Cara renew kad debit/ATM maybank yang dah expired secara online

September 29, 2023

Cara renew kad debit/ATM maybank yang dah expired secara online

Cara renew kad debit/ATM maybank yang dah expired secara online ︱ Assalamualaikum dan Hai. Tadi tengah belek-belek (usik-usik) purse sambil susun kad yang ada dalam purse tu. Banyak sangat kad tapi yang ada duitnya satu dua kad je. Itu biasaaa kan.:) Tengah ralit tu baru perasan yang kad maybank aku dah nak dekat expired weh. Jadi kena la renew sebelum kau menangis tak berlagu bila time beli barang nak guna kad tak lepas. Barang tak dapat, malu yang dapat huhu. 

Tapi bila memikirkan nak renew kad tu kena pergi bank alahai malasnya. Maybank tempat sis dah la parking masalah ,penuh memanjang. Masa bila tak penuh pun tak tahu. Hari tu rasa macam pernah nampak ada orang share boleh renew kad atm secara online je tak perlu beratur panjang dan tunggu masa yang lama.



Mudah sangat rupanya nak renew kad atm Maybank ni. Tak perlu nak melangkah kaki ke bank yang terdekat hanya klik klik je di hp atau laptop anda. Jom tengok caranya step by step.


1. Buka website rasmi Maybank.

https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do

Cara renew kad debit/ATM maybank yang dah expired


2. Pilih Setting

Cara renew kad debit/ATM maybank yang dah expired

3. Klik Card

Cara renew kad debit/ATM maybank yang dah expired


4. Klik Debit Card - Replace,Activate & Block

Cara renew kad debit/ATM maybank yang dah expired

5. Klik titik bertiga tu. 

Cara renew kad debit/ATM maybank yang dah expired

6.  Kemudian Klik Replace Card

Cara renew kad debit/ATM maybank yang dah expired

7. Isi maklumat yang diperlukan iaitu alamat kita untuk proses pengeposan dari pihak bank. Da siap isi maklumat klik Replace Card dan akan ada proses secure dari apps maybank- approve dan dah siappp.

Cara renew kad debit/ATM maybank yang dah expired secara online


Cara aktifkan kad debit/atm yang baru

Nanti bila dah dapat kad yang baru,anda perlu aktifkan kad tu. Ulang semula step 1-5 dan sebelum ni tulis Active kan tapi akan bertukar jadi Pending. Jangan risau, Klik di titik bertiga tu dan pilih Activate dan anda perlu masukkan no kad debit terbaru yang anda dah renew . Kemudian klik Activate dan akan ada secure verification dari apps Maybank untuk kita approve proses ni. 

Online memang menjimatkan masa kita tetapi pastikan kad anda tu lambat lagi expired jangan expired dah tinggal sehari baru anda nak renew online sebab proses pengeposan pun mengambil masa juga. Akak CR dapat kad baru tu dalam masa seminggu juga. Oh ye tiada caj yang dikenakan untuk renew kad secara online ye. 

Selamat mencuba!!
© Blog Cik Renex