Wednesday, December 31, 2008

Dataran Merdeka

Isnin weols cuti Awal Muharram..ingat nak bawak anak2 jalan tapi pagi2 lagi cousin hubby bagitahu dia kena ragut kat Shah Alam..nasib baik la hanya beg duit je yang diambil..hp dll, semua selamat sebab dia letak kat tempat lain..



So, amik dia di Uitm, bawak g balai polis pastu anta g pudu plak..dia nak balik Kedah..dah petang tu, zura pon cam malas nak balik..ye la, awal lagi kan..so, kitorang pon singgah la Dataran Merdeka..Bagi Mikhail dan Akma main puas2 dan bebas..












Tapi Mikhail tak kenal erti puas..sampa ke sudah tak nak balik...adoii yang, kalau mama kaya, boleh la dok hotel merata2..tak yah balik dah.. :p bestnye kan..

Tuesday, December 30, 2008

Hairi & Azie

Sabtu lepas, tengah zura sibuk2 tengok mawi kawin kat tv, sekali hubby ajak g kenduri kahwin..kawan dia kawin kat Dusun Tua, Hulu Langat..aiseyyy..potong stim betul..keke




Tapi apa nak buat, ikut je la..sampai2, pengantin tengah makan..



Hairi dan Azie...Semoga kalian kekal bahagia ke akhir hayat..





Oh ye, tema diorang sama ngan zura n hubby dulu, maroon 5..hehe



Lepas makan, amik2 gambar, diorang bergambar kat jambatan gantung..so, weols pun menyibukkan diri jugak kat c2.. :p



Cantik n zura suka tempat ni..tenang je..

Wednesday, December 24, 2008

Cantik & Besar

Oppssstt...dah alang2 zura terlalu kat Bukit Antarabangsa, zura 'pandu lalu' jap umah ni..LAWA n sangat la BESAR!


adooii la..dah betul2 ada kat depan umah ni, ada plak mat motor ni nak berposing..spoill betul la..

Tapi kan, rumah ni dekat2 jugak la kat kawasan tanah runtuh tu, 1 jalan je..harap2 Datuk berhati2 ye..saya salah sorang peminat Datuk..Love u.. :)

Uols tau ke umah siapa ni? hehe...Oh ye..sama ada sekarang dia menginap kat sini atau rumah lain, tak pasti plak..tapi ada la jejak2 tu kan...hehe..mana tahu pasni zura leh dapat umah ni...hahaha..Dah..dah..merapu occay...kalau umah MACAM ni..doa2kan lah ye.. :)

Tuesday, December 23, 2008

Tanah runtuh @ Bukit Antarabangsa

Lepas balik dari zoo negara, zura singgah nak tengok kawasan tanah runtuh @ Bukit Antarabangsa..kat kawasan tu, memang banyak rumah besar2, cantik2 pulak tu....insaf tengok.. sekejap je Allah nak tarik balik kalau Dia nak kan..SubhanAllah..





Kawasan larangan..tak leh masuk sebarangan..yang tinggal kat situ pon, boleh masuk kalau nak amik barang2 penting je..tu pon diawasi..nampak tak pokok2 tumbang?..








Masa zura tengok2 kawasan ni, ada seorang lelaki ni bagitahu, sepatutnya rumah warna putih ini, di seberang jalan sana, sekarang, ada di jalan yang berlainan..
Rumah warna putih inilah yang dah teralih dengan sendiri sebanyak 200m...bayangkan camana keadaan rumah yang sepatutnya sebaris dengan tempat itu..semua tertimbus dengan tanah..Wallahualam..







Monday, December 22, 2008

Zoo negara

Semalam, zura pergi Zoo Negara..best! Sampai pukul 1 pm, jalan2, naik train, tup-tup dah 2++, nak jalan, kang takut tak sempat nak tgk Multi Animal Show pukul 3 pm, so, kitorang g solat dulu..budak2 sila tunggu luar ye..


Tak denye dorang nak duk diam2..ada je keje yang nak dibuat..



Nampak tak zirafah kat belakang tu?

Sampai2 kat tempat show tu, punyalah ramai umat..aduss..bersesak2.

Pastu g show orang lebah pulak..tengok la orang dalam cermin tu, selamba je dia dengan lebah yang dah penuh kat badan dia tu...eee gelinya..
Kat show orang lebah ni, ada la jual madu lebah..macam2 ada jual..asli , propolis gold, susu lebah, madu tualang...so, zura beli yang asli la..yang lain2 tak leh sebab ada campuran kan..bagus untuk budak2, orang dewasa, orang peknen, bayi dan lain2..


Itu je gambar yang sempat diambil..lain2 nan ado..bz mengejar budak2.. :D

So, kitorang sampai rumah dalam pukul 6 lebih..letih jangan cakap la..cam nak pengsan dibuatnya..keke..Dan, kat rumah bukan dorang nak terus tido..main2 lagi tu...dalam pukul 10 lebih baru tido..betul la terlebih vitamin...ekekek..


Friday, December 19, 2008

11 Amalan Yang Terbalik

'11 AMALAN YANG TERBALIK' - Mari kita betulkan

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.' (Riwayat Bukhari)

Wednesday, December 17, 2008

Spirulina

Oh ye, Zura dah jadi ahli Elken..actually, zura jadi ahli sebab tertarik dengan kelebihan Spirulina yg dikatakan baik dan bagus untuk orang2 pregnant ni..Yang tak pregnant pun boleh makan dan yang merancang nak pregnant..Sebab Spirulina berasaskan alga kan..sejenis tumbuhan..panjang lak citenye..sapa nak tau lebih lanjut, cari zura ye.. :)

Untuk kanak2 lagilah baik untuk pertumbuhan dan kecergasan.. Mikhail dan Akma yang 1st time makan pun suka kunyah2..sekali makan tu, sampai 4, 5 kali mintak..

Hahaha..saya bertukar menjadi Hulk..




Tuesday, December 16, 2008

Histeria

Cerita seram memang favourite zura..Cerita Korea ke, Hong Kong ke, melayu ke..semua zura tengok sambil tutup mata..hahah..terbaru yang best, Kekasihku seru..

18/12/08 nih cerita Histeria keluar panggung..sesiapa yang suka tgk cerita seram tu, g cepat2 ye..pastu bagitau zura tau, seram ke tak..:p


Oh ye..sambil menyelam minum air la..zura suka lagu nih..layan je la ye..

HISTERIA BY NADIA


Kemana engkau pergi

Ku akan turuti diri kamu

Setiap hembus nafasmu

Akan ada disisi kamu



Walau kau cuba 'tuk sembunyi

Kau takkan dapat terlepas



Kau kan jadi milikku

Tiada tidak lagi

Usah kau merayu aku


Setiap manusia yang hidup di dunia

Pasti akan jelas

Hutang mati...







Sumber VC :
http://www.youtube.com/user/zereas
Lagu & Lirik : Nurzaidi Abd Rahman
Penyanyi : Nadia AF6
Pengarah : James Lee


Pic credit : Nadia's Blog & Nadia FC

Monday, December 15, 2008

Jawab tag

Kali ni nak jawab tag pulak..dah lama xmain benda nih... , tag ni dikirim oleh mzznana.. my frenz blogger :D tq ye..

Tajuk:TAG Bergambar
Motif:Mengimbau Kenangan dolu2..

Syarat-syarat

1.sila amik gambar.. mcm gambar yg diatas ini.


2. dan letak kan di blog anda. citer skit pergi mana pki macam ni time dulu-dulu..

--- > gambar ni diambil b4 akad nikah.. baju dah siap pakai, mekap pon dah siap, nak tunggu kol 4 lambat lagi sebab zura nikah lepas asar...so, berposing la kejenya..bukan selalu dapat bermekap ni kan.. :P masa ni la berat zura 45kg..bila la nak dapat badan cam ni balik..berangan dulu..heheh


3.TAG 6 orang

zura nk tag :

FARA

DIANA

MASVIONA

ATIE

WATIE

NURMALA

Sila jawab ye... :)

Saturday, December 13, 2008

Naiknya..

Arghh..kan dah cakap, beratku naik dengan jayanya sejak pregnant nih...huwaaa...jauh beza ngan zaman dolu2...rindunyaaaaa...dulu2, 45kg occay..slim melim..NOW, 56kg..arghhhhhhhhhh...ni buktinya..








Burger punya pasal lah ni..salahkan burger yg xtau pape..wakakaka..Takpe2..pasni kena bekerja keras lagi..ayat nak sedapkan ati.. :p
Entry ni ditujukan buat seseorang yg xcaya beratku sesikit nih..kekeke..sapa ye gerangannya? :p




Wednesday, December 10, 2008

Jom main

Hari ni suara serak2 basah..kalau boleh tak nak bercakap langsung..menyakitkan hehe..ok la..kalau uols free, main la game ni ye..mana tau kalau ada rezeki, boleh dapat notebook kan. ;)

Friday, December 5, 2008

Mood masak malii..

Sebenarnya zura malas nak letak gambar masakan, tapi dah atie tanya 'mee blur' dia heheh..



Sebab hari tu zura masuk blog atie, tiba2 nampak mee goreng yg dipanggil 'mee blur'..zura kan memang peminat mee sampai anak2 pon ikut.. nampak mee dia sedapppppppp sangat. walaupun blur2 kan.. teringin la plak..tapii teringin pon kita wat sendiri tau..hehe..zura nak wat mee basah2..



Dan ini dia hasilnya..janganlah kutuk ye..kusedar siapa diriku..ekeke..
Hubby turun zura dah g kerja sabtu last week..sekali dia sms..
"kata nak wat basah2..kering je tengok"
zura balas "dah turun lambat, kering dah la..tadi banjir tau...faktor persekitaran yg buat kering..heheheh"


janji sodap kan :pppp

Mood rajin tengah datang nih, So, zura balik kerja cepat2, lunch zura buat nih..Ayam masak lemak cili padi..

Amik picture masa lam kuali lagi.tgh mendidih.. Dengan ikan goreng + asam rebus kacang pjg + air nenas..dah la panas2 kan..dapat air sejuk..legaaa rasanya..
Dah tu je dulu wat masa nih...seperti biasa, burger 'pakcik din' memang jadi santapan zura tiap2 minggu..pakcik tu pun dah kenal..zura siap amik no tepon dia :P so, kalau balik kerja nanti, tak payah susah2 nak beratur n tunggu giliran..datang je terus amik..wahh..bestnya!


Wednesday, December 3, 2008

Luahan rasa

Baca tajuk cam luahan apa je kan..hihi..tapi sebenarnya sebab xde komputer. Bosan jugak kan hari2 kerja tanpa komputer ni..sebabnya komputer masuk klinik.so, 3 hari tanpa kompter lain je rasa. Tapi hari ni pakai laptop. hihihi..seronoknya..tq hubby..:) nak tunggu komputer siap ntah bila.brjanggut tunggu..So, buat kawan-kawan yang nak ym@bergosip ngan zura dalam 3 hari lepas, minta maaf banyak2 ye.. Pejam celik, pejam celik, dah hampir 4 bulan dah kandungan zura..pastu, tup2..dah bersalin..wahh cepatnya masa berlalu..InsyaAllah semuanya berjalan lancar.doa2 kan ye..Badan pon dah naik dengan jayanya..ekek..nak buat macam mana kan..sebab zura tak mabuk, so, apa yang masuk bedal je..xde keluar2nye.. Kak ita dah balik kelantan, sunyi sikit la rumah..mula2 kata nak tinggalkan Luqman kat umah, tiba2 tak jadi plak..sian luqman..nangis2 nak tinggal..mm..acu pon sedih gak..tinggal Umar ngan adik2nya je..Umar pulak asik tanya Acu cuti ke esok?tiap2 hari balik kerja tanya. sian plak..cuti tinggal 2 hari je lagi nak tunggu sampai taun dpn..sebab kalau acu cuti, aculah yang selalu menyakat dia..main teka teki ngan dia, macam2 lagi lah..dia pun boleh masuk dengan fikiran org dewasa kan..senang la..

Nak cerita pasal anak plak..muka Mikhail dah semakin ok..Alhamdulillah.

Akma pulak tiap2 hari mama dengan abah nak tengok tv, dia akan cakap "Ceria..ceria" aiseyy..mama ngan abah dah tak leh tgk lain dah...kalau tak bukak ceria, dia akan tutup suis tv..hahha..bijak2..amboii..

Ok la..setakat ni je dulu luahan rasa buat masa nih..hikhik..

Monday, December 1, 2008

Jadi mamarazi jap


Tadi masa zura nak parking kat mahkamah pj,zura nampak ada sorang ni turun dr kerusi roda dr kereta perdana.eh.mcm pernah nampak.tgk btl2,rupa2nya Bayu.yg isteri dia minta cerai tu kan.kesian pulak tgk.tp tak tahula knp diorang cerai kan.pastu dtg 2org jurugambar nak amik gmbr bayu.nampak x?kalau muka ke,kereta zura masuk paper,nasib la.perasan :p.hehe.yg baju hijau tu,kalau xsilap wife dia.kalau xsilap la. 
Oh ya,sblm uols tanya,zura jawab dulu ye.ofis zura sblh je dgn mahkamah pj.so,mmg zura park kereta kat dlm mahkamah.tp tiap2 bln byr la kan.xkan nak free,byk cantik.hehe.b4 ni artis yg g c2,erra ngan yusry masa diorang cerai kan.ok.tu cite dulu2.
Hari ni zura post pic ni pakai hp je.sbb komp eilek.anta klinik.
Blog Widget by LinkWithin