Mee goreng paling ringkas di dunia..hehehehe betul tak? Sesiapa yang pernah ke pasar2 di Kelantan atau di pasar2 malam akan jumpa mee ini yang diletakkan di dalam talam atau dulang besar. Mee ini biasa sahaja nampaknya tanpa ada lauk2 mewah atau sayur berwarna warni, tapi sekali makan memang nak lagi hahah..
Saya selalu masak mee ni kerana suami dan anak2 sangat sukakannya. tetapi sekali sekala anak2 akan request mee goreng basah dan abahnya terpaksa mengikut juga...
Zaman dulu, mee kuning dibuat segar tanpa asid borik atau apa2 bahan pengawet. Kalau ke Pasar Pasir Putih, kakak2 yang jual mee talam hanya gaulkan mee kuning mentah dengan sayur kangkung goreng kicap di dalam talam dan ..wallaaaa, siap untuk dijual. Sedap sungguh!!!
Namun begitu, mee talam ini tidak lengkap tanpa air ladanya atau sambal ciliapi jeruk yang masam, masin dan manis. Jom kita tengok apa yang ringkasnya dengan resepi ini.
Bahan-bahannya;
3 peket mee kuning (Saya buat banyak untuk 2 kali makan sebab suami saya akan mengulang2 makan hehe)
1 mangkuk kecil udang kertas
2 keping fishcake- resepi asal tidak dimasukkan.- saya masukkan untuk anak2.
1 ikat kangkung disiang
7-8 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah.
1/2 sudu serbuk cili
Sedikit sos cili
Kicap manis
Garam
Cara-caranya;
- Tumbuk bawang putih dan bawang merah hingga lumat.(kalau blend, pastikan tumis hingga airnya kering)
- Tumis bawang hingga wangi dan masukkan serbuk cili. Kacau sebentar.
- Sambil tu, basuh bersih-bersih mee dan toskan kering.
- Masukkan udang dan fishcake ke dalam tumisan. Kacau hingga udang masak.
- Masukkan sos cili.
- Masukkan kangkung, sedikit garam dan kicap. Kacau hingga kangkungnya layu.
- Masukkan terus mee dan kacau rata. Rasakan meenya. Jika kurang masin boleh tambah garam dan jika kurang manis tambahkan kicap.
- Kacau sebentar sahaja iaitu sehingga bahan bergaul rata. Siap.
- Hidangkan mee dengan air lada..perghhh mengancam!!
Nak lagiii... |