Ubat Tidur, Kesan Dan Komplikasinya

Pil Tidur Kesan Sampingan

Ubat tidur merupakan kategori ubat sedatif yang bertindak pada sistem saraf pusat dan menolong mengatasi masalah kesukaran untuk tidur.

Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh memberikan kesan sedatif. Contoh : ubat antikemurungan, barbiturates dan benzodiazepines.

Benzodiazepines merupakan ubat yang selalu digunakan untuk merawat keresahan dan masalah kesukaran untuk tidur. Sesetengah benzodiazepine digunakan untuk melegakan keresahan , ‘alcohol withdrawal’, ‘panic disorders’ dan sawan.

Kebanyakan ubat antikeresahan (Contoh: alprazolam, clonazepam, diazepam, lorazepam) boleh membantu masalah kesukaran untuk tidur apabila diberikan pada waktu malam. Kebanyakan ubat hipnotik pula ( Contoh: midazolam, zolpidem) akan memberikan kesan sedatif pada waktu siang.

Pakar perubatan memberi nasihat, individu yang berdepan masalah untuk tidur dan tidur lena perlu mendapatkan nasihat doktor serta mengelak penggunaan pil tidur untuk jangka panjang.

Pada 2017, American Academy of Sleep Medicine mencadangkan satu bentuk kaunseling psikologi digelar terapi perilaku kognitif (CBT) sebagai rawatan pertama untuk insomnia, diikuti preskripsi dan ubat belian kaunter. CBT memfokuskan mengenal pasti corak pemikiran dan perilaku yang menghalang tidur lena.

Individu yang sering mengambil ubat tidur seharusnya digalakkan bercakap dengan doktor mereka untuk melihat dengan lebih mendalam mengapa mereka mengalami insomnia.

Kaedah berbahaya adalah menggabungkan pil tidur dengan opioid atau alkohol, penggunaan pil tidur oleh golongan dewasa lebih berusia dan amalan berterusan mengambil pil tidur.

Komplikasi Mengambil Pil Tidur

Kesan sampingan yang biasa dialami apabila mengambil ubat tidur adalah mengantuk dan rasa pening, hilang tumpuan untuk melakukan kerja dan percakapan yang tidak jelas.

Jangan memandu kenderaan jika masih mengalami kesan dari ubat tidur.

Kebanyakan ubat tidur boleh menyebabkan pergantungan pada ubat apabila diambil dalam dos yang tinggi dan pada jangkamasa yang panjang.

Apabila keadaan ini berlaku, ia menyukarkan pemberhentian rawatan ubat tidur tersebut.

Ubat tidur tidak boleh diberhentikan secara mengejut. Doktor akan menasihatkan bagaimana untuk memberhentikan ubat secara berkala.

Loading...

Tags: #insomia #kesan pil tidur #kesan sampingan pil tidur #kesan ubat tidur #komplikasi pil tidur #pengambilan pil tidur #pil tidur #sukar tidur #ubat tidur

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Comments are closed.