Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan

Sekejap je masa berlalu..Dan, sekejap je nak puasa dah..pastu Raya! tapi harap makum ye.. cuti zura tinggal 4 hari je..camana nak balik raya?

Ok..dikesempatan ini, zura ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang uols kenal zura, ada kesilapan yg zura lakukan yg telah mengguris hati..Zura pon manusia biasa jugak kan.. ;P
k 0-0 ye..

Oh ye, risau betul dengan penyakit H1N1 yang semakin ganas sekarang ni..Alhamdulillah anak2 zura dah baik dari demam..Tapi still risau jugak sebab diorang duduk tadika..Kalau boleh elak, cuba elakkan dari penyakit tu..sebab mengubati lagi susah rasanya..So, zura bagi anak2 zura makan Scott's Emulsion, Elken Spirulina (saya kan agen Elken :D ).


Zura berminat nak beli AO Max pulak..sebab sangat2 bagus untuk kuatkan ketahanan badan..tapi nanti la dulu..sebab 1 botol kecik ni pon rm100++..


Ya Allah, peliharalah kami dan keluarga kami dan jauhkanlah kami dari segala musibah..Amin

Ok..tutup cerita tu, zura nak cerita pasal maid plak..opss..bekas maid..hehe..Hari Selasa hari tu, agen zura ada call, dia kata maid tu ada call dia cakap duit dia dah kena kebas dengan org yg hasut dia lari tu...Sekarang nak makan pon xde duit...dia minta keje plak dengan agen tu..
huhu..nasib la labiii..

--------------------------------------------



Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika
masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.



Wednesday, August 12, 2009

Birthday Party

Ahad lepas, zura n co pergi birthday party 2 orang blogger..Dengan Aimy demam lagi, beratnya hati nak pegi...tapi sebab dah janji nak pergi kan, pegi jugak la..Aimy zura tinggalkan kat rumah..

Mula2 weols pg party Avin Damia dulu, anak Masviona..sampai dalam pukul 3.30ptg..makan2 n kol 4 ketibaan Mas, Prebetsabu n pengantinnya hari tu.. meriah betul..macam kenduri kahwin pulak rasa..Siap ada dj apoi..


See..macam pengantin kan..






Hubby dipaksa main game...hehe..sebenarnya hubby ni penyegan sikit orangnya..ala malu2 kucing la..keke..Sampaikan hadiah sebab menang tiup sarung tangan(bkn belon ye) sampai pecah pon dia xamik..padahal dah awal dah pecah tu..tmpt no 3 or 4 cam tu la..



Mama masuk pertandingan ikat rambut anak...Oleh kerana rambut Akma mmg dah tersedia bertocang, so zura dpt sikit je ikat rambut tu..hehe..tp dapat hadiah gak tu..Tq mas..gambar tunggu sapa2 upload dulu ye..




Lepas tu weols zasss ke birthday party Aisyah Umairah pulak, anak Atie..zura sampai lambat sangat dengan jalan jemnye..sori sangat2 Atie..tak dapat nak jumpa kawan2 pcm lain..huhu..


Lepas tu menggelupur balik rumah cari Aimy...mama rindu la sayanggg...

Happy birthday ye Aisyah Umairah dan Avin Damia! Jangan noty2 n jadi anak yg baik tau =)



Monday, August 10, 2009

Tadika Halaman Ilmu

Oleh kerana last minit baru mencari tadika, inilah tadika yang paling dekat dengan rumah..jalan kaki pon boleh sampai... :) Tadika Halaman Ilmu..


Syukran anak2 weols ni mesra alam =D ...
Sekali hantar terus je happy. Tak de la pagi2 nangis cakap xnak g school..

Ni gambar pagi tadi..Akma alim sikit..Mikhail ngan Amar bergaya ngan power rangers nya... nampak cinonet je 2 beradik ni....heheh..


Dan hari ni sayuuuu sangat mama nak g work tau ..Buat 1st time zura hantar Aimy pergi taska sbb nenek nk g klinik wat check up...sedihnye rasa..Sampai2 kat taska kul 7 lebih, zura bf Aimy dulu..menyiarapkan dia atas tilam n zzzzzz...Kesudahannya, mama lambat hari ni 6 minit..kekek..xpe yang..janji aimy sihat dan terjaga..

Pukul 10.15 nenek datang amik Aimy..Pengasuh tu kata Aimy tak bangun langsung + tak nangis dari zura tidurkan dia tadi...diorang kiranya hanya tengok Aimy je la tadi..haha..sebab susu yang zura bekalkan tak usik pon dalam peti sejuk tu...

Good Girl Aimy...Mama saaaayang Aimy...



Thursday, August 6, 2009

Yess!!! Berjaya!

Sekarang kan tgh hot berkempen pasal breastfeeding..so, zura pon nak kempen jugak la..hihi ;P (kalau tak suka pasal topik ni harap jgn teruskan pembacaan ye.. =)

Alhamdulillah setakat hari ni, seminggu lebih bekerja balik, zura still bagi full bf kat Aimy...
Zura akan bawak la kelengkapan2 ke ofis..cam nak g berperang je rasa.. =D



Inilah antara barang2 yang zura akan sediakan pagi2 untuk pastikan susu tahan lama sampai zura balik rumah...dan zura sangat puas hati pakai cooler bag n brite ice ni..boleh tahan lama sangatt..memandangkan kat ofis zura ni xdisediakan freezer, so hanya bergantung pada 2 barang ni..



Ini pulak untuk dapatkan something special buat Aimy setiap kali balik kerja...Thanks Medela. sangat2 membantu..
zura beli Medela harmony ni kat Aishah secara online..tq so much u..layanan dia mmg tip top! Sampai habis pantang dia jaga zura. Ada sekali tu, dia tanya bf baby lagi tak? haha..takut ooo..garang tol dia..kekek.. :)


Dan ini..manual la..haha
Inilah hasilnya...

Dan buat kawan2 yang bagi support terima kasih banyak2...Terutama buat Aisyah...Zura ni masa berpantang asik la dok sms ngan dia..nasib la dia melayan org cerewet cam zura nie =D


Wednesday, August 5, 2009

Maid lari...

Maid sekarang tak leh percaya sangat...baik sangat dgn dia tak leh..tak baik pun lagi la xbleh kan...ngan passport, duit lesap..lam 2k nak dekat 3...uiii!!!bg la balik weiii..

------------------

Isnin dalam kul 5 zura kat ofis nak dekat balik dah ni..tiba2 mak call..

Mak : zura, Nia xde
Z: mana dia pegi?
Mak: xtau la..mak balik dari kedai tgk budak2 main2 sampai nak berterabur rumah..cari dia xjumpa..pintu belakang terbukak tak berkunci..
----------------

Ya Allah..takutnye zura masa tu fikir anak2..nasib baik la dia xbuat apa2 kat budak2 ngan Aimy yg masih kecik tue...Alhamdulillah..

B4 tu kol 4 zura ada call rumah tanya Aimy dah minum susu ke? sebab zura dengar Aimy menangis..tp dia jawab dengan suara yg tercungap2 mayb baru lps berlari..pastu zura call buat kali ke2..lambatttt sangat angkat..dia kata kat dapur..rupa2nya masa tu la dia nak lari keluar ikut pintu belakang...dengan budak2 tak terjaga...dgn baby menangis lagi..Ya Allah..


So, semalam zura, kakak, hubby emergency leave..

Zura ngan kakak anta anak g Tadika + taska...mula2 mmg nk hanta nursery je tp lps bayar, nak hantar masuk da ni, terus Mikhail nangis...(Mikhail yg b4 ni sangat berani boleh menangis sbb takut..pelik kan?) sebab yang jaga tu kakak2 badan besar2 semuanya ..hehe mayb dia takut kot..Akma da tengok kael nangis dia pon cam nak nangis je...sampai nak ikut weols balik...

Pastu terus jumpa Pengetua, minta masukkan tadika..tiga2 masuk tadika..sukaaa je diorang..senyum memanjang =))

Hubby pon ada tugas jugak...dia kena g Pejabat Imigresen kat Putrajaya..sebab kat passport 'dia' (malasnya nak sebut nama) ada nama hubby..so, kena cancel kan dulu..sebab kalau jadi apa2 kat 'dia' bukan jadi tanggungjawab weols lagi...buat report polis, selesai!

Ada orang nmpk 'dia' ni keluar ngan lelaki naik kereta..Wallahualam...Dan semalam laki dia call umah "boleh bicara sama Nia"...macam tu la dialognya..bila cakap dia dah kabur (lari) ..terperanjat laki dia..


WANTED! Hahaha...



Blog Widget by LinkWithin