Tuesday, April 21, 2009

Jawab tag



Gambar ni masa honeymoon kat Cherating..Mikhail kecik lagi tu..Akma lom ada lagi...baru nak proses...hikhik :) Haa..siap ada tarikh lagi..bukti tuuuu...

Ok ni zura nak jawab tag oleh aliz_me..actually lama dah dia tag..sekarang baru nak wat...buleh x? hehe

tag ini bertajuk, 16 perkara rawak.

syarat dan peraturannya adalah;

1. apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

check it out dear sis!

1. puteri bongsu dari 5 adik beradik

2. fav. color biru, pink, natural, peach...

3. belajar dalam bidang I.T

4. suka lagu 80 an dan 90 an yang sentimental..

5. xsuka melengahkan2 kerja

6. jarang masak tapi kalau masak xnak org kacau n tolong..kononnya nak gunakan air tgn sendiri la :p

7. suka bercuti n tenangkan hati bersama family..xsuka g sorang2

8. kalau syg seseorang, susah nak lepaskan

9. angan2 nak sambung master..InsyaAllah

10. kadang2 baik, kadang2 boleh jadi garang tau

apa lagi ye? rasa2 tu je kot...tapi kesemua tu yang baik2 je kan...haha nasib la ;P


Buat Liz yang mengetagku, dia ni zura kenal lam internet ni jugak melalui pcm ..Dah jumpa 2 kali walaupun kenal di alam maya jek..Ada sorang anak sama Alya..Dia ni lembuttt je n sifu saya...

Ermm..nak tag sapa yek..rasa2nya ramai yg dah dapat kan..sapa2 yg nak ditag la ye..sila amik jgn malu2...hihihi...:D


Friday, April 17, 2009

Proton Exora

Proton Exora dah dilancarkan..Bagi zura, boleh tahan jugak cantiknya..Orang lain zura xtau la..

Anak plak dah makin besar..sure xselesa nanti kan kalau kete biasa... ;p





Luas jugak la..

Huh..Hitam ni cantiknya ;)



Zura suka ngan kete yang tak terlalu tinggi..cam exora ni..nama pon nak dekat2 dah kan..xora..zora..zura..hahah..terlebih suda :D

Tak pe..berangan dulu xsalah kan..bukan kena bayar pon...




Wednesday, April 15, 2009

I'm 33 weeks

Semalam zura check up kat hospital..33w..Alhamdulillah semuanya ok...

Masa scan, tanya doktor

Zura : Doctor, baby girl or boy?
Doctor : Aiyakk i see hamburger..McD burger..( sambil senyum2.. )
( cait..kurang asam punya doktor..siap mcd lagi..)
Zura : Girl ke doktor?
Doctor : I don't know..i just say hamburger... :D
Zura : (huwaaaa..dush..dush doktor tu sekali... :p )

Lain2 ok..tapi berat zura turun la..bulan lepas 63kg semalam 62.5kg..apasal ek? Tapi bila zura tanya doktor baby kecik ke, dia kata ok la tu..elok2 ngan badan mama dia...ahhh lega rasanya..

So, lepas ni check up kat hospital lambatttttt lagi...2/6. kalau masa tu belum bersalin check up cam biasa, tapi waktu tu dah +- ngan dd la..So, minggu depan check up kat klinik biasa je sampai la bersalin...Go go go..Ale ale ale.. :)



Tuesday, April 14, 2009

Suami Boroi Tanda Bahagia

Zura dapat dari emel..cam best je baca..hehe

Suami boroi tanda bahagia?

SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu
suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa
suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga.
Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal
perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59
kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya
mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita
mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung
penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang
buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?

ISTERI BAHAGIA,

Hulu Langat.


JAWAPAN

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat
badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti
berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan
kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap
masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak
menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan
mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu
mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan
bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih
banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan
yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar
memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk 'makan di
rumah?.

Lelaki akan merasa selesasetelah berkahwin kerana ada isteri yang akan
menyediakan makanan dan mudahbagi mereka untuk makan. Berbanding wanita.
Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus
memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih
minat memasak setelah berumah tangga.
Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan
masakan.

Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali,
periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak
bergitu.

Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami
memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti
yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat
mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak
mereka.
Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.

Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain
'b oroi?. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat
badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala
jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi
masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda
mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya
terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2
tahun dan ke atas tempoh perkahwinan.

Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian
berlaku kepada suami yang 'slim? dan masih tampan.
Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar
19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang...namun itulah
hakikatnya.

Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut
kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih
mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula 'jemu? atau
mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila
wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada
suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik
beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri
yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi
isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah
berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian
kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami
semakin 'b ulat? atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara
mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya
suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang
usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang
bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi,
botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh
perkahwinan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas
berumah tangga atas faktor ...............


Ok sambungannya adalah 18 sx... :P kalau nak sila sertakan ic nombor dan emel address nanti zura forwardkan..hahah

** Bagus..so, lepas ni boroi2kanlah suami anda ye..


Friday, April 10, 2009

Mengimbas kenangan silam

Dulu, zura minat giler ngan mat-mat nasyid ni..Saujana, In Team, n Unic..Lagu dia semua sedap2..

Jom kita dengar balik lagu2 diorang..
Saujana-Keluarga Bahagia




Orang kata Dr. Izu, vokalis kumpulan Saujana ni lembut..Betul ke? Ni videonya..Masa ni dia masuk ujibakat OIAM..Tapi zura harap sangat2 tak de la sampai jadi macam tu...Zura minat sangat dia dulu2..harap dia berubah ke jalan yg benar..Amin

Credit to Syokkahwin.com


Unic-Hanya Tuhan Yang Tahu




In Team- Kasih Kekasih



Wednesday, April 8, 2009

Rindu mereka..



Sekarang mood zura happyyy je.. tenang je rasa. Dan tak sabar nak tunggu baby keluar dan merealisasikan apa yg zura hajati b4 ni..Lagu2 pon zura letak yang sentimental je dan lagu masa muda2 dulu..haha..

Mikhail dah sihat, Alhamdulillah..malam semalam risau gak sebab dia demam panas sangat..pastu siang pon panas gak..Dari malam tadi sampai sekarang ok..xpanas dah badan dia :)
Oh,ye..perkembangan MIKHAIL zura dah update kat blog dia...sangat pandai sekarang ni..

Mikhail masa nak berlepas ke Angkasa..Cita2 mama masa kecik2 nak jadi angkasawan...masa tu Sheikh Muzaphar belum pergi lagi...sampai sekarang keinginanku masih menebal...kena tukar bidang nie..hehe


AKMA?
Ye..Akma pun nak jadi macam abang..Sangat seronok ada anak ni tau..walaupun kadang2 perlukan kesabaran yg tinggi tapi bila tengok hasilnya, HAPPY sangat2! Alhamdulillah..

Kalau main, mesti nak main sama2 walau macamana gaduh sekalipun..Adusss..mama rindu la..mama nak balikkkk..

Dan rindu kat baju "yellow colour" (mcm Mikhail cakap) tu.. :D Miss u so much, darling!!!! Sekarang ni sibuk sangat dengan sistem baru kat Bursa nun... Bila kita nak g honeymoon lagi yang? ;p


Dan rindu kat baby mama lam peyut ni..baby mama baikk je..aktif dan dengar cakap mama..Minggu depan checkup kat hospital..harap2 semua ok.. :)




Tuesday, April 7, 2009

-Sabtu-

Sabtu, zura keje..balik tu, tengok Mikhail demam pulak..bawak dia g klinik pastu pergi kenduri kahwin xschoolmate..hari tu, zura ada 2 kenduri kawin. Satu, kawan sekolah menengah, annie..Satu lagi kawan sekolah rendah yg juga blogger, mala..tapi zura sempat pergi kenduri annie je sebab sampai2 kat dewan kenduri mala tu, semua dah habis da..

Ni la Annie (Rozaini)..pengantin lelaki tak de gambar plak..kenduri ni buat kat Dewan Kajang. zura sampai2 je, kawan2 sekolah yang lain still ada dok borak2..dapatlah jumpa dorang yg dah lama zura xjumpa..kira, kitorang la tetamu yg paling lambat keluar dewan..haha


Oh ye..zura la satu2nya hari tu yg ada anak...yg lain2 ada yg pregnant, ada yg belum kawin pon ada..ter'advance' sikit.. :D
(Nampak tak Kael yang muram je sebab xberapa sihat..baru lepas muntah tu)

Habis bergambar, zura n co terus ke Kompleks Sukan Negara, Bandar Tun Razak..TAPI..ni la hasilnya..kosong dah..tinggal ada sorang 2 yg tgh sapu sampah..sori banyak2 ye mala xdapat attend..xde rezeki lagi kita nak berjumpa..

Anyway, Selamat Pengantin Baru buat Annie n Mala dan semoga uols berbahagia sehingga ke akhir hayat..

Lagi satu, jemputan dari Elyies sempena birthday anaknya, Aqilah..adus..betul2 minta maaf ye..
Mikhail plak hari tu demam sampai muntah2..nasib baik g klinik cepat..


Monday, April 6, 2009

Brands Pati Ayam

Hari ni zura kerja macam biasa ye..Jumaat, masa zura mc hari tu, zura g Astro sebab dapat msg from Era.fm kena collect hadiah pada hari Jumaat, pukul 10 - 12 tengah hari..bila zura call, tanya hari Sabtu leh x..dia cakap "Sabtu kita cuti.hehe"..ceh..so, terpaksa la mc2 tu zura g Astro amik hadiah.. :(

Sampai2 Astro dalam pukul 11 lebih, amik visitor pass terus ke kaunter Era..collect hadiah kat situ..
So, inilah dia dari Brand's Pati Ayam...






Zura dapat tahu menang ni pon masa kat Kuching..tengah shopping2, Adi Era call..dengan anak2 masa tu main barang2 dalam kedai tu..nak cakap lam phone lagi..mencabar betul..


Apa2 pun, Tq so much ERA n BRAND'S PATI AYAM.. macam la dorang baca blog zura yang xpemes amous nie..haha..xpe..kalau la staf2 yang terbaca kan, terklik ke..pasni pilih zura lagi ye..zura kasi promote lebih lagi.. :D

* And, zura xleh la makan sekarang nie.. kena tunggu habis bersalin baru boleh... dulu zura pernah rasa Pati Ayam nie, ok la dari Pati Ikan Haruan tu, hanyir2 tu biasa la..ubat mana nak sedap kan..

* Alhamdulillah, persiapan berpantang hampir sempurna..tinggal nak order jamu je.. awal bulan depan kot..order kat internet ni je ha..kan mudah lagi menjimatkan :)



Friday, April 3, 2009

Hari ni mc

Hari ni zura mc..dah lama tak mc....Tapi bukan saje2 mc ye..dari semalam lagi xsihat kan..

Dan ada la projek yang zura nak wat (cait ayat cam projek besar je)..nanti2 zura bagitau ye..zura nak relax jap..kang nak g suapkan makan kael n akma pastu nak mandikan sekali..n barulah boleh g klinik amik mc.. :D

Ok la..bubye..nak tidooo..zzzz...syoknye...

*********************************

Weekend hari tu, weols pergi Taman Alam Damai..pergi dekat2 je sebab hari nak hujan..Bawak sekali anak2 buah..

Tengok gambar je la ye.

Gelang kaki Akma tu Tok kasi...terima kasih Tok..saaaayang Tok ;) Tok ni mama kat kedah.














Thursday, April 2, 2009

Tak sihat


Hari ni badan rasa xsedapp je. Nak kata demam, xpanas. mayb panas dalam kot..nak mandi pon terketar2..hehe..Esok nak mc la camni :p

Oh ye, zura baru tukar layout baru..Saje je tukar angin..bosan lak tengok yang sama je..

Dah alang-alang tak tahu nak update apa hari ni, zura nak luahkan perasaan untuk tempoh berpantang zura nanti.. :(

Sangat sedih occay..pantang sorang2..

~ Mak, kakak2 g Bandung n Jakarta bulan 6 nanti
~ Kebetulan zura pantang cuti sekolah bulan 6, tapi Kak Ita pun tak boleh balik KL, sebab dia nak g umrah.. :(( Tak dapat jumpa anak2 buah yg zura rinduuuu sangat tu
~ Asben of course kene kerja kan..

Huwaaa..anak2 mama yang baik, jangan noty2 ye masa ada baby nanti...

* masa pantang anak no 1 n 2 semua ada sini..hahah..ngades je lebih.. ;p

* Ok, mayb nilah masa untuk zura berdikari sendiri...masak untuk pantang sendiri..so, mmg tentu2 xsedap kan..kalau nak sedap, tak leh pantang la...sebab semua yg sedap tu, xelok :)

* Ikan haruan? zura dah amik resepi nak masak ikan haruan..tapi mayb amik resepi je kot..masak lom tau lagi...xpernah rasa ikan nie..orang kata xsedap..kalau pati ikan haruan tu, boleh la dipaksa2...

Doakan semuanya selamat dan dipermudahkan ye :)


Wednesday, April 1, 2009

Sayang U Can Dance

Bila la nak tgk cite nih..ada 4 keping ni ha... nak bawak anak2 rasa2 ada ke adegan yang tak sanggup dilihat dalam cite nih? macam banyak peluk2 je nih..



Tapi minat la Nani (Amani) berlakon dalam Sindarela..tu je la pon yang zura minat dia berlakon..Dalam cite ni xtau la lagi..

Thanks Era.fm ... :D
B, jomm ;)



Blog Widget by LinkWithin