hashtag S A Y A N G

May 25, 2015


Sayang itu--
Bukan hanya omongan di mulut.

Sayang itu--
Bilamana awak dekati dia kerana Allah.

Sayang itu--
Apabila awak ambil berat tentang kondisi hati dia.
kalau dia masih sebati dengan kemungkaran,
Maka--awak pimpinlah tangan dia ke majlis-majlis ilmu untuk membangkitkan rasa cinta pada tuhan (Allah SWT)

Sayang itu--
Tak cukup dengan "relationship goals".
Tapi,
Dengan ukhwahfillah yang sebenar-benarnya kerana Allah.

Sayang itu--
Bukan dengan hanya menghadiahkan hadiah yang mahal-mahal pada hari lahirnya.
Tapi,
Dengan hadiahkan doa-doa yang manis dan cantik untuk dia dalam setiap akhir solatmu.

Terlalu banyak kita salurkan kasih sayang kita ke saluran yang salah.

Awak,
Mari kita ubah ya?

OP: @aqoimran
#pahalaproject #dakwahmudah #thedaiegraphy #Aqo_FreeForAll

Copy from IG @adshf_

Ke Kuantan lagi.

May 14, 2015

Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Selamat datang bulan Mei.

Dari tajuk pun boleh tahu nak cerita mengenai apa kan. Minggu lepas, Cik Renex ke Kuantan. Bila letak gambar kat moment mula orang cakap. Ouh.dating yer? Aah, cik renex dating. Date dengan ma tersayang dan si mulut becok Cha. :) Sebenarnya lama dah nak g Kuantan sebab rindu dengan Pantai. So, kebetulan ada hal nak jumpa mak long,memang peluang yang terbaik untuk lepak² di pantai.
So.marilah Cbx kita bergerak ke kuantan. 




Bera ke Kuantan dalam 2 jam lebih je. Sampai² ke sana g rumah mak long dulu kat Taman Kubang Buaya. #tiadabuayaharapmaklum . Lama jugak lepak sana. Pas Asar baru gerak ke Teluk Chempedak. Hmm. Sampai2 ramainyaaaaa orang. Lupa yang pergi hari Ahad,memang confirm ramai orang. :)  



Hajat di hati nak singgah ke Beach market kat Taman Gelora tapi terkilan sebab nak masuk ke Taman Gelora  tu pun puas. Jalan jem. So patah balik lepak tepi sungai pahang. ESPLANADE KUANTAN ajerr. Tapi seronok la gak ,tercapai jugak hajat Cha nak main giant ballon tu. #yekenamagiantballon . Ngan cikrenex sekali join main. Hikssss..






Lepas ni kemana pulak?

© Blog Cik Renex