggunaan : alat ini akan ditenggelamkan mengikut kedalaman yang tertentu. Nanti kita dapatlah bacaan-bacaan seperti 'conductivity, pH, etc..

Alat tu dah ditenggelamkan dalam tasik..
Kelebihan alat ini dapat 'connect' dengan laptop!
Selepas 'water parameter reading' dah diambil dan 'water samples' pun selamat diambil, bolehlah balik! Penat jugaklah sebab ada '5 stations'. Station 1 had 6 samples, meanwhile in others station had 12 samples! We had to takes 54 samples all together! Sakit jugak tangan aku..

Di sini aku nak 'share'kan gambar-gambar pemandangan di sini. Maaf ya, tak ada DSLR ok, aku peminat Canon Axus jer. Cewah!

Aiseyman, bot sangkut-sangkut la..



This is Kak Muza (Msc.), all the projects was belongs to her..

Yea! Dah nak sampai jeti!

Kucing manja yang tak posa!!
Tu dia, banyaknya keta, KESESAKAN! di Jambatan Pulau Pinang!
Sampai USM pun dah lewat, dalam 6.30pm. Kesian Kak Ateen, penat dia tunggu dari pukul 4pm sebab nak berbuka sama-sama. Minta maaf Kak Ateen..
Balik-balik, tersangatlah penat..ZZZZZ..
Read More

Tuesday, August 14, 2012

Ucapan Aidilfitri


Nak join, bolehlah klik banner comel ni!

Wah-Wah-Wah! Pertama kali aku nak join contest-contest yang melibatkan blog ni. Biasalah pendatang baru, apa orang putih kata, 'newbie'? 

Baiklah, untuk baju raya tahun ni, temanya, 'SILVER' ataupun dalam bahasa melayunya warna 'PERAK'. 
baju impian, tak beli lagi baju raya..=__='
Doodle Lelaki : Timm
Doole Perempuan : Billa

Ucapan :
Ehem, ehem, saya nak mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang akan menyambutnya. Semoga kita tidak lalai dalam membuat persiapan raya kerana di 10 malam terakhir ini banyak nikmat dan ganjaran yang akan diterima. 
Selain itu, tidak lupa kepada rakan-rakan di alam maya, dan juga di dunia nyata +__='', semoga anda dilimpahkan dengan rahmat dari-Nya. Amin..
Akhir kata, Maaf Zahir dan Batin kepada semua kaum kerabat dan rakan-rakan andai tersalah kata, tercubit mana-mana, tersepak merata-rata..=__0.

Kepada rakan blogger-blogger sekalian, jom join contest ni jom!
khalidah wazir
syahidatul atiqah
kak bai
topex3007

Salam Lebaran semua!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com