Tuesday, September 30, 2014

.4 month old young boy.

semalam, mama bawa adik pergi check up. berat adik naik sikit je. kenapa dik? mama rasa adik minum susu banyak je. kenapa berat naik sikit sangat? janganlah bagi mama risau. mama sorry kalau mama selalu stress. malam tadi asal adik bergerak je mama bagi susu. selalu adik tidur lena, mama pun lena. malam tadi mama kerap terjaga. abang Aaris pun sama, meragam je tak tidur lena. Mama love you adik :*


gambar Ahad lepas. nak pergi wedding. dah lama tak pergi wedding. selalunya baba bz ada event, so last week tak ada event so pergi kenduri kahwin kawan baba. bedak capuk-capuk zeera oi. nak cepat punya pasal. haih.

Ya Allah serabutnya bawa dua orang anak pergi wedding. dengan Aaris meragam (bilanya dia tak meragam tah) nak tidur so tak dapat apa dia nak dia pun melalak. tu kan kekuatan dia -.-"


handsome like daddy. handsome ke daddy baba kita? haha


makin lama makin pelik kenapa tak nampak muka mama, nampak casing pink ni je? teehee


ni hari Sabtu. pagi pergi car boot sale dekat PTSL, UKM. petang pergi Presint 16 ambil sijil kursus kahwin makdeq terus ke Alamanda. makdeq nak handbag baru katanya. kemain suka Aaris dapat naik benda ni. tiap kali nampak "tu nak, tu nak" ulang doploh juta kali selagi tak dapat naik. haha. adik muka terkejut sokmo. hihi.

Tuesday, September 23, 2014

.ber baby wearing.

dah namanya perempuan, bilanya nak berhenti membeli ye tak? sekarang tengah gila dengan ssc. aku ada satu dulu cc (crocth carrier) brand Mothercare konon. and im selalu cakap yang tu lagi senang pakai, and Aaris okay je? its not okay baba. aku kenal babywearing ni dah lama, tapi lama-lama jadi pening. so now ada geng so gain knowledge balik. aku bab-bab anak memang ghajin nak study. pasal hal donia i is malas nak ambil tahu. haha. eh ambil la tahu sikit-sikit ;)

then before Zayed lahir aku dah beli satu carrier ni. aku ni jenis everything must be done before delivery. aku kan details. semua benda of course aku yang handle. aku cuma bagitahu im je aku nak beli benda-benda ni. tapi nanti bila dah ada dia still tanya eh bila beli? -.-"


okay ni contoh carrier yang aku beli. beli dekat IG: babiesmall. lupa harga. aku beli sebab boleh pakai dari newborn. Zayed tidur je sepanjang dia dalam ni. turun naik kereta pun tak sedar.aku tutup dengan towel sebab macam hujan renyai-renyai. tapi yang lecehnya benda ni dia jenis ikat-ikat. macam mei tai. so bila nak pakai, kena ada orang tolong. sebab tu im tak suka.


ni contoh im pakai, nampak ke idok? pun dia tidur masa ni. tapi aku tak sure, ini adalah salah satu babywearing ke tak, or termasuk dalam ssc ke tak. belasah je beli. 

dua benda ni wajib ada dalam bonet kereta. senang nak kena pergi mana-mana. quinny banyak simpan. yang sweet cherry letak dalam bonet ayahtok, just in case :D


kesian baby belah kiri tu kan? ini adalah contoh cc. bila fikir-fikir balik mesti sakit dulu Aaris kena duduk macam ni T_T

dan mesti selesa bila duduk macam picture kanan tu kan? dan ini adalah salah satu contoh babywearing jenis Ergo. aku tak minat Ergo. sebab banyak fake.


kalau rajin, hangkut dedua stroller. so far tak guna lagi seat quinny untuk Zayed. masih guna car seat untuk dia. dan dia tidur je bila kena sorong. heaven. so kena layan tantrum Aaris je. grr.


rindunya perut bulat, tetiba.

okay, ini antara yang aku termimpi-mimpi. sebab utama nak beli baru konon nak beli yang buckle up. so tak payah ikat-ikat dah kan. tapi tak berapa nak urgent. tapi macam nak. eh lempang nak? pfft.


cantiknyaaaaaa.


ini pun comel.


ini aku suka sangat. a bit pricey. 


kalau nak safety from dirty, inilah warnanya. hitam. dan paling murah. doploh hengget je murah pun dari yang atas :p

nak kena jampi serapah baba dia sikit ni. nak beli juga, tapi aku sayang duit. acaner? haha. tapi nak beli juga nanti. mari menabung :D

Monday, September 22, 2014

.namanya perempuan.

aku selalu tertanya-tanya, aku ni annoying tahap apa eh?

sebab aku pun sendiri tahu dan sendiri sedar, kadang-kadang or most of the time aku ni memang menjengkelkan. sebab apa? mungkin sebab aku perlu lebih perhatian.

maksud aku, lebih perhatian bukan asik nak kena berkepit dengan aku doplohpatjam. at least share the happiness, and the sadness together. itu sesuatu yang besar di dalam setiap perhubungan. tak kira lah perhubungan dalam bercinta ke, dalam berkawan ke kan. bagi aku setiap kata-kata dan explanation tu penting. buat orang tak salah faham dan salah anggap. mungkin orang anggap remeh benda tu tapi bukan dengan aku. sebab aku seorang yang details. aku nak tahu atau perlu tahu. i'm that kind of person.

so kalau tak boleh terima aku no point of being together. aku boleh je nak cerita panjang lebar on everything apa yang aku tak puas hati. tapi aku juga bukan jenis macam tu. benda tu penting on relationship, but if benda tu kau sendiri tahu ianya akan menyakitkan hati sebelah pihak so better kau pendam dan diamkan sahaja. biar kau sendiri yang sakit hati sampai satu hari nanti kau sendiri yang sakit macam nak mati. pernah tak kau rasa macam ni?

like now, i'm explaining to nobody. aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa melalui tulisan. sebab kadang-kadang lidah kelu untuk berkata-kata. aku jenis yang mudah untuk menangis untuk luahkan segala kesedihan dan dengan tulisan lebih mudah untuk aku coretkan betapa kecewa dan ketidak puas hatian aku pada sesuatu perkara.

mak aku selalu cakap, aku ni ego. memang aku ego. dan kadang-kadang ego tak kena pada tempatnya. aku juga kenal diri aku sebagai orang yang tak sabar. tapi ayah pesan, sabar tu takde had masa, sabar tu sampai bila-bila. dan bila dah jadi ibu, naluri keibuan tu kuat. dan kalau dulu aku selalu menangis bila rasa sedih, marah, kecewa kini lagi ketara. tak tahu kenapa. walaupun konon-konon cuba untuk berlagak kuat dan hebat, dalam hati tak siapa tahu betapa lembut dan rapuhnya hati aku. macam tauhu. yang kini sedang menangis sambil menaip T_T

biar orang tak nak dengar atau baca sekalipun. biar orang taknak berubah pun. or biar orang tak kisah pun, tapi hati kita sedikit lega. sebab beban di kepala sudah diringankan even masalah itu masih belum selesai.


footnote: dahlah masa ni aku tengah bersedih sebab mak bakal adik ipar aku eksiden bila otw nak pergi mengurut pagi tadi. ada pendaharan dalam kepala dan sekarang dalam icu. makcik, saya doakan supaya makcik tak apa-apa. makcik kena kuat untuk anak-anak makcik.

Monday, September 8, 2014

.20 facts about me.

semua orang sibuk buat benda ni kan? dekat blog and now medium dah bertambah. dekat IG pun ada orang share. so aku pun nak sibuk buat benda ni. kira macam buat orang boleh tahu kau ni orang macam mana lepas share benda ni. hee.

satu. hampir 5 tahun kahwin, dah ada dua orang anak (percayalah). dua-dua lelaki :') teringin sangat nak baby girl. tapi lepas ni berserah je. kalau ada rezeki, ada la. huhu.

dua: suka warna purple and pink.

tiga: tak ramai kawan. boring kot kawan dengan aku. so kawan paling close dengan aku adalah suami. sebab kami buat almost everything together. kawan kedua rapat adalah keluarga. kami selalu share something/anything together. sharing the happiness for sure.

empat: suka bercakap, tapi tengok orang nak bercakap dengan siapa :p sebab kalau orang ramah dengan aku, so lagi senang aku beramah mesra. sebab aku ni jenis taklah berapa peramah.

lima: seorang yang cerewet, pengemas dan pembersih (konon). suka sangat mengemas rumah dan pastikan semua benda dalam keadaan kemas dan tersusun. kadang-kadang amalkan sistem sorok pastu bila nak benda tu tak jumpa. haha.

enam: suka memasak dan suka makan.

tujuh: tak reti duduk diam. asik nak berjalan je kerjanya.

lapan: bila dah suka jalan, mesti suka shopping. sangat suka beli baju anak. berlambak-lambak dah. boleh bukak bundle kanak-kanak one day :p

sembilan: suka sayuran hijau. kailan/baby kailan ikan masin paling fave. tapi cendawan pun one of my fave :D

sepuluh: suka kumpul duit, dan mudah habiskan duit. so kalau nak apa-apa mesti gigih simpan duit. lepas tu bila dah ada duit selalu rasa sayang pula duit tu. tapi untuk anak takpe :)

sebelas: sangat cintakan keluarga. sanggup berkorban apa saja. gitu *cewah*

duabelas: tak reti nak make up T_T *fefeeling natural beauty. haktuih.

tigabelas: aku suka ambil gambar & bergambar. suka suka suka.

empatbelas: mudah sangat-sangat terasa hati. mudah marah dan mudah sejuk jika kena pada caranya.

limabelas: bila dah mudah terasa, mudahlah menangis. melepaskan rasa marah, kecewa, sedih dan gembira melalui tangisan. paling terkesan dihati bila dapat tau hamil dua-dua kali aku menangis gembira. how i missed it so much. sayang anak-anak mama :*

enambelas: paling malas potong kuku. tak suka sangat. dah la kena potong kuku anak sekali. sekarang anak dah dua, kadang-kadang potong kuku dorang, kuku mama asik tak sempat. muahaha.

tujuhbelas: seorang yang jenis makan banyak. tapi tak gemuk-gemuk. teringin nak gemuk (sedikit) sebenarnya. so boleh gemuk masa pregnant je.

lapanbelas: ada sedikit confuse kiri dengan kanan while driving. dekat roundabout pun tak tau mana pukul 3, 9 and 12. nak direct orang tanya jalan pun tak tahu (kecuali kawasan rumah aku or kawasan rumah mak aku). bila keluar dengan im, memang taklaaa aku nak ingat parking mana so on. semua dia handle. aku dah terbiasa dependent dengan family and husband. sebab tu kalau nak keluar pergi window shopping kalau takde bella or im aku duduk rumah je. anje anje angat.

sembilanbelas: selalu kena sembelit. lagi-lagi bila pregnant dan lepas pantang. seksanyaaaa.

dua puluh: ALI IMRAN SARMIN cinta hati paling melekat dijiwa. rasa serasi walaupun dia selalu menyakitkan hati aku. haha. ada la juga time dia suweet bagai. kang cerita muntah hijau pula :p

Friday, August 29, 2014

.Zayed Arrazi nama diberi.

Syukur Alhamdulillah, finally cita-cita nak lahirkan baby dalam perut termakbul pada 29 Mei 2014. Patutnya due date pada 8 Jun 2014. Hehe. Last sekali makan sebelum tidur malam Khamis tu makan durian, maktok dengan ayahtok beli. Masa tu perut penuh gila. Kenyang makan udang goreng sambal mak masak lagi. Lepas tu makan mangga then makan durian. Nasib tak meletop perut. Tapi durian aku makan dua ulas je. Tiba-tiba malam tu start jam 1am lepas buang air dah sakit merengat macam tu. Sampai jam 6am, every hours akan terjaga sebab sakit tu. Tapi pagi tu pergi gak kerja. Sebab memang niat nak settle semua kerja by this week. Gigih naik tangga bertingkat-tingkat iron baju segala. Sampai office turun bawah jalan kaki nak g beli makanan bagai. Tapi sebelum g makan tu masih rasa sakit. Kejap dia datang tiap 25-30min. Kejap dia datang 10-15min gitu. Aku dah confused. Ni false alarm ke apa? Tapiiiiii memang ada lendir pelik dr biasa. Lendir macam putih telur. Tak la pelik sangat sebab cecair tu datang selalu bila aku subur. So bila datang time ni aku la yang pelik. Hihi. Aku cerita kat akak opis, dia kata dah tanda kot. Dia pun perasan perut aku dah turun. Aku pun perasan. Kosong sangat dah kat atas. Pastu rasa penuh je kat bawah, nak jalan pun payah.

Pastu hp pulak tinggal haritu. Aku mintak im hantar aku pergi kerja. Pertama kali minta im drive kan pergi kerja. Selama ni aku redha je kena bawak kereta siap boleh ambil wawa balik sekolah semua. Pregnant anak kedua sangat-sangat independent aku rasa, cuma selalu mengeluh penat. So dalam 11.30am aku kata nak balik. Tak larat sebab sakit. Tak jumpa pun bos sebab hari sebelum tu aku dah halfday. Sehari sebelum bos pergi melawat pameran kat KLCC. Balik je peluk Aaris baru bangun tidur. Dia tengah tengok ipad. Dia alih ipad dia ke arah bertentangan sebab nak baring sebelah aku. Alahai anak, memahami sangat. Lepas tu bagi Aaris makan, habis sepinggan even mula-mula cranky. Lepas makan g main dengan baba then aku tidur berehat. Tapi tak lena kejap-kejap sakit. Pastu g tengok Aaris, dia tengah tidur dalam buai masa tu. Then mak tanya "awak sakit kenapa? Nak beranak ke?" Aku cakap "tah, ye kot. Dari malam tadi sakit sejam sejam dia datang". Mak sambung "eh, pegilah hospital. nak beranak kot". Aku kata nantilah sebab fobia dulu anak pertama lama sangat kat hospital tak beranak-beranak. Hehe.

Lepas tu aku tukar cadar, kemas bilik sikit-sikit. Tapi tak sempat vacuum. Sempat basuh kain tapi tak sempat sidai sebab dah 5min sekali dia datang. Mak pun suruh g hospital lepas maghrib. Aku rilek je tak nak g awal-awal sebab dekat je kan. Hee. Then datang Azzahrah, check jantung baby. Sambil boleh tengok contraction berapa 0%. Sampai 99% je dia boleh bagi scala. Aku rasa lebih 99% kot. Check dilation baru buka 3-4cm. Benci kena seluk, menggigil kaki aku. Sakit! Pastu dia suruh rileks. Tak paham aku. 

Then tukar baju lepak dekat ward jap. Dia bagi ubat buang air besar terus rasa nak membuang. Yang tak tahan tu tengah nak buang sakit datang. Adoi la. Boleh bayangkan? Sila bayangkan. Bila dah settled aku baru nak lelap, doctor suruh masuk labor room sesiap. Masuk air segala. Lepas masuk air memang lagi sakit la. 2-3min sakit. Sampai aku kata kt im boleh tak nak epidural? Sekali nurse perasan pula aku mengerang lebih, so dia tanya "puan okay tak? Nak injection? Boleh kurangkan sakit" aku takleh nak jawab sebab tengah sakit. Sorang lagi tanya "puan ada rasa nak teran ke? Ada rasa nak berak ke?" Tiba-tiba aku rasa ada. Sambil menahan sakit aku jawab "ha ada adaaaa" haha. Check dilation dah 8-9cm. Tapi tak boleh teran. Doctor otw katanya. Nak try teran pun macam tak keluar. Katil macam licin. Sampai doctor datang pun aku teran baby tak juga keluar. Jantung baby dah lemah, try sekali lagi kalau tak boleh doctor akan bantu dengan vacuum. Tapi masih tak berjaya, sorry baby. Then doctor masukkan vacuum. Aku pun teran sekuat hati sampai rasa ngilu sangat dan boleh rasa baby dah selamat keluar. Then doctor terus letak kat dada aku. Ya Allah, macam mimpi. Dah selamat keluar anak aku, Alhamdulillah. Then doctor bius sebelum jahit. Luckily tak rasa sakit langsung macam dulu. Sikit-sikit tu ada rasa sakit. Lepas tu lama gila aku tunggu nak naik ward. 12.45am baru sampai ward. Baby tak naik sekali dengan aku. Dia monitor dulu kat atas sebelum bagi kat mama sbb aku request fully bf.

Budak ni manja. Bagi susu isap sikit tidur yang lebih. Tapi demand nak tidur kat lengan je okay. Then aku rasa mata aku macam kecik dah kenapa? Lepas terlelap sekejap gitu. G toilet nak buang air, tengok cermin sah mata bengkak. Alergic ubat apa pulak ni. Padahal ubat bius je tadi. Nurse tu pun cuak eh ada makan ubat ke tadi? Esok tu baru surut sikit. but still nampak bengkak. Malam tu memang tak lena tidur. dengan suami orang sebelah siap tidur berdengkur lagi. Apa pun tak boleh, pffftttt. Geram je aku. Yela, nurse beria kata kalau boleh suami tak boleh tunggu malam ni sebab patient sebelah perempuan. Dah la tutup aircond. aku panas gila kat sebelah. Aku ambil 2 orang sebilik sebab bilik sorang fulled. Aku pun takla kisah sangat duduk sorang sebab anak first dah pernah handle sendiri sebab duduk hospital kerajaan kan so takla manja sangat kan. Lagipun berapa jam je lagi nak siang. Tapi rasa lama sebab aku tak boleh tidur.

Esoknya aku berdoa je boleh balik hendaknya. Kalau hospital kerajaan, doctor datang round check pepagi buta. Sini doctor check jam 5pm. Lepas makan malam baru boleh balik. Sampai rumah pun dalam jam 7pm macam tu. Lepas maghrib je mata aku dah tak boleh nak buka, mengantuk gila. Itulah kisah bersalin anak kedua. Sekarang dah 3 bulan dan anak mama. Anak itu diberi nama Zayed Arrazi :')


Sehari selepas lahir. Baru lepas mandi :')


Masa ni, di Hari Jadi mama, 2 Jun 2014


anak-anak mama


esok dah besor jangan gaduh-gaduh ye anok-anok :p


 budak ni suka hisap jari sampai tercekik-cekik -.-"


budak ni juga suka lawan mata nak tidur. letak kat dada nanti dia angkat kepala.

okay, itu sahaja nak cerita. jumpa lagi :D
 
Blog Template by Delicious Design Studio