Syukran..ni plak Aimy yang menang tempat ke2..Ni n3 nya..
Tapi disebabkan Aimy tak pakai perfume dan mamamya banyak lagi perfume yang lom pakai, makanya..... mama nak buat hadiah untuk Kak Win sempena birthdaynya 1 Jan ni..
Actually kak win staff Maybank, dia ajak la zura yang bekas staff ni (menyibuk je kan) ikut sekali pergi Bangi sebab Maybank buat Family Day..memang syok la..so, kat sana ada la terserempak dengan 2, 3 orang yang zura kenal masa keje kat Maybank dulu..
Sebenarnya, lebih kepada nak bawak budak2 ni pergi bersuka ria dari duduk rumah je kan.. Cuba cari mana budak2 bertuah ni??
So, anak2 weols pon masuk pertandingan mewarna..baru 1st time masuk pertandingan ni..hihi.. Dan inilah hasilnya..
Pertandingan ni xde kategori..Kira budak dari umo 3 tahun sampai 11 blh masuk..so, sendiri fikir la sapa menang..kekeke..Dan Mikhail orang pertama hantar kertas ke depan..mengikut betul mama dia time exam.. :P
Pertandingan ke dua yang diorang join adalah acara tiup belon..
Dari awal sampai akhir, macam ni la bentuk belon yang ditiup..hahaha (kesian budak yang pakai seluar pendek tu penat je dia tiup besar2 sekali mengecut lak belon tu..xsempat pecah lagi..)
Sukaneka ni dah lama sebenarnya..sekarang baru berkesempatan nak update.. Dan teruja betul zura nk pergi pakai lawa2 sebab ni first time anak sendiri masuk sukan anjuran tadika..dah besar anak2 mama...
Budak2 panaskan badan dulu.. Siapa paling 'cute' kat depan tu?Akma la..rasa macam Akma paling muda antara ramai2 tu.. Mikhail tak leh duduk diam..ada je benda yang nak dibuat..Akma agak pemalu.. Berbanding dengan Mikhail yang lebih berani.. Akma dipimpin oleh cikgu...Sayang gambar Mikhail xde sebab Mama sibuk nak pujuk Akma..Dan paling zura BANGGA.. Mikhail dapat no 1!!!! Cayalah Abang!!!Laju betul dia lari..
Acara ke2 suap kawan2 coklat..
Pasangan ni sangat 'malu2 kucing' bila disuap..hehehe.. Ok, now nak nyanyi pulak...macam2 lagu diorang nyanyi...lagu2 ni ada kat dalam blog Akma n Mikhail.
Acara penyampaian hadiah :D Ni buah hati pengarang jantung ke3 mama..huhu
Sebab Mikhail yang menang, jadi mama kena gunakan voucher tu untuk beli barang Mikhail la.. Tahniah ABANG! Ada kebaikan juga dengan kelasakan dia ni ye...hehe ;)
Alhamdulillah rezeki Aimy semakin melimpah ruah.. Tak sia2 zura bangun tengah2 malam semata2 nak pam susu..kdg2 bangun 2 kali, kdg2 sekali je..haha bergantung pada kemengantukan.. ;P tapi paling byk 2 kali la setakat ni..
Inilah semua stok2 ebm yang zura simpan.. ada dalam 5 plastik 4-5 oz.. +-180 liner..maknanya sebanyak 720 oz la.. (matematik la pulok :p) InsyaAllah ini akan memberi zura semangat lebih lagi utk mengepam dan memenuhkan freezer kat rumah supaya ikan2 xleh masuk..keke
Sekarang zura kene lebih gigih (cam nak buat apa je kan) sebab Aimy makin kuat menyusu.. Aimy minum 5 oz sekali sebanyak 4 kali waktu zura bekerja..makin bulat la pipi Aimy kang..
Dan pam kesayangan zura setakat ni masih lagi Spectra3..luv u..muaahhh :D Sangat2 membantu :))
Macam tak fair pulak letak muka Aimy je.. nah ni gambar terbaru Kakak Akma dan Abang Mikhail.. :-)
Lamanya blog ni tak berupdate..makin malas plak..ishh..syooh..syooh..tapi blog anak2 mama rajin nak update sebab nak diorang tgk perkembangan sendiri bila dah besar nanti...
Sebenarnya kehidupan sehari2 ni makin sibuk sikit sebab semua kena buat sendiri...haha..penat la jugak TAPIII ada bestnye..beratku semakin senang nak turun..yess yess!mula2 55kg je..pastu turun 50, n sekarang maintain 48kg..syukur!kalau b4 kawin dulu 42..rasa2nya skrg pon da ok kot..sbb dulu zura ni keding je..ni asben la yg cakap..(amboiii...dulu2 bukan main tangkap cintan leleh2 ek...skrg komplen plak..) :P
Seronok sangat dapat bermesra dengan anak2 kat rumah..rasa macam malass je nk g keje..nak cuti ari2..tu kalau ofis ni zura yg punya la..huhu..
Sekarang malam2 dah kena tido awal dah..kol 10 dah kena tido sebab nak tidokan budak2..kalau diorang tidur lambat alamatnya esok nak g school kena dgr jerit pekik dulu la sbb xnak bangun..
Dan malam tadi Akma pukul 8 dah tido, Aimy dan Kael lambat sikit..kul 10 lebih baru lelap..
Sekarang musim farmville kan..so, blog pun dah lamaaaa sangat tak berupdate...asik la bercucuk tanam..tapi syok jugak kejap je dah dapat hasil..
Org lain dah lama cerita pasal raya, zura baru nak cerita ari ni..hihi..harap lom basi lagi la ye..Seperti yang zura bgtau, raya pertama zura sampai ketiga zura beraya kat Kedah..best tapi yang sedihnya pagi raya tu tak rasa kemeriahannya :( sedih sangat sebab malam raya asben ngan ayah sedaranya g berniaga kuih kat Tanah Merah, Kedah..kalau kat kl ni macam Downtown la..Habis kemas2 barang kat tapak niaga tu dalam kul 5 lebih..perghhh..pastu tunggu solat subuh, 6 lebih baru tido..weols start beraya pukul 1 tengahari tuuu..sayang betul masa terbuang cam tu je.. so, tak dela gambar di pagi raya..huwaaaa sedih lagi...
Ni pon raya ke 3 baru ada gambar..tapi bukan dengan baju raya..tetap rasa lain kan..tapi still di pagi raya..ok la tu kan..haha nak sedapkan ati je..gambar ni diambil masa nak baik ke kl dah..tengah2 tu ibu mertuaku bersama anaknya, cucunya dan menantu kesayangannya..hahah..ke menantu hantu...kekekek ;P
Aimy tetap dengan rambut pacaknya...tak payah pakai gel pun..ni lagiii asli.. :)
Tahun depan giliran kampung saya pulak..Jangan buat2 lupa yo...
(Gambar ni Aimy lom keluar lagi la..gambar taun lepas :) )
InsyaAllah, malam ni zura n co bertolak ke Kedah kampung suamiku... harap2 janganlah jem ye..Tuan2 dan Puan2, sila balik ke utara esok ye.. :D saya nak laluan yang sungguh lancar dan free..cewahh banyak cantik..hehe
Zura akan berada di sana sehingga raya ke 4, hari rabu la..sebab esoknya zura kena kerja..cuti tinggal 1 ari jo untuk taun ni...mana leh jadi kan..
Sabtu n Ahad minggu depannya pulak, InsyaAllah weols akan beraya di Melaka...kebetulan cousin zura bertunang, so jumpa ramai2 kat sana la..kan lagi senang.. :) duit raya pon sekali ngap je abis..hihi.. :P
*** Di kesempatan ini, zura nak minta maaf ye kepada semua muslimin dan muslimat sekiranya zura ada terkasar bahasa, perbuatan zura yang menyinggung mana-mana pihak sepanjang kehadiran zura di dunia ini.. (cewahh)
SELAMAT HARI RAYA buat semua!!! Hati2 di jalan raya...INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG!!!
Alhamdulillah.ni la orang kata rezeki anak..mmm rezeki anak ke mama dia ye? sebab mama dia yg leh wat exercise kan..hihi :P
Ni masa baru sampai..letak la luar dulu..budak2 yang rasmikan.. =)
Baju dan cenderamata lain lama dah dapat b4 bersalin lagi...ni asben punya..zura pun dpt gak :) Zura dah tengok cerita nie..best tau! zura suka Kristin Kreuk berlakon dari Smallville lagi. :)
Aimy minggu lepas dah 3 bulan..semakin besar dan semakin suka berborak..Dan paling besttt zura still bf Aimy sampai sekarang...
Syukur akhirnya zura berjaya dapat pam ni untuk tingkatkan penghasilan..hehe..tambah2 plak skrg bulan puasa kena lipat gandakan usaha..
(Seperti biasa, kalau sesiapa tak suka dengan cerita ni tutup mata ye..saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan sebagai panduan untuk sesiapa yang masih mencari pam yang sesuai..walaupun xseberapa, tp sekurang2nya dpt membantu ibu2 membuat pilihan.. ) :D
Zura upgrade dari Medela Harmony ke Spectra 3..memang seronok pakai ni tangan pon xlenguh..Memandangkan masa start kerja zura hanya tinggalkan 4 pek je untuk bekalan Aimy dirumah, so zura pk cam xcukup je n hampir2 nak campur fm..
Dari hari ke hari zura bekerja keras ni nak dapatkan bekalan untuk Aimy esok hari..Zura buat double pumping..cepat sikit rasanya.. Dan akhirnya, inilah yang zura dapat untuk bulan Ogos 09..Inilah pencapaian terbaik zura setakat ni..Walaupun akma dulu bf sampai 1 thn lebih tp xde la zura buat stok sampai cam ni...Syabas! :)
Sekejap je masa berlalu..Dan, sekejap je nak puasa dah..pastu Raya! tapi harap makum ye.. cuti zura tinggal 4 hari je..camana nak balik raya?
Ok..dikesempatan ini, zura ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang uols kenal zura, ada kesilapan yg zura lakukan yg telah mengguris hati..Zura pon manusia biasa jugak kan.. ;P k 0-0 ye..
Oh ye, risau betul dengan penyakit H1N1 yang semakin ganas sekarang ni..Alhamdulillah anak2 zura dah baik dari demam..Tapi still risau jugak sebab diorang duduk tadika..Kalau boleh elak, cuba elakkan dari penyakit tu..sebab mengubati lagi susah rasanya..So, zura bagi anak2 zura makan Scott's Emulsion, Elken Spirulina (saya kan agen Elken :D ).
Zura berminat nak beli AO Max pulak..sebab sangat2 bagus untuk kuatkan ketahanan badan..tapi nanti la dulu..sebab 1 botol kecik ni pon rm100++..
Ya Allah, peliharalah kami dan keluarga kami dan jauhkanlah kami dari segala musibah..Amin
Ok..tutup cerita tu, zura nak cerita pasal maid plak..opss..bekas maid..hehe..Hari Selasa hari tu, agen zura ada call, dia kata maid tu ada call dia cakap duit dia dah kena kebas dengan org yg hasut dia lari tu...Sekarang nak makan pon xde duit...dia minta keje plak dengan agen tu.. huhu..nasib la labiii..
--------------------------------------------
Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Ahad lepas, zura n co pergi birthday party 2 orang blogger..Dengan Aimy demam lagi, beratnya hati nak pegi...tapi sebab dah janji nak pergi kan, pegi jugak la..Aimy zura tinggalkan kat rumah..
Mula2 weols pg party Avin Damia dulu, anak Masviona..sampai dalam pukul 3.30ptg..makan2 n kol 4 ketibaan Mas, Prebetsabu n pengantinnya hari tu.. meriah betul..macam kenduri kahwin pulak rasa..Siap ada dj apoi..
See..macam pengantin kan..
Hubby dipaksa main game...hehe..sebenarnya hubby ni penyegan sikit orangnya..ala malu2 kucing la..keke..Sampaikan hadiah sebab menang tiup sarung tangan(bkn belon ye) sampai pecah pon dia xamik..padahal dah awal dah pecah tu..tmpt no 3 or 4 cam tu la..
Mama masuk pertandingan ikat rambut anak...Oleh kerana rambut Akma mmg dah tersedia bertocang, so zura dpt sikit je ikat rambut tu..hehe..tp dapat hadiah gak tu..Tq mas..gambar tunggu sapa2 upload dulu ye..
Lepas tu weols zasss ke birthday party Aisyah Umairah pulak, anak Atie..zura sampai lambat sangat dengan jalan jemnye..sori sangat2 Atie..tak dapat nak jumpa kawan2 pcm lain..huhu..
Lepas tu menggelupur balik rumah cari Aimy...mama rindu la sayanggg...
Happy birthday ye Aisyah Umairah dan Avin Damia! Jangan noty2 n jadi anak yg baik tau =)