13 Feb-Papa memancing bermula malam tadi sampailah ke jam 4.30 pagi. Beberapa kali juga Papa menelefon memberitahuku bahawa banyak ikan yang sangkut di pancingnya tapi beberapa kali juga terlepas. Papa ada memberitahuku bahawa bapa mentuaku berada di hospital KL kecil, badan tidak enak katanya. Kata Papa, rawatan biasa saja dan bapa mentuaku memandu sendiri ditemani ibu mentuaku.
Sekitar jam 5am, Papa tiba di rumah. Seperti biasa, tiap kali Papa balik, aku pasti terjaga. Baru saja Papa nak melabuhkan kepala ke bantal, kira2 jam 5.30am, ibu mentuaku menelefon Papa dan minta pulang segera ke KL kecil. Aku juga bingkas bangun, tanpa bertanya banyak kerana apa yang ku dengar adalah bapa mentuaku jatuh di rumah.
Aku, Papa dan iparku Ali bergegas pulang ke KL kecil. Tiba di KL kecil sekitar jam 730am dan aku sempat singgah belikan sarapan terlebih dahulu. Tiba di rumah, keadaan bapa mentuaku memang tidak seperti selalu. Aku dapat lihat perubahan dirinya. Papa dan Ali membantu bapa mentuaku, apa yang termampu. Dan kala itu barulah Papa, aku dan ibu mentuaku menelefon adik beradik dan anak-anak semua.
Dalam perjalanan pulang tadi, aku sudah sms D.J tentang kerja hari ini, minta dia ambil alih tempatku. Jika ada apa2 berlaku, aku sudah bersedia dari awal. Sairah ada temubual pagi nanti dan sebelah petang pula ada acara Sairah dan Saida dengan Media Hiburan. Semuanya bergantung pada keadaan. Aku minta D.J bersedia sahaja dan aku akan maklumkan perkembangan terkini nanti.
Papa bercadang membawa abah (bapa mentuaku) ke KL besar. Boss kemudiannya mengatur ambulan dari HAP ke KL kecil untuk membawa abah. Sekitar jam 11am, ambulan sampai di rumah dan kemudian ke KL besar. Aku dan Papa konvoi dari belakang ambulan, Ali pula tinggal dahulu di rumah untuk pastikan semua dalam keadaan ok sebelum menyusul ke KL besar.
Agak laju juga ambulan yang membawa abah. Aku dan Papa sesekali mengekori dekat tapi adakala jauh ditinggalkan. Melihatkan keadaan ini, aku sms D.J untuk batalkan aktiviti Saida dan Sairah dan minta mereka terus ke hospital saja nanti.
Sampai di HAP sekitar jam 1pm lebih. Tak lama kemudian boss dan D.J sampai. Kami menunggu abah di rawatan di ruang kecemasan sebelum dibawa masuk ke wad.
Setelah berpindah ke wad khas, bilik untuk seorang, keadaan abah tak banyak berubah. Doktor segera memberi bantuan terutama mengenalpasti apakah yang dialami oleh abah. Seketika, ruang wad penuh dengan anak2 abah. Ada juga anak saudara abah. Doktor memperjelaskan bahawa abah terkena serangan jantung dan seterusnya menyusul pula perbincangan kami dengan doktor untuk membuat pemeriksaan susulan.
Nyata, memang jantung abah amat bermasalah.Sekali lagi doktor mahu bertemu dan berbincang dengan anak2 abah. Kami mendengar penerangan doktor, segala gambar ditunjukkan kepada kami dan melalui imej yang terlihat jelas bagaimanakah keadaan jantung abah.
Tidak mudah membuat keputusan. Hampir 2 jam perbincangan kami bersama doktor. Hanya Ali dan abang sulung sahaja yang masih belum tiba dari Pahang. Abah memang tidak mahu menjalani pembedahan, ibu mentuaku juga nampak amat risau, namun doktor telah menerangkan segalanya kepada abah.
Abah dinasihatkan doktor membuat pembedahan pintasan pada jantungnya. Itulah jalan terbaik kerana satu2nya cara menyelamatkan jantung abah adalah dengan cara itu sahaja, kata doktor.
Kata akhir emak (ibu mentuaku), apa jua keputusan biarlah semua orang berterus terang dengan abah. Walaupun keadaan abah agak merisaukan tapi emak mahu abah diberitahu. Aku tahu bagaimana rasa hati seorang isteri. Jika aku berada di tempat emak pun, pasti banyak perkara buruk baik yang bersarang di minda. Dan sebagai isteri, tentulah emak mahu abah tahu segala2nya.
Semua akur dengan pandangan emak dan kami berkumpul sekeliling katil abah. Bila anak2 semua di sisi abah, sempat lagi abah bergurau. Boss yang tidak dapat menahan airmata, membuatkan suasana agak sedih dan sukar. Abah juga nampaknya begitu mahu lebih dekat dengan kami semua malah bertanya apakah keputusan kami. Bila masing2 mahukan yang terbaik buat abah, akhirnya beliau juga memahami dan akur apabila beliau sendiri menandatangani surat persetujan untuk pembedahan.
Keputusan ini sukar apatah lagi doktor telah menerangkan risiko2nya. Kondisi diri abah juga tidak dapat diramalkan memandangkan usia abah sekarang dan juga penyakit2 lain yang abah hidapi dalam sedar atau tidak.
Kami menghabiskan masa sebaiknya sebelum abah ke bilik pembedahan. Abah banyak bergurau dan cuba menceriakan suasana. Doktor mahu melakukan pembedahan secepatnya dan tepat jam 7pm, abah sudah dibawa ke bilik bedah. Abah sempat melambai2 kepada kami sebelum dibawa masuk.
Kami ke wad, masing2 berdiam diri, sukar mahu mempercayai apa yang sedang kami depani. Segalanya berlaku sekelip mata. Doa buat abah agar selamat menjalani pembedahan. Sementara menunggu abah dibedah, aku dan yang lain2 makan malam di restoran berdekatan. Ada yang pulang ke rumah dan berjanji akan datang lagi malam nanti.
Tiba-tiba doktor menelefon untuk memaklumkan pembedahan yang sepatutnya jam 8pm tertangguh ke 1030pm disebabkan ada masalah saluran kencing abah. Kes baru pula yang doktor temui. Aku pulang ke rumah jam 12am, amat penat. Papa terlelap sekejap dan jam 2am kembali ke hospital.
Aku tidak ikut sama sebab Papa mahu aku berada di rumah. Sekitar jam 3am, abah selamat menjalani pembedahan dan keadaan tidak stabil lagi.
14 Feb-Jam 5am Papa pulang ke rumah dari hospital. Dalam keadaan masih letih aku sempat bertanyakan keadaan abah. Kurang stabil kata Papa.
Jam 6.30am, ibu mentuaku menelefon Papa. Minta Papa datang kerana doktor memberitahu bahawa abah diberi bantuan pernafasan melalui mesin. Barangkali ada masalah.
Papa yang terkejut lagi dengan panggilan telefon sementelahan terjaga dari tidur teresak2 menangis. Aku terkejut dan bertanyakan Papa apa yang berlaku. Papa tidak menjawab malah terus menangis. Aku bingung dan tidak tahu apa yang berlaku. Papa terus bersiap dan sewaktu sembahyang Subuh aku lihat Papa bersungguh2 berdoa dan menangis sepuasnya atas sejadah. Papa menelefon boss, dan aku lihat Papa masih tak dapat menahan sebak dan menangis lagi.
Aku tahu sejauh mana keakraban Papa dengan abah. Sukar nak gambarkan bagaimana Papa mendahulukan segalanya untuk abah dan aku sentiasa memahami. Bila abah dalam keadaan begini, tentulah Papa tidak dapat menahan rasa sedihnya.
Kata Papa, dalam sekejapan lenanya tadi, dia bermimpi buruk. Tapi Papa tak menjelaskan isi mimpinya padaku.
Aku turut bersiap mahu ke hospital. Sempat lagi bawa Damia pergi membeli sarapan pagi. Seterusnya aku dan Papa ke HAP. Aku, Papa dan ibu mentuaku menjenguk abah di Unit Rawatan Rapi, sungguh kasihan melihat keadaan abah. Tidak lama selepas itu boss datang, dan kemudian aku berada di HAP hinggalah ke jam 1.45am tadi.
Sepanjang hari ini ramai saudara mara dan rakan2 melawat abah. Silih berganti sampailah ke tengah malam. Aku beberapa kali menjenguk abah, bertanyakan keadaan abah pada doktor dan jururuwat bertugas. Wad ini menjadi tempat kami menunggu, sesiapa yang bertandang dan ibu mentuaku tidur di sini.
Abah dipantau sebaiknya oleh kakitangan HAP. Setakat ini segalanya masih tidak stabil. Doktor juga tidak merahsiakan apa2 bila menerangkan keadaan abah.
Semua mulai risau tapi kami harap Allah berikan kesempatan supaya abah segera sembuh. Abah benar2 menjadi tiang kepada keluarga ini. Melihatkan situasi emak (ibu mentuaku), aku juga tahu, emak amat2 risau. Justeru emaklah yang paling jarang menjenguk abah kerana aku tahu, emak tidak sanggup melihat keadaan abah.
Sebelum pulang tadi, kondisi abah berubah2. Allah Maha Penyayang dan Mengetahui segala rahsiaNya. Moga Kau berikan kesempatan untuk kami bersama abah lagi. Kami memanjat doa kepadaMu Ya Allah.