AKRAB @ KSL Hotel & Resort JB

Haaaa... Kau Ada??

haha..




A - Amanah
K - Komitmen
R - Rasional
A - Akhlak
B - Bestari

Akrab Tahap 2.. coming.. with exam.

KKMM @ Putrajaya

KKMM la sangattttt knn...

hi putrajaya..
I'm back.. hehe..


view from my room

06 jun 2013.. my 1st day at my new homeyy..


my place

actually harini is the 1st day aku menjejakkn kaki kt my new so-called ofis. masa lawatan tapak, half of the staff already dtg melawat. aku jek tk sempat join pasal sibuk bersilat dgn keje packing-memacking dkt BSAS kn.. kena pastikan sume brg naik lori. hihi..

memula masuk agak kaget la jgak. wahhh.. besarnye ofis. byknye tingkap.. chantekknyer view. haha. gayat oii kalo pndg bawah lama-lama. yerlah. dulu ofis kite sekangkang kera jek. masuk-masuk udah nmpk sume org.

the best part is.. yeSss.. tmpt aku ade tingkappp. I loikkee.. kikiki.. teringat kt ofis lama dulu yg belakangnye bertingkap. 2 tahun dok dlm gua. line hp pun pyh benor nk dpt. eh, jgn tatau. tmpt duduk kami telah ditentukan oleh pn Mem yer.. alhamdulilah puas hati sbb ade tingkap luas mato den memandang ;)


tonggang-langgang lagi meja

ade 4 org 44 so kami dok la berempat dlm bilik ni. 2 org 41 yg ditempatkn sebilik, bos-bos opkos masing-masing dpt sorg sebilik. the others, partition kt ruang tengah.

heppy semacam je rasa masuk ofis baru. hoping for new story, new view and new future.. insyaAllah.. semoga perpindahan ini ada hikmah bersamanya...


port rehatkn minda dn berangan ;)

packing packing packing

2 minggu yg sgt memenatkan...

sejak balik drp AKRAB, keje aku dan semua ahli opis adalah packing, packing dan packing..
drp packing fail sehinggalah packing komputer dan perabot.
drp packing brg dalam bilik sendre hinggalah semua brg 'bersama' yg ade dlm opis kami yg kononnya kecik itu :P


opis dh tk ghupe opis


apa pun tara bole buat

packing yg bermula sejak 20hb berakhir pd 4hb Jun bila turn brg kami akhirnye tiba utk ke putrajaya.
we r the last one pindah from BSAS.. coz kena bg bawah clear dulu then baru brg senang nk angkut kn...

this is my 1st time involved dgn opis yg terpaksa berpindah. staff senior yg 2,3 kali pindah dh. since from angkasapuri, then to BSAS block A, then BSAS block B.. and now to off to putrajaya. hopefully tkde pindah2 lg lps ni. letih dn sgt memenatkan!

sementara tunggu lori mover dtg, sempat melayan diri tgk askar dan polis tengah berlatih ngan panji-panji sempena sambutan agong hujung minggu nnti..


tengok raptai jek laa... lps ni tkde lg jln kena tutup, gado ngan polis bila dataran tutup sbb ade event.
haha.. pengalaman beb!

gonna miss BSAS very much.

kabinet kerajaan malaysia 2013

apa macam kenkawan?
dh g mengundi, dh tau sapa yg menang, lastly this is our government.
officially announced by our PM at 5.00 pm 15 May 2013..

Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia 2013


Perdana Menteri:
YAB Dato Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (UMNO)

Timbalan Perdana Menteri:
YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)

Jabatan Perdana Menteri:
Menteri:
(1) YB Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom (UMNO)
(2) YB Dato Sri Abdul Wahid Bin Omar (Senator -Berkuatkuasa 5 Jun 2013)
(3) YB Senator Dato Sri Idris Jala (Senator)
(4) YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (PBRS)
(5) YB Dato Seri Shahidan Bin Kassim (UMNO)
(6) YB Puan Hajah Nancy Binti Shukri (PBB)
(7) YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun (PRS)
(8) Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

Timbalan Menteri:
(1) YB Datuk Razali Bin Ibrahim (UMNO)
(3) Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

Menteri Kewangan:
(1) Menteri Kewangan I: YAB Dato Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (UMNO)
(2) Menteri Kewangan Ii: YB Dato Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah (UMNO)

(3) Timbalan Menteri : YB Datuk Ahmad Bin Maslan (UMNO)

Menteri Pelajaran Dan Pengajian Tinggi:
(1) Menteri I: YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)
(2) Menteri Ii: YB Dato Seri Idris Bin Jusoh (UMNO)

(3) Timbalan Menteri I: YB Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
(4) Timbalan Menteri Ii: YB Tuan P. Kamalanathan A/L P.Panchanathan (MIC)

Menteri Pertahanan:
(1) Menteri : YB Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Abdul Rahim Bakri (UMNO)

Menteri Pengangkutan
(1) Menteri : YB Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (UMNO) (Memangku)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Ab. Aziz Kaprawi (UMNO)

Menteri Dalam Negeri:
(1) Menteri : YB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (PBB)

Menteri Kerja Raya:
(1) Menteri : YB Dato Fadilllah Yusof (PBB)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin (UMNO)

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri:
(1) Menteri : YB Dato Seri Mustapa Bin Mohamed (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Hamim Bin Samuri (UMNO)

Menteri Luar Negeri:
(1) Menteri : YB Dato Seri Anifah Bin Haji Aman (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Hamzah Bin Zainuddin (UMNO)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan:
(1) Menteri : YB Dato Hasan Bin Malek (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Paduka Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah (Senator) (UMNO)

Menteri Komunikasi Dan Multimedia:
(1) Menteri : YB Dato Seri Ahmad Shabery Bin Cheek (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Jailani Bin Johari (UMNO)

Menteri Sumber Manusia:
(1) Menteri : YB Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Ismail Bin Abd. Muttalib (UMNO)

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah:
(1) Menteri : YB Dato Seri Shafie Bin Haji Apdal (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan:
(1) Menteri : YB Dato Haji Abdul Rahman Bin Dahlan (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Halimah Binti Mohd Saddique (UMNO)

Menteri Belia Dan Sukan:
(1) Menteri : YB Tuan Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Saravanan A/L Murugan (MIC)

Menteri Kesihatan:
(1) Menteri : YB Dato Seri Subramaniam (MIC)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Seri Hilmi Bin Yahaya(UMNO)

Menteri Wilayah Persekutuan:
(1) Menteri : YB Dato Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi:
(1) Menteri : YB Dato Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Noriah Binti Kasnon (UMNO)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air:
(1) Menteri : YB Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili (PBS)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Sri Mahdzir Bin Khalid (UMNO)

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani:
(1) Menteri : YB Dato Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Tajuddin Bin Abdul Rahman (UMNO)

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan:
(1) Menteri : YB Dato Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz (UMNO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Joseph Salang Anak Gandum (PRS)

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi:
(1) Menteri : YB Datuk Dr. Ewon Ebin (UPKO)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah (UMNO)

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar:
(1) Menteri : YB Datuk Seri G. Palanivel (MIC)
(2) Timbalan Menteri : YB Dato Dr. James Dawos Mamit (PBB)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat:
(1) Menteri : YB Datuk Rohani Binti Abdul Karim (PBB)
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Azizah Binti Mohd. Dun (UMNO)

source from My Sumber

soklan seterusnya..
sume org tnya aku, mana kementerian penerangan?
kebudayaan udah join ngan pelancongan.
komunikasi udah join dgn multimedia.
penerangan?

kami main sembunyik2.. jgn maree...

p/s: seronok pulak main sorok2 kn.. haha..

marilah mari... pergi mengundi..

eh korang. harini 05 mei 2013. dh g mengundi ke?
rasa mcm bertahun lamanye menunggu saat-saat ni.. pemilihan pucuk pimpinan baru. slps 5 tahun kerajaan memeganng tampuk pemerintahan negara.
perang poster dh tk larat nk tgk. bukan setakat perang poster lg, perang banner, perang banting, perang bendera apatah lg kn.. ditambah dgn hujan lebat setiap hari, ade yg rebah menyembah bumi, tk kurang juga yg rebah atas kenderaan yg lalu lalang. sabar jerlah.

marilah mari..
pergi mengundi..
tunaikanlah kewajipan pada negara..

lagu nih jgak evergreen. tk bole lawan ngan lagu baru dak.

jd, 05 Mei 2013. hari mengundi untuk seluruh rakyat malaysia.
hujan lebat petang tu sbb kami keluar slps zohor.
tp dari pg lagi dh mcm mcm cter kluar. iyerlah. kn skrg informasi bergerak pantas dgn adenye fb twitter wassup dn watever lg la..

yg best.. cter pasal dakwat kekal yg 'kekallah sgt'.. hehe
yg menarik.. mat-mat bangla pegang ic nk g mengundi tp bila kena tnya soklan sapa isteri PM.. 'saya tatau. datang sini pangkah undi saja.' hhuu..

bermula jam 8 pg rakyat malaysia bersemangat kluar mengundi hinggalah menjelang pkul 5 ptg bila pusat-pusat undi mula ditutup.


Parlimen Lembah Pantai
Raja Long Chik vs Nurul Izzah


hujan lebat mengiringi pemangkahan undi

ade pulak yg komen kemudiannya, 'tak sabar nk tunggu malam'
apa lagi.. dh pangkah undi mesti nk tau sapa yg tersingkir, sapa yg tersungkur, sapa yg terduduk, sapa yg kekal dan sapa yg masih berdiri.. yer tk?
lumrah la tuh..

jenuh la dok depan tv nk menunggu keputusan satu-satu kawasan.
drp pkul 8 mlm membawa ke pkul 12 tgh mlm.. apsal la lmbt sgt keputusan penuh ni.
byk keputusan tk rasmi drp yg rasmi.

org spr berpeluh-peluh mengira undi, kite dok depan tv tau nk merungut jek kn..
tk patut, tk patut.. hehe..

akhirnya, mak lotihh tk larat dh nk nunggu. udah la sok koje kn. lainlah kalo dpt coti mcm org selangor :(
udah.. mari kite titon.

walau apapun, sini aku kongsi keputusan drp pilihanraya ke-13 semalam.

Artikel informasi ini dikongsikan daripada blog Addin sempena PRU13 yang baru berlalu semalam (5 Mei 2013)

Fakta Menarik PRU 13
Posted by Addin Deen at 05/06/2013


Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

1)Pakatan kehilangan Kedah.

Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:
Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008. DAP - 38PKR - 30PAS - 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut:
Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.


pkul 4.10 petang td, PM baru saje mengangkat sumpah depan Agong.
semoga apa yg dijanjikan akan dikota.
dan semoga Malaysia sentiasa dalam lindunganNya.
amin.

'Kite Semua Sayang Malaysia'