Dah 22 kot. Tp macam budak bawah umur je rasa. Suka nak kongkong. OMG. Dah besar, dah habis belajar, dah kerja. Apa lagi yg nak dirisaukan? Apa lagi yg nak dikongkong? Bukannya aku liar. Bukannya aku buat benda tak senonoh. Dah baik gila dah ni. Ikutkan hati, nak je jadi jahat. Lagi dikongkong lagi lah nak liar. Tp aku tahu lah nak fikir, nak bezakan mana baik mana buruk. Tak adil lah, aku dikongkong. Orang lain boleh pulak nak melebih-lebih.
Kata pernah muda. Kata sporting. Cehh takde maknanya semua tu. Apa yg berlaku sekarang, tak menunjukkan langsung 'sporting' tu. Haihh. Stress okie? Korang tak payah nak nasihat2 yg menunjukkan aku bersalah, tak baik melawan apa semua. Aku sekarang tengah bengang. Orang bengang, jangan cari pasal ha haa garang tak? Garang kan? Takut kan? Okie duduk diam2 baca je ni. Luahan perasaan lah kononnya ni. Nanti dah sejuk tu lain cerita.
Aku tahu lah aku ni menyusahkan. Pagi2 nak pergi kerja kena berhantar, balik berjemput. Separuh jalan je lah kan sebab lepas berhantar tu aku naik bas, then LRT. Bukannya tak bersyukur, sangat bersyukur okie. Tunggu masa nak beli kereta je nanti lepas ni takde dah nak menyusahkan kan. Takpe la. Sekarang ni tahan je la dgn segala bebelan pedas yg tahap memang menangis dibuatnya tu kan. Takpe takpe, mata ada tp buat2 tak nampak. Telinga ada tp buat2 tak dengar. Pahit tu aku telan je lah.
Nak buat apa lagi? Dulu takde BF dok sibuk tanya, dok sibuk merenung masa depan bila nak bermenantu bila nak bercucu. Tp sekarang ni dah ada BF pun dok bising jugak. Nak jumpa tak bagi. Fainnn lah kitorang jumpa pagi2 nak pergi kerja kan, tp 45 minit je pun. Menguap pagi2 pun dah 30 minit. Sempat borak apa je? Nak makan2 tu memang tak la kan? Tengok wayang? Haremmm. Nak jumpa hujung minggu? Hah kena marah ada lah. Kecik hati okie?
Dah lah stress kerja. Hujung minggu nak berjoli pun tak dapat. Kerja 6 hari seminggu kot? 2 minggu je yg off hari Sabtu. Adoii. Setiap kali pun dok cakap suruh simpan duit. Memang la, simpan tu ada la simpan. Tp untuk diri sendiri? Nak jugak mencari kepuasan diri lepas kerja kurang lebih 22 hari sebulan kan. Haihh. Duit sendiri kot. Nak bershopping je memang tak mampu lah. Setakat makan2, tengok wayang tu okie la lagi. Haihh (mengeluh lagi)
Aku rasa aku PMS lah. Tu yg stress semacam. Tak baik okie macam ni. Berdosa. Aku tahu. Tp aku nak luah kat mana lagi? Sedih okie. Bercampur2 perasaan aku sekarang. Stress, bengang, sedih, sakit hati bla bla blaa. Rasa sampai bila2 pun takkan pernah faham aku. 22 tahun dah hidup. Pun tak faham. Yelah patut lah pun kan, aku pun tak faham. En. Bintang suruh banyak bersabar, hormat, jangan melawan sebab benda ni berlaku pun atas sebab risau. Yeah, risaukan anak gadis 22 tahun yg baru nak hidup.
Takpe lah. My work is hell, my life is hell. Eh apsal macam teruk sangat? Oh tu macam hiperbola je bahahaha. Okie tak kelakar pun, tu gelak tak ikhlas. Hurmm. Gembira tu sukar dicapai untuk seorang Ros Nazira nampaknya. Mungkin kadang kala dapat digenggam, tp tak lama pasti terlucut jua dari genggaman. Apa lagi yg harus dikorbankan untuk mendapat secebis bahagia?
Hari ni tiba2 merasa rindu. Rindukan Abah yg sangat jauh. Mula angankan, apa yg berlaku jika Abah masih ada? Adakah aku masih anak manja kesayangan? Yang pasti dipeluk cium setiap kali pulang? Yang pasti dibelikan susu, roti atau makanan lain setiap kali pulang pada malam hari? Yang pasti berbaring berpelukan bila menonton tv? Yang pasti diusik manja? Ah Abah. Sudah 13 tahun tp hati anak manja ini tetap rindu. Maaf Abah jika aku terleka. Alangkah bahagia jika Abah masih ada.
zyra: Bukan tak menghargai mahupun mensyukuri. Tp hati ini sedang marah & kecewa.
Friday, January 28, 2011
Sunday, January 23, 2011
Dinding panas.
Aaaa esok kerja. Malasnya wuwuuu. Rajin sikit sebab nak jumpa En. Bintang je. Hahaha gedik kan? Pergh sejak dua menjak ni FB aku sangat 'panas'. Rasa macam selebriti pun ada. Gara2 gambar misteri aku & En. Bintang, bertubi2 orang tanya itu ini. Macam ni haa.
Aku malas nak susun ikut time bila diorang komen. Aaa okie. Takde la 'panas' mana pun tapi still untuk aku ni 'panas' okie?? Ha nak gelak gi jauh2. Jangan gelak kat sini. Nanti aku marah. Okie esok kerja baju belum iron banyak2 untuk seminggu punya haa bye.
zyra: Boring kan? *tampar diri sendiri* Nanti aku fikir apa yg best nak update blog ni.
Permulaan segala kontrobesi. Haha! 14 org like okie tak pernah2. Hah lepas tu bertambah2 la dgn yg lain. Biasa tak ramai pun yg nak post something kat dinding (wall) aku kan. Hakhak~
Aku malas nak susun ikut time bila diorang komen. Aaa okie. Takde la 'panas' mana pun tapi still untuk aku ni 'panas' okie?? Ha nak gelak gi jauh2. Jangan gelak kat sini. Nanti aku marah. Okie esok kerja baju belum iron banyak2 untuk seminggu punya haa bye.
zyra: Boring kan? *tampar diri sendiri* Nanti aku fikir apa yg best nak update blog ni.
Wednesday, January 19, 2011
Bunga & Bintang
Ini serius, InsyaAllah. :)
Sudah 24 hari mengenali awak En. Bintang. Bahagia sangat. Terima kasih ya Allah, meminjamkan jejaka kacak luar & dalam ini untuk menemani & mengubati luka di hati ini. Semoga dia dipinjamkan sehingga hembus nafasku yg terakhir. Dia memang manis. Sumpah, sayang dia sangat. :')
"Here we go, come with me
There's a world out there that we should see
Take my hand, close your eyes
With you right here, I'm a rocketeer"
There's a world out there that we should see
Take my hand, close your eyes
With you right here, I'm a rocketeer"
zyra: En. Bintang memberi kuntuman ros untuk Cik Bunga yg merajuk. Ohh terharu. Em motif tulisan ungu? :P
Monday, January 10, 2011
174.
Ni Cik Tulip yang tulis. Hehe. Suka! :) Eh kenapa 174? Nyehnyeh sebenarnya nak 611, tapi tengah angaukan En. Bintang, maka pilih lah 174. Eeuw eew geli kan? Okie, tampar diri sendiri laju-laju!
Yeah terima kasih banyak-banyak la Cik Tulip. Nak like kat FB nanti kantoi pula ni aku. Haha! Gedik. Takpe, macam ni Cik Tulip lebih terharu kan kan? Tahu dah. :)
zyra: Ni game orang dok main kat FB skang. Tak paham sangat err tp macam err camtu la.
Yeah terima kasih banyak-banyak la Cik Tulip. Nak like kat FB nanti kantoi pula ni aku. Haha! Gedik. Takpe, macam ni Cik Tulip lebih terharu kan kan? Tahu dah. :)
zyra: Ni game orang dok main kat FB skang. Tak paham sangat err tp macam err camtu la.
Sunday, January 9, 2011
Bunga, Bintang & LRT.
Terima kasih En. Bintang! :)
Awak menceriakan hidup sy. Ibarat pelangi selepas hujan, awak adalah bintang di malam yg suram. Awak bintang sy. Terima kasih. Sangat. Bunga, Bintang & LRT. Harap kisah kita tak pernah berakhir.
Awak menceriakan hidup sy. Ibarat pelangi selepas hujan, awak adalah bintang di malam yg suram. Awak bintang sy. Terima kasih. Sangat. Bunga, Bintang & LRT. Harap kisah kita tak pernah berakhir.
zyra: Motif gambar Patrick & Spongebob?? Haha!
Fresh.
I wanna start fresh. Who's with me? :)
zyra: Let's leave all the sadness behind and live life to the fullest.
Subscribe to:
Posts (Atom)