Diy project #1 Instax Film

November 19, 2014

Haloha. Bersawang blog katanyaaaaa. Moh ler kita bersihkan sawang2 ni. Lama sangat tinggalkan blog kan. Hari ni aku nak cerita mini project DIY. Siapa sini suka dengan kamera Instax? Sila angkat tangan. Kite geng.

Sebelum ni aku letak filem2 instax ni dalam album. Takpun aku tampal kat almari baju bajuan aku tu. Tapi jap2 terjatuh la apa la. Rimasss aku. So,pk punya pikiaq akhirnya dapat idea.

Kita gantungkan ajer instax film tu kat dinding dalam bilik aku tu. So setiap hari boleh tengok. Dan pada masa yang sama akan mencantikkan bilik aku. HAHA.

Senang je nak watnya. Sangat mudah. kalau takde klip utk klip filem tu,apa susah. Pergi ke Mr D.I.Y yang berhampiran ,macam aku pergi DIY temerloh jer,macam2 jenis design ade jual. Dia dijual sekali ngan tali,so senang la. Harga pun murah dalam RM2.50 - RM4.00.

So.taraaa.ni hasilnyaaa...

Keychain Felt Art

November 5, 2014


Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan Salam Maal Hijrah dan Selamat datang Bulan November. hmm, tak lama dah kan nak masuk tahun dua-kosong-satu-lima. Cepatnya masa berlalu. Masa berlalu dengan cepat atau kita yang biarkan masa tu berlalu begitu sahaja?Fikirkan. 


 Ok lah,sebenarnya entri ni up satu gambar keychain Felt lagi. Untuk pengetahuan mereka yang membaca belog guwa ni, guwa ada buka bisnes jual Keychain Felt dan Bubble talk. Tapi kecil-kecilan sahaja tapi boleh la untuk sekadar suka-suka.





ni contoh keychain felt yang guwa dah buat untuk Ieya.
Couple keychain guwa bagi nama.
harganya satu RM4.50 sahaja.
Maksimum huruf 6 huruf.
boleh COD di kawasan Triang,Temerloh,Mentakab dan Bandar Bera.


Kalau nak tengok contoh lain boleh g follow instagram guwa di @bycikrenex
Nak order boleh whatsApp 0177944891 atau pm di Facebook Cik Renex



thanks. <3 font="">


Keychain Felt

September 23, 2014

Assalamualaikum Lama tak update blog oiii. Entah kenapa niat untuk menjadi blogger tegar makin lama makin teruk. Mungkin takde apa yang menarik nak diceritakan? Maybe. Ok lah.hari nak share sesuatu. Aku sekarang tengah bizi menyiapkan tempahan keychain dari kain felt. haaa,mungkin ini salah satu sebab aku jarang update blog sebab sibuk menjahit. Hehehehehe.






Ok la,kembali ke topik asal. Keychain felt. 
Pernah dengar kan? Kalau tak pernah dengar tengok je la gambar aku letak ni.


ADa sesiapa yang berminat nak order? Boleh la whatsApp /sms ke no 013-7491105. (Sebarang call tak dilayan.hahaha) 


Harga murah je. Satu hanya berharga RM4.50. Kalau nak tambah perkataan lain or corak lain,makanya harga akan di tambah sikit lah.. nak tengok contoh boleh pergi follow Instagram @4ubycikrenex

Ok?thanks.

Taman Air Temerloh weh!

August 28, 2014

Sabtu baru ni Cik Renex bawa budak kecik sorang tu merasmi tempat baru kat Temerloh. Mula2 macam tak percaya masa ade orang share gambar2 kat Fb fanpage Temerloh tu. Dalam hati terdetik 

*eh yeke Temerloh nk wat taman gini,tak percaya lah.*

Tapi bila guwa lalu lalang depan kawasan tu baru la percaya sebab nampak dah depan mata. Si farisha mula la tak sabar tunggu siap taman air tu.

So,bila dengar dah buka aku pun pergi la tempat tu.Aku tak pasti nama dia apa. Taman Air Kubang Gajah? Temerloh Waterpark? Taman Air Mini Temerloh?

Boleh la tahan seronok untuk budak2 main air sampai bibir jadi biru pucat. Untuk dewasa2 ni kalau teman adik or anak boleh la kot. Macam aku,keseganan aku tahap maksimum nak bermain2 air disitu, kang tengah shiok mandi tiba ade orang kenal tegur. Mana nak sorok muka. Tak pasal2 aku  berendam dalam air tak timbul2.

Oh yer, Masuk hanya RM8 untuk kanak2, dewasa RM10.
Kalau tak mandi  kena bayar RM1.

So ,marilah kita memeriahkan tempat tu. Bagus la siapa cadangkan wujudkan taman air ni sebab temerloh takde tempat rekreasi yang best,ade ni tahan sikit. Huhu.

Nasi Ambeng,tahukah anda?

July 14, 2014

Selamat berpuasa semua blogger. Oklah,topik utama hari ini adalah juadah berbuka puasa. Elok sangatlah kan, tengah2 hari cam gini cakap sal makanan. Makin bernyanyi riang isi perut aku. :) Apa juadah pilihan korang? Mesti tergambar ikan patin tempoyak,ikan bakar,sate,nasi ayam,murtabak,kuih akok,air macam2 perisa dan macam2 lagi. Perghhhhhh. Menyelerakan bukan?

Minggu lepas aku g Kluang,so menu utama yang aku cari adalah Nasi Ambeng. Siapa tak tahu nasi ambeng tu ghuper dia macam maner? Sila angkat jari telunjuk.. hehehe. Nasi ambeng ni makanan orang jawa. Aku kan da 4 taun duk Johor, nasi ambeng ni memang jadi pilihan utama. Nasi ambeng ni macam2 hado dalam die,ada nasi putih,ayam,meehun,sayur,tempe dan macam2 lagi.

Meh aku tunjuk gambar Nasi Ambeng. Sila jangan meleleh air liur yer. Menu ni memang superb. Hikss, gambar sumber ihsan dari google.

Selamat hari jadi Abah

May 20, 2014

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami
kamu dikembalikan.”-Al- Ankabuut, ayat 57.
Abah, selamat hari jadi.
3 tahun tanpa abah, kosong.
I miss you so much.
Kehilangan yang tak di duga.
Pemergian yang tiba2.
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa abahku, kasihani dan sejahterakanlah dia,
maafkan kesalahannya, muliakan kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan
rahmatMu yang maha Pengasih. Tempatkan lah abah di kalangan orang2 yang beriman"

Al fatihah

April 18, 2014

Tempahan bubble talk wehhh

April 3, 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Masih ada lagi ke yang baca blog aku ni. Kalau tengok dari statistik kat nuffnang tu alhamdulillah la masih ada lagi yang terjah blog ni. Tapi tu la,salah diri sendiri jugak sebab jarang update. Jap jap jap, dah 3 April ke weh?? Serius,cepatnya masa berlalu. *sigh

Ok la,motif utama entri ni ada lah nak promote bisnes yang aku wat ni. Bisnes lah sangattt. *tangandibahumatakeatas* . Sebenarnya hobi ni bermula dari kawan aku. Dia minta tolong wat kan bubble talk untuk wedding dia,so aku pun wat la research sal benda alah ni. Trend sekarang, kahwin or tunang ke mesti ada tempat yang dinamakan photobooth. Kat situ nanti akan di letak meja,ada guest book untuk korang tulis ucapan untuk pengantin, ada bubble talk or props untuk bergambar.

So,siapa2 yang nak order bubble talk mari lah order dengan gua. Gua wat handmade,takde print2 bagai ni. Harga pun murah ajoo. Sekeping Rm2.80. Kalau order banyak,gua akan bagi diskaun yang menyebabkn korang lompat bintang. Eh. Yang duk jauh2 tu xpe gua boleh pos laju mana yang dekat area Bera, Temerloh, Jengka gua boleh bagi by hand je. Okay.

Kalau nak order,
boleh PM gua kat Facebook http://www.facebook.com/bycikrenex
xoxo

dua puluh lima

dua puluh lima

February 25, 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Tanggal 18 Feb 2014 gua dah menginjak usia 25.

Alhamdullilah. Terima kasih kepada kawan2 yang mengewish kan facebook,whatsapp, wechat, sms.

 Kebanyakkan kawan2 yang wish mesti diakhiri dengan ucapan cepat bertemu jodoh, bila lagi?

 Baru duapuluhlima bukan limapuluhdua

 Lek la,hehe 



 Bolehtaknakupdatemacamtujekbai

Alhamdulillah. Terima kasih nuffnang!

January 17, 2014


Assalamualaikum dan hai


ALHAMDULILLAH.
DUIT NUFFNANG DAH DAPAT.
Walau pun tak beribu riban cam blogger lain tetap bersyukur dapat jugak. Hasil penat lelah merepek kat blog merepek kesayangan aku ni. Ahakss. Ni cek ke tiga yang pernah aku dapat dari nuffnang. Thanks nuffnang! Siapa cakap blog ni buang masa jer. Kalau betul2 bersunggug blog, memang boleh menjana pendapatan. Cuma aku ni je la malas nk update.

Lepas ni kena rajin up kan traffic visitors. Kena rajin hupdate. Tapi tak taw nak hupdate apa.

Haha. #kbye

Eh dah 2014

January 16, 2014

Tajuk tak boleh blah kan. Padahal hari ni dah masuk pertengahan bulan Januari pun. Sekejap je masa berlalu kan. Kadang2 tak sedar kita banyak bazirkan masa dengan hal2 yang tak penting.

Oklah,ramai blogger wat throwback 2013. Aku rasa sepanjang tahun lepas takde ape yang menarik or gempak. Ada yang menarik tapi malas nak update. Then,  sebab aku status aku still sama. B-u-j-a-ng. Hikssss. So checklist aku untuk tahun 2013 ada yang tak lengkap lagi. Nanti la aku update aku pergi mana sepanjang 2013. Tu pun kalo rajin. Haha.

Ada suatu pengajaran yang aku dapat, jangan terlalu cepat percaya pada orang. Depan kita nampak baik,belakang kita Allah je tahu. Kadang2 orang yang kita percaya akan wat kita kecewa disebabkan perbuatan yang tak disangka2.

"I can't remember to forget you.
I keep forgetting I should let you go."

and now, i remember to forget you.

and now, i let you go.

© Blog Cik Renex