Tuesday, December 16, 2014

.Bella getting hitched.

pejam celik, pejam celik tak lama lagi Bella dah nak kahwin. omaigod *scream*

Bella ni jenis tak cerita semua benda dengan aku. same goes to me. tapi ada certain benda kami share and dissolve together. dulu kecik-kecik asik bergaduh je. tu beza empat tahun. esok Aaris dengan Ayed aku tak tahu gane. haha. so ada part-part yang dia survey and dia bagitahu aku okay ke tak? memang survey online je sebab lebih murah. aku yang banyak ajar dia sebenarnya survey online. dulu masa aku kahwin tak reti nak berinternet di hujung jari. tapi sekarang masing-masing jari duk scroll henfon je. 

and depa (bella and fiancee) hubungan jarak jauh so aku lagi dekat. and kami mostly same taste gitu. and aku la jadi tukang beli online untuk dia sebab aku ada cimbclicks kan. 1st aku belikan dia jam. lepas tu handbag. perfume dia dah beli sendiri. list of hantarans dia pun aku dah tak ingat. oh dia nak clutch, aku ada juga survey tapi kalau dia berkenan harga pulak mahai nak mampus. haha. biasalah orang baru kerja nak kahwin so bukan ada duit banyak sangat. macam aku dulu la. cuma dulu aku laki bini semua urus sendiri. barang hantaran je la. beli dekat shopping mall. catering, apa semua mak dengan ayah. 

sekarang macam delegate tugas. hal dewan dah jadi hal aku. kami try mintak dewan di GMI. tapi tunggu takwim tak keluar keluar lagi. kata bulan Jan ni. eh gila ke hape, bila nak keluar kad centu? awal-awal dulu aku ada tanya dewan di UKM dia kata nak renovate. so haritu mak kata try tanya lagi, so aku called dia kata 8hb is free, 7hb fully booked. lepas dapat tahu yang GMI tak boleh nak beri kata putus lagi so mak kata booking je la if 8hb pun. so aku call orang tu balik, dah rezeki Bella kot kan tiba-tiba dia kata free pula tarikh tu. syukur Alhamdulillah. dia nak sangat tarikh 7hb tu bukan apa, nak tarikh 6hb untuk nikah tu. Bella punya birth date 5hb Feb, nikah 6hb Feb and Tawfiq punya birth date 7hb Feb. so sweet sangat kan? haha. Bella nak nikah tahun depan tapi mak aku tak bagi tunang lama-lama. aku pun tak bagi :p


lepas hal dewan. bincang pula pasal kad. Bella ni jenis semua benda dia nak buat sendiri. dia dah reka kad kawin. and ayah aku tak berapa nak suka design tu. so dia tampil dengan beberapa design dia pula. so sekarang masih mencari a few design yang berkenan di hati. tu pepandailah korang settle kan. dateline bulan ni.

door gift pula. semua pun duk google up and survey sana sini siap bagi pendapat bagai. aku pun ada tanya kawan-kawan yang buat benda ni. tapi bila suruh semua orang buat mesti jadi mahal kan? mula-mula nak bagi donut big apple tu. tapiiiiii mahal. dah tak dapat harga murah macam kawan ayah aku tu. so hold dulu. cari benda lain yang sedikit affordable. pun dateline dia akhir bulan ni nak beli barang semua.

katil, langsir, bed sheet dan kelengkapan lain dah settle juga. tunggu cat bilik and katil masuk bulan Jan ni. baju nikah dia semua pun dah settle rasanya, haritu dah ukur. tinggal nak fitting. tapi sebab jauh mungkin tak payah fitting. tengok macam mana nanti. baju family pun mestilah dah tempah. baju lelaki beli siap je. mostly banyak dah selesai. tinggal runcit-runcit je lagi.

so far ini yang major yang boleh aku fikir sekarang. nak gubah hantaran tu memang mak and the gang la yang akan buat. so far tak pernah lagi hantar orang buat hantaran. mak i is creative you know. hihi. Bella google gambar pastu tunjukkan pada mak and mak akan realisasikan impian dia tu :p

dah penat membebel, jom layan gambar Bella prewed. bosan baca panjang lebar mesti nak tengok gambar pula kan? hehe.




eh eh ni je rupanya yang ada dalam henfon aku. masa ni dia sent kat aku. pandai OP ni tangkap gambar. cantikkkkkkkkkkk sangat. akak suka. sila check instagram dia: @iszsudirman_official

BYE :D

Monday, December 15, 2014

.kelu.

paranoid.

aku la tu. selalu sangat.

kadang-kadang rasa lonely sangat even ada ramai kawan.

tapi takde kawan pun takpe, asalkan mereka ada dengan aku,


family.


yang tahu jatuh bangun nya aku,
yang tahu betapa kerasnya hati aku,
yang tahu betapa egonya aku,
yang tahu betapa cerewetnya aku,
mereka faham walaupun sebenarnya mereka tak faham kenapa aku jadi begitu.

maka terima kasih atas segalanya.

terima kasih juga pada yang masih jadi kawan aku.
atau yang konon-konon kawan dengan aku.
yang suka dengan aku.
atau yang pura-pura suka dengan aku.
yang konon-konon suka dengan aku tapi ada makna disebalik batu.
tanpa kalian siapalah aku.

teremosi seketika.
entah kenapa.
tiba-tiba sahaja.
tsk.
tapi hidup kena teruskan juga.

pesan emak yang sentiasa ku semat,

"BIAR ORANG BENCI KITA JANGAN ALLAH BENCI KITA. SOLAT JANGAN LUPA. DOA. SABAR"

antara ayat-ayat keramat.
emaklah penguat semangat T_T

.Pameran & Sidang Media Universiti Penyelidikan.

Pameran dan Sidang Media ni di adakan pada 4 Disember yang lalu. kitorang lega gila benda ni dah lepas. dan kiranya berjaya la event ni sebab ramai yang puji. Alhamdulillah. orang-orang kuat yang tak tidur malam bagai pasai benda ni mesti macam batu atas kepala dah pecah. kepala dah jadi ringan kan? hehe.

UKM adalah salah satu daripada 5 Universiti Penyelidikan. so aku sebagai salah seorang yang berkerja di RMC (Research Management Center) atau lebih dikenali sebagai CRIM (Center for Research and Instrumentation Management) di UKM perlu menjadi tuan rumah dalam menjalankan aktiviti yang gilang gemilang sangat :p

UKM menjadi Universiti yang terakhir (yang ke lima) menjalankan aktiviti sidang media ini.

mula-mula kononnya nak buat event di di Bangi Gateaway. last-last tak jadi buat dekat DECTAR je. haha. pun successful sangat. Alhamdulillah. boss i jadi floor manager haruslah successful kan. dalam ni kami dah siap-siap diberi tugasan. kami orang-orang lab (makmal), diberi tugasan JK Logistik. dan juga JK Protokol. ala sambut-sambut VVIP, VIP semua tu la. aku jaga Dato VC. cuak sekejap sebab tak pernah pun jaga protokol bagai ni kan. tapi berlakon cool je la. hihihi.


memulakan minggu pertama dan hari pertama di bulan Disember menghantar naskah percuma di setiap PTJ di UKM. gambar i takde. i is sad T_T


berat gila okay sotkabar ni. so aku jadi driver je. korang je yang angkat. haha.

hari kedua ada di DECTAR juga. tapi tiada gambar. hehe.


hari ketiga. hari raptai penuh. hari ni aku penat gila. balik pukul 7pm kot. dah la tak balik lunch. sian anak-anak mama.


beria posing lepas solat kat Masjid Universiti. dah 5 tahun kerja baru ni first time tangkap gambar depan DECTAR :p

and todayyy is the day.


memula sampai. tapi takde la memlula sangat. dah siap makan bagai. dorang nak tangkap gambar sebab hari tu aku pakai shawl. haha. selama ni kan pakai tudung makcik makcik je :p


bergambar kat dalam pulak. 3 dari kiri dibelakang tu bos i. hee.


pasangan MC kita pada hari tersebut.


ha tu pengarah i. baru lantik bulan Mac hari tu tak silap. sedang bercakap dengan Pengarah IKP: salah satu pembentang untuk Pameran pagi tu.


#selfie dekat rumah orang. tunggu kawan tukar baju sat. masa ni tengah gap untuk ke acara petang pula.

ni no filter. aku tak cakap muka aku cantik flawless gitu. camera kot yang cantik. tettt. bahaha.

aku tanya im "cantik tak hny pakai shawl?" *sambil kelip kelip mata*

lalu tanpa segan silu im jawab "takkk, macam hape je. nampak pipi je tembam"

T_T

dah lupakan.


masa ni tengah tunggu menteri sekali Dato' SMS datang, terus senyum lebau. kak izan sebelah Dato' tu memang peramah so dia la yang ajak bergambar. so kami gedik sekali nak amik gambar sesama. hihi. handsomenyaaaaaa. 


bermula acara dengan kedatangan Menteri. aku patut escort dorang tapi orang Pusat Komunikasi Korporat membantu so kami escort depan sikit. menteri ni Dato' Seri Idris Jusoh. pada i dia ni baik sangat. mesra rakyat gitu. so kita tunggu dia salam-salam dulu then baru masuk.


okay masa ni masa pelancaran buku, media request nak ambil gambar semua VVIP bersama buku. media ramai dan macam hape berebut-rebut nak ambil gambar so kami usher ni macam tak boleh nak gerak usher VVIP. haish.


tengah tunggu dia makan, dapat whatsapp kata Pengarah ajak bergambar dalam DECTAR. so kami pun lelaju turun tinggalkan Menteri yang sedang santap :p

lastly 


bebeq (berkaca mata depan sekali) panggil aku, "zeera nak phone kau, nak selfie"

ini pun setelah 2 3 kali percubaan untuk memasukkan semua muka. sempoiiii :D


tahniah kepada diri sendiri. boleh tidur lena sambil senyum la ni :)

p/s: ini semua dari camera phone aku je. camera dari official photographer tak tengok lagi. huhu.

Wednesday, December 10, 2014

.cerita gadget.

im, internet dan gadget tak dapat dipisahkan. obses gila kot. since kawan + kawen dengan dia aku turut tempias. haha.

dulu masa Samsung baru lancarkan Note dia janji nak belikan. i is so excited. then impian menjadi kenyataan. sebelum tu aku gila Blackberry. sekarang Blackberry is so outdated. orang duk pakai ios or Android kan?

masa gila Blackberry, aku mula beli Storm, then Bold 2 akhirnya beli Torch. lepas tu baru gila nak pakai Android pula. masa tu awal-awal pregnantkan Aaris. lepas deliver Aaris, Note ni dah problem, asik mampus je bateri dia. naik fed up aku. and im memang janji nak belikan something as post pregnancy present, so dia kata nak belikan aku iPhone 4s (tengah in masa tu). aku yang dari anti iPhone terus nak bila di offer. yela, siapa taknak henpon baghu kan? haha.


masa ni zaman beli henpon kat Mines. hihi. im beli iPhone dekat DiGi, ikat kontrak 2 tahun sebab kami memang pakai line DiGi pakej internet sekali tu. masa tu aku tengah pantang, so dia la uruskan pemotongan sim semua. last-last dia naik syok pakai iPhone, dia pun beli juga iPhone 4s. tapi im beli 2nd hand je masa tu. orang tu nak jual sebab tak serasi gitu pakai iPhone katanya.

tak lama lepas tu iPhone 5 dilancarkan (bahasa buku sangat). so dia pun tak lepaskan peluang beli. dapat staff price sebab kakak dia kan kerja Maxis. tapi murah dalam rm200 macam tu kot. then im ni jenis tak reti duduk diam-diam pakai satu fon je tau.

dan dia dapat offer oleh orang koperasi (office dia punya kelab koperasi macam tu la) sebab dia tak pernah buat loan di koperasi dia boleh tukar dengan sebiji henpon Sony Z Ultra ke tak silap. so aku pakai iPhone 5 dia. dan iPhone 4s dia juai murah-murah kat mak aku. masa tu ayah aku pakai iPhone 3gs. then aku pun lupa macam mana (sebab dah banyak sangat) ayah aku pun guna iPhone 4s aku. adik aku yang last guna iPhone 3gs tu pula. then im ada beli iPhone 4 kakak dia. pun dah bagi adik aku yang last guna. so iPhone 3gs dah masuk muzium. hihi.

aku dah tak ingat turutan berapa kali im beli/swap henpon dia. anak dah dua ingatan pun dah loose. antara henpon yang dia pernah pakai Lenovo A3880 (tak silap) then baru beli Asus Zenfon 6. dia suka yang screen sedikit besar supaya senang main game katanya.

dan baru ni dia belikan aku henpon baghu. teehee, dia pakai balik iPhone 5 dia and Asus. dia memang kena ada dua fon. aku tak faham kenapa. haih. then Ahad lepas dia swap dengan orang henpon Asus dia dengan Note 2. nak jadi cerita pagi tadi aku terjatuhkan henpon dia masa nak ambil towel. siapa suruh nak masuk toilet pun bawa henpon then tinggalkan kan? *taknak ngaku salah*

tapi nasib baik screen luar je yang retak tapi masih boleh berfungsi. selamat duit aku sebab dia kata murah je. oh ye, sebelum ni dia ada swap dengan orang henpon apa tah dengan Note 8 inch tu. tapi apa tah problem Note 8 dia haritu, so kengkonon nak baiki sendiri. memang okay je lepas baiki tapiiiiiii tak boleh touch screen dengan jari. kena dengan pen dia je boleh. and kalau nak suruh orang kedai repair pun dia tak sanggup. macam ada masalah motherboard. mungkin im tersentuh ke apa tah masa baiki tu aku pun tak tahu la. so membazir kan di situ anok-anok? terbiar je kat rumah tak terpakai. macam orang kaya. haih geram aku. lepas ni tak tahu nak pakai henpon apa pula? grr.

so far aku rasa iPhone is the best. bateri pun tak la menyakitkan hati sangat. camera pun cantik je. ada camera canggih pun tetap nak guna henpon sebab mudah. family belah aku semua pakai iPhone. adik aku yang ajeem tu je pakai Asus sama dengan im sebab terjebak tengok henpon im la tu. ayah dengan mak aku pakai iPhone 4s. bella pakai iPhone 5s. wawa pakai iPhone 4. untunglah form 5 dah pakai iPhone kan.



Aaris tak habis-habis "apad" (iPad). kalau iPad habis bateri dia akan cakap "charge, nak phoi mama?" faham ke faham? nak henpon mama katanya >.<

tak lama lagi anniversary. kenapa kejap sangat masa berlalu? tetiba. ngeh.

Monday, November 24, 2014

.Maha 2014.

fuhh lama tak berbelog. sebab bawak cable harini, moh kita bercerita sebab ada gambar menarik untuk dikongsi.

asal weekend je mesti baba bz dengan event. takpun baba kan kerja shift so tak menentu cutinya on weekend. last week dah bercuti sakan di Penang (masih tak berupdate) so minggu ni baba bz dengan job aiskrim. Sabtu Ahad bz, tapi Ahad aiskrim habis cepat so petang sikit dalam 3 lebih kami pun ke PICC konon nak g tengok  Karnival Upin Ipin. bila dah sampai kereta banyak gilaaaaa. then parking takde, kemudian kena parking dekat bawah and naik atas mendaki bagai? so baba kata tak payah, mari ke Maha2014 tengok animals. mama ikut je.

bila sampai macam nak hujan tapi pandai tak bawak payung, rain cover stroller pun tersimpan rapi di dalam plastic untuk disimpan di rumah. pffftttt. 


ni baru-baru sampai. so Aaris seronok dapat lepas tak duduk stroller. muka pun masih mengantuk sebab kena kejut ajak nak g jalan.


ingatkan dalam ni ada bird ke apa, sekali tak ada apa. patung belon "burung walid" je besor. nasib baik depan dia ada bendalah ni. so Aaris kelam kabut nampak mainan tak tau mana satu nak main :p


masa ni aku duduk dengan Ayed kat dalam khemah. baba dengan Aaris pergi tengok lembu ke apa tah. malas nak ikut sebab becak, payah nak tolak stroller. 

Ayed pun sama macam abang Aaris, taknak pandang camera tapi senyum kena agah.

kami memang ronda kawasan laman ternakan je ni sebab datang pun dah lewat kan. so nampak rumah rabbit ke apa maka jom masuk. tengah-tengah main rabbit hujan maha lebat turun. nasib baik dah ada dalam khemah. lama jugak Aaris dalam kandang ni main rabbit sampai hujan berhenti. huhu.




suka senyum macam tak ikhlas. haha.


 selain tu, ada hamster, ada ikan laga, ada sugar glider. tapi rabbit paling banyak. siap ade jualan souvenir dalam tu.


kau tengok hamster tu tidur. rasa nak sepak sebab comel. gerammmmm.


ha baru senyum. bila senyum ginilah rupa. mata pun tak nampak. haha.


baba dengan anak sama poyo :p


tengok budak tu naik lembu tipu pusing-pusing tu. level kedua dah jatuh. hihihi.


mama anak dua :D

saja bawak stroller, siap pasang buggy board tu kalau Aaris penat diri dekat belakang tapi dia taknak. eee geram aku. dia naik masa baru beli untuk test je lepas tu taknak naik langsung. eh mama susah payah beli tau? pffft. stroller ada 3 bijik, tapi suka lenjan yang ini sebab senang fold and unfold. ruang pun jimat. Quinny Zapp Xtra2 beli untuk hiasan je -.-"


jentera. hebat sungguh. Maha2014 ni besau gila. sehari tak cukup nak cover semua. tapi tu lah, parking mahal gila kot. sekali masuk rm5. eh apa daaaaa? banyak gila untung kau kaut.


jalan nak balik nampak benda ni, suruh baba dengan Aaris posing. tapi Aaris muka letih.

sekian cerita untuk kali ini. jumpa lagi di lain entri ;)

 
Blog Template by Delicious Design Studio