Monday, September 28, 2009
Syawal di KL
Aktiviti Sewaktu Ramadhan
Aidilfitri 2009
Sementara menunggu mak dan yang lain2 balik dari masjid, aku membantu menyiapkan apa yang patut di rumah. Kerja yang paling aku suka buat ialah mengisi kuih muih dalam bekas untuk dihidangkan. Ini memang kerja rutin aku dari zaman kanak-kanak lagi sampailah sekarang aku suka melakukannya. Bila urusan kerja dapur dah selesai, barulah aku pula bersiap-siap dengan baju raya.
Warna tema raya kali ini untuk keluarga aku ialah kuning cair, ala-ala sedondon. Bila semuanya dah ada di rumah, kami bersalam-salaman, bermaaf-maafan dan bergambar kenangan anak beranak.
Memang terasa sangat bila arwah abah tak ada pada hari raya kali ini. Hanya mak yang duduk di sofa untuk kami bersalaman dengan beliau. Pagi raya ni hanya keluarga aku, keluarga Saida, Ali dan Sairah saja yang ada. Abang Lizan dan Boss akan sampai ke KL kecil petang nanti.
Jam 1030am, Boss sms dan telefon dari KLIA. Katanya baru tiba di tanahair. Tengahari nanti beliau dan suami akan bertolak balik ke sini.
Selepas semuanya bersalaman, kami meninggalkan rumah dan menziarahi pusara arwah abah, arwah aki/wan tua dan juga arwah Saiful Suhairi (arwah adik Papa yang meninggalkan dunia sewaktu kecil).
Selepas itu kami beramai-ramai pergi ke rumah wan. Bersalaman dengan sanak saudara yang berada di rumah wan, menjamu selera dan tak melepaskan peluang bergambar kenangan juga.
Kemudian kami konvoi ke rumah saudara mak pula, sebelum aku minta diri untuk pulang sebentar ke rumah keluarga aku. Dalam perjalanan, aku sempat menelefon abangku, Bob, supaya menemani kami menziarahi pusara arwah ayah dan arwah abangku.
Turut serta bersama abangku, Bob ialah abangku, Nor, kakak iparku, Kak Bibah dan anak saudaraku, Khariri. Selepas itu barulah aku ke rumah keluargaku.
Hampir 2 jam di sini, barulah aku kembali ke rumah ibu mertuaku. Sampai di rumah, abang Lizan sudahpun tiba dari Kuantan, tak lama selepas itu, Boss dan suami pula sampai.
Semakin ramai orang yang datang ke rumah, macam tahu saja Boss baru sampai. Saudara mara juga datang hingga ke malam hari. Selepas itu barulah kami berehat. Alhamdulillah, 1 Syawal yang sederhana tapi membahagiakan.
21 Sept-Sejak pagi, rumah ibu mertuaku sudah dikunjungi tetamu. Bukan sahaja saudara mara tetapi para peminat juga datang beraya. Hari ini Boss dan suami akan pulang semula ke KL besar kerana mereka akan beraya di Kedah pula.
Sebelum pulang, Boss singgah di rumah wan terlebih dahulu. Aku, Papa, abang Lizan & anak2 dan mak ikut sama. Selepas makan, Boss berangkat pulang. Aku juga akan pulang ke rumah keluargaku petang ini. Selepas semua barang2 siap dikemas, kami bertolak pulang. Mak, abang Lizan dan Ali ikut sama kerana sebelum beraya di rumah keluargaku, kami singgah di rumah seorang kenalan terlebih dahulu.
Sampai di rumah keluargaku, kami menjamu mak dan yang lain2nya dengan hidangan mee kari. Selepas Maghrib, mereka pulang semula ke rumah. Malam ini ada kenduri dan jamuan hari raya di rumah kakakku. Memang aku bercadang hendak pergi kerana menurut sumbernya, majlis malam ini hanya untuk keluarga sahaja.
Apabila kami sampai di laman rumahnya, beratur kereta di pinggiran jalan. Hampir separuh rumah penuh dengan orang kampung. Huh! Ramainya. Ingatkan kami sahaja. Tapi aku tetap hadirkan diri dengan Papa dan anak2 serta adik beradikku yang lain.
22 Sept-Hari raya ketiga. Aku hanya menghabiskan sisa-sisa hari di rumah keluargaku dengan berborak, melayan karenah anak saudara dan juga tetamu-tetamu yang datang. Sekitar jam 4pm, kami anak beranak bertolak pulang ke KL besar.
Sampai di rumah, oh, bahagia rasanya. Apa yang perlu aku lakukan hanya mengemas, mengemas dan mengemas.
23 Sept-Sejak awal pagi, segala aktiviti menyiapkan apa yang patut di rumah sudah dijalankan. Tukang mesin rumput pun datang sama hari ni. Aku memang tak suka buat kerja satu-satu, kalau boleh biarlah semua benda berlaku dalam satu masa. Tak perlu bertangguh2 apa lagi dan yang paling menyeronokkan semua benda pun boleh siap pada hari yang sama. Kan bagus macam tu!
Malam ni, Papa, Mak dan Ali bertolak ke Matang, Perak, kampung sebelah arwah abah. Mak mahu bertemu saudara mara abah di sana. Sudahnya aku di rumah melayan facebook, memang bosan sangat.
Ramadhan & Menjelang Syawal
Sebenarnya bila dah lama tak menulis dan mencatat sesuatu dalam diari harian dan diari kerja, banyak perkara yang lupa dan tertinggal. Sudahnya dirangkumkan saja dalam satu entri, lebih mudah dan diringkaskan segala cerita. Boss juga berangkat ke umrah bersama suami seminggu sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri. Boss menitip khabar dari kota Madinah dan Kota Mekah menerusi facebook rasmi beliau, ada gambar2nya di sana dan juga enulis status terbaru selang beberapa hari dan waktu. Buat diriku, ada satu hari yang menggembirakan tetapi bertukar menjadi satu hari yang menyedihkan. Kegembiraan yang dipinjamkan beberapa jam sahaja dan kemudian duka pula bertandang. Tapi Alhamdulillah, jalannya dimudahkan, segalanya lancar dan apa yang dibekalkan hanya doa selepas itu. |
Thursday, September 17, 2009
Buka Puasa &Pelancaran Tahajjud Cinta
Agihan kerja sudah dibahagi-bahagikan semalam. Achik dan Miela harus membawa barang di opis ke tempat majlis diadakan iaitu di Teeq Brasserie, Rooftop, Lot 10. Paul sudah ada di lokasi untuk menyiapkan segala keperluan teknikal. Coda dan Sairah juga sudah dihubungi supaya berada di lokasi sekitar jam 430pm untuk sound check.
Selesai di tv3, kami terus ke hotel penginapan. Sambil tu, sempat lagi kami ke mall bersebelahan untuk membeli cenderahati kepada tetamu VIP malam nanti. Jam 4pm barulah kami ke lokasi. Artis2 SNP yang lain juga berada di lokasi. Selesai urusan di sini, artis2 kembali ke hotel untuk bersiap. Melihatkan banyak lagi kerja yang harus dilaksanakan, aku memilih untuk berada di lokasi sahaja. Salin baju pun di tandas yang ada di situ.
Seawal jam 6pm, sudah ada tetamu yang hadir. Maklumlah mereka tak mahu bersesak-sesak dengan jem di tengah bandar ni. Siapkan semua bahan untuk diberikan kepada media dan tetamu, Miela dan Achik turut membantu. Melayan tetamu2 yang hadir sementara artis2 tak sampai lagi.
Alhamdulillah kehadiran amat memuaskan. Ramai yang datang ke majlis ini dan memberi sokongan kepada pelancaran album. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh En. Salleh Brotherz. Kemudian berbuka puasa. Sejam kemudian majlis dimulakan dengan pelancaran Tahajjud Cinta, ucapan Boss dan Boss sampaikan sebuah lagu `Ku Percaya Ada Cinta'. Disusuli oleh nyanyian beramai2 secara akustik oleh artis2 SNP.
Selepas majlis, bisaalah, sidang media diadakan. Bergambar, temuramah tv, temuramah bersama wartawan, bergambar lagi dan lagi.........selesai segalanya menjangkau jam 11.30pm.
Alhamdulillah. Satu perkara `besar' tahun ini selesai. Aku dan D.J singgah di hotel, ambil barang2 Boss dan bayarkan bil. Oleh kerana masing-masing kelaparan sebab tak makan sangat di majlis tadi, aku, D.J, Miela dan A.Z ke gerai tomyam biasa sebelum pulang ke rumah.
Boss sewaktu menyampaikan lagu Ku Percaya Ada Cinta.
En.Juhari Shaarani, Ketua Pengarah Istana Budaya, Boss dan Mr.Tan Su Loke.
Hari2 biasa yang sibuk
Hanya 2 tarikh saja yang Boss ok, sama ada 10hb atau 11hb. Boss akan balik dari Melbourne 9 September dan dua hari selepasnya saja yang Boss ada masa. Aku lebih suka mengadakannya pada 11 September, tapi banyak sangat majlis di KL pada hari itu. Kalau 10hb pula terasa sangat terkejar2. Fikir2 kena cari tempat dulu barulah putuskan tarikh.
Lega mendapat kata putus dari SRC, hotel pula penuh pada 11hb kerana aku tidak memberikan tarikh yang sebenar kepada pihak pengurusan hotel. Ada 2-3 tempat yang ada dalam kepala aku, semuanya telah aku hubungi tapi rata-rata mengatakan 11hb tempat/hotel mereka sudah penuh dengan tempahan.
Aku mencari-cari lagi lokasi hingga ke malam hari. Melayari internet untuk melihat buffet Ramadhan yang disediakan dan tentunya soal harga kerana jemputan kami akan menjangkan 280-300 orang. Ini adalah angka lazim setiap kali kami mengadakan majlis.
Akhirnya aku terpaksa mengadakan majlis tersebut pada 10hb kerana ada satu tempat yang belum dirasmikan dikatakan sesuai. Aku bergegas ke tempat berkenaan walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10pm.
Alhamdulillah tempat baru yang agak sesuai, lapang, cantik tapi letaknya di tengah bandar. Apakah akan memudahkan tetamu yang datang??? Aku tidak ada pilihan dan tempat itu aku tempah untuk majlis 10hb nanti.
Lega soal tempat, barulah aku menghantar undangan kepada pihak media dan tetamu. Hantar undangan menerusi sms terlebih dahulu hingga jam 4am. Huh!
Esoknya bila sampai di opis, barulah aku menyiapkan surat undangan dan di faks serta di emelkan kepada jemputan. Memang tak menang tangan sungguh rasanya.
Artis2 juga akan membuat persiapan, Saida dan Sairah menyanyikan lagu raya bersama Boss dan Coda akan bermain muzik akustik. Semuanya harus diaturkan dengan baik.
9 Sept-Hari ini datang opis awal, siapkan persediaan untuk majlis esok. Siapkan kenyataan akhbar, siapkan cd2 gambar Tahajjud Cinta untuk semua media, masukkan semuanya dalam sampul. Banyaklah kerjanya. Semua orang dalam opis bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja ni.
Oh!Ya, hari ni 090909.....cantik sgt angka ni. Moga hari yang dilalui juga secantik angka ini.
Monday, September 7, 2009
Satu Malaysia
Pagi ini siapkan single Boss dan surat untuk semua stesen radio di Lembah Klang. Aku pun jadi pening kepala sebab tak tahu nak bagi single yang mana satu. Lazimnya bila album belum keluar, hanya satu single saja yang diberikan ke stesen2 radio tapi untuk kali ini aku masukkan 3 single dalam 1 cd.
Terpulanglah kepada dj radio nak mainkan lagu yang mana satu. Dah bulan September sekarang ni, masa kian mengasak. Kerja juga makin banyak, jangan otak aku bengkak..sudah!
2 Sept-Hari ni macam biasa ke opis terlebih dahulu. Siapkan beberapa kerja sebelum bergerak ke rumah Boss bersama D.J dan A.Z.
Hari ni kami akan ke Pejabat Perdana Putra, di Putajaya untuk majlis pengumuman pemenang lagu Satu Malaysia Kita yang dianjurkan Hotfm. Perdana Menteri sendiri yang akan mengumumkan pemenang.
Rasanya ini kali kedua aku ke bangunan ini. Beberapa tahun lalu menemani Boss juga untuk bertemu mantan Perdana Menteri, Tun.Dr. Mahathir mengenai cetak rompak yang diaturkan oleh RIM.
Kami sampai di Putrajaya sekitar. Sementara menunggu majlis rasmi berlangsung, semua artis, komposer dan penulis lirik menjalani latihan penerimaan sijil daripada PM. Agak lama juga menunggu majlis bermula. Semua yang terlibat berkumpul di depan dewan, banyak2 ragam. Ada yang berbual, bertegur sapa, bertanya khabar, tak kurang juga yang memgambil peluang bergambar. Maklumlah bukan selalu orang kreatif dalam seni ni dalam bersatu dalam satu acara sebegini.
Selepas 2 jam menunggu barulah majlis dimulakan. Boss juga adalah finalis pertandingan ini. Boss menyanyikan dan menulis lirik lagu Satu Malaysia yang dicipta oleh Aubrey Suwito.
Pemenangnya ialah Audi Mok/Nur Fatimah/Faizal Tahir menerusi lagu Malaysia Satu. Ini adalah pilihan rakyat Malaysia. Semua pihak menerima keputusan ini dengan terbuka.
Selepas pengumuman, majlis sidang media diadakan. Kami tidak dapat menghadirinya kerana Boss ada majlis berbuka puasa anjuran Jusco bersama anak yatim di Restoran Rebung, di Bangsar. Kami bergegas ke sana.
Boss buat persiapan awal, bawa bekal dalam kereta bimbang kami tak sempat sampai di sana sebelum waktu berbuka.
Alhamdulillah, kami sampai awal. Anak2 yatim yang diraikan semuanya sudah berkumpul. Selepas berbuka dan sembahyang Maghrib, acara diteruskan lagi. Boss membacakan buku cerita untuk anak2 yatim dan disusuli persembahan lagu raya dan juga pemberian duit raya. Majlis tamat jam 10pm.
3 Sept-Sepanjang hari hanya di opis. Hari ini aku bantu Boss membuatkan Facebook untuknya. Bagi aku Boss boleh mengumpul dan mengeratkan silratulrahim bersama seluruh peminatnya di sini. A
Sampai ke petang aku menyiapkan facebook ini, memuatkan gambar2. Dan Boss telah menulis statusnya buat pertama kali di facebook.
Pendaftaran facebook atas nama Boss amat sukar kerana banyak pihak telah mengguna pakai nama Boss. Harapnya tidak ada pihak yang terpedaya dengan facebook yang bukan milik rasmi Boss. Beberapa kali pendaftaran nama ditolak dan akhirnya inilah nama facebook Boss ``Siti Nurhaliza Tarudin Official''.
Malam ke Mid Valley lagi, teman yang ajak aku ke sana. Hampir jam 930pm, baru sampai. Banyak kedai dah tutup. Sempat ke Jusco saja. Balik tu singgah makan di Kampung Baru. Mmmmm.....tak sangka sedang makan dapat sms. Amat2 tak sangka. Thanks.
4 Sept-Di opis macam biasa. Hari ini aku rasa macam nak berbuka puasa di luar. Kami sekeluarga berbuka puasa di gerai tomyam yang biasa itulah.
Boss berangkat ke Melbourne malam ini bersama suami kerana menghantar Asraff yang melanjutkan pelajarannya di sana.
5 Sept-Sejak dari pagi rehat saja di rumah. Jam 3pm, Papa ajak aku dan anak-anak ke kedai basikal. Asalnya hanya untuk membaiki rantai basikal Put'a yang putus tapi sudahnya seorang satu dapat basikal.
Nabil dan Damia dibelikan basikal oleh Papa. Yang paling aku tak sangka Papa juga beli basikal untuknya. Papa tertarik dengan basikal tersebut walaupun harganya mahal tapi Papa tak mau berkira kerana basikal mempunyai sentimental value kepadanya.
Kata Papa, antara hadiah pertama yang diterima daripada arwah abah adalah basikal iaitu selepas Papa mendapat keputusan SPM yang baik.
Malamnya aku mencuba basikal Papa dalm rumah. Aku dah tengok ada basikal warna pink kat kedai tadi, kalau ada duit lebih nanti, aku nak beli basikal tu. Telefon???? Mmmmmm....tak sangka. Thanks.
Malam melayan facebook, Boss juga sempat online dari Melbourne.
6 Sept-Aku buat temujanji jam 1130am untuk ke beauty centre tapi aku tangguhkan ke jam 1.30pm. Jam 2.45pm, aku dan 2 orang teman ke kedai deko, lihat apa yang patut tapi tak membeli pun. Kemudian ke Ampang Point pula, jalan-jalan saja.
Balik tu sempat singgah bazar Ramadhan, inilah hari pertama aku ke sini. Sampai di rumah terus memasak untuk berbuka pula.
Balik kampung
Boss dan Erry Putra selepas shooting video klip Tahajjud Cinta untuk Muzik Aktif.
Hari pertama puasa
Petangnya aku sekeluarga ke rumah Boss. Aku bawakkan lauk sardin masak lemak cili api yang Boss minta aku masak. Bukannya dia tak tahu nak buat tapi biasalahkan...hahahahha.
Penuh lauk terhidang masa berbuka puasa tapi kami bukanlah ramai sangat. Selepas berbuka kami berjemaah bersama2 hinggalah berterawih. Selesai semuanya, kami mohon diri untuk pulang, mak mertuaku pun ikut bersama.
Sampai di rumah macam biasa aku sediakan makanan untuk bersahur nanti sebelum tidur. Kemudian bangun jam 430am dan bersahur di rumah sebelah bersama2 mak mertuaku.
23 Ogos-Hari kedua puasa. Tengahari tu aku minta Papa hantar aku ke opis. Ada beberapa kerja yang harus disiapkan kerana esok aku harus menyiapkan segala dokumen untuk Tahajjud Cinta. Jam 5.30pm barulah Papa datang ambil aku. Sampai di rumah aku terus memasak untuk berbuka puasa.
Malam ini kami semua makan di rumah sebelah (lazimnya kalau ada mertua,memang akan makan di rumah sbelah). Aku bawa lauk pauk yang aku masak ke rumah sebelah, campur lagi lauk pauk yang mak mertua aku masak.
Malam ini aku berterawih di rumah sahaja. Tak larat nak ke surau/masjid.
24 Ogos- Ke opis macam biasa. Hari pertama bekerja dalam bulan puasa. SNP biasanya habis waktu pejabat jam 530pm dan sepanjang bulan puasa kami balik awal iaitu jam 5pm.
Balik je dari pejabat, macam biasa aku memasak untuk hidangan berbuka. Kemudian berbuka puasa bersama2 mak mertua.
25 Ogos-Pagi ke rumah Boss dengan A.Z. Hari ini Boss ada sidang media mengenai saluran SITI Astro yang menayangkan konsert SATU sempena hari kemerdekaan nanti. Selepas selesai di Astro, Boss minta kami menghantarnya ke TV3 kerana beliau dan suami ada urusan di sana. Sampai di TV3, aku tidak terus balik tapi menunggu artwork Tahajjud Cinta terlebih dahulu. Hari ini kena putuskan semuanya agar kulit album boleh dicetak. Bila artwork sampai, aku minta dihantar terus ke Boss yang sedang menghadiri mesyuarat di tv3. Aku minta Boss bagi maklumbalas secepat mungkin.
Aku dan A.Z kemudiannya ke rumah Boss untuk menghantar kereta. Jam dan hujan. Sampai di rumah jam 630pm.Nasib baik masih sempat memasak untuk berbuka.
Mak mertua dah balik ke KL kecil hari ini. Dan kami berbuka puasa di rumah macam biasa. Sepanjang bulan puasa ini nampaknya aktiviti aku ke gim terpaksalah diberhentikan tapi yuran tetap berjalan.
26 Ogos-Ke opis. Jam 430pm, ke rumah Boss bersama D.J dan A.Z. Hari ini Boss akan hadiri majlis berbuka puasa sempena Mega Screening Astro. Bila aku tanya wakil penganjur tentang majlis hari ini, katanya dibuat di taman tanpa khemah. Aku terkejut dan beritahu minta sediakan khemah kerana setiap petang biasanya hujan.
Dalam perjalanan kami ke tempat majlis diadakan, memang hujan amat lebat dan kami pun sampai agak lewat. Seperti yang dijangka, memang semua orang berkumpul di rumah yang terdapat di tepi taman itu. Acara jadi kelam kabut kerana semuanya bertukar. Hujan tidak juga berhenti.
Berbuka puasa ala kadar saja untuk alas perut kerana keadaan ketika itu amat tidak selesa. Malam ini Boss berduet dengan Faizal Tahir lagu raya Cahaya Aidilfitri secara akustik dengan diiringi gitaris dan juga Faizal sendiri. Memang tidak ada latihan, semuanya spontan semasa di majlis itu. Kemudian Boss sampaikan lagu terbarunya, Ku Percaya Ada Cinta.
Selesai majlis, kami berangkat pulang.
Sesuatu telah bertukar tangan. Harap gembira dengan pemberian itu.
Sebelum berangkat ke Astro Mega Screening.
Kenangan dengan Lisa Surihani dan Boss di majlis Astro Mega Screening.
Boss dan Faizal Tahir berduet lagu Cahaya Aidilfitri.
Ulangtahun Perkahwinan Boss ke-3
Petang tadi Boss dah ingatkan aku tentang majlis doa selamat di rumahnya malam nanti. Hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan Boss yang ke 3. Mmmm..cepatkan masa berlalu. Moga Boss terus diberikan kebahagiaan bersama suami sampai bila-bila.
Menyelak tirai nostalgia pada tarikh ini 3 tahun lalu, sukar untuk aku gambarkan situasi aku waktu itu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semuanya kutanggung seorang diri, hanya Allah Maha Mengetahui. Selepas 3 tahun, Alhamdulillah, aku bersyukur atas apa yang telah dikurniakan, rahsia Allah memang aku tidak pernah tahu. Namun kurniaan yang kuperolehi hari ini jauh dari apa yang aku jangka, bersyukur padaMu Ya Alah.
Boss adakan solat Maghrib, Isyak dan seterusnya Terawih di rumahnya malam ini. Aku tidak berkesempatan ikut sama. Aku tiba agak lewat. Mak mertua aku memang ada di rumah Boss. Sampai saja aku di rumah Boss, mereka sedang memotong pulut kuning tanda kesyukuran.
Selepas itu barulah aku bertemu para tetamu dan rakan media yang hadir. Boss ajak aku bersembang sambil wawancara denan rakan2 media yang datang malam itu. Lama jugalah perbualan kami. Selepas selea semuanya, aku minta diri untuk pulang ke rumah.
Sampai di rumah, aku siapkan hidangan untuk bersahur pagi nanti. Sempat tidur sekejap saja. Bangun jam 4.30am, panaskan lauk pauk dan bersahur. Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi tahun ini. Bulan yang begitu akrab dengan aku pada detik2 derita melingkari hidup beberapa tahun lalu.
Rakaman Konsert Sesuci Lebaran
Sengaja aku menampilkan kesemua artis SNP dalam acara ini kerana masing2 mempunyai material/single yang perlu diberi promosi. Sekurang2nya penonton dapat juga mendengar lagu2 mereka ini di kaca tv kerana agak sukar mempromosikan lagu2 artis baru di radio sekarang ini.
Aku juga tidak tahu di mana silapnya, rasanya aku dah berusaha semampu yang mungkin. Sekarang ini Achik, PR baru SNP akan membantu aku dalam urusan radio. Harapnya selepas ini segalanya akan lebih mudah lagi.
Selepas latihan, makan tengahari dahulu dan jam 2pm disambung lagi sehingga jam 430pm. Sementara kesemua artis berehat dan disolek, aku berjumpa dengan H, dia menghantar cd artis2nya padaku. Aku titipkan barang kepadanya. Tapi H tak dapat beri hari ni dan ditangguh ke esok hari pulak katanya.
Jam 7am, penonton/peminat sudah mula sampai. Jam 845pm barulah rakaman bermula dan habis agak lewat sekitar jam 12am. Boss ada wawancara dengan pihak media selepas acara. Aku balik bersama teman dan juga Saida. Tak larat sungguh malam ni, sepanjang dalam kereta aku senyap sahaja, sampai teman aku pun hairan. Katanya itulah kali pertama tak dengar suara aku bercakap. Entahlah, malam ni aku memang penat.
Sampai di rumah, basuh muka dan tidur. Tak larat.
Semoga cepat sembuh ya..dah dapat bekalan ubat tuh.