Jika
pihak berkuasa yang menguruskan tempat2 pelancongan ada fikir soal
agama@dakwah sebaiknya jadikanlah tempat2 tumpuan pelancong sebagai
ruang menyampaikan mesej dakwah kepada pelancong2 asing....InsyaAllah
untung dunia dapat akhiratpun dapat. Sebagai contoh di Taman Negara
Kuala Tahan Jerantut , memandangkan tempat tersebut milik 100% orang
Islam maka wajarlah pihak berkuasa dan masyarakat setempat menjadikannya
contoh pusat pelancongan Islamik pertama di Malaysia. Antara yang boleh
disyorkan ialah:
1) Sediakan mini Islamic center di tempat
tumpuan pelancong yang berfungsi menjadi pusat edaran risalah2 Islam,
Q&A tentang salah faham Islam, membantu pelancong yg ditimpa
musibah.
2) Pastikan setiap bilik penginapan di chalet ada pamplet
pelbagai bahasa mengenai Islam dan keindahannya serta sediakan al-Quran
terjemahan english dll.
3) Terapkan nilai2 Islamik kepada penyambut
tetamu serta pemandu pelancong dengan berpakaian menutup aurat serta
berakhlak mulia.
4) Haramkan terus penjualan arak di chalet2 dan
mana2 tempat di Taman Negara dan jika ada pelancong asing yang ingin
minum minta mereka bawa sendiri dari negara asal.
5)Up grade masjid
Kuala Tahan dengan menambah kemudahan seperti tanda bersih, ruang
rehat, masukkan aircond dan cantikkan landskap.
6) Jadikan masjid
sebagai salah satu destinasi pelancong dan sediakan ruang untuk
pelancong melihat jamaah solat, cthnya solat Jumaat.
7)Pemilik2
restoren@restoren terapung diwajibkan menjaga kebersihan ke tahap grade A
dan pastikan pekerjanya menutup aurat dan memberikan layanan secara
cekap, bersih dan cepat kepada pelancong...
8) Pihak berkuasa agama
mesti sentiasa mengadakan Islamic festival di sana sekurang2nya 2 tahun
sekali sempena waktu pelancong ramai dan jemput pelancong join sama,
cthnya fes nasyid....Islamic konsert dsbgnya