2013-05-12

Sunday


Hari ni Mother's Day kan.
Jadi haruskah kita memasak di Hari Ibu??

Sila jawab para suami. Jawab!! *asah pisau lipat*

Nasib baik suami yang ada dalam rumah ni paham yang aku memang takkan masuk dapur di Hari Ibu, jadi pagi-pagi lagi dia dah siap "Jom, breakfast nasi dagang"

Tetappppp nak makan makanan yang ikut selera anak tekak dia kan.
Layan je la.
Tapi kali ni angkut sekali mak ngan bibik. Satu rumah pegi.
Aku cakap hari ni adelah hari dapur tak berasap.
Semua jangan masak.
Sebab aku taknak tolong. Hehe.
Kang kalau aku sorang je tak masak apa lak kata mak mertua aku kan. Cantekkkk muka kau mak mertua yang masakkan kau makan. So aku istihar semua jangan masak, so aku takde la serba-salah sangat kalau tak tolong.



Aku jarang makan kat luar bawak Laksamana sorang ni.
Sebab besar harapan aku mati tecekik.
Dia ni kalau nak bukak bunga silat tak kira dimana jua beliau berada. Asal tergerak nak berpencak je memang kat situ jugak la dia berkuntau. Tak guna kalau takat jegil-jegilkan bijik mata kat dia. Lagi aku besorkan bijik mata cewahhh dia boleh angkat-angkat kening pulak ngan aku.



Kalau sampai restoran/warung memang wajib orderkan dia segelas teh o ais.
Kemain lagi anak aku. Taknak minum milo ke horlick ke. Selera orang tua. TEH!
Dia boleh habiskan segelas teh o tu siap dengan ais dia sekali dia kunyah.
 
Rayyan ni makan kurang sikit. Nama kau nak tengok dia makan habis semangkuk memang takde. Tapi kalau aku makan apa-apa suapkan dia dapatlah 2-3 suap. Masuk suap ke-empat terbelahak.
Dia memang depend kat susu. Susu setin tu sekarang tahan 6 hari je. At least 5 tin every month.
Mana tak londeh seluar bapak kau, nak.



Mahbelllesssss.
Nasi dagang ni boleh makan 2 orang sebenarnya.
Tapi masing-masing tamak.
Nak jugak hadap sepinggan sorang.
Hah kauuu. Terkibai-kibai masing-masing nak habiskan.

Kalau balik Tganu, ada satu kedai kat Manir tu jual nasi dagang untuk breakfast.
RM1 je wehhh.
Dapatla 5 suap.
Ok la kan. Takat buat alas perut.
So aku dah terbiasa makan nasik dagang sikit-sikit. Bila datang sepinggan terak macam ni rasa cam muak pun ada. Tapi nasik dia sedap.



Mak aku cakap orang Tganu kuat makan nasik, tak kuat makan lauk.
So bila mak nampak orang tu hidang ikan tongkol besaer-besar tapak tangan untuk sorang makan, speechless kejap dia.

Memang aku perasan pun, kalau mak buat kenduri kat Tganu, nasik memang masak banyak.
Lauk sikit je. Tengok rasa macam tak cukup je.
Tapi berlebih!
Orang sana makan nasik banyak tapi lauk tak makan sangat. Maybe sebab tu kalau aku pi makan kat warung-warung kat sana, dia bagi lauk alahaiiiiiii.

Family aku pulak memang dah terbiasa suka ratah lauk.
Kalau masak sotong tu terus sekilo. Padahal makan 3 orang je. Tapi memang semua bangsa makan lauk banyak, nasik sikit. Tapi badan aku tetap gemuk. Oh, mungkin senang hati agaknya. Puiii.



Redza memang muka aku.
Dari warna kulitnya....ke kulitnya.....ke kulitnya.



Breakfast laksam, nasik dagang, nasik minyak and kuih kayu keramat.


Lepas breakfast, balik rumah kejap.
En Wan nak sambung check latih tubi Redza buat semalam.
Aku berdoa je jangan la Redza buat silly mistake, memang mampus kensel plan aku nak berjalan hari ni. Alhamdulillah takde. Fuhh.

En Wan ni bukan boleh.
Dia ni particular sangat dengan akademik or anything yang melibatkan benda-benda ilmiah.
Kadang-kadang budak tu punya tulisan huruf 5 terbabas jadi 6 pun dia boleh merempit setengah hari. Taknak tolak ansur lansung.
Takat tulisan tu kalau aku jadi cikgu aku betulkan je, janji aku paham sudah la kan. Ni tak. Seb baik la dia tak jadik cikgu. Kalau ya, aku buat demonstrasi depan pintu skolah.


 
Kitorang reserve lunch kat Bumbu Desa Alamanda.
Tak pernah pegi pun. Dengar pun tak pernah.
Balik dari breakfast kitorang gugel-gugel check mana tempat best nak bawak mak-mak gi makan, then jumpa Bumbu Desa. Check review macam ok. Lagipun kesian Mak Aji nanti nak drive jauh-jauh pulak dari Bangi. Alamanda tu ok la.
 
Sekali parking kat Alamanda gila hazabbbbbbb.
Aku tak sure if ni memang keadaan biasa on weekends ataupun hari ni ramai bawak parents keluar makan sempena Hari Ibu. Sampai ke bumbung baru jumpa parking.
 
En Wan turunkan aku kat level mana ntah, suruh aku carik restoran tu dulu.
Ingatkan restoran tu dalam mall, rupanya dia kat luar.
Kalau sape nak pergi, ko kena jalan menghala ke food court then turun bawah.
Restoran tu area GSC.
Bersebelahan The Garden.



Suasana dalam restoran memang cantik.
Oh yes, lupa nak bagitau. Bumbu Desa ni adelah restoran Indonesia terbaik di luar negara.
Ada kat KLCC, 1-U, The Curve (kalau tak salah aku la).
Aku dah buat member kad terus tadi.
Kalau member dapat 20% off. Kalau keje gov, 30%.



Mak Aji and the geng sampai 15 minits later.
Elok pulak si Ibal senang carik parking. Kat level 3 je. Aku sampai ke bumbung.
 


Bumbu Desa ni style dia, semua makanan dah siap dimasak.
Apa yang ada kat depan meja ni adelah makanan yang dorang offer. Tapi ni display. Ko tunjuk mana kau nak, nanti dia akan panaskan je. Lauk-lauk semua dah masa siap-siap. Jangan tanya aku la lauk semalam ke lauk minggu lepas. Tunggu besok pagi aku bagitau. Kalau kitorang cirit-birit malam ni, ada harapan lauk tu lauk 3 hari lepas.

The objektif adelah supaya customer tak buang masa tunggu lama-lama.
So good point kat situ is service cepat.
Kalau kita makan mana-mana pun of cos nak cepat. Dah nama pun masuk kedai makan kan, takkan masuk kedai makan untuk melanguk beramai-ramai. Konfem lah datang untuk makan. So kalau service kau cepat, ditambah dengan menu menarik, sedap, restoran cantik macam ni, besar harapan orang datang lagi walaupun mahal. Aku cukup tak suka pergi kedai yang ambik order beria-ia pastu setengah jam baru sampai air. Tu pun lupa bagi straw.
Lagi setengah jam nasik sampai. Tu baru nasikkkkk.
By the time lauk sampai, aku dah kenyang telan angin.

Bumbu Desa ni kiranya dia practise point-point utama yang perlu ada pada sebuah kedai makan.
Cantik, sedap, cepat.



Mak Aji dan boifrennya.





Our menu hari ni :

1. Sotong sumbat tauhu goreng
2. Kerapu goreng kerabu mangga, 2 hidang.
3. Sambal ikan bilis tempe --- OF COSSSSS!!
4. Ayam bakor seekor.
5. Gado-gado as appetizer
6. Sup ekor
8. Nasi untuk 9 orang makan.
9. Ice lemon tea
10. Apple juice
11. Orange juice

Alhamdulillah, lichennnnnn.
Well, kalau aku ada kat meja tu mustahil ada leftover.
Perut aku ada 4 compartment. Sekian.



Sesekali dapat makan ramai-ramai macam ni memang best kan?
Tak selera pun boleh jadi selera.
Padahal masing-masing dah makan nasik dagang pagi tu, tapi lunch tadi beria-ia membelasah lagi nasik. Aku la tu.



Suwit tak?
I mean budak tepi aku ni la.
Aku ni toksah lah dipertikaikan lagi kesuwitannya *flip shawl*

Budak ni nama dia Alia.
Ni la assistant Mak Aji's Oven. Ore Kelate.
Kalau sesape berkenan boleh la buat baik ngan Mak Aji.
Mak Aji kata budak ni pandai betul buat keje-keje dapur. Rajin.
Kemain lagik Mak Aji puji. Tak pasal je terus jadik adik ipor aku ni kang.

Kenapa aku rasa muka aku cam timun sikit dalam gamba ni?

 


Kan aku dah kata.
Lichennnnnn.

 


Mak Aji dan Mok Embok.
 
 
Masa kitorang tengah half way makan, Ibal bawak Redza and Rayyan keluar pi arcade.
Ibal tu memang suka melayan budak-budak.
Dan aku sangatttttttttttttt la menghargai khidmat dia.
Tenang sikit aku nak makan.
 
Time makan ni jugak En Wan keluar kejap.
Tidak lah aku bertanya dia nak buat apa.
Bila kitorang dah habis makan, lepak jap kat Level 3 sebab tunggu Ibal and the geng tak abis lagi mai kat arcade. Pastu lagi sekali En Wan menghilangkan diri.
So kitorang lepak la kat kerusi sembang-sembang. Aku pulak meriba Rayyan nak menyusu (susu botol, bukan susu badan. Tetek aku dah kering).
 
Pastu elok je dia datang dengan tolak troli.
Rupanya dalam troli tu ada 4 bouquet flower.




Satu untuk ibu terchenta
 


Satu untuk ibu mertuaku.
 


Satu untuk isteri yang gebu.
Bunga harus letak depan.
Nak cover perut.
 
Yang lain dapat rose.
Aku dapat bunga feveret - Lily.
Ada pilih kasih di situ. Hahaha.
 
Satu lagi untuk bibik Lenny.
Tapi bibik Lenny 2 kuntum je.
....dan bunganya dibawa lari oleh Rayyan sebab Rayyan ingat bouquet kecik tu untuk dia.
Maka kelihatanlah seorang budak laki main game dalam arcade sambil pegang bunga.
 
 


Macam warga emas baru lepas konvo kan?
 


Bunga bibik (left)



 
Aku lom bagitau kan?
Aku ada kasut pengawas baruuuuuuuuuuuuu.
 
Ok lah, aku nak makan roti tulur sat.
Pastu aku nak tido.
Sebab aku dah demam balik.
Aku rasa esok aku kena betul-betul off satu hari untuk benar-benar REST dan TIDO.
Someone perlu sorokkan tab and laptop aku sehari suntuk esok.
Otherwise, memang aku akan terus buat keje walaupun sambil baring.
Bak kata En Wan "Awak ni eloknya ditahan kat wad baru tau rest"






Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here

2013-05-11

Invitation


Today is a makan day.
Kalau takde jemputan tu memang takde jemputan lansung.
Sekali dapat jemputan ha kauuu, ompek terus.
Kalau dah nama pi jemputan ni memang takde la aku nak angkut Laksamana aku tu kan. Samada kawah nasik terbalik dia kejekan atau tiba-tiba dia ada dalam kawah nasik.

Mula-mula En Wan taknak gi mana-mana sebab next week Redza exam week.
En Wan ni ngalahkan anak yang exam. Dia mesti akan jadi over.
Anak dia yang exam, dengan aku-aku sekali tak dibenarkan keluar rumah. Tak pasal je aku sekali kena grounded. Kalau tak tadi memang aku tak dapat nak attend satu tempat pun. Lepas aku bagi ugutan demi ugutan yang bakal mengundang malapetaka, last-last dia ok.



Keluar awal singgah IOI Mall dulu beli hadiah.
Takkan nak melenggang je pi jemputan orang kan. Dah la nanti kau yang paling kuat mentekedarah dari orang lain, so marilah kita beli hadiah.




Ni rumah pertama.
Rumah Suraya Sulatin (Chooyaya), akikah anak bujang dia.
Masa ni aku dah selamat sepinggan nasi ngan lauk daging. Choyaya ada bawak ABC stall la pulak. Terpaksaaaaaaaaaaaaaaa aku makan ABC pulak pastu. Seb baik baju longgar.
Si Chooyaya ni aku sampai-sampai je 'Meh..meh..ramai reader kau kat sini'. Menggelabah la kejap aku kan. Kau kalau jenis kenal orang takpela jugak. Ni kang orang tegur kau, kau cagak-bangak. Tapi berbekalkan muka konfiden, dapatlah jugak aku meng-cover kegabraan tersebut.
Dapat la aku jumpa ngan silent-silent reader. Tapi tak dapat sembang lama-lama.
Aku terpaksa datang awal sebab aku nak pi serang rumah lain pulak pastu.



Masa ni la aku nak jumpa dengan blogger and reader.
Kalau takde majlis-majlis macam ni memang tak jumpa punya.
Putih melepak si Chooyaya. Seb baik aku makan kat meja luar. Dapatlah pencahayaan yang sempuran sikit. Kalau makan dalam rumah mesti semua tak nampak aku. Wakakakakakka *gelakkan diri sendiri*

Ni first time jumpa Chooyaya.
Ayat dia yang paling best kat aku "Blog kau bongok kan?"

Hahah.
Ye, blog saya memang bongok.
Saya adelah tidak suka bercerita benda-benda ilmiah.



Comel kan pompuan ni?
 
Sampai beralih tempat sebab orang nak duduk, aku ngan Chooyaya masih tak habis bersembang.
Seb baik dia tuan rumah kena layan tetamu lain.
Kalau tak, mau aku ajak dia sambung kat mana-mana mamak pulak.



Sebelum aku kena sergah ngan tetamu lain sebab tak reti-reti nak blah, baik aku balik.
Sebelum balik, haruslah bergamba kenangan. Tak tau la bila jumpa lagi.



Pelamin anak dia.
Blue + pink
Khemah pun kaler pink and blue.



Kenduri tempat lain pulak.
Wanie and husband.
Dia ni salah sorang reader aku yang rajin bagi aku link-link movie.
Rasa dah lama aku 'kenal' dia dalam alam cyber tapi tak pernah jumpa sampai lah siang tadi.
Elok je aku sampai, dia tengah nak potong kek.
 

 
Peluh bukan sebab makan bawah pokok.
Tapi peluh sebab makan sambal belacan.
Gila best wehhhh.
Kenduri lauk kampung.
Sambal ikan bilik tempe, pajeri nenas, lemak rebung, ayam rempah pastu ada a few lagi makanan yang aku tak ambik sebab ketatttttt. Sendat dah perut aku.



Kalau En Wan yang ambik, memang cenggini la hasilnya.
Dia takde la reti nak adjust flash ke, apa ke. Dia main petik je. Janji ada gamba.
Aku memang tawakal je la kalau nama dia yang ambik gamba.
Kadang-kadang ye ye je one two threeeeeee....readyyyyyyyy. Tapi aku dah sengih 15 saat dia tak ambik-ambik lagi. Dok readyyyyy readyyyyyy readyyyyy tak sudah-sudah.
Ujung-ujung camni la jadi gambanya.



Boleh la pulak dalam majlis kawen orang ada reader tegur.
Dah macam aku pulak mak pengantin menyambut tetamu.



Ni pun satu hal lagi.
Ntah punat mana dia picit tau-tau jadi gamba black and white.



Kau mampu suruh pengantin lelaki turun sebab kau nak duduk kat pelamin???
Tu la kan. Jemput aku lagi. Sape suruh.
Seb baik ada tempat lain lagi nak pegi pasni.
Kalau tak, mau 13 snap gamba aku atas pelamin ni.



Dah balik, baru treingat nak ambik gamba depan pintu gerbang.
Tapi takde la aku nak duduk betul-betul bawah tu kan.
Panas tuuuu.
I ni dah la brown.
 
Gamba invitation lain dah tak sempat nak snap.
Letih dah.
Muka pun berlengas.
Ada hati pulak En Wan ajak aku masuk KLCC nak pi cari buku Jepun kat Kinokuniya.
Dia kena bagi talk pasal Kanji ke apa ntah, tu yang busy keluar masuk bookstore.
Aku risau je orang yang dengar talk dia ni paham ke tak esok.
Bukan masalah paham ke tak pasal tajuk Kanji tu tapi paham ke tak apa dia cakap. Hahahha.
Aku dah 12 tahun kawen ni pun kadang-kadang berpinar nak memahamkan sleng dia.
 



On the way balik tu aku belek-belek apps kat Samsung tab.
En Wan suggest "Jom, ambik gamba"

Oh, aku kalau bab bergamba tak penah gagal untuk bekerjasama.

En Wan "Ambik gamba muka sape paling buruk"

Haish orang tua ni.
Aku bukan taknak sahut cabaran ko bang.
Tapi aku memikirkan masa depan kita.
Kang kau dah tengok aku buat muka buruk tak pasal je aku jadi janda pastu.

Kau je la buat muka buruk bang.
Aku tak nak menggadaikan ikatan perkahwinan kita. Wahhh gitu.





Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here

2013-05-09

Mak Aji's Oven



So ni adelah official entry untuk kukis Mak Aji.
Actually production dah start tapi tak sempat-sempat nak simpan stok sebab sejak aku announce sape nak kukis boleh direct ambik kat Bangi, production hari tu, hari tu jugak selesai. Tak sempat nak simpan stok. Ingatkan nak simpan stok siap-siap untuk agen ambik. Nan ado.
So now, aku naikkan entry ni untuk sesiapa yang berminat nak jadi agen. Agen kena confirmkan pada aku nak berapa balang and ambik bila so that kita boleh asingkan siap-siap.
Email aku kat aveo757@yahoo.com, then aku akan bagitau syarat-syaratnya.









Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here

Kasut


Anak korang setahun kasut sekolah berapa pasang?
Aku pelik tengok kasut si Redza ni.
Beli 2, 2 jahanam.
Beli 3, 3 jahanam.
Beli 4 pun, 4 jahanam.

Aku dulu time skolah 2 pasang je kasut.
Tu pun kalau tahun depan boleh pakai lagi, memang hadap je la kasut lama.
Dulu aku cam bengang je bila kasut aku tak jahanam sebab takde alasan untuk aku mintak beli baru.
Now kasut si Redza ni kejap-kejap rabak.
Rasanya aku dulu pun pakai Bata gak tapi takdelah kasut aku jadi macam roti kirai.




Tahun ni beli 4 pasang.
Belum cecah bulan 6, dah koyak sana sini kasut si Redza ni.
Budak ni berjalan sambil menyepak ke hape.
Pastu kasut punya lah kotor semacam!
Dulu kasut aku kadang-kadang je aku basuh seminggu sekali. Selalunya 2 minggu sekali sebab payah nak kotor.
Ni tak.
Belum jejak Rabu dah kelabu.
Bila aku tanya "Apesal kasut Redza kotor sangat ni?"

"Kasut Ibrahim lagi kotor"

Pandai spin kan budak-budak skarang?
Aku boleh imagine betapa stressnya cikgu yang handle exam lisan kalau dapat student cam anak aku ni. Seb baik baju tak jadi macam ni.
Dulu masa Darjah 1, dia balik skolah aku tengok ada kesan tapak kasut kat poket baju dia.
Tapak kasut kat poket baju okeh!!!
Kau mampu?
Aku cam pelik amacam tapak kasut boleh ada kat poket baju? Kau blaja sambil telentang ke apa?
Pastu baju dia kelabu semacam je aku tengok.
Aku rasa aku dulu time skolah baju aku 3 pasang je. 2 pasang pinafore, sepasang baju kurung.
Style aku dulu Hari Isnin pakai baju 1, balik skolah gantung.
Esok pakai baju 2, balik skolah gantung.
Hari Rabu pakai balik baju 1. Balik skolah basuh.
Hari Khamis pakai baju 2. Balik skolah basuh.
Jumaat pakai baju kurung.

Elok je baju aku.
Toksah kata nak buruk or kelabu.
Tahun depan siap boleh turunkan kat Ima lagi.
Jadi Ima memang dapat semua baju aku.
Aku dapat baju baru. Hahahahha.

Yang si Redza ni baru sebulan beli, bulan depan aku tengok baju dia kusam semacam je.
Ke anak laki semorang pun macam ni?
Or anak aku ni special case?

Pastu aku rasa dari dia Darjah 1, sampai ke Darjah 3 balik-balik aku kena ulang benda yang sama.
'Redza, balik skolah baju letak terus dalam bakul baju kotor'

Tak paham -paham jugakkkk.
Hari ni ngan besok dia buat la.
Lusa aku tengok bergelimpangan balik baju-baju dia kat lantai.
Betul la kata Dr Fadzilah Kamsah.
Anak lelaki ni pesan 200 kali baru dia akan ingat, beza dengan anak perempuan.
Ok now aku ada 2 anak lelaki dan sorang lelaki tua yang lebih kurang je perangainya.
Semoga Tuhan mengurniakan aku kesabaran yang tinggi.

Isnin, baru dapat celebrate 12th anniversary.
Tu pun terpaksa curik-curik keluar supaya Rayyan tak nampak.
Dah la hujan petir semua cukup.
Tapi aku tak kira, tetap kena celebrate!

En Wan bawak gi Victoria Station.
Masing-masing tak pernah masuk pun.
Ternyata tak sedap.
Seriously tekak aku ngan En Wan kata tak sedap.
Aku rasa steak kat Mr Food Putra Heights ni lagi sedap.


 
Schwann Soup ni boleh tahan la



Nachos dia out.
Lagi sedap Nachos Chilis.



Lime dia pun tak sedap.
Too sour.



Aku punya rack of lamb.
Pun tak sedap.
Gravy dia kureng sikit.
Aku lagi suka lamb kat Mr Food.


En Wan punya lupa nak snap.
Dia mintak Victoria's Steak.
Pun dia kata out.
Maybe kitorang salah pilih menu kot.
Yang pastinya tak masuk dah kot Victoria.
Terasa nak pi TGI je, nak ganti balik makan lamb yang tak sedap ni.
Tapi apekan daya gwe masih tak sihat.

Oh yes, sorry la pada yang email aku berkali-kali semalam yang bertanyakan pasal agen kukis and Ephyra especially.
Aku sebenarnya demam semalam.
Yang follow FB aku maybe tau kot aku demam.
Series melepek setengah hari.
Tido pun before 9pm.
Terjaga kul 3 and 5 pagi sebab badan sakit-sakit. Maybe demam urat kot.
Ni pun sakit lagi, kenselkan semua appointment. So today cuma duduk depan laptop je.
So insyallah yang send email today dapatlah aku reply cepat.

Pasal Ephyra ada yang tanya if beli Best Buy Deal boleh masuk jugak ke contest tu.
Ye, boleh.
Sebab Best Buy Deal RM390 + Free Gift tu hanya di blog ni je.
Aku yang create the offer.
So kalau ko beli sekotak or 2 kotak, still boleh join the contest as long as dapatkan resit bukti pembelian dari aku.
Yang additional RM100 tu pun aku yang offer.
Jangan pulak esok dah menang tanya Ephyra HQ apesal dapat RM500 aje bukan RM600.
Kalau yang menang tu dikalangan yang beli dari aku, additional RM100 tu aku akan masukkan ke akaun korang.



Ni gift untuk new batch.
Hanya yang beli Best Buy Deal RM390 je dapat ni :)






Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here

2013-05-08

3rd batch


PM dah start keje pun hari ni, aku baru nak update pasal PRU.
Seperti biasa (padahal baru 2 kali), aku mengundi kat Bandar Baru Bangi. Apa ko ingat aku takde kampung? Orang lain balik kampung mengundi, aku pun balik laaaaaa. Tapi orang lain bersesak jem gila babas, aku takkkkkk. Ada orang tua tu tersangkut sejam setengah kat Gombak, nak balik mengundi punya pasal. Aku rilekkk je baru nak gerak ke 'kampung' pagi Ahad pukul 9am.
Pehh, gila eksyen entri ni.

En Wan balik Terengganu la kan, of crosss.
Aku takyah la menyemakkan diri kat Tganu tu. Bior le orang Tganu je kat sana.
Aku balik le ke desa terchenta.


 
Reader ni ingat rupanya wed ann aku :)


Yang "bestnya" PRU kali ni jatuh pada wedding anniversary aku.
Actually wedding ann tu 4 May, tapi sebab 4 May tu En Wan memang dah ada kat Tganu so kiranya masing-masing buat tak reti je la nak celebrate. Aku dah cakap siang-siang kat Mak Aji yang aku taknak memenuhkan rumah dia so aku takkan balik tido sana. Ahad baru aku gerak. Sebab Ima anak beranak pun balik, Ibal dah tentu duduk sana, pastu now Mak Aji ada 2 pekerja perempuan tolong gentel kukis so bilik aku dah occupied. Malas la aku nak memenuhkan rumah. Aku dengan bibik, Redza, pastu yang aku tak tahan Laksamana aku tu la. Mana reti duduk diam. Bersilat je keje dia. Mau berkecai kukis Mak Aji dia kejekan kang. So aku cakap Ahad pukul 6.30am aku gerak. Wah, gila semangat ni nak mengundi.

Sekaliiiiiiiiiiiiii elok je nak start enjin pagi tu, enjin tak jalan. Bateri kong pulakkk. masa ni lah kau nak kong bagai.
DEMMMMMM!!!
Berasap la aku kan.
Gwa dah la semangat ni. Tangan dah gatal nak memangkah, dia boleh buat hal pulak taknak start.
Nak nangis aku memikirkan aku takleh mengundi.
Call En Wan, amukan dalam 15 minit. Pastu call Mak Aji mintak Ibal ambik aku kat rumah.
Apesal aku nak amukan ngan En Wan pun aku tak tau. Ah lantak lah. Janji aku dapat mengamuk.

Ibal sampai dalam kul 9am macam tu, zasssss.
Sampai rumah Mak Aji, collect Ima dan marilah kita ke Sekolah Jalan 3.
Time ni barisan nak panjang gila bahabi.



Mak Aji ngan Pak Aji mengundi kau sekolah lain, so kitorang adik-beradik berbondong-bondong la tercangak-bangak carik tempat check nama, barisan segala. Aku ngan Ima saluran 3, Ibal 4.

Seb baik sekolah tu banyak laluan teduh, so kuranglah sikit berbirat muka aku. Tapi bahang dia mak aiiiii. Aku ngan Ima masing-masing pakai cardigan. Lecak ketiak aku. Kalau muka ni toksah cakap la dia punya berlendir. Rasa nak pakai topeng Batman.

Ima yang sekolah kat Bangi sampai Darjah 6 je pun boleh terserempak dengan kawan-kawan dia. Aku tak jumpa sorang pun kawan-kawan aku.
Maybe dorang mengundi kat kawasan tempat tinggal dorang now kot.
Jadinya, aku bersembang je la dengan Ima.


 
Air kotak bawak dari rumah.
Belum gerak 10 langkah lagi air kotak dah selesai.
Polis kat depan pintu bilik mengundi cakap sejam boleh settle 60 orang je.
So dalam 2 jam gak la aku beratur.
Gila penat, padahal berdiri je, bukan buat apa pun. Tapi penatnya macam baru lepas balik menoreh.



Ibal mangkuk. Punyala nak snap gamba kitorang ni sampai 20 saat aku sengih. Last-last Ima dah terpejam mata sebab tak tahan silau.
Aku suka begamba sebelah Ima.
Aku nampak kurus
Wakakaka.



Ibal yang beratur dekat dengan budak pakai skirt labuh tu. Tu pun kawan-kawan dia gak.
Barisan Ibal cepat sikit bergerak.
Saluran 3 ni ntah apehal lembab sangat.
Takkan dah sampai kotak mengundi baru nak memikir sape yang nak dipangkah kot. Aiseymann.

Suasana kat Jalan 3 ok je. Cuma ada la 1-2 orang yang gila annoying perangai. Biasa la kan, nama pun manusia. Cuma kesian jugak aku tengok sorang pakcik tu. Kat tengah-tengah orang dok beratur tu la dia nak cakap macam-macam sekuat-kuat ada. Aku yang dengar naik segan sebab orang sekeliling macam buat endah tak endah je kat dia. Ada yang toleh pastu buat muka berbulu. Member dia pun takat senyum-senyum je. Agaknya member dia pun segan. Tau la masing-masing excited and semangat nak sokong parti pilihan. Semua pun nak parti pilihan menang. Tapi tengok la kiri kanan jugak. Kita bukan berada dalam kelompok set-set kita. Kita campur dengan set-set orang lain jugak. Takyah la obvious sangat kita sokong mana sebab tak semua sokong sama macam yang kita sokong. Mana nak tau boleh jadi kebencian orang. But deep down memang aku kesian dengan pakcik tu sebab orang tepi-tepi dia macam buat macam dia takde je. Kalau aku, aku layankan je sembang dia. Aku takde hal.

Time beratur takde rasa apa. Dah nak sampai giliran baru rasa menggelabah. Macam aku pulak yang jadi calon. Dah la akak tu sebut nama and IC aku sekuat-kuat ada. Terasa macam kena panggil dengan cikgu disiplin. Gelupur ai.

Lepas mengundi aku kena paw dengan dua ekor ni kat Subway.
Pastu balik rumah Mak Aji mentekedarah macaroni bakor.
Elok lepas makn macaroni, Mak Aji selesai masak tomyam.
Balun tomyam pulak.
Pastu masing-masing terkangkang melingkar kat hall.
Sebijik macam ular.
Ular kalau tengok pun gostan.

Aku tunggu kat rumah Mak Aji sampai En Wan balik ambik aku.
En Wan habis je mengundi terus balik.
Aku call dia kul 12 dah ada kat Gambang. Gila awal.
Kul berapa la dia beratur. Agaknya dia yang tukang bukak pintu pagar sekolah.
Malam tu lepas pengumuman SPR, terus tido.
Esoknya mulakan hari baru.

Memang aku occupied pun esoknya.
Sebab Monday, aku buat shooting untuk model peplum kurung aku.
Ni dah masuk batch ketiga.
Aku tak sure if aku nak re-produce sebab now design peplum baru dah siap jahit, insyallah lagi 2 minggu aku nak shoot lagi. Tungguuuuuuuuu.

Actually peplum kurung ni aku buat 60 pasang je, tak buat banyak sebab rasa macam dah banyak kali aku release design ni. Plannya nak shoot dulu baru jual. Tapi tak sempat. Semua 60pcs dah fully booked with deposit. Agaknya orang memang tunggu design ni kot. So kiranya aku shoot ni untuk simpanan kenang-kenangan. Boleh la aku kompangkan kat cucu cicit aku esok yang neneknya adelah seorang designer tersohor. *PANGGGGGGGGGGGGGG sedas*



Model ni nama Ina, student HELP Institute.
Cantik. Macam omputih.
Time aku pakaikan baju untuk dia, terasa diri ini tak ubah seperti orang gajian. Dengan muka aku yang selenga. Memang sajak sungguh!


Sila jamu mata melihat indahnya ciptaan Tuhan...
Tapi not available la ya, taken oready.
 
 







Untung jadik orang cantik.
Geram aku tengok model ni.
Macam anak patung.
Budak ni badan dia XS sebab baju yang aku sarungkan ni saiz S and aku kena pin-kan kat belakang supaya nampak fit. Gila ahhhh badan model-model ni semua.

Eh tapi best jugak sesekali jaga wardrobe.
Gosok, gantungan baju, pakaikan baju, kutip balik baju.
Sampai Redza konfius "Mama ni sebenarnya keje apa?"

Apa-apa pun boleh lah nakkkk.
Janji kita tak kebuloq.

Peplum new design akan ready tak lama lagi.
Kalau aku nak pakai more model, aku akan announce.
Boleh start diet mulai sekarang.
 







Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form

2013-05-04

Iklan


 IKLAN 1




IKLAN 2




IKLAN 3




IKLAN 4

Wan at 019-2636271. 
Lokasi kat Bangi/Kajang
 razureza@rocketmail.com


2013-05-03

Mesej


Semalam ada reader email aku bagitau yang masih ada lagi gamba-gamba aku dulu-dulu kat gugel search.

Yes, memang betul ada.
Aku lom sempat nak mosaic semua gamba-gamba aku dalam blog ni sebab tu masih ada yang keluar kat gugel search. Thank you pada yang perihatin. Sangat appreciate your concern. Tima kasih.

Memang terkesima kejap tengok gamba sendiri. Gamba dulu-dulu la.
Dengan nighty segala. Wah wah wahhhhh kemain lagi aku dulu. Gila daring. Tersiat-siat bergamba.
Tapi sejujurnya aku tak pernah rasa itu sexy. Sebab kawan-kawan aku kat U dulu lagi ramai yang daring so aku rasa aku cam biasa-biasa je. Sebab tu bila orang sound-sound aku, bukan aku keras hari taknak berubah tapi aku macam pelik and tak paham tang mana yang seksinya? Takde yang sexy pun. Series takde!

Aku anggap sexy tu adelah bila kau pakai baju di tempat yang tak tepat.
Contohnya pergi kedai Kak Milah dengan memakai swimming suit. Sesuai?
Bila berpakaian di tempat yang tak sesuai, konfem kita nampak pelik and maybe the sexiness tu lebih ketara. Tapi kalau pakai swimming suit kat pool konfem tak nampak sexy sebab kau pakai di tempat yang betul. Orang kiri kanan pun pakai baju yang lebih kurang, so the sexiness tu tak dinoticed oleh sesape.
Lebih kurang macam tu la anggapan aku dulu.
Lojik tak agak-agak?

Sebab tu aku buat bangang je bila orang maki hamun aku pakai baju dedah-dedah sebab sebenarnya aku tak dapat nak tangkap apesal orang kata aku pakai sexy? Apesal ko sakit hati sangat aku pakai sexy? Kalau menegur cara baik tu kita paham la kan. Tapi yang ni bukan menegur but memaki. Jadi aku kurang faham di situ.
Aku tak paham apesal ko nak maki aku.
Adekah aku pakai swimming suit kau?
Atau adekah aku mandi dengan laki kau?
Atau adekah kau nak pakai macam aku tapi tak dapat?
Konfius.
Sebab sefaham aku lah, kalau teguran kita tu ada unsur nasihat, maka penyusunan bahasanya sangat indah dan halus. Tapi kalau claim diri sendiri sedang berpesan-pesan tapi masing-masing menggunakan bahasa yang "sangat luar biasa indahnya ", rasanya takde beza kot kau dengan aku. Sama je bangsatnya. Eh?

Hari tu aku tengok cerita Haliza Misbun Andartu Mencari Cinta ke hape ntah tajuk dia.
Pertama sekali aku tengok terus cakap "SEKSINYAAAAAAA!!! Tetek bergegar-gegar time berjalan!"

Pastu baru aku terperasan dress yang dia pakai tu sebijik dress aku dulu.
Aku memang penah ada dress putih tu, jenis low cut. Dah la kaler putih, low cut. Perlu apa-apa lagi tak untuk membayangkan apa ada di dalam?
Rasanya tak kot.
Macam dah nampak dengan jelas semua yang mau dilihat.

Lama aku terfikir.
Lepas tu baru aku tersedar.

Ohhh, macam ni lah aku dulu kotttt.
And now aku pulak jadik macam orang-orang yang pernah kondem aku dulu.
Aku komen Haliza "Seksinyaaaaaaaaaaaa! Tetek selambak!"
Walhal aku pun dulu macam tu.

Why aku boleh cakap macam tu?
Adekah kerana dia benar-benar sexy maka aku komen macam tu?
Or adekah kerana aku tak dapat pakai macam tu maka aku kondem dia?
Ya Allah.

Tiba-tiba aku macam boleh agak kenapa dulu aku terima maki-makian.

Kalau kita TAKNAK berpakaian sexy, kita tak akan kisah bila orang lain pakai sexy.
Bila kita BOLEH berpakaian sexy, kita takkan heran dengan orang yang berpakaian sexy sebab kita pun pakai.
Tapi bila kita TAK DAPAT berpakaian sexy, kita tend to kondem orang yang berpakaian sexy.

No, please dont tell me kau maki orang sebab kau nak dia sedar.
No.
Kalau konsep memaki ni diguna pakai oleh kaunselor, oleh psychiatrist, nescaya orang yang sakit bertambah sakit, orang yang ada masalah takkan selesai masalah.
Dan aku tak percaya dengan konsep memaki orang menggunapakai fatwa dan hukum agama.
Sebab mesejnya takkan sampai!
How can you relate berpesan-pesanan dengan cara yang kasar? 
"Berkatalah benar walaupun pahit" itu bukan bermaksud menyampaikan kebenaran dengan cara yang kasar ya. Tapi menyampaikan fakta yang pahit dengan cara yang baik.

4 tahun lepas, aku berjumpa dengan salah seorang reader blog ni.
Walaupun aku serba "kekurangan" (kurang kain) tapi dia tak pernah tegur cara pemakaian aku. First time aku jumpa dia, aku pakai skirt atas dari paras lutut, baju sleeveless. Actually aku bawak blazer, tapi sebab aku rasa aku jumpa nak bersantai-santai je, bukan perjumpaan formal, so aku malas sarung blazer. Borak pun santai-santai je. Lepak minum teh tarik je pun. Sikit dia tak tegur penampilan aku.

Bak kata Prof Muhaya "Kita tak boleh ubah orang. Kita boleh ubah diri kita je"

Well, TRUE!

This reader tak pernah tegur pakaian aku walaupun penampilan dia memang jelas "sangat berbeza" kalau nak dibandingkan dengan aku. Memang awalnya aku segan sebab kalau aku duduk semeja dengan dia alahaiiii..malas cakap la.
Tapi dia sembang ngan aku macam biasa.
Hu ha hu ha jugak.
Tanpa prejudis.
Sampai aku pulak lama-lama naik segan nak jumpa dia.

Nilai-nilai positif yang ada pada diri dia berjaya mendorong aku untuk slowly berubah.
Sebab tu aku percaya pada quote Prof Muhaya, kalau kita nak orang berubah, kita terlebih dulu kena berubah.

Nak ubah orang ni bukan setakat boleh disuruh-suruh. Kena ada teladan.
Kita suruh anak rajin membaca tapi kita sendiri jarang membaca.
Kita suruh anak salam kita before pergi skolah tapi kita sendiri tak pernah salam suami time dia nak pegi keje.
Kita suruh anak solat bila sampai waktu tapi kita sendiri melanguk tengok Sedetik Cinta time azan Maghrib.
Eh, terkena batang hidung sendiri pulak.

Aku percaya kalau kita nak orang berubah, kita kena ubah diri kita.
Tak payah beria suruh orang berubah.
Sebab bila orang nampak teladan yang kita tunjukkan, lama-kelamaan mesej tu akan sampai dengan sendirinya.

Wallahualam.







Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form

2013-05-02

Si tua kembali lagi...


Yesserrrr...si tua kembali lagi.
Kali ni dengan new design.
Kali ni dengan VELVET PRINTING.
Nak kalu, sila isi form di bawah. 

Price : RM60, free postage.


R9



R10
(ada line kat bahu)


R11
(ada line kat bahu)


R12


R13


R14


R15




Name:
Email Address:
Selection of designs SDS-R9
SDS-R10
SDS-R11
SDS-R12
SDS-R13
SDS-R14
SDS-R15
Size M : chest 19inch, length 28inch
L : chest 20inch, length 28inch
XL : chest 21inch, length 29inch
Quantity
Postage address
Contact number
Special request (if any)

2013-05-01

Jangan eksen


Aku lupa ada satu lagi cerita aku tak bagitau lagi dari entry yang lepas-lepas.

Hari tu aku melayan karenah lecturer USM yang melarikan diri dari bayar invoice aku.
Dua hari dia call aku bertubi-tubi, aku wat dekkkkk je. Saje nak pekena dia balik. Biar dia rasa apekah bentuk feeling-nya bila dibuat dek.
Bukan aku tak tau dia baru lepas kena sound ngan Dekan. Tu yang kemain rajin call aku. Nak tembak aku la tu sebab pekena-kan dia. Keh keh.

Time aku call, aku sms, aku email, kemain eksen taknak balas. Mentang-mentang lah kau ada tittle DOKTER. Kemain kerek lagi dengan aku. Ingat aku pencacai agaknya. Plannya nak naik USM tapi kang dibuatnya dia takde or melarikan diri lagi aku tensi. So, aku tulis email forward pada Bendahari, pada Fakulti, pada bahagian akademik, pejabat pendaftar, semua aku belasah cc. Related tak related blakang cerita.

Sepantas kilat Bahagian Bendahari call aku. Dorang kata dorang pun heran apesal PO yang satu ni punya berzaman tak berbayar-bayar. Dorang ingat supplier (aku) yang tak hantar barang. Lepas tu orang dari fakulti pulak call aku bagitau sampai dorang dah naik hafal nama company aku (which is good) dek sebab asal meeting je, balik-balik nama company aku naik sebab "tak hantar barang" gitu.

Aku tak paham apesal yang dia nak larikan diri dari aku.
Masalahnya kau bukan bayar pakai duit poket kau, kau bayar pakai duit grant. Yang kau nak kemut-kemut taknak bayar tu kenapa.
Aim aku cuma nak dapatkan duit company aku balik. Tu je.
Kau bayar, aku blah la.
Simple.

Rupanya hari yang dia bertubi-tubi call aku tu, dia baru lepas kena sound ngan Dekan.
Ni pun pegawai sains yang bagitau.
Pegawai tu cakap, dorang fowardkan email aku pada Dekan.
Dalam email aku tu aku memang cakap company akan lodge police report sebab tak bayar invoice.
Pegawai tu bagitau yang dia, (pegawai sains), the lecturer and sorang lagi student pHD yang bersekongkol dengan lecturer tu kena panggil masuk bilik Dekan.
Aku tak tau apa yang terjadik kat dalam bilik tu tapi dah kalau right after keluar bilik Dekan bertalu-talu masuk sms and call kat phone aku, tu maknanya baru lepas kena bambu la kot.

Pegawai tu kata Dekan sound baikkkkk punya. Tak pasal dengan dia dia sekali kena berdas-das.
Rupanya lecturer tu tak submit-submit invoice ke pegawai sains. Yang pegawai sains pulak takde buat follow up dengan user mahupun dengan supplier. Yang si student pHD tu, padahal masa nak mintak aku tunjuk macamana nak guna barang, nak mintak aku tolong tengokkan report analysis dia tak clear, kemain lagi. Kejap-kejap masuk sms. Kejap-kejap masuk email. Tiba time bayar, semua meruyup hilang.

Pastu bila aku jawab call marah-marah aku lak apesal aku memperbesarkan benda yang kecik.
Aku tak tau la nak gelak ke nak terajang.
Yang kau nak emo sangat dah kenapa?
Dah cukup bagus aku guna saluran yang betul.
Kalau aku serang lab kau bawak parang hari tu?

Tapi aku biarkan je dia membebel. Kasik chan la dia nak lecture aku pulak.
Janji payment aku dah settle.
Elok pun, Ahad lepas dah dapat email notification payment dah dibuat.
Ntah apa yang payah sangat ntah nak submit invoice.
Pastu yang klaka, semalam sorang lecturer kat IPPT sms aku mintak quotation. Setahu aku customer ni tak guna pun kit tu, setakat ni yang guna that kit cuma dokter yang hazab tu. Bila aku tanya "Dr penah guna ke this kit? This kit memang company saya sole distributor"

"Eh tak, ni colleague saya suruh tanyakan quotation"

"Boleh saya tau siapa dia, so that saya boleh simpan rekod and bawakan sample bila saya naik USM nanti"

"Diana kenal kot dia ni. Dr TUTTTTTTTTTT"

Senyum tak perlu kata apa-apa je la.

Tak ke dah menyusahkan hidup kau nak kena pass-pass kat orang lain pulak.
Aku memang dah bajet dia akan menyusahkan diri dia sendiri bila dia carik masalah dengan aku that day. Bukan masalah apa pun, cuma dia akan jadi malu sendiri. Dia terlupa kot student-student dia guna kit aku. Once student dia dah guna, and projek belum habis lagi, dorang akan sentiasa nak kena guna lagi. Aku bajet kurang-kurang ada setahun lagi dia kena continue beli kit tu dengan aku. Kecualiiiii ko nak tukar protokol dengan membeli kit orang lain atau kau nak beli kit aku melalui orang lain tapi siapla kau kena sembelih at least 40% higher. Aku no hal, kau beli dari aku, aku dapat duit. Kau beli melalui orang lain pun, aku tetap dapat duit. Yang pelik tu kau nak kerek sangat ni kenapa la. Padahal masalahnya simple je. Kau submit invoice, aku dapat payment. Tapi maybe kerana email aku tu sampai ke merata-rata, ada orang atas highlite pada Dekan agaknya, so Dekan malu and amukan kat dia. Mungkin kot.

Sorry la kalau cara aku salah.
Tapi aku rasa aku dah lama sabar kot dari Disember tahun lepas lagi.
Cakap baik-baik tak layan.
Kita guna je la cara ni.
Tu pun email aku sikit punya halus lagi bahasa.
Kalau dia tau bahasa aku kat blog terus mati.

Pastu now kejap-kejap masuk email student dia kat info@$%$%$.com. Taknak tanya direct ke email aku dah. Nak tanya kat Info jugak. Dia tak tau semua folder email baik Info, Help, Lab, Halal, semua ada dalam outlook aku. Semua aku boleh baca. Ya ampunnnnnnnnnnnnnnnn kenapa la ada jugak manusia jenis gini?? *tarik rambut sendiri*
Eh, sukati kau lah.
Baik aku layan lagu lagi best.




Siapa terer cuba teka sape nyanyi ni?

Abaikan suara aku yang tetiba terkeluar ditengah-tengah lagu.
Syok sangat melayan sampai terlepas suara. 








Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form