As-Syahid Hassan Al-Banna telah dibunuh pada 12 Februari 1949, pada usia 43 tahun. Satu Majlis Memperingati pemergian as-Syahid Hassan Al-Banna telah di adakan pada tahun 2006 di Universiti Al-Ahliah Amman, Jordan. Pada majlis tersebut Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Syeikh Muhammad Mahdi ‘Akif telah menyampaikan ucapannya dengan mengungkapkan kata-kata berikut: “Sesungguhnya Al-Banna adalah seorang ahli politik yang bijak dan seorang muslih yang bersifat ijtimaie (bermasyarkat), ia bergerak atas manhaj perjuangan yang sederhana dan berpegang tegas kepada mazhab salafi yang padanya lebih selamat dan lebih utama untuk diikuti”.
Beliau berkata lagi: Sesungguhnya Al-Banna sangat tegas mengkritik Tamadun Barat dan beliau beriman sepenuhnya dnegan dakwah yang diterangi oleh cahaya Islam dan sinar Kenabian yang dijamin kemenangannya oleh Allah Taala.
Syeikh ‘Akif juga berkata : “Peribadi Al-Banna dihiasi dengan Iman yang mendalam, kefahaman yang mantap terhadap agamanya dan kesungguhannya menuruti jejak Rasulullah s.a.w di dalam dakwah dan usaha merubah masyarakat. Al-Banna tidak pernah berhenti menyampaikan dakwah dan menyeru kepada jihad yang dianggapnya sebagai satu kewajipan hingga hari Kiamat di mana semua ini tercerna dalam syiar yang dilaungkannya iaitu “Al-Jihad Sabiluna” (Jihad jalan kami). Beliau adalah mujahid dengan lidahnya, ceramahnya, penanya dan bukunya dan beliau adalah ‘Murabbi’ kepada pemuda-pemuda dengan menanamkan ruh perjuangan kepada mereka".
10/24/2008
10/23/2008
PETUNJUK DAKWAH : DAIE PERLU BERSIFAT IJTIMAIE!
Hairan dan pelik apabila ada di kalangan para du 'ah yang menganggap bercampur gaul dengan orang ramai suatu yang tidak penting dan tidak perlu. Cukup sekadar ceramah, kuliah, bayan di Masjid atau surau sudah memadai menyampaikan dakwah. Manakala segala ilmu yang berkaitan dengan kaedah bergaul dan cara memancing hati orang adalah tidak sepenting mempelajari ilmu aqidah, ilmu feqah dan ilmu tasauf. Malah ada kelibat para Ustaz, daie yang ke Masjid tidak mahu bertegur sapa dengan Jamaah kononnya hanya menggelapkan jiwa! Lebih dari itu Islam hari ini diuji dengan adanya para ilmuan Islam lulusan Syariah mahupun Usuluddin yang tinggal di Taman-Taman perumahan tetapi tidak lansung menggauli masyarakat, bukan sahaja tidak mahu menjadi imam atau pengkuliah di Masjid, aktiviti kemasyarakatanpun tidak mahu campur...hidup dalam kepompong yang sempit!
Cuba fikirkan, kita belajar aqidah untuk apa? Ya, memanglah pertamanya untuk mengenali Allah Taala dan mematuhi suruhan Nya. Tetapi selepas itu, adakah kita disuruh berpeluk tubuh? Atau seronok beriman seorang diri? Tidak sama sekali tidak, bahkan Allah Taala berfirman yang maksudnya: ((Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung)).Surah Ali-Imran : 104.
Ayat di atas mengarahkan kita agar menyeru orang lain agar beriman dan mengamalkan sama apa yang kita ketahui dan bukan syok seorang diri. Kerana sememangnya hakikat Islam itu adalah satu agama dakwah yang inginkan agar semua manusia mengecapi nikmat Iman dan Islam serta menjauhi perkara yang dilarang.
Bagitu jugalah dalam mempelajari ilmu-ilmu syariat yang lain. Semuanya menuntut kita beramal dan menyampaikannya kepada orang lain. Malah sesiapa yang tahu dan tidak mahu mengajak orang lain turut tahu sepertinya, dicela dan ditempelak dalam Islam, hingga diumpamakan oleh Nabi s.a.w sebagai syaitan bisu.
Baik, setelah itu satu persoalan yang timbul ialah apakah boleh kita menyampaikan apa yang kita faham hanya dengan duduk menyendiri seorang diri tanpa bergaul dan bermasyarakat. Apakah ilmu feqah yang kita pelajari dari A hingga Z boleh kita sebarkan hanya dengan berpeluk tubuh. Adalah mustahil segala ilmu yang diperolehi boleh berkembang tanpa bergaul dan bermasyarakat. Lihat sahaja bagaimana kehidupan baginda Nabi Muhammad s.a.w yang diceritakan secara hidup melalui khazanah hadis dan sunnahnya. Penuh dengan babak-babak serta adegan-adegan dan perlakuan yang melibatkan pergaulan dengan segenap lapisan masyarakat. Dengan Isteri, dengan sahabat, dengan peniaga di pasar, dengan ketua kerajaan, dengan tentera di medan jihad, dengan musuh, dengan ahli kitab, dengan kanak-kanak, dengan orang tua, dengan orang muda, dengan anak gadis, dengan orang miskin, dengan orang kaya, malah dengan tumbuhan dan haiwan serta jin. Kesemuanya membuktikan ijtimaienya baginda s.a.w, satu peribadi yang kita sama-sama akui dan iktiraf sebagai contoh dan tauladan terbaik untuk kita. Begitulah juga kehidupan para sahabat dan solafussoleh yang hidup bermasyarakat dan menyelami denyut jantung masyarakat sekeliling yang mana dengan kehidupan bermasyarakat inilah akhirnya telah membawa kepada tersebarnya ajaran agama dan melonjakkan nama harum Islam hingga disegani di seluruh dunia.
Oleh itu, sepatutnya kita semua sepakati bahawa kita perlu bergaul dan bermasyarakat. Alasan mengatakan bahawa saya ada cara tersendiri atau saya tak pandai bergaul tidak seharusnya menghalang kita untuk merubah dan melatih diri agar menjadi orang yang ijtimaie dan bermasyarakat, kerana tanpanya segala macam bentuk ilmu dan khazanah yang ditinggalkan oleh baginda s.a.w tidak akan berkembang dan diamalkan oleh manusia yang lain yang turut serta dahagakannya. Melalui amal-amal ijtimaie seperti berbual-bual, mengajar, beriadhah dan berinteraksi dengan masyarakat segala ajaran Islam akan dapat disampaikan dengan baik dan praktikal.
Setelah disepakati bahawa bergaul dan bermasyarakat amat penting bagi kesinambungan ilmu dan amal, seperkara yang perlu dijelaskan ialah mempraktikkan konsep bermasyarakat itu tidaklah semudah menyebutnya. Ya, cuba lihat di sekeliling kita betapa ramai ilmuan dan sarjanaan yang bijak dan pandai. Tetapi berapa ramai pula dari kalangan mereka yang mampu menterjemahkan ilmu ke alam realiti dalam masyarakat bagi menyerlahkan kepraktikalan ilmu yang dimiliki. Kerana ilmu yang dipraktikkan lebih memberi kesan kepada orang ramai. Sebagaimana yang sering diungkapkan , “Lidah tingkah laku itu(perlakuan) lebih memberikan kesan dari lidah tutur kata”. Sebagai contoh, seorang ilmuan Islam bercerita tentang fadilat solat berjamaah dalam majlis ceramahnya tidak mampu memberikan kesan mendalam kepada audien jika dibandingkan dengan ia turut serta berjamaah di Masjid dan orang ramai melihat perlakuan serta disiplin solat yang benar-benar berdasarkan ilmu yang sohih dan menepati sunnah baginda s.a.w. Begitu juga dalam menjelaskan konsep beriadhah dalam Islam misalnya. Hanya dengan cakap di mulut bahawa Islampun menggalakkan riadhah atau sukan tidak mampu memberikan kesan dan tasawwur yang lebih baik jika dibandingkan dengan kita menterjemahkannya ke alam realiti dengan turut serta beriadhah dan mempamerkan disiplin Islam dalam riadhah. Dengannya kita mampu memberikan contoh yang hidup bagaimana disiplin Islam dari sudut menjaga waktu solat ketika beriadhah, menutup aurat dan sebagainya.
Sekadar mempunyai sijil dan ijazah dalam bidang syariah belum pasti melayakkan diri kita menjadi orang yang bijak dan mahir bergaul dan bermasyarakat atas tujuan menyampai dan memperkembangkan ilmu. Sudah banyak bukti yang berlaku di depan mata kita, ramai di kalangan ilmuan Islam yang tidak disukai ramai kerana tidak pandai bergaul. Cakapnya kasar dan kotor, tidak pandai mengambil hati, suka memandang rendah kepada orang lain, cepat mengeluarkan hukuman dan sebagainya. Meskipun sudah bermasyarakat, mengajar ke sana ke sini, tetapi apa yang di bawa menjauhkan orang ramai dari roh Islam yang sebenarnya, malah orang ramaipun kurang minat untuk terus mendalami Islam, kerana apa? Kerana tiada kemahiran dan kurang pendedahan mengenai ilmu bermasyarakat atau bertaamul dengan manusia. Justeru ilmu tersebut adalah wajar diambil berat dan dipelajari sebagai mana wajarnya kita mempelajari ilmu-ilmu usul yang telah di sebutkan dipermulaan tadi. Kerana jika cantik dan menarik kaedah kita mendekati masyarakat maka akan nampak cantiklah apa yang kita bawa dan begitulah sebaliknya.
Dalam ilmu perniagaan umpamanya, setiap barang yang ingin dipasarkan kepada pelanggan perlu kepada kaedah “marketing” yang menarik dan berkesan agar produk yang ingin dipasarkan mampu sampai ke tangan pelanggan dengan rasa penuh yakin dan puas hati. Misalnya dengan membuat logo dan pembalut yang menarik serta memilih nama produk yang bersifat mesra dan sedap didengar. Dan jika berlaku kesilapan dalam memilih nama, ia akan ditukar. Contohnya dalam tempoh yang lama kita mengenali ubat gigi Darkie yang di packing dengan timah. Tetapi setelah dipasarkan begitu lama, pengeluar ubat gigi tersebut mula menyedari sebutan ‘Darkie’ disebut dalam bahasa melayu ‘daki’, iaitu suatu yang kotor dan jijik. Bagaimanakah sesuatu yang jijik boleh dibuat bahan pencuci gigi. Lalu ia ditukar kepada ‘Darlie’, lebih sedap bunyinya dan tiada membawa makna yang jijik. Begitu juga dengan pembalut yang ditukar kepada plastik, yang lebih ringan dan mudah digunakan oleh pelanggan. Itu sebagai satu contoh dalam bidang perniagaan. Peniaga bertungkus lumus memerah otak bagi menampilkan produk yang bermutu dan menarik serta cuba sedaya upaya memikat hati pelanggan meskipun terpaksa mengeluarkan modal yang besar. Kerana biasalah sifir orang berniaga biar rugi dahulu untung kemudian.
Contoh di atas diambil melalui perniagaan, cuba pula kita kaitkan dengan Islam. Islam memanglah suatu produk(meminjam istilah dalam perniagaan-meskipun Islam adalah lebih agung dan mulia) yang sudah baik dan menarik. Tetapi masalahnya cara ‘marketing’ atau pemasaran Islam itu dibuat dengan tidak profesional dan menarik. Akhirnya Islam yang berada di pasaran dimomokkan dengan rupa yang buruk dan menakutkan. Islam yang biasa kita dengar hari ini ialah, keganasan, peperangan, pembunuhan, kemiskinan dan seribu macam label yang menakutkankan. Sedangkan hakikatnya Islam itu mulia. Tetapi kaedah pemasaran dan orang yang memasarkannya (yakni pendakwah) mengetengahkan Islam dalam bentuk yang sedemikian rupa. Ini ditambah lagi dengan kejahatan kuffar yang sememangnya sentiasa memberikan gambaran buruk terhadap Islam.
Dalam realiti kehidupan kita hari ini pula, umat Islam telah diuji dengan kelahiran ilmuan Islam yang hanya berilmu tetapi tidak beramal dengannya. Bila berbicara tutur katanya memukau dengan pelbagai teori dan nas yang meyakinkan, tetapi bila dinilai dari segi akhlak dan peribadinya amat memual dan mengaibkan. Inilah faktor terbesar yang melenyapkan keinginan orang ramai untuk mendekati Islam itu sendiri. Akhirnya Islam ditohmah sebagai satu produk yang indah khabar dari rupa!
Inilah kemelut yang mesti diinsafi bersama dan sewajarnya kita mengorak langkah mencari formula terbaik di dalam memasarkan Islam ke tengah masyarakat agar menjadi satu produk yang menarik dan sentiasa tersemat di sanubari masyarakat.

10/22/2008
Kematian datang tanpa diundang
Pada pagi hari Jumaat 17 Oktober 2008 yang lalu, saya dan sahabat2 yang solat Subuh di surau Fatimah Az-Zahra Inderasempurna dikejutkan dengan berita kematian salah seorang ahli Qariah. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Lan meninggal ketika dalam perjalanan ke HTAA kira-kira pukul 4 pagi kerana sakit lelah. Dalam usia 40an beliau telah meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak yan masih kecil. Saya dan Ustaz Yazid telah menuruti jenazahnya hingga dikebumikan di kg Lamir Pekan....Semoga Allah Taala merahmatinya.
Apa yang menyedarkan saya ialah bagaimana panggilan Allah Taala boleh berlaku bila-bila masa. Tanpa persiapan bagaimana agaknya kita berhadapan dengan alam kubur kelak? Bagi saudara Lan contohnya, hari Khamis beliau masih lagi minum di kedai Arif, buat kerja pertukangannya, malamnya pula bersama dengan anak-anak di rumah, tetapi hari Jumaat sudah berada di perut bumi di dalam kubur keseorangan....Saya bayangkan jika diri saya berada di tempatnya dan dijemput tiba-tiba seperti itu macamana agaknya? Cukup menakutkan dan menggerunkan!
Ya Allah tetapkanlah imanku, terimalah amalanku, matikanlah aku dalam islam dan iman.....
Gambar hiasan sahaja
10/18/2008
Anak-anak buah UMP beraya di rumah
Pada 18 Oktober 2008 seramai lebih kurang 25 orang anak-anak buah SAHABAT MASJID (SAHAM) UMP beraya di rumah. Alhamdulillah kedatangan mereka memeriahkan suasana di teratak Baitul Hikmah. Meskipun dimaklumkan pada pagi tersebut mereka akan hadir, tetapi sempat juga kami sekeluarga menanak nasi untuk semua yang hadir. Jazakumullahukhairan!
Brother Imad dan Keluargapun ada sama.
10/16/2008
TIPS BERGUNA BUAT IBUBAPA
Pada 15 Oktober 2008, saya menjadi moderator Forum Keluarga Bahagia anjuran UMP dengan mengenengahkan tiga ahli panel iaitu, Ust Badlishah Alaudin Kadi Temerloh, Dato' Abdu Hamid Ketua Hakim Syarie Pahang dan Hajjah Anis Abdullah Ibu Mithali Yadim 2007. Di samping jadi moderator saya sebenarnya byk belajar daripada ketiga-tiga panel yang mantap-mantap belaka.
Apa yang ingin saya kongsi di sini ialah tips yang diberikan oleh Hajjah Anis atau Ibu Anis dalam mendidik anak-anaknya hingga berjaya. Semua 7 orang anaknya menjadi doktor perubatan dan 3 orang darinya menjadi doktor pakar. Antara rahsia mendidik anak yang diberikan ialah:
- Tegas, iaitu hendaklah bertegas dengan anak-anak seperti ketika menyuruh tutup tv pastikan mereka menutupnya. Jika suruh mandi pastikan mereka mandi dan disiplinkan mereka mengemas rumah.
- Makan berjamaah bersama anak-anak.
- Ajar solat ketika masih kecil.
- Ibubapa tunjukkan minat membaca kepada mereka dengan rajin membaca buku atau akhbar di rumah serta wujudkan mini perpustakaan atau ruang membaca di rumah.
- Wujudkan suasana rumah yang aman, damai dan bersih supaya anak-anak lebih suka duduk di rumah dari berjalan ke sana ke mari.
- Berhubung sentiasa dengan mereka jika mereka sudah belajar di luar (asrama).
- Tanya masalah mereka selalu.
- Selalu ziarahi mereka di asrama sekolah dan masak masakan kegemaran mereka untuk makan bersama.
- Berhubung sentiasa dengan sekolah dan guru-guru mereka.
- Jadikan anak-anak bila dewasa sebagai rakan dan teman.
- Setiap kali menghadapi peperiksaan ibubapa puasa dan solat hajat doakan mereka begitu juga anak-anak. Baca ayat "Alam Nasyrah" untuk lapangkan dada.
- Banyak makan ikan dan kurangkan makan ayam atau daging.
- Beri mereka makan kismis dan bekalkan kepada mereka di sekolah/asrama.
- Makan cokelat.
- Kurang membawa anak-anak keluar atau makan di luar. Lebih utamakan masakan sendiri untuk anak.
Ahli panel juga menjelaskan tentangnya wujudnya ibubapa yang membiarkan anak-anak dididik oleh pembantu rumah hinggakan mereka lebih rapat dengan pembantu rumah dari ibubapa sendiri. Beliau juga menegaskan bagaimana fenomena sekarang di mana ibubapa membiarkan anak-anak menonton tv dengan bebas terutama rancangan Astro yang jelas banyak merosakkan minda anak-anak (eloknya setiap rumah muslim tiada Astro kerana ia jelas mengganggu pembelajaran anak-anak) dengan budaya hidonisme sonsang yang pasti merosakkan sahsiah anak-anak.
Demikianlah sedikit catatan yang sempat saya buat sepanjang Forum tersebut. Begitu menarik untuk direnung bersama....Semoga Allah Taala membantu kita mentarbiah anak-anak kita. Tak dapat jadi doktorpun biarlah jadi anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kita di dunia dan akhirat.
10/09/2008
PETUNJUK DAKWAH
Antara perkara yang perlu diingat oleh para pendakwah, ustaz dan penceramah bahawa Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w bukan hanya berkembang dengan syarahan semata. Dalam erti kata lain apabila diundang ke majlis ceramah, ingatkan dalam hati bahawa kedatangan ke majlis tersebut bukan hanya untuk bersyarah tetapi lebih utama dari itu ialah muamalah atau pergaulan. Nabi s.a.w telah menunjukkan bagaimana melalui pergaulanlah Islam dalam menerobos ke pelusuk hati musuhnya. Baginda akan duduk bersama, bercerita, berbual, memberikan sentuhan-sentuhan fizikal yang sekaligus mencetuskan kekaguman kepada sahsiah baginda s.a.w. Kecenderungan sesetengah pendakwah mempertajamkan kemahiran pidato tetapi mengabaikan aspek kemahiran muamalah boleh memberikan impak negatif kepada dakwah itu sendiri. cuba lihat sekeliling kita, kedapatan para pendakwah yang tidak mesra pergaulan, tidak mesra jiran, garang, berkata kasar, cepat menghukum, besar diri, sukar di dampingi dan sebagainya.
Firman Allah Taala:
فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك . آل عمران 159

Maksudnya: (( Maka disebabkan rahmat dari Allah-ah kamu berlaku lemah Lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap kasar lagi berkeras hati, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu )).
Alangkah eloknya jika seorang pendakwah itu, di samping hebat berpidato, ia juga mudah mendekati remaja-remaja lepak, senang menghadiri aktiviti gotong-royong, cepat menziarahi orang-orang sakit, bersedia memberikan nasihat, prihatin kepada golongan susah, terbuka dalam mendekati bukan Islam dan sebagainya. Pastinya dengan muamalah hasanah seperti ini dakwah Islam akan lebih cepat berkembang! Moga kita semua sentiasa berpandukan cara Nabi s.a.w dalam dakwahnya.
Ibnu Asakir berkata: "Berbuat baiklah kepada manusia, nescaya kamu dapat memperhambakan hatinya...."
10/07/2008
Aidilfitri 1429H tinggal kenangan
Raya kali ni alhamdulillah mcm dulu2 juga. Tapi hati sedih sebab terasa terlalu cepat masa berlalu, tgh syok beribadah di bulan Ramadhan, tibalah pula Syawal, kemudian hari ni dah masuk kerja semula. Masyaallah cepatnya masa berlalu. Bertambah sedih bila lihat Masjid dan Surau kembali lengang..ke mana agaknya mereka yang ramai dulu pergi?
Subscribe to:
Posts (Atom)