Dunia Kecilku
Ia adalah rumah perasaan, tempat jiwa membuat singgahan dengan tulisan.
Friday, June 27, 2014
Thursday, June 7, 2012
Hari akhir di blog ini...
7 Jun 2012-Semalam saya berazam untuk mengemaskini kembali blog ini, mencari template/layout baru dan sebagainya. Hari ini, saya memilih untuk menutup blog ini..jangan salah faham, saya akan buka blog lain dengan versi yang lebih up to date. InsyaAllah, link blog ini ke blog baru akan ada juga nanti....maknanya, sesiapa yang baru mengikuti blog saya, akan dapat membaca kisah2 saya yg dulu2 juga. Namun saya pernah tinggalkan dunia blog yang saya mulakan pada tahun 2002 ini pada 2006 dan seterusnya. Kemudian saya kembali, terhenti2 juga lagi. Banyak punca dan sebabnya termasuklah dengan adanya facebook..hehehehe.
Saya dengan ini, akan menutup blog DUNIA KECILKU ini, dan akan muncul dengan blog baru, nama blog juga baru.
Ada sebab saya memilih tarikh hari ini; saya menulis blog bermula tahun 2002, dan hari ini ada peristiwa ttg hidup saya utk bulan yang ke 22. Sinonim, lebih kurang.
Terima kasih kepada semua yang telah membaca blog2 saya selama ini, saya hanya penulis kecil dengan cerita terpencil, namun sesekali, inilah saja rumah perasaan untuk saya...sebagai manusia kerdil.
Bertemu lagi di lain blog..insyaAllah. Salam.
Wednesday, June 6, 2012
Selepas 2 Tahun
Mencuba sesuatu yang baru hari ini..mencari2 template/layout yang ok..masih dalam pembikinan dan pencarian...
Friday, January 28, 2011
RECAP 2010
RECAP 2010
Kenangan bersama2 Sitizoners yang hadir
Ehsan gambar: Ctea Fairuz
Sewaktu ulangtahun ke 7 Sitizone
Shooting opening gambit SITI bersama Ebby Saiful
Shooting opening gambit program SITI
AidilAdha 2010
Aidilfitri 2010
Bersama anak2 yatim yang diraikan..
Kenangan selepas majlis
Majlis berbuka puasa SNP 2010
Boss sewaktu membuat persembahan
Bersama Boss sblm menjayakan persembahan
Bersama Papa di red carpet
Nyanyian2 artis2 SMK Clifford bersama AJK
Kenangan bersama batch 92/93 yang hadir
Bergambar beramai2 di padang
Sewaktu di red carpet reunion SMK Clifford
Bergambar dgn `kenanganku' berpantun di SMK Clifford
Hari kedua reunion di SMK Clifford
Di padang SMK Clifford, K.Lipis
Memberikan penerangan untuk acara
Latihan muzik
Boss sewaktu menjayakan persembahan di Kuching
Sewaktu di depan hotel di Kuching
Bersama kek hari jadi
Kucupan di hari jadi...
Nyanyian lima beradik dalam lagu Kini Di Kau Jauh
Acara memotong kek sempena ulangtahun ke 15 Boss dlm industri muzik
Majlis pelancaran album Apresiasi
Bersama salah satu anugerah yang dimenangi
Di Anugerah Industri Muzik
Bersama Boss di ABPBH
Boss dan produk SimplySiti
Di majlis pelancaran SimplySiti
Gandingan Aizat, Boss n Faizal Tahir
Persembahan hari kedua KSS
Kenangan sekeluarga
Mempersembahkan 3 lagu dari album CTKD kepada tetamu
Boss & KD sewaktu berucap di majis pelancaran album CTKD
Gambar untuk dimuatkan dalam inlay album CTKD
Sewaktu ulangtahun ke 7 Sitizone
Shooting opening gambit SITI bersama Ebby Saiful
Shooting opening gambit program SITI
AidilAdha 2010
Aidilfitri 2010
Bersama anak2 yatim yang diraikan..
Kenangan selepas majlis
Majlis berbuka puasa SNP 2010
Boss sewaktu membuat persembahan
Bersama Boss sblm menjayakan persembahan
Bersama Papa di red carpet
Nyanyian2 artis2 SMK Clifford bersama AJK
Kenangan bersama batch 92/93 yang hadir
Bergambar beramai2 di padang
Sewaktu di red carpet reunion SMK Clifford
Bergambar dgn `kenanganku' berpantun di SMK Clifford
Hari kedua reunion di SMK Clifford
Di padang SMK Clifford, K.Lipis
Memberikan penerangan untuk acara
Latihan muzik
Boss sewaktu menjayakan persembahan di Kuching
Sewaktu di depan hotel di Kuching
Bersama kek hari jadi
Kucupan di hari jadi...
Nyanyian lima beradik dalam lagu Kini Di Kau Jauh
Acara memotong kek sempena ulangtahun ke 15 Boss dlm industri muzik
Majlis pelancaran album Apresiasi
Bersama salah satu anugerah yang dimenangi
Di Anugerah Industri Muzik
Sewaktu menerima Anugerah Bintang Paling Popular
Bersama Boss di ABPBH
Boss dan produk SimplySiti
Di majlis pelancaran SimplySiti
Gandingan Aizat, Boss n Faizal Tahir
Persembahan hari kedua KSS
Kenangan sekeluarga
Mempersembahkan 3 lagu dari album CTKD kepada tetamu
Boss & KD sewaktu berucap di majis pelancaran album CTKD
Gambar untuk dimuatkan dalam inlay album CTKD
12 bulan, setahun tanpa tulisan. Pelbagai kenangan seperti tak tercatatkan namun diari manual sentiasa kemas dengan maklumat meski tanpa perincian. 2011 terlalu banyak yang dijalani, setiap hari yang terisi juga rencamnya pelbagai.
Jan-Beberapa hari sebelum penghujung tahun 2009, album duet pertama Boss dan Kris Dayanti yang berjudul CTKD (Canda, Tangis, Ketawa, Duka) dipasarkan. Jadual kerja yang amat hebat sekitar hujung tahun kerana terlalu banyak hal yang harus diselesaikan tentang album ini. Semua hal jadi mudah dengan sikap keterbukaan kedua2 penyanyi ini. Baik Boss atau KD, apa yang penting adalah usaha murni menerbitkan album ini berhasil. Ia bukan saja untuk kepentingan kerjaya mereka tetapi ragam ketidakseragaman `rasa' dua negara ini juga tercetus beberapa bulan kebelakangan. Barangkali medium seperti muzik dan budaya mampu menjadi pengaman. Itulah yang difikirkan.
Sesuatu yang pasti Januari selalu diingati kerana ada sambutan hari kelahiran Boss. Menetapkan 11 Januari untuk pelancaran album ini, memang agak tergesa-gesa kerana banyak hal yang perlu dikerjakan. Rutin mencari lokasi, menyiapkan itu ini, jemputan dan sebagainya. Menelefon Kris Dayanti, moga ada kelapangan untuk menghadirkan diri, jika beliau tidak dapat hadir, tentunya hanya diadakan majlis hari jadi sahaja. Pelancaran album mungkin ditangguh ke lain kali. Amat berbesar hati bila KD menyatakan kesudian untuk hadir meski ada kekangan masa dan jadual diri.
11 Jan-Majlis pelancaran album CTKD (Oh ! Ya, Mengapa CTKD. Agak ringkas judulnya kali ini. Aku merangkumkan semua makna perasaan itu kerana ia melibatkan situasi yang berlaku/terjadi kepada kedua2 penyanyi ini. Ada kesalingan yang mereka selangi dalam semua perasaan2 itu, tentunya ia lebih berat kepada KD. Sewaktu menghantar SMS kpd Kd bagi mendapatkan persetujuan menggunakan tajuk CTKD untuk album ini, belum sempat selang waktu 5 minit, terbalas...ya kak, luv u..saya sangat setuju!).
Acara disekalikan dengan sambutan ulangtahun kelahiran Boss yang ke 31. Paling menerujakan ialah persembahan `surprise' yang dirancang khas untuk Boss 4 hari sebelumnya. Terima kasih di atas komitmen Sititology yang telah mempersembahkan `Stroberi Coklat The Musical' dengan baik dan menghiburkan sekali. Rakan2 media ini telah membuatkan seluruh tetamu pecah perut dengan gelagat yang ditonjolkan dalam menjayakan watak2 yang mereka bawa.
Akhir Januari, CTKD dilancarkan pula di Jakarta, Indonesia. Kami menyiapkan video klip Amarah sewaktu ke sana dan bertemu pihak media. Sempat juga Boss meluangkan masa bertemu Sitizoners Indonesia dalam majlis makan tengahari di Restoran Natrabu di Jakarta. Indah sekali pertemuan, memang bergenang airmata mendengarkan apresiasi setiap seorang drpd peminat yang datang. Sangat2 mengesankan.
Meski sibuk dengan album CTKD, aku juga menggalas tanggungjawab menyelaraskan Konsert Satu Suara yang bakal dijayakan di Istana Budaya pada Februari 2010. Ia saat yang begitu padat dengan pelbagai urusan. Tidak mudah menjayakan konsert, banyak hal yang harus difikirkan, kewangan adalah suatu keutamaan. Gerak kerja diteruskan dengan team SNP dan juga team yang bertanggungjawab membantu untuk kejayaan konsert ini. Tenaga produksi diketuai Jennifer Thompson sebagai Pengarah Konsert.
Feb-Tumpuan pada awal bulan ini hingga ke pertengahan bulan tentunya Konsert Satu Suara (KSS). KSS adalah proposal yang memang terlintas di mindaku untuk dipersembahkan kepada pihak Istana Budaya. Ia bermula Oktober 2009, proposal itu diajukan kepada pihak IB, dan menjadi rezeki apabila ia diterima untuk dipentaskan. Dua nama artis muda yang amat berbakat dan menyinar iaitu Aizat dan Faizal Tahir telah kunamakan. Meminta izin Boss untuk turut menyertai persembahan ini sebagai artis undangan disambut baik. Alhamdulillah, apabila 3 nama ini digabungkan, pasti ada sesuatu yang bagus dan unik boleh dipersembahkan.
Seminggu sebelum KSS berlangsung, kerja semakin bertimbun. Mulai jam 10am sudah berada di IB dan tentunya lewat tengah malam adakala sampai jam 2pagi barulah sampai ke rumah. Pernah berada di pejabat hingga jam 4am hanya kerana mahu menyiapkan buku program KSS. Semua ini pengorbanan untuk satu kerja besar kerana aku tidak mahu konsert ini gagal, kiranya aku meletakkan leher kepada SNP untuk menganjurkannya.
KSS berlangsung 12-14 Februari, sepanjang 3 hari memang begitu `havoc' di IB, luar biasa, pihak Kementerian dan IB sendiri bercadang meremajakan IB. Ternyata yang hadir majoritinya anak2 muda. Namun sambutan amat luar biasa. Sungguh riuh rendah di dalam panggung IB dengan tepukan, jeritan dan sorakan para penonton. Boss amat sporting meski harus berganding dengan artis2 muda dan tentunya pengaruh muzik rock yang disuntik dlm lagu2 nyanyian bersama Aizat dan Faizal serta nyanyian solonya menggamatkan suasana.
Mac-Mac bukan bulan untuk duduk diam, ada tugasan penting iaitu menyiapkan penerbitan album Apresiasi (Saida dan Sairah) dan perancangan untuk majlis pelancaran. Tidak mudah untuk mengetengahkan dua beradik kepada Boss kerana nama Boss sudah amat kukuh. Saida dan Sairah terpaksa bertatih namun semangat kedua-duanya harus dipuji. (Meski jenuh juga menyakinkan pihak radio untuk memainkan lagu2 mereka. Sukar rupanya lagu artis2 baru mendapat tempat di hati pihak radio.)
Penghujung Mac, Boss melancarkan produk kecantikan miliknya sendiri iaitu SimplySiti. Itulah minat Boss sejak dulu, suka mencuba pelbagai jenis produk kecantikan dan berhasrat memiliki jenamanya sendiri. Hasratnya kini menjadi kenyataan. Seingatku, sejak lebih setahun dulu, aku sudah mula diperkenalkan dengan produk2 yang bakal dikeluarkan, sesuai dengan formulasi yang dikehendaki Boss. Aku diberikan produk itu untuk dicuba, mencari kesesuaian dan mendapatkan maklumbalas. Bagiku, Boss tidak hanya mahu memancing pengguna dengan menggunakan namanya saja tetapi bagaimana beliau berusaha untuk mencari formulasi terbaik dalam produk keluarannya.
April-Awal bulan yang dimulakan dengan indah. Penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Arena Of Stars, Genting Highlands . Malam bertuah buat Boss apabila dianugerahkan lagi gelaran Penyanyi Wanita Popular (13 tahun berturut2) dan Bintang Paling Popular (7 kali) . Konsisten dalam kariernya barangkali telah menyakinkan peminat untuk kembali mengangkat Boss sebagai Bintang Paling Popular. Anugerah terindah kerana April 2010 merupakan ulangtahun ke 15 tahun, Boss dalam bidang seni. Dan ini bermakna sudah 15 tahun juga aku melihat di depan mata jatuh dan bangun Boss. Resah dan airmata. Keringat dan semangat Boss. Tidak mudah untuk berjaya, 15 tahun itu di mataku Boss telah melalui segala2nya.
Dalam bulan ini juga, majlis meraikan ulangtahun ke 15 Boss dalam industri juga telah diadakan sekaligus dengan majlis pelancaran album Apresiasi, Saida dan Sairah. Sebetulnya memang amat sibuk untuk persiapan majlis. Baru saja mengadakan majlis sambutan hari jadi Boss Januari lalu, tentunya pengisiannya mahu berbeza dengan majlis meraikan ulangtahun ke 15 dlm industri ini.
Bulan ini juga Boss mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha yang diadakan sempena perasmian SACC Convention Centre, Shah Alam. Persembahan selama dua hari itu dijayakan bersama Kris Dayanti. Satu usaha promosi yang baik untuk album CTKD.
Mei- Anugerah Industri Muzik diadakan bulan ini. Boss memenangi 3 anugerah di samping menjayakan persembahan pembukaan bersama Kris Dayanti menerusi lagu Jika Kau Tak Datang.
Mei yang indah tentunya memberikan sesuatu yang amat sentimental kepadaku. Genap usiaku ke 36 tahun pada tanggal 11 Mei. Sambutan? Aku menyiapkannya sendiri, mengadakan majlis makan2 di Restoran Resipi Sangdewi, dengan kehadiran teman2 dan rakan kerja. Majlis itu sepertinya menjadi tema merah jambu meskipun tidak dinyatakan ada tema tertentu. Ramai yang hadir mengenakan pakaian merah jambu dan hadiah2 yang ku terima juga kebanyakannya berwarna itu.
Terima kasih atas kehadiran dan doa yang diiringikan. Ucapan demi ucapan yang diterima amat menyentuh perasaan.
Seawal bulan ini juga, Boss sudah mula menjayakan rakaman program hari raya iaitu terbitan RTM. Seperti biasa, konsep dan skrip harus difikirkan dan disuarakan kepada pihak RTM. Tidak mahu ada ulangan konsep kerana selama 15 tahun, sudah bermacam2 persembahan yang Boss jayakan.
Jun-Boss menjayakan persembahan makan malam di Kuching, Sarawak pada bulan ini, terakhir ke sini pada tahun 2004 sempena Konsert Fantasia Tour. Bayangkan, betapa lamanya Boss tidak menjejakkan kaki ke bumi kenyalang ini.
Ada perancangan untuk satu projek besar Boss yang dibincangkan bersama seorang penggiat seni di SNP. Ia baru perbincangan, belu ada kata putus ke arahnya. Jika ada rezeki, pelaksanaannya akan dimulakan seawal mungkin.
Pada bulan ini, aku sudah mula mengaktifkan diri untuk sebagai AJK bagi menjayakan projek reunion SMK Clifford. Diakui memang terlalu banyak hal yang harus diuruskan tetapi kesemua AJK telah memberikan komitmen terbaik. Pertemuan yang dinamakan `2 Gather As 1' ini merupakan perhimpunan terbesar warga SMK Clifford yang akan diadakan pada 31 Julai dan 1 Ogos depan.
Mesyuarat, mesyuarat dan mesyuarat. Sangat2 sibuk, adakala siang, adakala malam hingga ke tengah malam dan ke pagi juga.
Julai-Semakin dekat dengan penganjuran reunion SMK Clifford. Aku dilantik menjadi Pengerusi untuk AJK KL Lites. Sangat-sangat mencabar dan begitu banyak urusan. Mujurlah warga SNP yang lain juga menjadi AJK dan dapat membantu. Mula menyiapkan aturcara untuk persembahan atau perjalanan reunion. Mengenalpasti sesiapa yang bakal terlibat dan sekaligus menyenaraikan segala keperluan.
Semakin dekat dengan harinya, semakin banyak kerja yang harus diselesaikan. Ada juga mesyuarat yang diadakan di Lipis, Papa juga sudah mula bising bila aku sibuk. Aku memang sukar untuk menolak jika sudah diberikan mandat dan tanggungjawab. Biarlah amanah ini diselesaikan dengan baik. Dalam masa yang sama cuba untuk menyelaraskan kerja atau hal-hal lain.
30 Julai-Sudah berada di Lipis dan ke SMK Clifford. Membantu menyelaraskan banyak hal. Skrip untuk pengacara majlis belum disiapkan sepenuhnya dan harus disiapkan secepatnya. Mengadap komputer saja dan tidak mahu diganggu. Kemudian mengadakan latihan muzik bersama2 artis2 SMK Clifford termasuk Boss, Saida, Sairah dan Papa (Ayie), Chedd dan beberapa orang lain.
31 Julai-Awal pagi sudah di sekolah, banyak lagi urusan yang perlu dikemaskini. Sekali lagi latihan muzik dilakukan untuk tidak ada masalah pada sebelah malamnya. Hingga hari hampir senja barulah aku balik ke rumah mertua untuk bersiap-siap.
Acara bermula jam 730m melalui `red carpet', bergambar kenangan dan aku telah memulakan kerja. Segala urusan berkaitan acara di pentas, aku dan team SNP yang harus kendalikan. Sepanjang malam itu amat sibuk tapi aku sempat mengelilingi seluruh khemah bertemu tetamu/warga Old Cliffordians yang hadir. Sayangnya, teman2 dari batch 92/93 tidak ramai yang hadir.
Majlis berlangsung dengan jayanya. Boss juga sudi menyampaikan 5 buah lagu, memang Boss jadi tumpuan malam itu. Tidak mengapalah kerana Boss telah kembali ke gedung ilmu tempat beliau belajar selama 5 tahun di alam sekolah menengah.
Ogos-1 Ogos acara reunion berlangsung lagi untuk acara padang. Ada senamrobik, poco-poco dan banyak lagi. Amat seronok bila dapat berkumpul kembali. Setelah selesai majlis, kembali ke rumah mertua. Aku dan keluarga pulang semula ke KL pada sebelah petangnya.
Bulan Ramadhan telah tiba. Sebelum berpuasa, sempat menyiapkan single trio lagu raya berjudul `Panggilan' nyanyian Boss, Saida dan Sairah. Pada bulan puasa, SNP mengadakan majlis berbuka puasa dan pelancaran single tersebut. Boss juga seperti biasa dijemput menghadiri majlis berbuka puasa dan juga menjayakan fotografi untuk hari raya.
September-Sambutan Aidilfitri seperti biasa di rumahku di kampung dan juga rumah mertua. Sederhana sahaja kerana tidak semua keluarga pulang beraya. Selepas hari raya, kembali bekerja seperti biasa.
Oktober-Sibuk seperti biasa di opis, ada waktunya Boss mengisi kerja dengan jadual mempromosikan SimplySiti dan fotografi bersama majalah untuk tujuan memperkenalkan produk tersebut.
Boss juga sempat mencuri masa bercuti dalam pada sibuk bekerja serta menjayakan persembahan di luar negara (Singapura dan Melbourne)
November-Boss telah memulakan penggambaran untuk program bicarawara (talk show) SITI yang akan disiarkan di Astro Ria bermula Februari 2011. Segmen pembukaan iaitu `opening gambit' yang istimewa dengan rakaman luar telah memulakan penggambarannya. Macam-macam watak yang dipegang oleh Boss untuk menjayakan segmen tersebut.
Boss juga kembali sibuk menjayakan persembahan di sana sini. Banyak pengisian kerja dilakukan pada bulan ini di samping membuat perancangan untuk 2011.
Sambutan hari raya haji, aku dan keluarga pulang ke kampung. Boss juga pulang ke Lipis kali ini. Berkumpul keluarga tentunya riuh rendah namun tidak lama bercuti kerana harus kembali ke K.Lumpur untuk bertugas.
Disember-Rakaman untuk rancangan SITI untuk segmen pembukaan masih diteruskan. Ini adalah untuk memastikan pada bulan Januari nanti, Boss hanya akan mengadakan rakaman di studio sahaja. Semua rakaman luar dihabiskan pada bulan ini.
Memulakan promosi SS Tour pada bulan ini dan akan disambung hingga tahun depan.
Boss sempat juga meraikan ulangtahun Sitizone yang ke 7 dengan dihadiri lebih 30 orang peminatnya.
Sebetulnya 2010 adalah tahun penuh rencah, ada sedih dan indah, ada impian yang digapai dan ia singgah cuma belum disudah. Aku semakin cekal dan tabah, semakin matang menghitung perkiraan tentang makna hidup yang sedang ditongkah. Aku kembali menulis dan menulis, ia adalah sesuatu yang manis. Aku menyintai apa yang terbit dalam hatiku, aku mengasihi semua perasaan yang mengisi dan bertamu dan aku menghargai dan amat bersyukur akan segala yang telah dipinjamkanNya kepadaku. Alhamdulillah.....
Wednesday, February 3, 2010
Rindu...
3 Feb 2010- Aku cuba menulis sekerap mungkin tapi waktu amat2 membataskan. Syawal yang terakhir sudah amat lama berlalu tapi aku tidak datang dengan catatan2 baru. Ramai yang bertanya dan menunggu...insyaAllah, aku sedang menghabiskan pekerjaanku satu persatu....dan akan kucuri waktu agar dunia kecilku ini kembali berlagu. Tunggu aku pada satu waktu......tidak lama mungkin...tapi harus ditunggu. |
Monday, September 28, 2009
Syawal di KL
Gambar kenangan satu hari di hari raya. Ada gambar blur la.
24/25 Sept-Sejak balik ke KL, aktiviti hanya tertumpu di rumah sahaja. Papa ke Perak, jadinya tanggungjawab menjaga keluarga tergalas di bahuku. Damia makin hari makin suka merengek, ada saja yang tak kena.
Amat `moody' adakalanya dan yang pasti dia memang tak lepas peluang duduk berbaring di katil denganku. Channel 188 Astro, SITI, memang paling digemarinya. Kalau sejam dia dalam bilik aku, selama sejam itulah aku tak boleh tukar channel. Kalau tukar akan mengamuklah Damia.
Sambil menonton, dia akan turut menyanyi dan berjoget2 depan tv. Ada saja gayanya. Selebihnya aku suka memerap dalam bilik, buat aktiviti aku sendiri. Dua hari ni lebih banyak berfikir dan memikir. Aku ada rancangan untuk satu acara anjuran SNP tetapi bukan untuk artis di bawah naungan SNP. InsyaAllah doakanlah agar ianya berjaya dilaksanakan.
Aku juga sedang berurusan untuk hal-hal mengenai penerbitan album duet Boss dan KD. Memang agak terkejut mendengarkan berita KD tetapi jodoh, maut semuanya kerja Tuhan. Aku tidak boleh menghukum sesiapa. Sedangkan KD juga perlukan ruang dan orang yang dia boleh berbicara. Alhamdulillah, dia juga sering menghubungi terutama dalam hal2 kerja penerbitan album.
Bagi aku setiap orang ada dugaannya dan rezekinya juga. Kita tidak tahu hal2 seperti itu akan terjadi pada kita suatu hari nanti. Setiap orang mungkin ada pandangan tetapi kita harus hormati satu perkara, semua orang berbuat silap dan semua orang juga sering dipandang silap. Siapa kita untuk menentukan salah benarnya....mmmm......entahlah.
Papa di Perak 3 hari. Jumaat baru Papa balik. Aku yang kebosanan terfikir untuk mengadakan jamuan kecil di rumah pada hari Sabtu. Hanya untuk kenalan2 sahaja. Mana mungkin mahu mengundang semuanya, apa yang aku lakukan cuma majlis kecil, makan2 saja. Tak mudah juga mahu memuaskan hati semua orang. Tapi aku juga orang biasa, punya ruang untuk bersama teman dalam suasana yang mungkin santai2 saja dan dihadiri beberapa kerat orang saja.
Papa bersetuju aku adakan majlis itu. Jumaat malam aku membeli barang2 keperluan untuk memasak bermula pagi esoknya.
Sabtu, sejak pagi aku sudah ke dapur. Menyiapkan hidangan untuk tetamu hari ini. Gulai kawah daging/tulang, ayam masak tiram, acar, laksa penang, agar2 kelapa dan nasi minyak. Semuanya selesai pada jam 230pm.
Selebihnya mengatur hidangan di meja, siapkan minuman, kuih dan buah2an. Asalnya majlis ini tidak dihadiri Boss kerana majlis ini hanya untuk teman2. Aku juga segan mahu mempelawa Boss maklumlah majlis ringkas sahaja. Boss menelefon dan memberitahu dia dan suami akan hadir, tidak mengapalah. Lagipun memang sejak mula raya Boss sudah berhasrat mahu datang ke rumahku katanya.
Jam 4pm, kawan2 Put'a mula hadir. Kemudian teman2 yang lain tiba, selepas itu barulah Boss. Alhamdulillah, majlis sederhana ini bagi aku amat berseri dan bererti. Sebelah malamnya pula aku ke rumah teman yang tinggal berdekatan rumah. Segalanya serba lucu dan pastinya seronok.
Aktiviti Sewaktu Ramadhan
Saja selitkan dua gambar ni, mesti ramai dah tau gambar ni kat Mid Valley. Masa ni dah nak tutup dah Mid Valley tapi kami baru 20 minit sampai. Ni gara2 nak shopping rayalah ni, eh meneman orang shopping raya. Gaun kanak2???? Hahahahhaah.
Subscribe to:
Posts (Atom)