Tuesday, December 29, 2009

Hadiah dah sampai

Actually, hadiah ni dah lama sampai dalam 2 minggu kot..

Thanks Comellote Collection (Wan Azie) & Muslimah Shoppe..


Jeans untuk Akma (Osh Kosh) + Mikhail (Levi's)
Mikhail n Akma suka sangat dengan seluar ni..kalau boleh tiap2 ari nak pakai tu..sib baik sorok baik punya..hehe..

Dan nursing wear dah tentulah untuk mama kan...Saaangat puas hati! Senang betul nak menyusu in public..
Tq ye untuk penaja..





Monday, December 21, 2009

Family Day Maybank

Actually kak win staff Maybank, dia ajak la zura yang bekas staff ni (menyibuk je kan) ikut sekali pergi Bangi sebab Maybank buat Family Day..memang syok la..so, kat sana ada la terserempak dengan 2, 3 orang yang zura kenal masa keje kat Maybank dulu..

Sebenarnya, lebih kepada nak bawak budak2 ni pergi bersuka ria dari duduk rumah je kan.. Cuba cari mana budak2 bertuah ni??



So, anak2 weols pon masuk pertandingan mewarna..baru 1st time masuk pertandingan ni..hihi.. Dan inilah hasilnya..






Pertandingan ni xde kategori..Kira budak dari umo 3 tahun sampai 11 blh masuk..so, sendiri fikir la sapa menang..kekeke..Dan Mikhail orang pertama hantar kertas ke depan..mengikut betul mama dia time exam.. :P

Pertandingan ke dua yang diorang join adalah acara tiup belon..


Dari awal sampai akhir, macam ni la bentuk belon yang ditiup..hahaha (kesian budak yang pakai seluar pendek tu penat je dia tiup besar2 sekali mengecut lak belon tu..xsempat pecah lagi..)





Monday, December 14, 2009

Sukaneka Halaman Ilmu

Sukaneka ni dah lama sebenarnya..sekarang baru berkesempatan nak update..
Dan teruja betul zura nk pergi pakai lawa2 sebab ni first time anak sendiri masuk sukan anjuran tadika..dah besar anak2 mama...

Budak2 panaskan badan dulu..

Siapa paling 'cute' kat depan tu?Akma la..rasa macam Akma paling muda antara ramai2 tu..

Mikhail tak leh duduk diam..ada je benda yang nak dibuat..Akma agak pemalu..

Berbanding dengan Mikhail yang lebih berani..
Akma dipimpin oleh cikgu...Sayang gambar Mikhail xde sebab Mama sibuk nak pujuk Akma..Dan paling zura BANGGA.. Mikhail dapat no 1!!!! Cayalah Abang!!!Laju betul dia lari..

Acara ke2 suap kawan2 coklat..


Pasangan ni sangat 'malu2 kucing' bila disuap..hehehe..

Ok, now nak nyanyi pulak...macam2 lagu diorang nyanyi...lagu2 ni ada kat dalam blog Akma n Mikhail.


Acara penyampaian hadiah :D


Ni buah hati pengarang jantung ke3 mama..huhu


Tuesday, November 24, 2009

Rezeki Abang

Zura saje nak try masuk contest dalam blog, Alhamdulillah rezeki anak, Mikhail menang tempat pertama!


Hadiahnya seperti yang diberitahu dalam gambar atas ni..

Voucher membeli belah di
Comel Lote Collections RM 50, dan sehelai baju Muslimah RM 40 untuk mama.. Bestnyeee.. :D

Sebab Mikhail yang menang, jadi mama kena gunakan voucher tu untuk beli barang Mikhail la..
Tahniah ABANG! Ada kebaikan juga dengan kelasakan dia ni ye...hehe ;)



Monday, November 16, 2009

Wajah-wajah kekasih

Wajah-wajah Aimy Mardhiah 5 bulan++..

Alhamdulillah rezeki Aimy semakin melimpah ruah.. Tak sia2 zura bangun tengah2 malam semata2 nak pam susu..kdg2 bangun 2 kali, kdg2 sekali je..haha bergantung pada kemengantukan.. ;P tapi paling byk 2 kali la setakat ni..

Inilah semua stok2 ebm yang zura simpan.. ada dalam 5 plastik 4-5 oz.. +-180 liner..maknanya sebanyak 720 oz la.. (matematik la pulok :p) InsyaAllah ini akan memberi zura semangat lebih lagi utk mengepam dan memenuhkan freezer kat rumah supaya ikan2 xleh masuk..keke


Sekarang zura kene lebih gigih (cam nak buat apa je kan) sebab Aimy makin kuat menyusu.. Aimy minum 5 oz sekali sebanyak 4 kali waktu zura bekerja..makin bulat la pipi Aimy kang..

Dan pam kesayangan zura setakat ni masih lagi Spectra3..luv u..muaahhh :D
Sangat2 membantu :))

Macam tak fair pulak letak muka Aimy je.. nah ni gambar terbaru Kakak Akma dan Abang Mikhail.. :-)





Wednesday, October 28, 2009

Salammm..

Assalamualaikum..

Lamanya blog ni tak berupdate..makin malas plak..ishh..syooh..syooh..tapi blog anak2 mama rajin nak update sebab nak diorang tgk perkembangan sendiri bila dah besar nanti...

Sebenarnya kehidupan sehari2 ni makin sibuk sikit sebab semua kena buat sendiri...haha..penat la jugak TAPIII ada bestnye..beratku semakin senang nak turun..yess yess!mula2 55kg je..pastu turun 50, n sekarang maintain 48kg..syukur!kalau b4 kawin dulu 42..rasa2nya skrg pon da ok kot..sbb dulu zura ni keding je..ni asben la yg cakap..(amboiii...dulu2 bukan main tangkap cintan leleh2 ek...skrg komplen plak..) :P

Seronok sangat dapat bermesra dengan anak2 kat rumah..rasa macam malass je nk g keje..nak cuti ari2..tu kalau ofis ni zura yg punya la..huhu..

Sekarang malam2 dah kena tido awal dah..kol 10 dah kena tido sebab nak tidokan budak2..kalau diorang tidur lambat alamatnya esok nak g school kena dgr jerit pekik dulu la sbb xnak bangun..

Dan malam tadi Akma pukul 8 dah tido, Aimy dan Kael lambat sikit..kul 10 lebih baru lelap..

Tgk tu bukan main berselubung lagi..




Tuesday, October 6, 2009

Di pagi raya...

Sekarang musim farmville kan..so, blog pun dah lamaaaa sangat tak berupdate...asik la bercucuk tanam..tapi syok jugak kejap je dah dapat hasil..

Org lain dah lama cerita pasal raya, zura baru nak cerita ari ni..hihi..harap lom basi lagi la ye..Seperti yang zura bgtau, raya pertama zura sampai ketiga zura beraya kat Kedah..best tapi yang sedihnya pagi raya tu tak rasa kemeriahannya :( sedih sangat sebab malam raya asben ngan ayah sedaranya g berniaga kuih kat Tanah Merah, Kedah..kalau kat kl ni macam Downtown la..Habis kemas2 barang kat tapak niaga tu dalam kul 5 lebih..perghhh..pastu tunggu solat subuh, 6 lebih baru tido..weols start beraya pukul 1 tengahari tuuu..sayang betul masa terbuang cam tu je..
so, tak dela gambar di pagi raya..huwaaaa sedih lagi...

Ni pon raya ke 3 baru ada gambar..tapi bukan dengan baju raya..tetap rasa lain kan..tapi still di pagi raya..ok la tu kan..haha nak sedapkan ati je..gambar ni diambil masa nak baik ke kl dah..tengah2 tu ibu mertuaku bersama anaknya, cucunya dan menantu kesayangannya..hahah..ke menantu hantu...kekekek ;P

Aimy tetap dengan rambut pacaknya...tak payah pakai gel pun..ni lagiii asli.. :)

Tahun depan giliran kampung saya pulak..Jangan buat2 lupa yo...


Blog Widget by LinkWithin