Pengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malam
April 17, 2022
Pengalaman menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang selama 3 hari 2 malam ︱ Assalamualaikum dan hai. Selamat menikmati hujung minggu yang dah hampir ke penghujung. Ke ada yang sambung cuti Isnin sebab Selasa kita kan cuti Hari Nuzul Al-quran. Mungkin ada yang ambil kesempatan untuk berbuka bersama yang tersayang kan? Weekend ni CR tak kemana-mana jadi ada masa free sikit ni cerita tentang pengalaman CR menginap di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang pada minggu lepas. Sebelum ni CR pernah stay selama satu malam di sini pada tahun 2018 tapi kali ni berbeza sedikit sebab CR pergi bersama En. Suami pulak. :)
Ancasa Royale Pekan Pahang merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang telah dibuka sejak Mei 2014. AnCasa Royale Pekan ini adalah salah satu dari Ancasa Hotels & Resort yang merupakan rangkaian hotel milik UDA Holdings Berhad (UDA). Di antara hotel-hotel tersebut adalah Ancasa Hotel & Spa dan Ancasa Express @Pudu di Kuala Lumpur , Ancasa Residences Port Dickson,Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) dan Ancasa Royale Pekan, Pahang.
Lobby |
Ancasa Royale Pekan ni mempunyai 133 bilik semuanya yang terdiri daripada 22 unit Deluxe Premier Single, 103 unit Deluxe Premier Twin, 2 unit Family Suite, 4 unit Junior Suite, 1 unit Executive Suite and 1 unit Premier Suite.
Urusan untuk check-in sangat mudah dan pantas dan staf yang berada disitu juga tidak lokek dengan senyuman. CR tinggal di Deluxe Premier Twin dan biliknya sangat luas dan selesa. Setiap bilik disertakan dengan bathtub dan bilik mandi yang berasingan. Yang paling menarik adalah almari yang berhubung dengan bilik air. Jadi jika anda ada bawa anak kecil dan mereka ingin berendam lama-lama dalam bathtub kita boleh je tengok dr katil luar. :) Bilik ini juga disediakan meja dan kerusi yang empuk dan selesa untuk bersantai-santai tengok tv sambil menikmati pemandangan sungai di luar hotel.
Antara yang kemudahan lain yang diberikan adalah :1. Bathrobe/tuala
2. Hair Dryer
3. Wifi
4. Mini Peti ais
5. Sterika
6. Surat Khabar
7. Kit menjahit
8. Pemanas Air