Tukar ke U Mobile Hero Postpaid P70
May 30, 2017
Assalamualaikum dan Hai.
Sebelum ni Cik Renex ada tulis kat entri sebelum2 ni yang CR dah tukar telco. Sebelum tukar ke umobile CR menggunakan prepaid Celcom. Beli internet 10Gb untuk sebulan. Tapi CR ni seorang blogger tak tegar sangat, jadi kena selalu blogwalking makanya banyak dah guna data. belum lagi Facebook, Twitter, Whatsapp, dan Instagram. Instagram sebenarnya yang guna banyak data weh. Kan? Sebab nak loading gambar video bagai tu. Memang tak cukup 10GB. CR pernah langgan internet maxis jugak. Semuanya cepat habis data. Tak sampai tengah bulan, dapat sms best yang kita da guna internet 80% dari kuota yang ada. Stghessss jap.
Line internet di rumah CR jugak mempengaruhi nak tukar telco jugak sebabnya line celcom di rumah CR agak kureng sikit. Al Maklumlah, kawasan kampung kan. Ada tempat2 je yg ok dalam rumah tu. Bukan celcom je,semua line kureng sebenarnya. 😰
Jadi,lepas habis survey di google dan beberapa orang makanya CR mengambil keputusan nak tukar ke Umobile. Yang silap CR tak kekalkan nombor lama, g beli nombor baru. Haha. Bila da selesai proses baru teringat nape lah tak kekalkan no lama je. Adoiii. 😅😑
- High speed internet : 15GB
- Video-onz : 7GB
- Roam-oaz : 5GB
- Music-onz : UNLIMITED
- App-onz : UNLIMITED
- Call-onz : UNLIMITED
CR pilih plan postpaid Hero P70 ni. Faktor utama beli jugak sebab call free dan unlimited. Senang nak call ma. Iols xde boipren nak gayut2. Hikhik. Lagi satu unlimited data untuk online instagram, facebook,whatsapp, wechat dan macam2 lagi lah. Layan drama Strong Woman Do Bong Soon pun tak habis2 data.
Ni balance utk data CR. So far ok lah sebab CR pakai umobile ni tak sampai sebulan lagi kan. Setakat ni memang puas hati lah. Kat rumah pun Ada tempat line G, E dan ada tempat tu H plus plus.
Jadinya, bila dah tukar pelan ni makanya aktiviti blogwalking makin bertambah senang lah. Hihi. Ada masa tu tak sempat jugak blogwalking. Mohon ampun maaf kalau lambat berkunjung ke blog awak2.