Alhamdulillah, satu-satu assignment aku sudah selesai. Hari ni saja pun dah selesai presentation Mangrove & Estuaries Ecology. Dalam masa sibuk ni jugak pun, aku sempat mengikuti satu program keagamaan iaitu:
Program Israk Mikraj
30 Mei 2012
DeTAR PUTRA, UNIMAS
Sangat selesa sebab buat dekat DeTAR. Rupa-rupanya diorang jemput penceramah jemputan dari Indonesia. Siap dengan rombongan lagi ramai-ramai. Patutlah ada yang aku tengok pakai baju dan songkok yang agak familar dari negara seberang.
Rombongan dari Indonesia |
Lelaki Oh Lelaki..3 baris saja??? |
Any comments girls?? |
Mula-mula ada bacaan doa dan bacaan surah Al-Isra' ayat 1-7.
Dr. H Aswin Rose, penceramah jemputan dari Indonesia |
Boleh dijadikan idola ni, umur sudah 67 tahun. Pakar dalam bidang patologi, jantung. Ceramah dia memang semua hadis dengan ayat-ayat Al-Quran keluar. Memang sangat hebat kakek(datuk) ni!
Persembahan nasyid dari Kumpulan Damai |
Lepas tu, ada sesi dialog. Sampai naib canselor sendiri pun memberi komen dan nak bertanya soalan.
Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab. Hamid |
Pemberian cenderahati |
Kepada sesiapa yang nak tau lebih lanjut apa itu Israk & Mikraj, silalah tekan [SINI]. Bukannya apa, disebabkan penceramahnya orang Indonesia, bahasa yang digunakan agak pekat dan aku ni lambat betul nak faham. So, aku gunakan alternatif sendiri untuk cari makna sebenar Israk & Mikraj. Biasalah, dulu waktu sekolah, matrikulasi ada sambutannya. Sebagai manusia, tak lepas dari sifat pelupa kan?
Rombongan dari Indonesia |
PADA
27 REJAB SETIAP TAHUN